OutSyed The Box |
| Surat Pembaca : Tragedi Adik Afiq Hamizan Posted: 15 Apr 2012 07:49 PM PDT Salam tuan, Berkenaan entry tuan yang bertajuk "Cruel Human Beings". Saya ingin berkongsi satu tragedi yang baru saja berlaku ke atas seorang kenalan saya, Afiq Hamizan. Begini ceritanya. Afiq Hamizan merupakan penjaga gol pasukan sekolahnya untuk pertandingan boasepak MSSDHL (Masjlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat) bawah 15, 2012. Insiden berlaku dalam satu perlawanan di antara sekolahnya SMK Engku Husain, Semenyih dengan SMK Pandan Jaya yang telah diadakan di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang pada hari Isnin , 9 April 2012. Dalam perlawanan itu Afiq Hamizan telah mendapat kecederaan di kepala akibat pertembungan dengan pemain lawan ketika beliau mempertahankan golnya. Pihak keluarga tidak mempertikaikan mengapa pemain lawan mencederakan beliau dan boleh menerima bahawa ia adalah adat permainan. Setiap sukan ada risko dan itu difahami. Tetapi apa yang tidak dapat diterima adalah kecuaian, pengabaian dan sikap tidak bertanggungjawab guru-guru atau pihak penganjur yang jelas tidak mengambil berat kecederaan yang dialami Afiq Hamizan. Tidak ada siapa yang membuat assessment ke atas tahap kecederaan beliau walaupun ia adalah kecederaan yang akhirnya membawa maut. Afiq Hamizan dikatakan telah mendapat kecederaan dalam lingkungan pukul 10 pagi sewaktu pasukannya sedang mendahului 2 – 0. Perlawanan berakhir dengan pasukannya memenangi perlawanan 2 – 1. Oleh itu dakwaan bahawa Afiq Hafizan mendapat kecederaan dalam pukul 10 pagi adalah munasabah. Walaupun kecederaan berlaku di waktu pagi, Afiq Hamizan hanya di bawa ke klinik untuk rawatan pada sebelah petang oleh gurunya. Saya sendiri telah pergi Klinik Kesihatan Semenyih untuk mendapatkan pengesahan dan rekod mereka menunjukkan Afiq Hamizan tiba di klinik itu pada pukul 3.57 petang. Bagaimanapun ibu Afiq mendakwa dia menerima panggilan dari kakitangan klinik lebih kurang pukul 4.20 petang selepas pihak klinik membuat persiapan untuk menghantar anaknya ke hospital Kajang. Dikatakan pihak sekolah telah mempertanggungjawabkan dua orang guru – seorang guru dan seorang ustaz – untuk menyelia aktiviti yang melibatkan perlawanan pada hari tersebut. Tidak diketahui guru mana telah menghantar Afiq Hamizan ke Klinik Kesihatan Semenyih pada petang itu, tetapi yang jelas tidak ada seorang guru pun yang telah menelefon ibubapanya untuk memaklumkan kecederaan anak mereka. Sesungguhnya guru-guru ini mempamerkan suatu sikap yang amat tidak bertanggungjawab dan tidak mungkin dapat diterima oleh mana-mana orang waras. Untuk apa pihak sekolah meminta ibubapa memberikan nombor telefon kecemasan untuk dihubungi kalau tidak tahu bila ia patut digunakan? Bayangkan 6 jam yang berlalu begitu saja sebelum Afiq Hamizan dibawa ke klinik. Bayangkan itulah tempoh Afiq Hamizan terbiar tanpa rawatan yang amat diperlukannya. Bayangkan pula kesakitan yang ditanggung sepanjang tempoh itu. Rakan-rakan Afiq menceritakan beliau telah diusung keluar dengan stretcher selepas insiden di padang – rakaman percakapan rakan-rakan Afiq Hamizan menceritakan tentang apa yang berlaku dikepilkan dalam folder satu lagi untuk rujukan tuan Syed. Dari rakaman itu tuan boleh mendengar bahawa ada pasukan PBSM disediakan oleh penganjur. Tetapi peranan mereka untuk Afiq Hamizan pada pagi itu hanyalah sekadar mengusung beliau menggunakan stretcher ke tepi padang. Selepas itu mereka membiarkannya di bawah seliaan pasukannya. Dari cerita rakan-rakannya, kita dapat tahu bahawa selepas itu Afiq Hamizan telah tidak sedarkan diri – tidur, kata mereka - buat beberapa lama dan muntah-muntah apabila beliau sedar. Tidak ada sesiapa yang tampil membuat penilaian tahap kecederaan Afiq Hamizan samada dari pihak penganjur mahupun guru yang menyelia mereka walhal muntah-muntah merupakan common symptom yang dia mungkin mengalami gegaran otak yang teruk. Seperti kata rakan-rakannya - cikgu cuma "buat tak tau, blur, anggap perkara kecil" dan mereka tidak tahu bagaimana nak ubat Afiq. Dari cerita rakan-rakannya juga kita tahu bahawa Afiq Hamizan telah "dibiarkan" sementara mereka menunggu sehingga semua perlawanan hari itu tamat. Selepas tamat semua perlawanan barulah mereka "kembali kepada Afiq Hamizan" kerana tiba waktu untuk pulang. Begitupun bas hanya datang mengambil mereka dalam lingkungan pukul 2.30 petang. Dan sementara menunggu bas tiba sekali lagi Afiq Hamizan "tidur" di pondok keselamatan. Selepas itu bas membawa mereka kembali ke sekolah sebelum masing-masing pulang ke rumah. Dan selepas itu barulah cikgu menghantar Afiq ke Klinik Kesihatan Semenyih yang terletak di hadapan sekolah mereka. Hanya andaian saya – tetapi saya rasa Afiq Hamizan mungkin dihantar ke klinik itu kerana ia hanya terletak di depan sekolah dan keadaan Afiq Hamizan yang teruk. Jika tidak, mereka mungkin menyuruhnya balik sendiri saja. Menurut kakitangan klinik sewaktu Afiq Hamizan tiba beliau dalam keadaan lemah dan memegang beg plastik sambil muntah-muntah. Mereka juga hairan mengapa Afiq Hamizan dihantar ke klinik pada sebelah petang sedangkan beliau mendapat kecederaan di sebelah pagi. Pihak klinik kemudian menghubungi ibu Afiq Hamizan dan ibunya telah berkesempatan bersama anaknya ke Hospital Kajang dengan ambulan. Dan by the time mereka sampai di Hospital Kajang , keadaan Afiq Hamizan bertambah kritikal dan akhirnya koma. Doktor-doktor yang membuat pemerikasan ke atas beliau memaklumkan harapan untunya hidup adalah amat-amat tipis dan menasihatkan ibubapanya supaya memaklumkan kepada semua ahli keluarga mengenainya supaya "mereka tidak terlambat". Afiq Hamizan kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan kepala. Dan prosidur berkenaan hanya dapat dilakukan pada lebih kurang pukl 6.45 pagi, 10 April 2012 selepas para doktor terpaksa bekerja keras untuk menstabilkan beliau sebelum proses pemindahan dan pembedahan dapat dijalankan. Adik Afiq Hamizan kemudiannya diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 2.24 pada hari yang sama. Tuan Syed, menurut para doktor Afiq Hamizan mungkin boleh diselamatkan jika ia dihantar awal ke hospital. Apa yang berlaku adalah, akibat kecederaan yang dialami, otak Afiq Hamizan membengkak, darah mengumpul dan membeku menghalang laluan oksigen. Akibatnya sebahagian otaknya gagal mendapat bekalan oksigen dan sel-sel yang terlibat mati. Tetapi proses-proses berkenaan mengambil masa juga. Oleh itu saya berpendapat hanya orang-orang yang tidak bertanggungjawab, bodoh dan zalim sahaja akan membiarkan seseorang yang telah menunjukkan segala simptom bahawa kecederaannya serius – seperti yang berlaku ke atas Afiq Hamizan – tanpa sebarang rawatan selama 6 jam. Laporan berita mengenai tragedi ini disiarkan Harian Metro dan boleh dirujuk di http://www.hmetro.com.my/articles/Mautakibatmainbola/Article Saya juga attached bersama email ini 1. Rakaman percakapan rakan-rakan Afiq Hamizan apabila mereka diminta menceritakan apa yang berlaku (the rakaman is not posted here). Terima kasih. |
| 30 Storey Skyscraper Built In 15 Days Posted: 15 Apr 2012 07:26 PM PDT This is a must watch video. Previoulsy I have played another You Tube video of the Chinese building a 10 storey building (?) in about four or five days. Now they have built a 30 storey steel skyscraper in just 15 days or 360 hours. This is an amazing feat. A nation that can do this has to have many, many things in perfect order - the architects drawings, the structural engineers approvals, the local council approvals, the exactly on time delivery of materials, the entire logistics for the process. Great nations have always been people who can move huge masses of physical goods and products around in a jiffy. From time to time I would like to remind everyone about China. Their engagement with the rest of the world is phenomenal. Jangan tertinggal sampan. |
| You are subscribed to email updates from OutSyed The Box To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment