Gelombang Rakyat |
PERGI MAMPOS DGN. KERAJAAN PERPADUAN..!!? - NAJIB AKHIRNYA BALUN HADI AWANG. Posted: 04 May 2012 02:09 AM PDT Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan Persekutuan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, hanyalah cakap politik semata-mata. Perdana Menteri berkata Abdul Hadi hendak menjadikan Islam sebagai "way of life" (satu cara hidup) tetapi "way of life" (cara hidup) sahaja tidak boleh menjadi undang-undang. "(Dalam perlembagaan negara) Islam adalah agama persekutuan. Daripada situ kita boleh bangunkan Islam melalui dasar dan institusi yang kita wujudkan supaya Islam jadi addin atau sebagai cara hidup. Jadi tak perlu pinda perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini, hari ini. Baru-baru ini, Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan dengan menggantikan 'Agama Persekutuan' pada Islam kepada 'Agama Addin' yang sekadar melibatkan skop cara hidup masyarakat Muslim di Negara ini. Pindaan tersebut juga secara tidak langsung bukan sahaja membataskan sebarang penambahbaikan, akan tetapi secara tidak langsung menidakkan Islam diletakkan dalam mana2 institusi Perundangan Negara termasuklah Perundangan dan Enakmen Syariah yang kini digunapakai Kerajaan sekian lama. Najib berkata kenyataan Abdul Hadi itu adalah perkara baharu setelah Pas membuat pelbagai perubahan dalam dasar mereka. "Mula-mula nak negara Islam. Atas desakan DAP tukar negara kebajikan, lepas tu timbul balik hukum hudud. Kini timbul pula nak pinda perlembagaan nak jadikan addin. Ini dah dapat tentangan DAP sekarang. Perlembagaan sekarang dah cantik...tak boleh nak pinda sewenang-wenangnya," katanya. Hadi Awang didakwa pernah mengarahkan beberapa wakil Pimpinan Parti menemui Pemimpin UMNO selepas selesainya PRU12 yang lalu bagi membincangkan pembentukan Musyawarah yang mampu merealisasi sebuah Kerajaan Perpaduan (UG). Ianya disusuli jawapan keras dan amaran dari Diktator Pas Nik Aziz Nik Mat terhadap Pemimpin2 kanan Hadi Awang selang beberapa hari respons positif dikeluarkan dari pihak UMNO berkaitan cadangan Presiden PAS tersebut. Hadi Awang telah menarik semula keputusan tersebut menerusi 'ugutan konspirasi' dari Kumpulan Pro Anwar Parasit PAS dengan kejayaan menumpaskan Pimpinan Pro Ulama' di dalam Barisan Kepimpinan PAS Pusat pada Pemilihan yang lalu. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment