Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Video Auntie Bersih Jalang Pencen Rupanya!! #Bersih3

Posted: 24 Apr 2012 07:08 AM PDT


Tua nak mampus pun kurang ajar macam tu lagi. Patut la yang sokong Bersih ni rupanya memang semua kurang ajar dan takdak otak!! Otak letak kat kepala lutut ka kat mana pun taktau!!

KASI PANAS!! Antara Syiah, Demo PTPTN, Mendiang dan Fathul Bari!! #Bersih3 #mansuhPTPTN

Posted: 24 Apr 2012 05:52 AM PDT


Ustaz Fathul Bari menerangkan segalanya mengenai Demo PTPTN, Syiah, perkahwinan Khalid Ismaih, LGBT dan perbuatan mungkar si mangkuk mahasewel dan mahaseksi di dataran merdeka sana tu.

TUDIAA!! Puak Mahasewel Di Dalangi Kumpulan LGBT dan Kristianisasi? #Bersih3

Posted: 24 Apr 2012 02:12 AM PDT



LGBT mahasewel dan mahaseksi gembira kedatangan paderi di Dataran Merdeka. Mereka juga sempat bergambar menunjukkan keseronokkan berjumpa dengan paderi yang memberi sokongan terhadap bantahan yang mereka lakukan.

Kehadiran paderi itu sangat menghairankan. Apakah tujuan sebenar paderi itu ke sana? Adakah ada unsur gerakan kristianisasi untuk mahasiswa yang berdemo disana? Hampir keseluruhan demonstran adalah pelajar melayu beragama Islam. Difahamkan pihak gereja juga menyalurkan bantuan seperti mineral water dan barang keperluan yang lain..


Dr Hasan Ali pernah menceritakan bagaimana golongan ini mengaburi mata umat Islam yang bermasalah dengan memberi pertolongan pertolongan seperti ini supaya senang ajaran serta gerakan mereka lebih mudah dan lancar..

Sini saya selitkan sedikit cerita pengakuan dari seorang yang pernah murtad yang di petik di beberapa blog.

Pada suatu hari dalam keadaan yang begitu tertekan, saya telah didatangi seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai BENNET, nama samarannya pula ALIFF. Dia selalu hadir apabila saya memerlukannya.

Pernah sekali saya terpaksa membayar duit yang telah dilaburkan oleh rakan kongsi perniagaan saya sebanyak RM6000 dalam masa yang singkat. Dia menawarkan diri untuk membantu saya setelah dia mendapat tahu bahawa saya meminta bantuan dari rakan-rakan seagama dengan saya, tetapi gagal.

Dia membawa saya ke sebuah gereja kira-kira 4 km dari tempat saya belajar. Disana saya ditemukan dengan seorang paderi. Saya diminta menceritakan masalah yang dihadapi, setelah saya menceritakan masalah saya, tanpa banyak alasan paderi tersebut masuk ke sebuah bilik, tidak lama kemudian dia keluar lalu menyerahkan wang sebanyak RM6000 dan dia berkata

"KAMU TIDAK PERLU RISAU SAYA AKAN SENTIASA MEMBANTU KAMU WALAUPUN KITA BERLAINAN AGAMA, DUIT TAK PERLU KAMU PULANG. AMBILLAH IA ANGGAP IA DUIT KAMU SENDIRI YANG SAYA TOLONG SIMPANKAN, TETAPI SAYA HAIRAN MENGAPA ORANG SEAGAMA KAMU BEGITU BERSIFAT PENTINGKAN DIRI. KAMI DISINI DIASUH SUPAYA SENTIASA MENGAMBIL BERAT ANTARA SATU SAMA LAIN."

Semenjak itu saya kerap berjumpa dengan paderi tersebut, dia menawarkan diri untuk mendengar segala masalah saya, saya juga telah mengajak rakan-rakan yang senasib dengan saya. Telah beberapa kali saya hampir meminum 'airsuci' bagi penganut agama kristian tetapi alhamdulillah hasrat tidak kesampaian. Saya dan rakan-rakan yang lain pernah mengadakan perjumpaan dimana ianya dipanggil sebagai hari penghapus dosa. Diadakan di Pantai Cherating, Kuantan Pahang seramai hampir 2500 orang pelajar IPT berbangsa melayu terlibat sama.. sekian

Lihat bagaimana golongan ini mengunakan remaja remaja yang bermasalah.Mula mula bagi sokongan, lepas ini mungkin hadir dalam program program mereka...Mudah mudahan Allah S.W.T melindungi umatNya dari dijahili oleh kaum laknatullah ini..


McTheory:
Apa nak jadi dengan puak-puak ni? sumber asal Mc ambil dari SINI

EKSKLUSIF!! Akibat Khemah Mahasewel!! DBKL di ADUkan ke SPRM!! #Bersih3 #mansuhPTPTN

Posted: 23 Apr 2012 11:12 PM PDT


Mungkinkah disebabkan tindakan pemuda diatas ini, baru mengelabah DBKL nak buat kerja? Nak tunggu ada aduan baru nak buat tindakan?  Apa tindakan pemuda ini, boleh klik baca kat SINI

Semalam juga, Datuk Bandar Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan Medianya..mengenai hal Mahasewel dan Mahaseksi di dataran Merdeka.




Satu kumpulan yang mendakwa mereka terdiri daripada pelajar-pelajar universiti telah berkumpul tanpa mendapat permit daripada Datuk Bandar adalah merupakan satu kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 dan mendirikan khemah atau apa jua barangan adalah kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Kumpulan tersebut telah diberi nasihat dan amaran oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) bahawa perbuatan berkenaan adalah merupakan satu kesalahan. Di atas keingkaran mereka, DBKL telah mengambil tindakan merampas barang-barang terdiri daripada khemah, kain rentang dan lain-lain peralatan yang berada di lokasi tersebut pada tarikh 15 April 2012.

Walaupun tindakan diambil oleh pihak DBKL dan usaha memujuk telah dilakukan kumpulan tersebut masih terus berada di Dataran Merdeka sehingga 21 April 2012. Pada 21 April 2012 jam 5.15 petang, pihak DBKL telah sekali lagi menasihati mereka untuk mengosongkan tapak di Dataran Merdeka bagi memberi laluan kepada ambulan Di Raja dan ambulan-ambulan yang diarah bertugas sempena Konsert Diraja pada malam 21 April 2012.

Memandangkan mereka enggan berpindah, pihak penguatkuasa DBKL telah merampas barangan mereka seperti khemah, kain rentang dan lain-lain dan barangan tersebut diletakkan di dalam lori penguatkuasa yang berada di kawasan berhampiran di mana barangan tersebut telah disenaraikan secara lengkap oleh pihak DBKL.

Ketua kumpulan tersebut iaitu Encik Mohd Fahmi Reza bin Mohd Zain telah muncul menuntut supaya barang-barang berkenaan dipulangkan iaitu kira-kira jam 1.15pagi, 22 April 2012. Berikutan tuntuan beliau, pihak penguatkuasa DBKL telah mengemukakan notis kesalahan dan tawaran kompaun di atas kesalahan meletakkan barang-barang tanpa kebenaran di tempat awam.

Encik fahmi telah menandatangani borang akuan tindakan dan barang-barang kepunyaan mereka telah dikembalikan oleh pihak DBKL. Beliau juga telah diberi maklum agar tidak berkumpul dan meletakkan barang-barang berkenaan sekali lagi atau akan berhadapan dengan tindakan DBKL.

Pada 22 April 2012 jam 8.00 pagi, pegawai penguatkuasa DBKL yang bertugas di kawasan Dataran Merdeka mendapati masih terdapat perhimpunan di kawasan tersebut di mana 16 khemah telah didirikan semula.

Selaras dengan amaran yang telah diberikan oleh DBKL, sekali lagi tindakan merampas barangan yang terletak di Encik Mohd Fahmi kerana beliau didapati masih berada di dalam khemah di Dataran Merdeka pada pagi tersebut. Beliau telah diiringi oleh pegawai-pegawai penguatkuasa DBKL untuk ke Balai Polis Jalan Dang Wangi untuk membuat laporan kepada pihak polis terhadap DBKL.

Semasa Encik Mohd Fahmi diiringi ke kenderaan DBKL iaitu sebelum perjalanan ke balai, seorang awam yang dikenali sebagai Encik Umar bin Mohamad Azmi telah melakukan halangan terhadap tinndakan penguatkuasa untuk membawa Encik Mohd Fahmi ke balai polis. Beliau juga ditangkap oleh penguatkuasa DBKL kerana telah menghalang penjawat awam melakukan tugas.

Dua laporan polis telah dikemukakan oleh DBKL kepada Balai Polis Jalan Dang Wangi iaitu :

1. Kes En Mohd Fahmi di atas kesalahan masih berkhemah di Dataran Merdeka walaupun notis telah diberikan kepada beliau agar tidak melakukan perkara sedemikian.

2. Kes Encik Mohd Fahmi di atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas

Pihak DBKL sedang menyediakan kertas siasatan untuk diperakukan oleh Timbalan Pendakwaraya. Kes Encik Mohd Fahmi akan dibuat oleh DBKL setelah mendapat keizinan daripada Timbalan Pendakwaraya. Manakala kes Encik Umar berada di dalam siasatan pihak polis.


TAN SRI AHMAD FUAD BIN ISMAL
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
23 APRIL 2012

PANASS!! Jawapan Pada Skandal Shafie Apdal dan Zahida Rafik!!

Posted: 23 Apr 2012 08:12 PM PDT


Setelah di serang bertalu-talu oleh penulis blog pencacai Pakatan dan juga media. Akhirnya Shafie Apdal bertindak bijak dengan membuat penafian. Sepatutnya Shafie boleh lebih awal menafikan perkara ini. Dalam tempoh kecemasan sebelum menghadapi PRU ke 13. Reputasi beliau sebagai menteri itu lebih penting untuk dijaga.



Kenyataan Media dari Shafie Apdal (PENAFIAN)
Syabas Shafie, Mc menyokong Shafie menyaman sesiapa juga yang menuduh beliau. Jangan bagi muka, jangan biarkan namanya BUSUK disebabkan pencacai yang membuat fitnah. Paling penting, saman si ZURAIDA MAK LAMPIR. Dialah punca segala musibat jahat yang melanda kini.



McTheory:
semalam Zahida juga menafikan, nak baca klik SINI

EKSKLUSIF!! Kes KUIN Bakal Bunuh Azizan dan Pas Kedah!! #saveKedah

Posted: 23 Apr 2012 06:02 PM PDT


Apa yang kita semua tahu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang di pengerusi Azizan, Menteri Besar Kedah, sememangnya mempunyai masalah hutang yang begitu banyak, sehinggakan berhadapan dengan saman dari pelbagai pihak yang bersangkutan dengan Kolej Universiti Insaniah milik Kerajaan Negeri.

Sebelum ini Mc pernah menceritakan mengenai seorang bekas kontraktor KUIN yang mahu menyaman pihak KUIN sebanyak RM 3juta kerana gagal membayar hutang seperti di dalam syarat perjanjian seperti berikut :-


kontraktor "Shake Cuisine Sdn Bhd" telah menyaman KUIN kerana gagal melunaskan bayaran penyediaan perkhidmatan kepada 300 pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dicawangan Kolej Insaniah Sungai Petani bagi tempoh 3 tahun bermula dari januari 2009 sehingga Disember 2011 dengan kadar bayaran di tetapkan dalam perjanjian sebanyak RM 200.00 sebulan untuk setiap pelajar.


Kos berkenaan merangkumi kos perkhidmatan Asrama (kediaman) dan pengangkutan untuk 
seramai 300 pelajar. Dalam permasalahan ini menunjukan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang di pengurusi MB Kedah gagal di dalam pentadbiran urusan kewangan,malahan turut gagal dalam menyediakan 300 pelajar untuk di tempatkan di asrama seperti di dalam perjanjian,

Maklumat lebih lanjut klik sini dan sini

Perkara ini telah di bangkitkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini. Jawapan maklum balas dari pihak Kerajaan Negeri sungguh menyedihkan dengan memberitahu, kontraktor terbabit melanggar syarat perjanjian, namun syarat perjanjian yang di langgar kontraktor terbabit tidak di nyatakan dengan jelas ini menunjukan Kerajaan Negeri cuba menyembunyikan perkara yang sebenar.

Untuk mendapat kepastian kami berhubung dengan kontraktor yang mengfailkan saman terhadap pihak KUIN sebanyak RM3 juta . Kontraktor terbabit menerangkan kepada kami, tiada syarat yang di langgarnya, dan menceritakan peguam pihak KUIN yang meminta kepada peguam pihak Kontraktor terbabit supaya tangguh seketika kes saman ini.

Untuk pengetahuan semua, kalau saman melibatkan KUIN, selalunya pihak KUIN akan kalah..dan pihak KUIN yang di pengerusikan Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang melanggar kontrak. Sebenarnya pihak pengurusan KUIN telah merosakkan nama baik Censelor KUIN, dan cuba anda cari siapa Censelor KUIN????




McTheory:
Macam mana Azizan nak jaga negeri? Jaga IPT pun GAGAL!!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

TUDIAA!! Video TERHOT Mengenai Rakyat Malaysia!!

Posted: 23 Apr 2012 03:36 PM PDT


Banyak sindiran pedas di dalam video ini. Tapi boleh la layan untuk buat gelak-gelak..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...