Gelombang Rakyat |
| PAS PENANG SELAR PKR GILA TALAK.. DESAK EXCO LEPAS JAWATAN MAJLIS AGAMA ISLAM!! Posted: 19 Apr 2012 06:19 AM PDT Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang mendesak agar Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Kassim mengosongkan kerusi Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dalam kadar segera sama ada meletakkan jawatan atau menolak pelantikannya ke jawatan itu. Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Abdul Malik dicadangkan berbuat demikian sementara menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melantik Pesuruhjaya Pas Negeri itu, Datuk Mohd Salleh Man bagi menggantikan beliau. "Tindakan ini sangat wajar bagi menunjukkan sifat bertanggungjawab atas kesilapan kerajaan negeri seperti yang diakui, di samping menambah keyakinan rakyat dan kepercayaan pengundi terhadap janji pilihan raya ketika pilihan raya kecil Permatang Pasir yang lalu. "Ia juga akan menambah baik imej Abdul Malik selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang diberi amanah portfolio agama, sekali gus imej Pakatan Rakyat itu sendiri terutamanya di Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Semalam, Kerajaan Negeri mengakui telah melakukan kesilapan dengan mencadangkan nama Abdul Malik sebagai YDP MAINPP walaupun sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) pernah berjanji akan menamakan Mohd Salleh. Afnan Hamimi berkata, inilah 'contoh hidup' dan menunjukkan slogan 'CAT- Cekap, Akauntabiliti dan Telus' bukan sahaja dilaungkan, bahkan dipraktikkan serta tetap terus diamalkan walaupun kadangkala ia pahit. Ujar beliau lagi, ia juga adalah selaras dengan tuntutan Islam supaya kita mengakui kesilapan dan memohon maaf jika membuat sesuatu kesilapan. |
| You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:
Post a Comment