Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANASS!! Kadiaq DI BALUN Adiknya Sendiri!! #saveKedah

Posted: 03 May 2012 09:12 AM PDT


Nah hambik wahai Tan Sri Kadiaq oii.. Datuk Musa adik kandung hang sendiri boh balik muka hang. Buat malu family saja la Kadiaq. Duduk dalam UMNO buat harta sampai berbukit-bukit. Bila tak dapat apa yang dia mahu, merajuk, keluar parti. Buruk perangai sungguh.

Pada yang nak tengok siri video ni dari 1 sampai 3, boleh klik kat SINI

PANASS!! Nizar KKK Fitnah DS Najib dan Tentera!! @NajibRazak

Posted: 03 May 2012 05:37 AM PDT


Rasanya mangkuk ayun si Nizar ni dah melampau batas. Inilah video yang Nizar memfitnah DS Najib berjumpa ATM suruh ATM lakukan sesuatu jika kerajaan BN kekal berkuasa..Tapi pihak ATM sudah mengeluarkan kenyataan rasmi yang ini adalah fitnah jahat dari nizar..

Apa yang dicakap oleh nizar ni semuanya fitnah jahat semata mata..PR telah memenangi 5 negeri sebelum ni dan satu negeri telah bertukar tangan iaitu perak yang lain tu masih kekal di bawah kerajaan REJIM PR..Mamat yang hilang jawatan mb ni tak habis habis dengan gilanya selepas kerajaan pr perak bertukar tangan,dia nampaknya tak boleh terima kenyataan sampai otak pun dah mereng..


McTheory:
Dia ni dengan Mahfuz sama saja, cakap tak pakai otak!!

TERKINI!! Bob Kuman Meninggal Dunia - Al Fatihah!

Posted: 03 May 2012 03:43 AM PDT




Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi.

Sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Arwah Bob Kuman,semoga Allah S.W.T menempatkan Arwah bersama orang-orang yang beriman

untuk mengetahu kisah lebih lanjut tentang arwah Bob Kuman sila klik sini

McTheory:
Al-Fatihah pada Allahyarham..

TUDIAA!! Baiknya 'Anjing Kerajaan' Tolong Pakcik Tua Bersih Hampir Mampus Penat!! #bersih #bersih3

Posted: 03 May 2012 02:12 AM PDT


Begitulah gelaran kurang ajar (anjing kerajaan) kepada abang-abang Polis kita yang berkhidmat untuk negara.

MasyaAllah... Baiknya abang POLIS ni. Walaupun pendemonstran-pendemonstran ni memanggil abang POLIS ni dengan gelaran ANJING, dia tetap memberi bantuan pada pakcik demo BERSIH 3.0 yg tak berapa sedar keadaan diri yang sudah lanjut usia ini.


Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia pakcik demo ini dan gunakanlah kesempatan ini untuk bertaubat. Baliklah ke rumah dan mengaji "Quran Banyak-Banyak Sikit". Jangan lupa beri layanan yang terbaik kepada cucu-cucu anda dirumah tu.

Jadi, pakcik-pakcik yang masih berdemo tu, balik la ye. Mandi BERSIH-BERSIH. DUDUK dan BERAMAL kat rumah. InsyaAllah, lebih besar ganjaranya daripada berdemo yang sudah jelas kemungkarannya. InsyaAllah ye pakcik-pakcik sekalian..


Sumber : AbuAqifStudio

PANASS!! Azizan SALAH GUNA KUASA Dalam Projek Aman Central? #saveKedah

Posted: 02 May 2012 11:12 PM PDT



Pelaksanaan projek pembinaan kompleks beli-belah Aman Central di sini mencetuskan satu lagi isu apabila kerajaan Pas Kedah didakwa tidak menjalankan tender terbuka sebelum memasuki Perjanjian Usahasama (JV) bagi projek bernilai RM500 juta itu.

Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang mendakwa, tindakan itu bertentangan dengan janji pakatan pembangkang untuk mengamalkan sistem tender terbuka sebagaimana yang terkandung dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat 2010 dan Buku Jingga.


"Saya telah menjalankan siasatan selama tiga bulan sebelum berani membuat dakwaan ini. Ia perkara yang serius kerana pakatan pembangkang sebelum ini berjanji mengamalkan sistem tender terbuka apatah lagi ia melibatkan projek yang bernilai RM500 juta.

"Mustahil Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada Pas tidak tahu kandungan perjanjian dalam Buku Jingga kerana saya memuat turut salinannya daripada laman web Pas," katanya kepada pemberita di pejabat Gerakan negeri di sini hari ini.

Menurut Keng Liang, kerajaan Pas Kedah telah melancarkan pengambilan tanah bagi projek berkenaan pada Julai tahun lalu dengan anggaran kos kira-kira RM40 juta dan tanah itu diserahkan kepada anak syarikatnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Katanya, PKNK kemudian memasuki JV dengan sebuah syarikat persendirian dari Pulau Pinang dan sebuah syarikat usahasama ditubuhkan bagi menjalankan projek pembangunan berkenaan.

Apa yang menimbulkan persoalan, dakwanya, mengapakah tiada tender terbuka dibuat kerajaan Pas Kedah sebelum memasuki JV bagi projek itu dan mengapa anak syarikat PKNK seperti Bina Darul Aman yang mempunyai keupayaan tidak diberi peluang melaksanakannya.

"Persoalan lain apakah terma dalam JV berkenaan kerana tidak diketahui fungsi kerajaan negeri dalam projek itu dan siapakah yang mempunyai hak mutlak ke atasnya," ujarnya.

