BADUT RAKYAT |
- EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR !!! SEJARAH KEJATUHAN ANWAR IBRAHIM - SIRI 1 !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! HARUN SALIM BACHIK KECEWA DENGAN ZED ZAIDI ??? JAWAPAN SEBENAR !!! WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF AND HOT VIDEO #BERSIH3.0 !!! 11 KEJAYAAN TELAH DI CIPTA DAN FAKTA SEBENAR !!!
- KISAH BENAR !!! RAKYAT SELANGOR SAKIT HATI DENGAN PENTADBIRAN KHALID GAGAP ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF AND HOT VIDEO #BERSIH3.0 !!! HAK ASASI MANUSIA WAJAR DI HORMATI - @NOHOMAR !!! WAJIB LIHAT !!!
- EKSKLUSIF !!! ANDA MINAT BERMAIN JET SKI ??? INI PELUANG UNTUK ANDA !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! GAMBAR BOGEL DEWI CINTA TERSEBAR LUAS DI INTERNET ??? WAJIB BACA !!!
EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR !!! SEJARAH KEJATUHAN ANWAR IBRAHIM - SIRI 1 !!! WAJIB BACA !!! Posted: 07 May 2012 12:00 PM PDT ![]() Anwar Ibrahim yang digelar isterinya sebagai manusia anugerah Tuhan,telah berjaya meletakkan kehidupan rakyat Malaysia dalam kekeliruan,kebingungan dan juga huru-hara selama lebih dua dekad. Beliau muncul pada mulanya sebagai pencetus rusuhan pelajar pada tahun 1970an dan semenjak itu telah menjadi tajuk berita di Malaysia sebanyak beratus ribu kali apabila 'dijemput' meniti alam politik dan berjaya menjadi orang nombor dua dalam negara.Kini,walaupun telah dipecat beliau masih lagi menjadi tajuk berita dan masih lagi berusaha mengelirukan,membingungkan dan menghuru-harakan hidup kita semua. Maka benarlah,beliau adalah Anugerah Tuhan,bagi membantu mengasak minda bangsa Melayu agar berfikir dan berfikir.Tanpanya,mungkin ramai lagi Melayu yang terus dibuai mimpi bahawa Malaysia akan selama-lamanya aman dan hidup adalah selama-lamanya mudah.Dengan wujudnya Anwar Ibrahim,masyarakat Melayu kini membuka mata dengan lebih luas mengenai ancaman kuasa besar dan peringatan Allah S.W.T mengenai kaum Yahudi yang tidak akan senang selagi kita semua tidak mengikut telunjuk mereka.Namun begitu,bukan semua Melayu yang mampu membuka minda seluas itu.Masih ada Melayu yang mindanya kekal bingung, keliru dan huru-hara 'dikerjakan' Anwar Ibrahim.Walaupun Anwar sudah bergelar banduan,sudah terbukti bersalah tetapi masih ramai yang tidak tahu atau enggan mengambil tahu kesalahannya dan hanya ingin mendengar dan mempercayai apa yang baik-baik mengenai dirinya. saya baru saja 'merayau-rayau' di alam siber dan singgah di beberapa laman sosial dan saya dapati,antara hujah yang dipegang oleh penyokong-penyokong Anwar ialah beliau tidak bersalah kerana terlepas dari dua kes liwat.Jelas,penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dengan sengajanya enggan meneliti kes beliau secara terperinci kerana malas atau kerana minda mereka yang cetek membuatkan mereka sukar atau gagal memahami sesuatu yang agak berat seperti hujah-hujah pendakwaan,pembelaan serta proses penghakiman. Kes Anwar bermula dengan pendedahan oleh Ummi Hafilda,iaitu adik Azmin Ali mengenai hubungan sulit isteri Azmin,Shamsidar Taharin dengan Anwar serta penglibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual.Surat layang Ummi Hafilda kepada Tun Dr. Mahathir pada mulanya dipandang sepi kerana dianggap sebagai dilakukan oleh musuh-musuh Anwar untuk menjatuhkan beliau. Namun,kisah mengenai Anwar mengamalkan aktiviti homoseksual sampai juga ke telinga Tun Dr. Mahathir