tun faisal dot com

tun faisal dot com


[Video] @KhairyKJ - Transformasi PM @NajibRazak jadikan #BNPilihanOrgMuda

Posted: 23 Apr 2012 07:26 PM PDT





#MansuhPTPTN : Datuk Bandar KL sahkan budak-budak yang berkhemah langgar undang-undang

Posted: 23 Apr 2012 11:09 AM PDT





Budak-budak PR dilatih untuk jadi kurang ajar. Tahniahlah! Allah swt tunjukkan sikap sebenar dan perlakuan kurang ajar PR. Kita yakin dengan perbuatan biadap mereka ini bukan saja penjawat awam malah rakyat juga makin benci kepada PR dan budak-budak PR. Errr mana budak PR yang kurang ajar dan berlagak macam pandai undang-undang sangat tu?


Kenyataan Akhbar Datuk Bandar KL

Satu kumpulan yang mendakwa mereka terdiri daripada pelajar-pelajar universiti telah berkumpul tanpa mendapat permit daripada Datuk Bandar adalah merupakan satu kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 dan mendirikan khemah atau apa jua barangan adalah kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Kumpulan tersebut telah diberi nasihat dan amaran oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) bahawa perbuatan berkenaan adalah merupakan satu kesalahan. Di atas keingkaran mereka, DBKL telah mengambil tindakan merampas barang-barang terdiri daripada khemah, kain rentang dan lain-lain peralatan yang berada di lokasi tersebut pada tarikh 15 April 2012. 

Walaupun tindakan diambil oleh pihak DBKL dan usaha memujuk telah dilakukan kumpulan tersebut masih terus berada di Dataran Merdeka sehingga 21 April 2012. Pada 21 April 2012 jam 5.15 petang, pihak DBKL  telah sekali lagi menasihati mereka untuk mengosongkan tapak di Dataran Merdeka bagi memberi laluan kepada ambulan Di Raja dan ambulan-ambulan yang diarah bertugas sempena Konsert Diraja pada malam 21 April 2012.

Memandangkan mereka enggan berpindah, pihak penguatkuasa DBKL telah merampas barangan mereka seperti khemah, kain rentang dan lain-lain dan barangan tersebut diletakkan di dalam lori penguatkuasa yang berada di kawasan berhampiran di mana barangan tersebut telah disenaraikan secara lengkap oleh pihak DBKL. 

Ketua kumpulan tersebut iaitu Encik Mohd Fahmi Reza bin Mohd Zain telah muncul menuntut supaya barang-barang berkenaan dipulangkan iaitu kira-kira jam 1.15pagi, 22 April 2012. Berikutan tuntuan beliau, pihak penguatkuasa DBKL telah mengemukakan notis kesalahan dan tawaran kompaun di atas kesalahan meletakkan barang-barang tanpa kebenaran di tempat awam. 

Encik fahmi telah menandatangani borang akuan tindakan dan barang-barang kepunyaan mereka telah dikembalikan oleh pihak DBKL. Beliau juga telah diberi maklum agar tidak berkumpul dan meletakkan barang-barang berkenaan sekali lagi atau akan berhadapan dengan tindakan DBKL.

Pada 22 April 2012 jam 8.00 pagi, pegawai penguatkuasa DBKL yang bertugas di kawasan Dataran Merdeka mendapati masih terdapat perhimpunan di kawasan tersebut di mana 16 khemah telah didirikan semula. 

Selaras dengan amaran yang telah diberikan oleh DBKL, sekali lagi tindakan merampas barangan yang terletak di Encik Mohd Fahmi kerana beliau didapati masih berada di dalam khemah di Dataran Merdeka pada pagi tersebut. Beliau telah diiringi oleh pegawai-pegawai penguatkuasa DBKL untuk ke Balai Polis Jalan Dang Wangi untuk membuat laporan kepada pihak polis terhadap DBKL.

Semasa Encik Mohd Fahmi diiringi ke kenderaan DBKL iaitu sebelum perjalanan ke balai, seorang awam yang dikenali sebagai Encik Umar bin Mohamad Azmi telah melakukan halangan terhadap tinndakan penguatkuasa untuk membawa Encik Mohd Fahmi ke balai polis. Beliau juga ditangkap oleh penguatkuasa DBKL kerana telah menghalang penjawat awam melakukan tugas.

Dua laporan polis telah dikemukakan oleh DBKL kepada Balai Polis Jalan Dang Wangi iaitu :

1. Kes En Mohd Fahmi di atas kesalahan masih berkhemah di Dataran Merdeka walaupun notis telah diberikan kepada beliau agar tidak melakukan perkara sedemikian.

2. Kes Encik Mohd Fahmi di atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas

Pihak DBKL sedang menyediakan kertas siasatan untuk diperakukan oleh Timbalan Pendakwaraya. Kes Encik Mohd Fahmi akan dibuat oleh DBKL setelah mendapat keizinan daripada Timbalan Pendakwaraya. Manakala kes Encik Umar berada di dalam siasatan pihak polis.