Sehubungan itu, Pemuda Gerakan negeri mendesak Menteri Besar supaya memberi penjelasan mengenai isu tersebut kerana ia melibatkan janji dan kepentingan rakyat.


"Menteri Besar perlu menjawab isu ini kecuali beliau cakap beliau bukan sebahagian daripada Buku Jingga," katanya.

Menurutnya lagi, pembinaan kompleks beli-belah Aman Central itu turut mencetuskan isu-isu lain seperti pembeli premis perniagaan Plaza Tunku Yaacob sehingga kini tidak diberi pampasan oleh kerajaan negeri walaupun bangunan itu telah dirobohkan.

Selain itu, katanya, isu bantahan merobohkan Madrasah Salihiah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek itu yang kini menjadi kes mahkamah.

Untuk rekod, Plaza Tunku Yaacob yang terbengkalai sejak sekian lama dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan pusat beli-belah berkenaan yang dijangka siap pada 2014.


McTheory:
Itulah Islam Pas.. Islam kot mana pun taktau laa..

PANASS!! Skandal Seks Azmin, Sudah Jatuh DiTimpa Tangga!!

Posted: 02 May 2012 08:12 PM PDT


Nampak nasib Azmin Ali kali bagai dihujung tanduk. Gambar dan video skandalnya yang tersebar di internet pada kali ni turut mendapat respon dari adiknya sendiri.

Adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Ummi Hafilda hari ini berkata beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu.


Sehubungan itu, beliau mencabar Azmin membuat laporan polis untuk menafikan gambar yang tersiar di akhbar dan beberapa laman blog tempatan adalah bukan dirinya. "Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau turut mendesak Azmin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar dan blog terbabit bagi membersihkan nama baik keluarga mereka dalam tempoh tujuh hari.

Katanya, jika Azmin tidak berusaha untuk membersihkan namanya, beliau sendiri akan membuat laporan polis bagi mengetahui perkara sebenarnya dan jika Azmin didapati memang terbabit dalam skandal seks itu, abangnya haruslah meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Katanya, jika benar Azmin berkelakuan seperti itu, dia telah mencemarkan nama keluarga dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat sebaliknya harus meletak jawatan dan memberi tumpuan kepada keluarga.

Ummi berkata, Azmin telah lama tidak pulang untuk menziarahi ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, yang semakin uzur.

Mungkin Allah mahu menyedarkan Azmin tentang perangai dan kelakuannya yang bongkak selama ini. Sedangkan dengan ibu sendiri pun Azmin sering menderhaka, apatah lagi dengan orang lain.

Ibu sendiri pun tak terjaga, orang macam ni kita nak harap menjaga kita kelak? aduhh.. fikir laa..


McTheory:
Bini pun dikongsi-kongsi, gila babi..

TUDIAA!! Akibat Pas Kedah, Satu Kedah diLANDA Musibah!! #saveKedah

Posted: 02 May 2012 05:11 PM PDT

Rakyat sedia menanti. Rakyat sudah tidak boleh bersabar lagi.Cukuplah 4 Tahun, masalah sampah dibakulsampahkan.

Kekayaan negeri dibahagi-bahagi ibarat 'ghanimah' sesama puak mereka yang kononya berlabelkan pejuang Islam.

Semenjak berdakapan dengan 'musuh Islam' dan demi kuasa apa sahaja direlakan. Tanah waqaf khas Salihiah digadaijanjikan. Aman central yang PKNK dan kerajaan negeri langsung tidakpunyai apa-apa kuasa untuk menentukan agenda ekonomi bumiputera kini bakal berdiri di Bandaraya Alor Setar.




Demikian juga Aman Residence yang tanahnya dimiliki oleh Belleview secara percuma dari BDB dan PKNK namun unit kondominium paling murah harganya RM400,000 dan yang paling mahal RM1.7 juta. Termampukah bumiputera dan Melayu Kedah menggapainya.



Dulu diikat janji kononya tanah bendah dan tanah sawah tidak boleh ditukar syarat untuk perumahan, kini semakin banyak tanah bendang ditimbus dek kerana kroni, komisen dan untung.



Hutan balak ditebang tanpa mengenal ihsan pada alam sekitar, patutlah air sungai, air paip di Baling, Sik kian keruh mengalahkan warna teh susu.

Di Kulim tanah simpanan Melayu mudah bertukar tangan kepada bukan Melayu dan di Sungai Kob bakal terdiri MEMORIAL PARK terbesar di Asia Tenggara dikawasan 16,000 penduduk Melayu.

Gunung Pulai sudah digadai, kuari ditebuk diangkut tanpa mengenal kasihan pada alam sekitar yang kian sakit. Pasir dikorek, digali tanpa sedikitpun rasa belas pada dasar sungai, Padang Terap kini bakal menjadi wajah bulan berlubang sana dan sini.



Jalanraya di Kuala Kedah, Alor Setar sudah bertukar spesis ibarat jalan di Somalia, kesan penyelenggaran yang kurang baik walhal RM154 juta duit kerajaan Pusat sudahpun masuk ke kantung kerajaan negeri pas.

Dasar sosial entah kemana, agenda Islam kian rapuh, kemiskinan tidak terbela, yang mereka tahu berceramah mengutip tabung pilihanraya. Ya benar, Rakyat bakal bersuara..dan hakikatnya PRU ke-13 adalah bukti bahawa RAKYAT AKAN MENJADI HAKIM NEGARA..

Nukilan blogger Kedah di SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...