melalui beberapa pihak termasuk Ketua Polis,beberapa orang Menteri serta pembangkang sendiri (Mat Sabu) yang mula memainkan isu ini dan sehinggalah ke dalam parlimen (Karpal Singh). Tun Dr. Mahathir mengarahkan siasatan secara senyap bagi mencari jawapan yang pasti. Sementara itu, Anwar yang telah menghidu bahaya mengarahkan Dato' Pengarah Cawangan Khas (PCK) ke kediamannya pada 15 Ogos 1997 dan menyiasat surat layang tersebut. Pada 17 Ogos 1997, Ummi dan Azizan, iaitu mangsa liwat dalam kes ini telah ditangkap dan dibawa ke Bukit Aman. Mengikut fail mahkamah Bilangan LF/T PCK(C) PENANGKAPAN UMMI HAFILDA DAN AZIZAN ABU BAKAR : Kedua-dua tajuk telah ditangkap pada malam 17 Ogos 1997 oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah. Memandangkan Dato' Seri Anwar Ibrahim ingin mengetahui perkembangan kes ini, maka Dato' PCK dan saya telah diminta pergi ke kediaman beliau pada 18 Ogos 1997 di antara jam 0030 hingga jam 0100. (2) Di dalam pertemuan ini, Dato' Seri Anwar telah dimaklumkan tentang rentetan penangkapan kedua-dua tajuk berkenaan. Dato' Seri Anwar kemudiannya telah memberi arahan-arahan berikut: 2.1. kedua-dua tajuk tidak ditahan lama-lama. 2.2. Mereka hendaklah ditemuduga supaya mereka takut dan menafikan tohmahan-tohmahan berkenaan; 2.3 Tidak mahu kes ini dibawa ke mahkamah. (Amir bin Junus) A/SAC I T/PCK II AJ/MKHI Dato' amir Junus juga menyatakan bahawa beliau merasa pelik kerana Anwar tidak pula meminta mereka mendapatkan kebenaran tetapi sebaliknya mengarahkan mereka mendapatkan penafian dan menegaskan agar kes tersebut tidak sampai ke mahkamah.Sebagai menurut perintah, Ummi dan Azizan kedua-duanya ditahan semalaman,ditekan dan dipaksa supaya menandatangani surat menarik balik segala pendedahan mereka dan mengaku sebagai telah memfitnah Anwar.Akhirnya mereka mengalah.Lalu surat penafian mereka dihantar kepada YAB Perdana Menteri dan Anwar menganggap kes tersebut sebagai selesai. SAC Musa Hassan,bagaimanapun tidak menganggap kes tersebut selesai.Beliau yang terlibat dalam kes ini sejak 15 Ogos 1997 dan telah ditugaskan untuk mencari bukti di rumah Ummi dan Azizan telah terjumpa dengan beberapa dokumen lain. Baginya, selagi kebenaran belum terserlah, kes tersebut tidak boleh dianggap selesai dengan hanya penarikan balik surat layang oleh Ummi dan Azizan.Pada 2 September 1997,SAC Musa mengarahkan ASP Zull Aznam untuk memanggil semua saksi untuk tujuan mengambil kenyataan. Bagaimanapun, ASP Zull Aznam menelefonnya kembali dan memberitahu bahawa Anwar ingin berjumpa dengannya. Dalam pertemuan tersebut, Anwar mengarahkan agar siasatan dihentikan kerana menurutnya, YAB Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa tuduhan dalam surat layang tersebut adalah fitnah dan kes tersebut dikira selesai. Bagaimanapun,SAC Musa telah pun menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara dan ketika disoal balas mengenai hal ini di dalam perbicaraan, SAC Musa menjawab, "…saya tidak setuju bahawa tertuduh tidak mengarahkan saya untuk tidak menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara." dan "Lima dokumen yang saya terima telah mempengaruhi saya untuk mencadangkan siasatan di dalam kes ini di NFA. Saya bersetuju selepas meneliti kelima-lima dokumen yang saya terima, saya telah mengesyorkan siasatan dalam kes ini di NFA. Saya juga telah kemudiannya mengesyorkan kepada Peguam Negara untuk siasatan kes ini di NFA. Peguam Negara telah bersetuju di atas cadangan saya untuk NFA kes ini." Bagi persoalan sama ada Anwar telah menyalahguna kuasanya ke atas pihak polis untuk 1. mendapatkan pengakuan bertulis dari Azizan bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang oleh Ummi Hafilda, 2. mendapatkan kenyataan umum bertulis dari Azizan bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang oleh Ummi Hafilda, 3. mendapatkan pengakuan bertulis dari Ummi Hafilda bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang yang dibuatnya dan 4. mendapatkan kenyataan umum bertulis dari Ummi Hafilda bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang yang dibuatnya. Yang Arif Augustine Paul telah memutuskan seperti berikut: "Saya dengan ini berpuas hati bahawa pihak pendakwa mempunyai prima facie yang menunjukkan bahawa tertuduh, semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, mempunyai kapasiti untuk melakukan korupsi dalam keempat-empat dakwaan yang dikenakan terhadapnya menurut s 2(I) dari Ordinan No. 22." (Bersambung) TUNGGU ARTIKEL SETERUSNYA BAHAGIAN KE 2 !!! RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! HARUN SALIM BACHIK KECEWA DENGAN ZED ZAIDI ??? JAWAPAN SEBENAR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 07 May 2012 08:30 AM PDT ![]() Selepas hampir tiga tahun menjadi Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman),Harun Salim Bachik merasakan sudah sampai lah masanya dia mengundurkan diri dan melepaskan jawatannya itu pada Mesyuarat Agung persatuan itu pada 26 Mei ini.Menurut pelakon berusia awal 50-an ini, keputusan muktamad yang akan diambilnya itu katanya,tiada kena mengena dengan gosip yang mengatakan dia kecewa serta berselisih faham dengan Pemangku Timbalan Presiden Seniman,Zed Zaidi sebaliknya ia demi periuk nasinya. "Saya tidak kecewa atau bergaduh dengan Zed Zaidi tetapi keputusan itu saya ambil kerana dua sebab iaitu pertama saya mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan.Ini kerana,saya tidak boleh memberi komitmen yang baik secara serentak sebagai Presiden Seniman dan pelakon. "Sebab kedua saya enggan bertanding mengekalkan jawatan itu kerana sebab kesihatan.Saya harap semua pihak faham bahawa saya bukan meletakkan jawatan sebagai Presiden Seniman tetapi tidak mahu mengekalkan jawatan itu.Ia dua perkara yang berbeza," kata bapa kepada enam anak ini. Harun yang mula menjadi pelakon dan pelawak secara sepenuh masa sejak tahun 1986 turut menafikan keputusannya itu ekoran sikap serta tindakan Zed Zaidi yang kononnya dikatakan telah membelakangkan dirinya dalam beberapa kenyataan atas kapasiti persatuan itu akhir-akhir ini.Sebaliknya, dia yang juga naib juara pertandingan lawak jenaka Maharaja Lawak Mega yang berpasangan dengan Afdlin Shauki tetap menyokong cadangan dan tindakan Zed Zaidi yang banyak berjuang bagi membela kebajikan ahli-ahli Seniman dan golongan artis tanah air. "Saya sokong cadangan Zed Zaidi yang misalnya mahu pihak Imigresen Malaysia menyiasat kemasukkan artis-artis dari luar negara yang berkarya di Malaysia sama ada mereka mempunyai permit kerja yang sah atau sebaliknya kerana ia membabitkan kepentingan banyak pihak.Sungguhpun saya tidak akan bertanding bagi merebut jawatan dalam Seniman tetapi saya akan terus menjadi ahli persatuan ini.Saya juga akan menyokong sesiapa juga yang akan dipilih sebagai Presiden bagi menggantikan saya kelak kerana itu adalah kehendak ahli-ahli persatuan ini," ujarnya. - MyNewsHub |
