Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TERPANASS!! Apabila Wisma Darulaman DISERANG Rakyat Kedah!! #saveKedah

Posted: 02 May 2012 08:36 AM PDT


Hari ni Wisma Darulaman bergegar lagi, baca artikel yang Mc ambil dari blogger Duke Of UMNO. Panass dan memang dahsyat!

4 buah bas tersebut membawa penduduk kampung Sg. Kob, mukim Karangan di Kulim yang marah pada Azizan kerana menandatangani projek untuk tempat persemadian orang Cina memandangkan ia dibina di atas tanah rizab Melayu dan majoriti penduduk di kawasan Sg. Kob adalah Melayu beragama Islam.

Paling best, golongan muda penduduk Kg Sg Kob kepung Wisma Darulaman sebab takut Azizan lari! Depa jerit panggil Ustaz Azizan turun jumpa depan pagar. Tapi Azizan tak mau turun. Dia ada kat Wisma tu, tapi dia takmau turun jugak...

Depa tambah bengang...

Tanah yang berikan itu sebesar Nilai Memorial Park dan projek itu dilaporkan berharga RM2 bilion. Sedangkan orang Cina dikawasan tersebut kurang daripada 2,000 orang dari 16,000 jumlah penduduk keseluruhan.

Aku dapat tahu bahawa Tanah Melayu yang diberikan oleh Ustaz Azizan itu kepada orang bukan Melayu itu bakal menjejaskan masjid di kawasan sekitarnya dan melewati beberapa bidang tanah para penduduk kampung Sg. Kob.

Nak buat macamana? Azizan Razak dah tandatangan surat kelulusan projek tu! Khabarnya, ada pihak yang "masyukkkk" beratus juta dari projek berkenaan dan akan digunakan untuk berkempen secara "persendirian" pada PRU13 ini...betul ke Ustaz Azizan?

Islamik betul kerajaan Kedah Sejahtera Azizan Razak, kan? Penduduk kampung tu bantah projek tersebut dan mahu ia dibatalkan segera atau dipindahkan ke tempat lain. Ustaz Azizan dah sign dah perjanjian tu, jadi masih boleh ke dibatalkan atau dipindahkan dari Sg. Kob?

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat aku rakam untuk bukti rakyat dah mula tolak kezaliman PAS "susahtera"kan rakyat...

Azizan marah tengok banner nihhhh...
Brader ni panggil Azizan turun...tapi Azizan takmau turun
Masa kempen PRU12 dulu Azizan mai "rumah" depa dan disambut baik...tapi bila depa ada masalah, Azizan tutup pintu pagar "rumah" dia...tak bagi masukkkk...baguih betoi perangai...heh!

Depa pakat duduk ramai-ramai atas jalan...


Tapi depa duduk saja...tak tidoq atas jalan pun...heheheheee...


Semua lapisan umur bantah dan bengang kat Azizan...


Depa nak masuk..tapi dihalang..Azizan tutup pintu...


Dihalang lagi...


Rakyat yang serik dengan PAS Kedah...

Additional banner marah kat Azizan...


Lagu ni baru la demo aman...

Ustaz Wahi marah kat Azizan sebab bagi tanah Melayu Islam kat orang bukan Melayu Islam...


Depa sewa bas...pakai duit sendiri tu brooo...takdak sponsor sapa-sapa...

Penduduk kampung yang takmau bagi undi lagi pada PAS atau Pakatan Haram....
Lagi penduduk kampung yang hadir membantah Azizan...
Demo terkawal dengan baik...
Antara golongan muda yang hadir membantah Azizan...

Mana berani Azizan nak turun. Silap-silap, projek ni pun dia taktau wujud ka dak. Cuba try tanya dia nanti, rasanya dia mana tau apa pun.



McTheory:
Ehhh.. taktau, depa mana ada bagitau saya pun - Ustaz Azizan ( ha ha ha ha...)

TERPANASS!! Peguam Negara!! Tolonglah Ambil Tindakan Pada Pendemo dan Penganjur BERSIH 3.0!! #bersih #bersih3 @HishammuddinH20

Posted: 02 May 2012 06:44 AM PDT

Sakit hati tengok mukanya!!

Siang tadi beberapa NGO telah membuat laporan polis supaya #Bersih3 disiasat. Sebenarnya sebelum bermulanya perhimpunan itu lagi telah banyak laporan diadukan kepada pihak polis sehinggakan timbul cakap-cakap belakang bahawa pihak polis dan Menteri Kementerian Dalam Negeri tidak mahu mengambil sebarang tindakan tegas kepada Bersih. Tuduhan bertimba-timba kepada mereka kerana kononnya tidak mahu menangkap atau menghentikan terus Bersih. Tahukah anda semua bahawa Polis hanya boleh menyiasat dan Peguam Negara yang boleh mendakwa dan membuat saranan hukuman kepada pesalah?


Peguam Negara Malaysia merupakan penasihat undang-undang utama kerajaan Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Pendakwa Raya di negara. Bidang kuasa dan tugas Peguam Negara diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Malaysia. Antara tugas Peguam Negara ialah menentukan sama ada sesuatu kes itu boleh diteruskan atau tidak. Jadi mereka yang sedang disiasat oleh polis belum tentu bersalah. Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah atau didakwa oleh Peguam Negara.

Bermula daripada Bersih 1.0 sehingga Bersih 3.0 kelihatan AG telah menikus dan membisu. Sepatutnya dia bertegas ketika 29 orang yang didakwa ketika Bersih 2.0 yang lalu yang hanya menerima hukuman ringan. Mereka patut diberi hukuman yang berat kerana mencetuskan huru-hara dan mencalarkan imej Malaysia. Mungkinkah AG juga terlibat dengan Bar Council yang menyokong Bersih ataupun AG takut kepada Ambiga?

Peguam Negara/AG perlu didesak untuk memberi kenyataan dan mendakwa mereka yang berdemo ketika Bersih 3.0 kerana pelbagai jenis kecelakaan, kerosakan, kecederaan dan pemburukan imej berlaku sewenang-wenangnya hari sabtu yang lalu. Sudah tiba masa AG kehapadan dan bersifat tegas! Ini untuk Malaysia bukannya untuk individu!

Cerita pasal AG Penakut ada kat SINI jugak!!



McTheory:
Apa kena dengan AG ni? Makan Gaji Buta ka?

TUDIAA!! Khalid Ismath Setuju JIka Bunuh Semua Anggota POLIS!! @PDRMsia @HishammudinH20

Posted: 02 May 2012 02:12 AM PDT

"Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan" 
Kata-kata ugutan yang dikeluarkan oleh :
  • Nama : Khalid Mohd.Ismath
  • Jurusan : Tahun 2 pengajian undang-undang di UiTM Shah Alam
  • Umur : 22 tahun
  • Asal : Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang
  • Jawatan : Naib Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami)
Panas rasanya hati bila Mc baca artikel yang Mc petik dari blog YY. Bukan main berani lagi budak muka beruk ni menunjukkan biadapnya terhadap anggota PDRM. Ini bukan sekali dua dia tunjukkan sifat biadap dan kurang ajar. Kebiadapan pelajar Tahun 2 Jurusan Undang-Undang UiTM Shah Alam ini semakin menjadi-jadi sejak demo di hadapan pagar UPSI ketika malam tahun baru.

Pelajar yang GAGAL dalam semester yang lalu ini,  pernah melemparkan fitnah jahat kepada PDRM ketika kejadian demo di hadapan pagar UPSI dengan menulis cerita berbentuk fitnah di laman blognya.


FITNAH KHALID ISMATH KE ATAS PDRM KETIKA DEMO UPSI
Kali ini budak yang GAGAL dalam pelajaran ini cuba menghasut serta mengugut untuk membunuh semua anggota PDRM. Ketaksuban budak ini terhadap Anwar Ibrahim menyebabkan dirinya menjadi semakin biadap.

Sewajarnya pihak UiTM mengambil tindakan ke atas pelajar ini, kerana lebih lama pihak UiTM menyimpan pelajar berperangai biadap dan kurang ajar ini, saya khuatir fahaman 'gila' yang diamalkan beliau akan merebak dalam kampus tersebut.

Biarlah bapanya menempatkan beliau di IPTS lain yang mana kos pengajian untuk jurusan yang diambil mungkin mencecah puluhan ribu.

Baca juga serangan komen yang dibuat di SINI


McTheory:
Dia nak rasa gigi bertaburan kot?? heh..

TERPANASS!! Baju Azmin Sama Sebijik Dengan Video Skandalnya!!

Posted: 01 May 2012 11:12 PM PDT



Cuba anda lihat baju Azmin kat bawah ni, sama tak dengan yang atas berada di atas ni? Gambar kat atas tu, nampak macam Azmin. Baju dah sama, rupa pun lebih kurang, kalau tak mengaku juga, entah la ye.




Kat bawah ni ada lagi yang sama macam Azmin.. he he.. hmm.. perhatikan betul-betul, sama tak?


Kalau tak sama juga, cuba kita tengok video Ice Cream kat bawah ni, rasanya sama tak? he he he..



Kalau la benar ini konspirasi. Namun tak ada orang paksa dan suruh Azmin buka seluarnya untuk perempuan tu makan 'ice cream'nya.  kan.. kan?

Rendah sungguh moral pemimpin PKR ni. Ketuanya sama, anaknya pun serupa, ini orang kanannya pulak, 2X5!! ha ha ha..



McTheory:
Macam ni nak jadi pemimpin negara? lingkup laaa!!

EKSKLUSIF!! Video Datuk Musa BOGELkan Kadiaq!! #bersih #bersih3

Posted: 01 May 2012 08:12 PM PDT









Habis la Kadiaq kali ni, sampai teloq-teloq pun Musa dah selak. Kadiaq nak londehkan orang konon. Musa (adik Kadiaq) dah boh Kadiaq kaw kaw punya.


McTheory:
Tengok video bersiri Datuk Musa boh Kadiaq!!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

TUDIAA!! Azeez Rahim Mengamuk BERSIH 3.0 Malukan Nama Negara di Mekah!! #bersih #bersih3

Posted: 01 May 2012 05:12 PM PDT



Seperti yang kita semua sedia maklum, dua pelancaran BERSIH 3.0 telah diadakan oleh aktivis-aktivis BERSIH 3.0 di Mekah dan Madinah pada pagi 26 April 2012.
Tujuan pertemuan adalah bagi melahirkan sokongan terhadap objektif perhimpunan BERSIH 3.0 di Malaysia dan kononnya sebagai keperihatinan rakyat Malaysia di Arab Saudi bagi memastikan keadilan dan ketulusan di dalam pilihanraya tidak terhenti di Malaysia sahaja.
Kebanyakan rakyat Malaysia yang mengaku sebagai aktivis-aktivis BERSIH 3.0 di Mekah dan Madinah ini terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia yang mengikuti bidang pengajian agama tajaan Kerajaan Arab Saudi serta rakyat Malaysia yang sedang menunaikan umrah.
Pelancaran BERSIH 3.0 di Mekah
Tarikh : Khamis, 26 April 2012
Lokasi: Di hadapan premis Restoran D'Saji, Hotel Al Safwa, Mekah
Masa : 9.30pagi – 10.30 pagi
Pelancaran telah disempurnakan oleh Nasrudin Hassan Tantawi selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia dan turut ditemani oleh timbalannya Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sekitar jam 10.00 pagi.
Kehadiran sekitar 20 rakyat Malaysia yang majoritinya memakai baju kuning yang mempunyai logo Bersih 3.0. Antara yang menyertai majlis tersebut adalah beberapa pelajar-pelajar Malaysia tajaan Kerajaan Saudi yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Ummul Qura, Mekah termasuk barisan Exco Persatuan Pelajar Malaysia Mekah.
Terdapat juga penglibatan golongan professional dalam pelancaran tersebut, dan yang ketara adalah Dr. Mohd Taib Wahid, seorang pensyarah dari Universiti King Abdul Aziz , Jeddah.
Hj. Azzam Mustapa dari Nokia Mekah.
Hj. Khairani, bekas kakitangan Tabung Haji Travel and Tours (THTS) yang kini menguruskan agensi pelancongannya sendiri.
Sebelum pelancaran disempurnakan semua peserta yang terlibat duduk di meja hadapan Restoran D'Saji untuk bersarapan pagi dan seterusnya memakai baju kuning dangan logo BERSIH 3.0 yang dibawa oleh Nasrudin Tantawi dan mendengar ucapan Nasrudin .
Antara beberapa isu-isu yang diucapkannya adalah perkembangan politik semasa di Malaysia, isu rasuah, keperluan bagi semua rakyat Malaysia menyokong BERSIH 3.0 serta berjihad secara demokrasi ala Islam sebagai satu cara memperolehi keadilan yang sebenarnya.
Selepas itu bersih 3.0 dilancarkan dengan mereka memegang kain rentang BERSIH 3.0 dan mengambil gambar secara beramai-ramai berlatar belakangkan Restoran D'Saji.
Pelancaran BERSIH 3.0 di Madinah
Tarikh : Khamis, 26 April 2012
Lokasi: Di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah
Masa : 9.30 pagi – 10.00 pagi
Majlis pelancaran di Madinah telah diatur oleh Hj. Khuzaini, Nokia ,Madinah dan majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Mokhtar Senik selaku AJK Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pahang sekitar jam 9.40 pagi.
Kehadiran sekitar 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana telah berkumpul dengan memakai baju BERSIH 3.0. Antara yang hadir adalah pelajar-pelajar Malaysia tajaan Kerajaan Arab Saudi yang menuntut di Universiti Islam Madinah termasuk barisan Exco dari Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Madinah atau PERSADA. Turut menyertai mereka beberapa jemaah umrah Malaysia yang kebetulan berada di sana.
Di Madinah mereka yang berkumpul tidak dapat mengadakan majlis dalam masa yang lama kerana bimbangkan polis yang mengawal Masjid Nabawi mengetahui kegiatan mereka. Hanya dengan memakai baju BERSIH dan seterusnya memegang kain rentang BERSIH 3.0 serta mengambil gambar.
Namun begitu polis Masjid Nabawi berjaya juga mengesan aktiviti mereka melalui CCTV dan satu laporan telah dihantar kepada pihak atasan.
Pihak berkuasa tempatan melalui agensi Istikhbarat Al-Fedaraliyah iaitu special branch telah melakukan siasatan tentang Bersih dan dikatakan risikan mereka telah mendapat info penglibatan beberapa NGO antarabangsa yang berkiblatkan yahudi bersama dengan Bersih.baca seterusnya

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...