Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


TOK HIM DEDAH - ANWAR PERNAH JUMPA TUN M RAYU PELUANG KE 2 TEBUS DOSA!!

Posted: 23 Apr 2012 12:12 AM PDT




Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali mendakwa bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merayu kepadanya agar berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memecatnya dan beri peluang kedua menjadi timbalan perdana menteri.

Ibrahim mendakwa, pada tahun 1998, Anwar ada menelefon dan meminta datang ke rumah untuk berjumpa dengannya dan meminta beliau merayu kepada Mahathir agar diberi peluang kedua.

Menurut Ibrahim lagi, bagaimanapun, Mahathir memecat Anwar kerana perilakunya serta demi negara dan agama.

"Saya kenal Anwar dah lama. Dari tahun 1970-an lagi... Ada sekali tu, dia ada hubungi saya dan suruh ke rumah... Masa itu dia merayu supaya jumpa dengan Mahathir untuk bagi dia peluang kedua... jangan pecat dia...

"Tapi saya tak nak bersekongkol... Saya tak nak hipokrit," katanya dalam ucapan perasmian pelancaran kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau turut berkata, TIBAI ibarat anak kandung PERKASA kerana penerajunya Muhammad Zahid Md Arip adalah ahli tertinggi PERKASA.

Sebagai simbolik pelancaran, Ibrahim dan beberapa pimpinan TIBAI memegang rotan dan memukul gambar Anwar sebagai tanda 'tibai'.

Menurut Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir MAS, dengan dakwaan berhubung kes liwat, maka Anwar bukanlah calon yang sesuai untuk menjadi perdana menteri.

Malah, katanya, masih ramai lagi calon lain yang mampu menggantikan Datuk Seri Najib Razak bagi kerusi itu.

"Kita tolak dia bukan sebab kita Umno. Tidak ada kena mengena. Tetapi demi negara dan umat Islam.

"Kita mesti konsisten. Ramai lagi pemimpin yang bersih yang boleh gantikan Najib. Mahathir tolak sebab perilaku Anwar. Dia tak boleh jadi perdana menteri. Kita akan buat pendedahan satu demi satu masa jelajah nanti.

"Akibat daripada tindak tanduk dia (Anwar), orang Melayu berpecah. Kerana dia, Melayu berpecah, DAP untung dan PAS hancur," katanya lagi.


KELAB SULTAN SULAIMAN SESAK RIBUAN MANUSIA MAHU TIBAI ANWAR!!

Posted: 22 Apr 2012 09:19 PM PDT




RIBUAN ini hadir menyertai NGO TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM (TIBAI).





 RIBUAN yang hadir ini pernah memuja kepimpinan Anwar satu ketika dahulu. Kini mereka bersatu menerusi TIBAI - TOLAK ANWAR.





Adakah RIBUAN manusia ini juga mahu dituduh 'dibeli' UMNO? Sudah2 lah tu membuat pertuduhan yang sama.

Kerana terbukti ANWAR TIDAK RELEVEN.!!



ISU JAWATAN MAIPP - GUAN ENG UGUT PESURUHJAYA PAS PENANG

Posted: 22 Apr 2012 07:26 AM PDT



PENGECUT!! Itu sahaja yang mampu diselar terhadap Pesuruhjaya PAS Penang Salleh Man Mat Aji memberi maklum balas terhadap isu jawatan Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

"Kita tidak boleh bercanggah pendapat apabila berada dalam sebuah parti." Jawapan seorang Pemimpin Islam yang tersepit dalam menjaga maruah Parti Pemerintah yang tidak seteru dengan simbolik Perundangan Syariah.

Bagaimana Salleh Man boleh membiarkan janji Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng terhadap beliau dicabul? Mungkin Salleh Man tak kisah sangat kerana telahpun 'menikmati' jawatan ADUN pada ketika ini.

Akan tetapi, diserahkan pula bulat2 kepada Pemuda PAS Negeri untuk lebih keras dalam merealisasi tuntutan tersebut.

"Jika Dewan Pemuda Pas merasakan itu yang terbaik, terpulanglah.Saya tidak mahu komen dengan lebih panjang berikutan takut dispekulasikan kenyataan saya.sebagai sebuah parti,semestinya kita tidak boleh bercanggah pendapat. Oleh itu, jika Dewan Pemuda Pas negeri rasa permintaan itu terbaik,saya berserah sahaja," kata Salleh Man.

Sudahlah. Ini semua drama ke Putrajaya. DAP tidak sama sekali akan memberi ruang kepada PAS untuk berkuasa dalam melaksanakan apa yang disebut tuntutan Islam. Mungkin lebih mudah jika diletakkan Parasit PAS dalam barisan kepimpinan Negeri. Kerana buat masa ini tiada lagi pimpinan Parasit di Negeri tersebut.



STATUS SELANGOR - ANWAR SAWAN BABI DENGAR PRU13!!

Posted: 22 Apr 2012 03:33 AM PDT




Tindakan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan Negeri Selangor tidak akan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), bukti gabungan tersebut takut angin perubahan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan mencari alasan lain sememangnya cara PR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lari dari kenyataan sebenar.

Menurutnya, keputusan terbaru PR ini bercanggah dengan pendirian Kerajaan Negeri yang memutuskan untuk menyertai PRU13 selepas enam bulan pertama, 2012.

"Ini bukti PR takut berhadapan dengan rakyat, kerana kita telah nampak angin perubahan bertiup kencang di Negeri Selangor.

"Oleh kerana sekarang sudah memasuki April dan masih belum nampak pilihan raya akan diadakan, maka Anwar mencari alasan lain untuk tidak menyertai PRU-13," katanya kepada media selepas merasmikan Program Jimat Belanja Dapur, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar bahawa Negeri-negeri di bawah PR terutama Negeri Selangor berkemungkinan besar tidak menyertai PRU-13, sekiranya daftar pemilih masih diragui.

Noh berkata, beliau tidak hairan tindakan PR yang selalu menukar kenyataan untuk menyelamatkan diri kerana tindakan tersebut dilakukan untuk mengekalkan kuasa di Negeri Selangor.

"Ini semua gimik untuk menarik perhatian rakyat, dari hakikat sebenar bahawa di Selangor ini, mereka tidak dapat menahan angin perubahan ini," katanya.

Menurutnya, PR kini tidak lagi mempunyai kumpulan sokongan untuk digunakan dalam pilihan raya, ini kerana kumpulan seperti Hindraf telah sedar dan beralih sokongan.

"Golongan India kini sudah kembali menyokong BN, terbaru lebih 5,000 orang India hadir dalam program saya di Taman Sentosa," katanya.

18 April lalu, Anwar mengumumkan bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan PR tidak akan menyertai PRU-13 sekiranya ia diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Menurutnya, biarpun perkara itu secara terperinci sudah dikemukakan ahli jawatankuasa di dalam Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihanraya (PSC) dan dibentangkan untuk dibahaskan namun jawapan yang diterima masih hambar.

Anwar berkata, pihaknya kesal janji SPR untuk membersihkan nama daftar pengundi yang masih belum dilakukan dan terdapat usaha meneruskan cara kaedah penipuan dalam pilihan raya akan datang.


BERSIH 3.0 DI STADIUM MERDEKA - PAK SAMAD SETUJU.. AMBIGA BANTAH!!?

Posted: 22 Apr 2012 01:55 AM PDT




Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, (DBKL) seharusnya mengemukakan lokasi alyternatif untuk Bersih 3.0 sekiranya tidak mahu perhimpunan itu diadakan di Dataran Merdeka, jelas Menteri Dalam Negeri, Stadium Merdeka boleh dijadikan lokasi protes.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) menegaskan kumpulan pemerhati politik tanah air itu harus diberikan kebenaran untuk mengadakan "perhimpunan aman" dan kerajaan telah menyatakan perhimpunan itu bukanlah "ancaman kepada negara".

"Mereka (DBKL) tidak membenarkan mereka menggunakan Dataran Merdeka tapi saya yakin mereka akan dibenarkan untuk berhimpun, dan saya percaya DBKL ada lokasi alternatif di mana-mana lokasi," katanya kepada pemberita di sini.

"Kami bersetuju untuk tidak menghentikan perhimpunan aman, tapi bukan kuasa saya untuk untuk mengatakan DBKL akan membenarkannya," kata Hishamuddin.

Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya bersedia membantu Bersih untuk membuat pilihan sama ada Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil sebagai lokasi alternatif perhimpunan 28 April ini.

"Jangan melihat perhimpunan aman itu sebagai ancaman negara, dan saya akan semak sama ada Bukit Jalil ataupun Stadium Merdeka (jika diperlukan) dengan pihak berkuasa.

"Saya boleh membantu termasuk (mendapatkan)  Stadium Merdeka yang mana pihak penganjur telah membuat permohonan sebelum ini," kata Hishamuddin merujuk kepada permohonan Bersih pada perhimpunan 9 Julai lalu.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...