EKSKLUSIF AND HOT VIDEO #BERSIH3.0 !!! 11 KEJAYAAN TELAH DI CIPTA DAN FAKTA SEBENAR !!! Posted: 07 May 2012 05:00 AM PDT |
KISAH BENAR !!! RAKYAT SELANGOR SAKIT HATI DENGAN PENTADBIRAN KHALID GAGAP ??? WAJIB BACA !!! Posted: 07 May 2012 01:30 AM PDT ![]() Kerja baik pulih bumbung pangsapuri yang diterbang angin pada 7 Feb jam 3:30 petang nampaknya masih tidak memuaskan hati penduduk memandangkan banyak kerosakan tidak dibaik pulih sepenuhnya.Memandangkan kerajaan Selangor pernah memaklumkan anggaran kos baikpulih pangsapuri tersebut RM480 ribu,namun begitu banyak lagi kerosakan yang belum dibaik pulih sebagai mana yang diharapkan oleh penduduk. Tinjuan ShahAlamKini.com Pada 30/4/2012 dipangsapuri yang dimaksudkan nampaknya ada banyak perkara yang belum selesai walaupun baikpulih telah dilakukan sebagaimana yang diketahui umum.lihat gambar dibawah. Keseluruhan penduduk tidak puas dengan baikpulih yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan Selangor,mereka akhirnya mengadakan demonstrasi aman diperkarangan pangsapuri sebagaimana keratan akhbar dibawah. ![]() ![]() ![]() Manakala pasar malam Bukit Subang hanya tinggal beberapa buah gerai sahaja,sedangkan semasa BN memerintah selangor keseluruhan gerai ada 124.kini hanya ada 3 gerai. Ini dia pasar malam zaman Pakatan Haram di Bukit Subang U16.apa cerita ni ??? pentadbiran bawah khalid gagap dah halau penjaja ker ??? ADAKAH INI MENTERI BESAR ANDA WAHAI RAKYAT SELANGOR ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 06 May 2012 10:00 PM PDT ![]() Penubuhan Kor Tani Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pada tahun lalu kini berupaya menyediakan 700,000 peluang pekerjaan dalam sektor pertanian,khususnya kepada generasi muda menjelang 2020.Menterinya,Datuk Seri Noh Omar berkata ia berikutan komitmen dan semangat ditunjukkan golongan itu, termasuk pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) begitu tinggi hingga menjadikan sektor pertanian semakin diminati orang muda. "Sejak dilancarkan,kita berjaya mengumpulkan 5,283 ahli membabitkan peserta pasar tani, usahawan kecil dan sederhana,peladang,penternak,siswazah dalam bidang pengeluar atau pemasaran serta individu yang menerima peruntukan kementerian atau pinjaman Tekun Nasional (TEKUN).Hingga akhir tahun ini,kami menyasarkan keahlian 10,000 orang muda berusia antara 18 hingga 40 tahun," katanya selepas melancarkan Kor Tani MOA peringkat Zon Selatan serta penutupan Kursus Membina Pasukan Kor Tani MOA di Kem Permata Resort Ayer Pa'abas. Seramai 740 peserta mewakili Melaka,Negeri Sembilan dan Johor menyertai kursus dua hari itu.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Datuk R Perumal; Pengerusi Pertanian, Industri Asas Tani,Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Sembilan,Datuk Yunus Rahmat,Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Ab Aziz Kaprawi serta Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Kor Tani MOA,Datuk Zainal Dahalan.Noh berkata,antara faedah diperoleh ahli apabila menyertai Kor Tani itu ialah keutamaan dalam setiap peruntukan pertanian daripada kementerian, selain memberi laluan mudah kepada mereka mendapatkan pinjaman institusi kewangan seperti Agrobank dan TEKUN.Pada masa sama,katanya, mereka juga akan dipelawa menyertai misi bantuan kesukarelawan bencana alam seperti banjir bagi membantu memperkemas dan membersihkan kawasan pertanian