TAN SRI AHMAD FUAD BIN ISMAL
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
23 APRIL 2012

[Video] #AmanKampus Fathul Bari: Demonstran #mansuhPTPTN , demonstrasi tidak Islamik

Posted: 23 Apr 2012 05:30 AM PDT



Saksikan video pandangan Ustaz Fathul Bari terhadap demonstrasi jalanan yang kian menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan sistem PTPTN..
Ahli Panel : 
YBrs Ustaz. Fathul Bari B. Mat Jahaya
Ybrs. Imam Muda Muhammad Khairul Azhar B. Ghazali
YBrs. Ustaz Shah Rizan Bin Ibrahim... 
Moderator:  
Ybrs. Ustaz Syafiq B. Zulakifli (Editor TV Al-Hijrah)
Artikel sebelum ini [SINI]

#FitnahPR Shafie nafi bayar Zahida

Posted: 23 Apr 2012 03:58 AM PDT



Mak Lampir! Sila Baca Kenyataan Akhbar Penafian DS Shafie Afdal Mengenai Zahida Rafik


Mak Lampir dan seluruh cybertroopers Pakatan Haram, sila teruskan fitnah dan pembohongan anda sekiranya mahu disaman oleh DS Shafie Afdal!

Nasharudin: Ambiga, Anwar, penyokong LGBT mengundang bala daripada Allah #occupyDataran

Posted: 23 Apr 2012 02:00 AM PDT



Ambiga Tak Layak Pimpin BERSIH 3.0 - Nasharudin

>> SUNDAY, APRIL 22, 2012


Nasharudin Mat Isa hari ini berkata Dato' Ambiga Sreenevasan tidak layak pimpin BERSIH 3.0 sebaliknya Pemimpin PAS lah yang sepatutnya menjadi barisan hadapan BERSIH 3.0.

Nasha turut berkata LGBT merupakan ancaman kepada masyarakat...

Demi masa depan dan akidah generasi muda, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dipolitikkan sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu untuk menanganinya, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa.

"Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga kita terikut dengan budaya negatif Barat," kata Nasharudin.

Bekas timbalan presiden PAS itu becakap kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada "Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT" di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata golongan itu bagaikan satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah di dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.

Katanya semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.

Nasharudin berkata wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.

Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsis asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.

"Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik," katanya.

Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.

Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan, katanya.

Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia bertujuan menyedarkan peserta tentang perlunya menolak golongan ini yang bagaikan virus berbahaya di dalam masyarakat.



[Video] YB @PKamalanathan balun Ambiga, jelaskan Transformasi Pilihan Raya #PelanTransformasiPolitik #PTP

Posted: 23 Apr 2012 04:00 AM PDT




Ambiga sengaja cari sebab untuk buat kacau?

PANAS! [Video] YB @Pkamalanathan "Bantai" @bersih2 & @bersih3 ! – Mesti Tonton!
Archived in the category: Barisan Nasional, Belanjawan 2012, Bersih 2.0, ETP&GTP, Lain - lain, MIC, News, PRU13

Saya tabik hormat sepenuhnya akan tindakan Berani YB Hulu Selangor, Tuan P. Kamalanathan akan keberaniannya menyuarakan pendapat beliau tentang permintaan Bersih dan membongkar atau lebih sesuai saya katakan membantai mitos yang diwar- warkan oleh Bersih! Saya menyambut baik akan tindakan YB Hulu Selangor dan menggesa semua Wakil rakyat Barisan Nasional agar mencari kaedah baru seperti ini bagi mendekati Rakyat, menerangkan isu – isu semasa belum mereka terpengaruh dan terlanjur jauh dari kebenaran! Ikuti kesemua 10 Klip Penerangan YB P.Kamalanathan Ahli Parlimen Hulu Selangor juga selaku Ahli PSC Pilihanraya.





Lihat video selanjutnya di http://www.shizone.com/?p=1737

Panas! Arahan DAP: Anwar mesti hentikan Nasharudin? #balaciSosialis

Posted: 23 Apr 2012 04:01 AM PDT




Biar betul, blogger MyMassa dedahkan perbualan telefon Anwar?


RAKAMAN PERBUALAN ANWAR-LIM KIT SIANG

Posted on 

  • Isnin, 23 April 2012
  • by 
  • MymassaVoice
  •  in
  • http://mymassa.blogspot.com/2012/04/rakaman-perbualan-anwar-lim-kit-siang.html

    Pergaduhan Anwar dan Lim Kit Siang semalam sudah sampai ke kemuncak. Dalam perbualan telefon di antara Anwar dengan Lim Kit Siang, LKS mendesak Anwar supaya mendesak Haji Hadi untuk memecat YB Nasharudin Mat Isa sebelum PRU13. Ikuti sebahagian rakaman perbualan telefon Anwar-Lim Kit Siang, Rakaman Penuh tunggguuuu ...

    ....cut....


    LKS : i know but we must stop YB Nasharudin

    Anwar : Is not me, u better call Hadi


    LKS : no no if u really hope our Chinese and Christian, u must take action immediate

    Anwar : ok but timing timing, our boys in Dataran,we have Hijau, Lynas so many, u can't do like this!

    LKS : so what? please, u never change...

    Anwar : ok ok i will call Hadi, but this case, Hadi shud be, not me

    LKS : Ambiga sgt marah...u and Hadi, a muslim leader, please 

    Anwar : ok i try...

    ...cut...

    (Date:4/22/12,Time:14:16, Duration:2:03:21:01, Place:Petaling Jaya,File:mmio010max)

    So, maknanya Nasib YB Nasharudin di hujung tanduk lah. Kalau Anwar berjaya pengaruhi Haji Hadi, maknanya YB Nasharudin bakal menerima nasib yang sama dengan Dato Dr Hassan Ali.
    -------------------------------------------------------------------------------

    Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

    Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...