BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


AL-FATIHAH !!! PELAJAR UPSI MENINGGAL DUNIA KERANA JATUH DARI BANGUNAN !!!

Posted: 22 Apr 2012 12:00 PM PDT



seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),Tanjung Malim dipercayai maut akibat jatuh dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu pukul 5.15 petang ,semalam.Mangsa yang mengalami kecederaan parah dibeberapa bahagian badannya meningal dunia di tempat kejadian.Ketika itu,sebahagian pelajar UPSI baru sahaja menamatkan kuliah tambahan pada sebelah petang.Seorang pelajar dikatakan melihat kejadian berkenaan namun tidak boleh ditemuramah kerana trauma.

Menurut sumber,pelajar berusia 23 tahun berkenaan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester lagi.Kata sumber, mangsa dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan terbabit kerana terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan itu.


Ketika kejadian mangsa berpakaian muslimah,berseluar trek dan bertudung.Jenazah arwah telah dihantar ke Hospital Slim River bagi tujuan bedah siasat.Menurut rakan-rakannya,sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian serta berkemungkinan menghadapi tekanan perasaan.- SH

AL-FATIHAH...

EKSKLUSIF !!! JIKA ANDA SAYANG ANAK ANDA !!! WAJIB BACA ARTIKEL INI !!!

Posted: 22 Apr 2012 08:30 AM PDT



Semua ibu bapa PERLU mengikis sikap acuh tak acuh terhadap keselamatan anak-anak mereka.Tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar membesarkan anak-anak dengan menyediakan makan minum dan tempat berteduh, tetapi juga meliputi memberikan perlindungan kepada mereka.Ancaman terbesar bagi kanak-kanak ialah kecederaan selain daripada penyakit.

Di Malaysia,kecederaan adalah di antara punca utama kematian kanak-kanak di bawah umur 14 tahun.Kunci utama untuk memastikan keselamatan anak-anak kita adalah untuk menjangka kehadiran situasi bahaya dan bukannya hanya bertindak selepas kejadian yang tidak diingini berlaku.Keselamatan anak-anak anda boleh diberi perhatian dari beberapa aspek. Pertama, pada aspek kanak-kanak itu sendiri, dari segi bahagian ruang di rumah dan juga apabila berlakunya kecemasan yang tidak diingini.

Pada ruangan kali ini kita akan menyentuh tips-tips panduan keselamatan pada kanak-kanak dan juga aspek keselamatan yang harus ada di setiap rumah.

Aspek Kanak-Kanak

Untuk aspek kanak-kanak,perkara yang harus kita awasi adalah dari segi pemakanan, alat permainan dan juga pergerakan mereka.

Pemakanan

Susu ibu boleh mengelakkan jangkitan penyakit.Terdapat banyak kelebihan susu ibu yang harus anda ketahui. Ibu yang menyusu dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan arak dan dadah jika tidak diarahkan oleh doktor. Bagi ibu yang menyusu anak dengan susu botol, pastikan anak tidak ditinggalkan bersendirian atau tidur dengan botol susu di dalam mulut untuk mengelakkan kejadian tercekik. Bancuhkan susu baru setiap kali anak ingin menyusu. Panaskan susu di dalam bekas berisi air panas dan uji suhu susu dengan titiskan susu di pergelangan tangan (untuk memastikan susu tidak terlalu panas untuk diminum).

Puting/pacifier adalah tidak digalakkan kerana boleh merosakkan barisan gigi. Bagi kanak-kanak yang menggunakan puting (pacifier), pastikan pelindung puting mesti cukup besar supaya tidak tertelan oleh anak. Jangan benarkan anak anda berjalan, berlari atau bermain ketika ada makanan dalam mulutnya.

Alat Permainan

Elakkan alat-alat mainan yang berikutnya :

Berbucu tajam atau mempunyai kemasan yang kasar.
Bertali melebihi 30 sentimeter.

Mempunyai bahagian kecil yang boleh ditanggalkan supaya anak-anak tidak masukkannya dalam mulut.

Mempunyai tangkai atau pemegang yang panjang yang boleh dimasukkan ke dalam mulut atau mencucuk mata.

Diperbuat daripada bahan yang mudah pecah atau koyak.

Mempunyai bulu atau rambut panjang yang boleh menyebabkan alahan.
Mempunyai enjin atau kipas yang berputar.

Pergerakan Kanak-kanak

Ubah ketinggian tilam katil bayi ke aras terendah apabila bayi mula berdiri. Ubahsuai juga ketinggian palang atas katil bayi supaya dia tidak boleh memanjat keluar.Alat bantuan berjalan kanak-kanakadalah berbahaya. Anda dinasihatkan supaya jangan menggunakannya. Dengan alat ini, bayi boleh bergerak dengan lebih laju dan mencapai barang-barang di sekelilingnya.Bayi mendapat kebolehan untuk bergerak sebelum dia bersedia dan ini menyebabkan bayi lebih cenderung untuk mendapat kecederaan serius. Penggunaan alat bantuan berjalan tidak akan membantu kanak-kanak belajar berjalan dengan lebih cepat atau pantas.Apabila anak-anak sudah mula memahami,terdapat 15 peraturan keselamatan utama yang boleh anda ajar kepada anak-anak:

Jangan cuba mengambil apa-apa jika tidak sampai dengan memanjat kerusi atau meja.Minta bantuan orang dewasa.

Jangan lari atau main apabila ada makanan dalam mulut atau memegang benda tajam dalam tangan.

Kemaskan alat permainan kamu supaya orang lain tidak terpijak dan jatuh.

Jangan buka tingkap sendiri. Jangan menjenguk keluar dari tingkap yang terbuka.

Jangan duduk atau berdiri di tempat yang tinggi dari lantai.

Jangan berlari-lari atau bermain di tangga.

Pengang palang apabila turun atau naik tangga dan jangan sekali-kali menggelongsor turun dari palang.

Pastikan tali kasut kamu sentiasa diikat dengan kemas.

Jangan cuba mengangkat atau membawa terlalu banyak benda dalam satu masa.

Jangan bermain atau meletakkan beg plastic ke kepala.

Jangan masuk ke dapur jikat tidak ada orang dewasa bersama.

Jangan bermain dengan wayar langsir ayaty bidai. Ia boleh menjerut leher dah menyebabkan kamu tercekik.

Jangan sentuh cawan, bekas atau periuk yang mempunyai cecair panas di dalamnya.

Jangan sekali-kali bermain dengan api, mancis atau lilin.

Jangan lompat ke dalam air atau pergi berenang seorang diri.

Kemudian jangan lupa juga untuk mengajar anak anda menggunakan telefon. Supaya sekiranya berlaku kecemasan,mereka boleh melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Ajar anak-anak anda bahawa nombor kecemasan hanya didail apabila berlaku kecemasan SAHAJA.

Sekira boleh, terapkan kepada anak-anak anda menghafal nama penuh mereka, alamat rumah dan juga nombor telefon. Sekiranya mereka sudah boleh membaca, tuliskan nota berikut dan lekatkan berhampiran telefon. Makanya sekiranya berlaku kecemasan, kanak-kanak sepatutnya sudah boleh memberikan maklumat tersebut.

Aspek Ruang Rumah

Untuk aspek ruang rumah, kita harus memastikan bahagian-bahagian utama rumah berada dalam keadaan yang tidak mengancam keselamatan kanak-kanak. Beberapa tips untuk anda memastikan keadaan setiap ruang rumah anda sentiasa selamat.

Bahagian Ruang Tamu

Tutup dan kunci pintu ke arah tangga dan hadang tangga dengan pagar.
Terdapat banyak bucu yang tajam di dalam ruang tamu seperti meja dan rak. Gunakan penghalang bucu atau kain berpad untuk mengelakkan kecederaan di kepala, lebam dan benjol.
Jika anda mempunyai meja kaca, salut bahagian kaca dengan plastik kejap bagi mengelakkan kaca dari pecah dan melukai anak sekiranya berlaku kemalangan.

Bahagian Dapur

Simpan peralatan tajam supaya tidak boleh diambil oleh anak.
Wayar bergantung dari peralatan elektrik seperti pengisar dan periuk nasi adalah berbahaya. Sorokkan dengan penutup wayar atau pita
pelekat.

Biasakan diri supaya memusingkan pemegang atau tangkai periuk ke dalam, berjauhan dari hujung meja. Jangan sekali-kali makan, minum,bawa atau menyediakan makanan atau minuman panas sambil mendukung bayi.

Buang beg plastik dengan serta merta. Tebuk lubang dan ikat sebelum anda membuangnya. Atau, simpan beg plastik di tempat yang selamat.Selain lemas, kanak-kanak juga boleh tercekik jika termakan cebisan plastik yang kecil.

Bahagian Ruang Bilik Tidur

Gunakan selak keselamatan atau penutup tombol pintu bagi menghalang kanak-kanak dari terperangkap di dalam almari.

Jauhkan katil bayi, katil dan perabot dari tingkap. Pasang jeriji di tingkap atau penghalang supaya ia tidak boleh dibuka melebihi 10 sentimeter.

Jika anda menggunakan katil dua tingkat,jangan benarkan kanak-kanak berusia kurang dari 6 tahun tidur di tingkat atas. Jangan benarkan kanak-kanak bermain di atas katil dua tingkat.
Pastikan ada jalan keluar jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Anda mesti adakan satu jeriji tingkap yang boleh dibuka.Tetapkan tempat berkumpul bagi keluarga jika berlaku kecemasan.

Bilik Air

Pastikan pintu ke bilik air dan tandas sentiasa tertutup.

Jangan benarkan anak pergi ke bilik air atau tandas bersendirian. Sentiasa pastikan anak ditemani orang dewasa.

Jangan sekali-kali tinggalkan anak bersendirian di dalam besen mandi atau sebarang bekas berisi air seperti baldi, kolam atau tandas walaupun untuk seketika. Kanak-kanak boleh lemas di dalam air berukuran kurang daripada 2.5 cm.

Gunakan alas getah atau tuala sebagai alas di dalam besen mandi supaya bayi tidak tergelincir.

Jangan letakkan peralatan elektrik berdekatan sinki, besen mandi atau tandas.

Tuang dan kosongkan bekas berisi air dengan serta-merta selepas menggunakannya bagi mengelakkan kanak-kanak lemas. Letakkan besen dan baldi di tempat yang tidak boleh dicapai supaya anak tidak mengisikannya dengan air. Bekas yang berisi air seharusnya ditutup setiap waktu.

Malang tidak berbau. Anda sebagai ibu bapa kenalah sentiasa berjaga-jaga dan mengambil prihatin terhadap hal-hal sebegini walaupun pada mata kita, ia nampak remeh tetapi sekali ia terjadi kepada anak kita barulah kita sedar langit ini tinggi atau rendah.

Sumber http://psipum.org

HOT VIDEO !!! @NOHOMAR KATA MAHASISWA TAK PERLU LAGI BAYAR PTPTN ??? WAJIB LIHAT !!!

Posted: 22 Apr 2012 04:58 AM PDT



WOW !!! NAMPAKNYA NOH OMAR SOKONG LAH MAHASISWA TAK PERLU LAGI BAYAR PTPTN !!!

MACAM MANA TU CARA DIA ??? BEST NI ???

SAYA PUN NAK JUGA !!! TAPI MALANG NYA SAYA DAH BAYAR HABIS !!!

KENAPA TAK CAKAP AWAL-AWAL !!!

LIHAT VIDEO DI BAWAH



RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! TUNTUTAN #BERSIH3.0 MELAMPAUI BATAS ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 22 Apr 2012 01:28 AM PDT


Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0 ??? Apakah tuntutan mereka ???

1. Bersihkan senarai undi

2. Reformasikan Undi Pos

3. Gunakan Dakwat Kekal

4. Akses Media yang Bebas dan Adil

5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari

6. Kukuhkan Institusi Awam

7. Hentikan Rasuah

8. Hentikan Politik Kotor

Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0 ??? Apakah tuntutan mereka ???

1. Bersihkan senarai undi

2. Reformasikan Undi Pos

3. Gunakan Dakwat Kekal

4. Akses Media yang Bebas dan Adil

5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari

6. Kukuhkan Institusi Awam

7. Hentikan Rasuah

8. Hentikan Politik Kotor

inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April 2012.Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan Pakatan Haram,serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya. Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih,berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu :

Bersihkan senarai undi

SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi. SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.

Reformasikan Undi Pos

Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan. Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.

Gunakan Dakwat Kekal

Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal

Akses Media yang Bebas dan Adil
SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding.Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.

Tempoh Kempen Minima 21 Hari

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.

Jelas,5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6.Kukuhkan Institusi Awam, 7.Hentikan Rasuah dan 8.Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang.Dengan transformasi yang dilakukan,integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.

Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen,kastam malah pemimpin politik sendiri,disiasat dan ditangkap.Semuanya berjalan dengan lancar dan professional.Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.

Dari satu segi atau dari segenap segi,Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan ??? Bersih didalangi Pakatan Haram dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah. Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan,Pengerusi Bersih 2.0.

Jika ini tidak benar,apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969 ??? Tidak lain tidak bukan,Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu,Walaupun mereka mengatakan tidak akan mencetus huru-hara.Untuk pengetahuan semua,mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka.Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya,apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini ???

Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara.Selain itu,Bersih juga perlu bagi Pakatan Haram sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.Saya pasti,walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun,Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi.



RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! ANWAR IBRAHIM GAGAL TUNAI JANJI YDP MAINPP !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 21 Apr 2012 10:00 PM PDT


Meskipun menjelang pilihanraya umum ke-13,namun Anwar Ibrahim masih lagi gagal menunaikan janjinya untuk melantik wakil PAS sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).Pada 18 April lalu PAS Pulau Pinang membuka rahsia bahawa Anwar Ibrahim tidak menunaikan janji yang pernah dibuat dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir sebagai pada tahun 2009.Rahsia itu dibuka selepas wakil PKR,Abdul Malik Kassim dilantik sebagai YDP MAINPP yang baru pada 10 April.

Wakil PKR,Datuk Mansor Othman yang juga Timbalan Ketua Menteri I mengakui kerajaan negeri tersilap syor nama Abdul Malik sebagai YDP MAINPP kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.Syor kerajaan negeri itu telah dipekenankan Tuanku Abdul Halim pada 10 Februari.

Pada pilihanraya kecil Permatang Pasir 2009, Anwar dalam kempen pilihanrayanya berjanji akan melantik Salleh Man, sekiranya wakil dari PAS itu dipilih rakyat di kawasan tersebut.Namun,walaupun Salleh Man berjaya memenangi DUN tersebut,janji Anwar itu tidak ditunaikan apabila kerajaan negeri mencalonkan Ellias Zakaria, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai YDP MAINPP untuk tempoh 2010 hingga 2011.



Kekosongan jawatan YDP MAINPP berlaku setelah Elias menamatkan perkhidmatannya pada 31 Dis 2011, namun sekali lagi nama Salleh Man tidak dicalonkan dan dibiarkan jawatan itu kosong hampir tiga bulan.Mansor,dalam kenyataan media 18 April berkata,Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Februari lalu melantik Abdul Malik ke jawatan itu atas pencalonan yang dibuat oleh kerajaan negeri berdasarkan kapasitinya sebagai Exco Agama,Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri.

Tetapi kini,Mansor mendakwa kerajaan negeri mahukan wakil PAS,Salleh Man sebagai YDP MAIPP mengantikan Abdul Malik dan kerajaan negeri akan berusaha untuk mendapatkan perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk membuat merayu pertukaran jawatan tersebut.Ditanya lanjut kenapa perlu dibuat pertukaran jawatan tersebut, Mansor berkata disebabkan janji Anwar Ibrahim yang akan melantik Salleh sekiranya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pasir pada 2009.Dalam pada itu,Mansor berkata,sementara menantikan rayuan yang dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong itu,Salleh akan mempengerusikan semua mesyuarat MAINPP.Keesokan harinya,Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang mengesyorkan agar Abdul Malik mengosongkan kerusi YDP MAINPP dalam kadar segera sama ada meletakkan jawatan atau menolak pelantikannya ke jawatan tersebut.

"Tindakan ini sangat wajar bagi menunjukkan sifat bertanggungjawab atas kesilapan kerajaan negeri seperti yang diakui, di samping menambah keyakinan rakyat dan kepercayaan pengundi terhadap janji pilihan raya ketika pilihan raya kecil Permatang Pasir yang lalu.Ia juga akan menambah baik imej Abdul Malik selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang diberi amanah portfolio agama, sekali gus imej Pakatan Rakyat itu sendiri terutamanya di Pulau Pinang," kata Afnan Hamimi Taib Azamudden, Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang.

Meskipun tiada watikah rasmi,Salleh telah mempengerusi mesyuarat pertama MAINPP pada 19 April.Bekas YDP MAINPP,Datuk Shabudin Yahya menyuarakan kekhuatiran mesyuarat yang dipengerusikan Salleh itu tidak sah sedangkan penyandang rasmi Abdul Malik masih belum dilucutkan jawatannya.Shabudin berkata,perlantikan Abdul Malik sebagai YDP MAINPP itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 10 Februari lalu masih lagi belum terbatal mahupun ditarik balik dan sepatutnya beliau (Abdul Malik) perlu mempengerusikan mesyuarat setiap mesyuarat yang diadakan.

Pada 20 April, Abdul Malik berkata beliau tidak akan lepas jawatan YDP MAIPP dan akan meneruskan tugasnya seperti biasa.Katanya,beliau tidak akan melayan sebarang desakan agar beliau melepaskan jawatan YDP MAIPP.

"Saya tidak hirau dengan sebarang desakan berkaitan isu pelantikan jawatan Yang Dipertua MAIPP dan sebagainya.Semua kerja pentadbiran urusan agama di Pulau Pinang berjalan seperti biasa dan seperti apa yang diputuskan.Saya berkhidmat macam biasa," katanya. -AIDC

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! JAWATANKUASA KHAS PARLIMEN TELAH BERSETUJU UNTUK 10 HARI TEMPOH BERKEMPEN !!!

Posted: 21 Apr 2012 07:00 PM PDT


Pilihanraya Umum ke-13 kali ini akan menyaksikan tempoh masa kempen selama 10 hari minimum,akses penuh bagi media kepada semua parti-parti politik dan undi pos untuk media,pekerja pilihanraya dan juga rakyat yang berada di luar negara,menurut Suruhanjaya Pilihanraya.Panel SPR,telah bersetuju untuk melaksanakan kesemua cadangan yang dibuat, juga termasuk 22 cadangan lain yang diketengahkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.

Pengerusi SPR,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan akan perkara tersebut dalam satu kenyataan.Suruhanjaya tersebut telah melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dibawa oleh jawatankuasa itu di dalam laporan mereka.Berkenaan dengan cadangan lain yang diketengahkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen,7 daripada panel yang terlibat telah bersetuju untuk melaksanakan kajian terhadap perlaksanaan cadangan tersbeut.

"SPR kini sedang bertungkus-lumus dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan PRU. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti proses pilihanraya selaras dengan rangka kerja undang-undang dan keupayaan kami untuk melaksanakannya, " kata beliau.

Bagi tempoh untuk berkempen,Abdul Aziz berkata bahawa SPR akan menentukan perihal tersebut dalam satu mesyuarat khas setelah Parlimen dibubarkan dan juha tarikh-tarikh penting bagi PRU-13.SPR juga telah bersetuju untuk mengambil beberapa langkah penting supaya setiap parti dan calon boleh mendapat akses yang adil kepada media."Untuk perkara ini, kami akan mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua parti bagi membingcangkan akan hal ini," tambah beliau.

SPR juga telah bersetuju untuk menambah jumlah kemudahan undi pos untuk digunakan oleh rakyat yang berada di luar negara."Cara ini adalah cara yang paling sesuai.Setiap undi yang dibuat akan dihantar ke pegawai-pegawai negeri bagi mereka yang sudah mendaftar sebagai pengundi,"

Bagi media pula,SPR menyatakan bahawa mereka perlu memohon untuk undi melalui pos kepada pegawai di kawasan masing-masing dan permohonan mereka perlulah disahkan oleh majikan mereka.Bagi pekerja pilihanraya pula,suruhanjaya tersebut berkata bahawa mana-mana pegawai pilihanraya yang bertugas semasa hari pengundian dijalankan, mereka boleh membuat undi secara pos.Bagaimanapun, SPR akan memberi lebih perhatian bagi mereka yang bertugas di kawasan pengundian. "Pengundi-pengundi ini akan membuat undian mereka di tempat kerja," kata beliau.

EKSKLUSIF !!! GAMBAR KERETA MEWAH MILIK @AARONAZIZ_ DAN @ZIZANRAJALAWAK DI PERTONTON KAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 21 Apr 2012 04:00 PM PDT



Untung nasib badan bila rezeki melimpah-ruah masuk.Siapa lagi yang tak kenal Zizan dan Aaron Aziz ??? Kedua-dua selebriti ini telah merangkul anugerah di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) baru-baru ini yang berlangsung di Arena Of Stars,Genting.

Namun bukan itu yang mahu OHBULAN! bincangkan disini.Sebenarnya OHBULAN! 'jealous' tengok kereta milik Zizan dan Aaron Aziz. Apa tidaknya,seorang pakai Mitsubishi Evolution 10 Versi M7 dan seorang lagi pakai M7 JAPAN GTR R600,M7 Dragon Edition.Hamboi,ini baru betul KL Gangster!

Zizan ada Mitsubishi Evolution 10 Versi M7 dan Aaron Aziz pula ada M7 JAPAN GTR R600,M7 Dragon Edition siap Diyana Halik duduk sebelah.Zed Zaidi? Hadooo? Oops,kami cuma bergurau.Jom tengok kereta milik 2 orang selebriti ini !!!!




AIK ??? NAMPAK NYA AARON TIRU SAYA KER PAKAI M7 JAPAN GTR R600 !!!

LEPAS NI BOLEH BERLUMBA !!!

ADA BERANI ???

MUAHAHAHA...

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...