yang dilanda musibah. "Selepas menyertai kursus, mereka akan diberi pinjaman bagi memulakan sektor pertanian di kawasan masing-masing dan diharap ia memberi galakan serta semangat baru kepada masyarakat untuk membangunkan sektor terbabit," katanya. APA KATA DATUK SERI NOH OMAR BERKENAAN BERSIH 3.0 ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! ANDA MINAT BERMAIN JET SKI ??? INI PELUANG UNTUK ANDA !!! WAJIB BACA !!! Posted: 06 May 2012 07:00 PM PDT ![]() KEJOHANAN FORMULA JET SKI SUPER SERIES SEGMEN : FAST & FURIOUS PROGRAM : KEJOHANAN FORMULA JET SKI SUPER SERIES ANTARABANGSA LANGKAWI PENYELARAS PROJEK : MOHD SAIPUDDIN BIN ZAKARIA NO. Telefon : 03-88713242/0122092727 PENJELASAN /SINOPSIS AKTIVITI ![]() Formula Jet Ski Super Series Antarabangsa Langkawi (LIFJSSS) akan dianjurkan oleh Bintang Puspa Sdn Bhd – Program ini diiktiraf oleh IJSBA (Persatuan Jet Ski Antarabangsa & Boating dan disokong oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang bakal menjadi perlumbaan Ski Jet berprestej di rantau ini. Formula Jet Ski Antarabangsa Langkawi pada musim ini akan menjadikan Putrajaya sebagai destinasi ke 4 selain lokasi lain seperti Pulau Langkawi I (Kedah), Pulau Pangkor (Perak),Teluk Cempedak,Kuantan (Pahang) dan Pantai Klebang (Melaka).Hadiah wang tunai berjumlah RM410, 000 akan meletakkan LIFJSSS antara kejohanan lima terbaik antarabangsa dan akan menjadi satu tarikan yang pasti untuk pasukan dan pelumba menyertai. LIFJSSS akan menjadi salah satu daripada pemacu utama pelancong tempatan dan asing ke putrajaya.Perlumbaan ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu : 1- 4 lejang terbuka, 2- 4 Lejang (Lelaki), 3- 4 Lejang (Wanita), 4- 4 lejang (Vateran) 5- 2 Lejang Terbuka. Pemenang Kejohanan daripada kategori 4 lejang (Lelaki) dan 4lejang (Wanita) akan mewakili Pasukan Malaysia ke perlumbaaan Akhir Dunia ke 32 di Lake Havasu,Arizona,Amerika Syarikat pada tahun 2013. JANGAN LUPA HUBUNGI NUMBER DI ATAS !!! MANA TAHU ANDA LAH PEMENANG NYA !!! SELAMAT MENCUBA !!! AYUH RAKYAT MALAYSIA KE PERHIMPUNAN HARI BELIA NEGARA 2012 !!! SEGALANYA UNTUK ANDA !!! |
HOT NEWS !!! GAMBAR BOGEL DEWI CINTA TERSEBAR LUAS DI INTERNET ??? WAJIB BACA !!! Posted: 06 May 2012 03:46 PM PDT ![]() satu lagi artis indonesia yang mana gambar artis ini tersebar luas di internet.macam cerita Azmin Ali dan 'Ice Cream' pulak.yang si Azmin Ali ni sampai kiamat pun takkan mengaku padahal itu memang gambar dia lepas tu tuduh UMNO.yang buat pun Puak PKR sendiri.bukan saya kata,tapi Zulkifli Noordin yang kata.berbalik cerita gambar Bogel Dewi Cinta ni,belaiu telah menjadi bahan bualan hangat ketika ini selepas Gambar seorang wanita bogel yang didakwa mirip penyanyi berkenaan.Menurut laporan detikHot,terdapat beberapa Gambar tanpa seurat telah tersebar dan diantaranya foto yang menampakkan seorang wanita 'berpose' di hadapan cermin di dalam tandas dan satu lagi foto seorang wanita yang dikatakan mirip Dewi dilihat hanya memakai coli berwarna hitam. ![]() Bukan itu sahaja,malah terdapat juga Gambar bogel Dewi bersama rakannya di tab mandi.Namun Pelantun "Main Hati" ini enggan mengulas lanjut tentang foto berkenaan kerana memberitahu bahawa dia masih lagi belum melihat foto yang dikatakan itu. "Saya tak mahu memberi apa-apa kenyataan lagi buat masa sekarang ini," ujarnya. ADAKAH BENAR ITU GAMBAR BELIAU ATAU SEBALIKNYA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment