BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! RITA RUDIANI TUNTUT RATUSAN RIBU DARI AIDIL ??? BIAR BETUL ???

Posted: 21 Apr 2012 02:00 PM PDT


Pelakon terkenal, Rita Rudaini Mokhtar,akan membuat tuntutan berjumlah ratusan ribu ringgit terhadap suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan,Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak,berhubung nafkah yang diabaikan sejak berkahwin.Bagaimanapun,Rita enggan menyatakan jumlah berkenaan kerana menyifatkannya terlalu peribadi untuk didedahkan.Rita melalui peguamnya,Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain daripada firma guaman Zaidi Zain & Associates akan menyerahkan surat tuntutan kepada peguam Aidil dalam masa terdekat.

"Saya akui Aidil sering mengabaikan tanggungjawab selama lebih empat tahun kami mendirikan rumah tangga. Selepas berbincang dengan peguam, saya tampil dengan tuntutan nafkah yang diabaikan selama ini.Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan.Saya pula banyak berkorban untuk menyara hidup anak-anak.Bayangkan,Aidil hanya menghulurkan duit RM1,500 selepas lebih tiga bulan meninggalkan saya dan anak-anak.Jumlah yang dituntut ini dihitung daripada hari pertama kami berkahwin pada 25 Februari 2008. Saya bukan mata duitan.Kalau saya mahu hidup mewah,saya tidak akan berkahwin dengan pemain bola.Saya berkahwin atas dasar cinta dan ikhlas untuk hidup bersamanya,tetapi,hidup saya dipersiakan.

"Apa yang saya tuntut adalah hak saya sebagai isteri dan hak dua cahaya mata,Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna,yang selepas ini membesar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang bapa," katanya.

Krisis rumah tangga Rita dan Aidil tidak pernah reda sejak dua tahun lalu.Akhirnya, Aidil menerusi peguamnya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Petaling Jaya dua minggu lalu.

HOT VIDEO !!! ANAK MELAYU DAN ISLAM MENGAKU MAKAN BABI DI PULAU PINANG ???

Posted: 21 Apr 2012 11:35 AM PDT


Ini adalah klip video yang baru dimuat naik ke Youtube beberapa hari lalu.apa cerita ni ??? sampai kata makan Babi ??? Apakah yang sedang berlaku ini ??? Janganlah sampai ke tahap begitu sekali pakcik.Mungkin pakcik ni penyokong DAP ke apa,tapi harapnya apa yang dia cakap itu hanyalah emosi,bukan sesuatu yang betul.takkan sampai kata makan babi.ish ish ish !!! satu lagi aspek dalam klip ini,seronok betul Melayu sama Melayu bergaduh,kumpulan lain tumpang bersorak


RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! ANWAR IBRAHIM KANTOI !!! TAKUT SELANGOR DI RAMPAS OLEH UMNO DAN BN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 21 Apr 2012 05:00 AM PDT


Sebelum ini Menteri Besar Selangor Khalid Gagap pernah membayangkan yang Selangor tidak akan membubarkan DUN jika pilihanraya diadakan sebelum Jun 2012.Alasannya kerajaan PKR perlu lebih masa untuk menunaikan segala janji dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat ke atas bahu mereka.Anwar Ibrahim pula membuat kenyataan bahawa Selangor tidak akan menyertai Pilihanraya ke-13 jika tuntutan Bersih tidak ditunaikan.Tetapi,itu hanyalah apa yang tersurat,yang tersiratnya ialah,Anwar sudah meramalkan yang BN akan menang besar di Selangor.itu sebenarnya berlaku.takkan 4 tahun tak cukup untuk PKR Menunaikan janji ??? dulu kata 100 hari boleh tunaikan janji di selangor ??? Khalid Ibrahim kata selangor banyak keuntungan ??? kenapa duit itu tak di beri kepada Rakyat Selangor untuk menunaikan janji ???

SEKIRANYA ANDA INGIN MENGETAHUI SEMUA JAWAPAN ANWAR IBRAHIM !!!

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Anwar boleh memberi apa jua alasan untuk Selangor tidak menyertai PRU,tetapi rakyat tetap melihatnya sebagai tanda-tanda yang Pakatan Haram sudah 'kecut perut' dan langsung tidak punya keyakinan untuk menghadapi pilihanraya kali ini.itu pendapat saya.Entah ke mana hilangnya segala laungan yang mereka mendapat sokongan padu rakyat.Entah ke mana hilangnya keangkuhan yang ditonjolkan ketika kemenangan dalam PRU 2008 yang lalu.

Nampaknya keyakinan,laungan dan keangkuhan Pakatan Haram tenggelam bersama dengan isu pasir,isu air,isu judi,arak,pusat hiburan,rumah urut serta isu murtad.Tidak ketinggalan juga isu video seks,isu salah guna wang negeri oleh DAP sehingga membawa kepada kematian Teoh Beng Hock.Begitu juga dengan isu lama yang kekal hangat seperti isu Shamsidar dan isu biseksual Anwar Ibrahim.Kemudian,dalam keghairahan Anwar memikat hati tuannya di barat,beliau terlupa yang wawancaranya dengan Wall Street Journal boleh dicapai oleh rakyat Malaysia hanya dengan satu 'klik' di komputer.Maka,pecahlah tembelangnya menyokong zionis dan sehingga kini isu ini tidak dapat ditanganinya dengan baik.Malah,habis kelam kabut dan pening lalat Nik Aziz,Hadi Awang dan semua ustaz-ustaz PAS kerananya.Di celah-celah itu,isu pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali juga memberi impak yang hebat terhadap sokongan Melayu terhadap Pakatan Haram,terutama sekali di Selangor.

sekarang,isu kebodohan Anwar Ibrahim yang mencadangkan pemansuhan PTPTN pula timbul,sehingga menyaksikan pertengkaran hebat dalam mesyuarat Pakatan Haram.yang Jelas,DAP dan PAS benar-benar 'bengang' dengan Anwar kerana mencadangkan perkara bodoh yang akhirnya memakan diri dan parti.Sementara itu,BN pula semakin hari semakin mantap dan yakin bergaya.Tanpa perlu berbuat apa-apa BN hanya tersenyum menyaksikan Pakatan Haram memperbodohkan diri sendiri,berpusing keliling menepis peluru yang mereka tembak sendiri.saya Tergelak melihat mereka terlompat-lompat bila peluru mengenai kaki.rakyat tidak tahu cerita itu,tapi inilah sebenarnya apa yang berlaku !!! hanya untuk pembaca Badut Rakyat tak kira dari UMNO,Barisan Nasional dan Pakatan Haram

Kalau Anda Nak Tahu,Di masa yang sama siri-siri demonstrasi yang digerakkan Pakatan Haram sama ada secara langsung atau dengan menggunakan penyamaran di bawah berbagai-bagai nama NGO untuk menggugat BN dan kepimpinan Datuk Seri Najib juga langsung tidak memberi kesan. Sudahnya, rakyat menjadi muak dengan gelagat para pendemonstrasi,sekali gus meluat dengan PR yang menjadi dalangnya.Mungkin kerana itu,maka BN akhir-akhir ini telah mengambil sikap 'malas melayan' karenah manusia tidak berguna ini.Jika mereka ingin berdemo,biarkan sajalah,malah pihak berkuasa juga bersedia memberikan tempat untuk mereka berdemo dengan aman asalkan mereka bahagia.Yang saya pasti,di kala mereka berdemo,BN pula sibuk berkhidmat untuk rakyat.

Semua faktor inilah yang membuat Anwar atau Pakatan Haram Selangor cuak untuk menyertai PRU.Setelah puas mencuba membuat huru-hara dan melingkupkan negara, sedar-sedar sudah hampir Pilihanraya dan mereka belum pun membuktikan apa-apa kepada rakyat.Yang ada hanya janji-janji di dalam Buku Jingga yang bukan saja tiada jaminan tetapi tidak masuk akal sama sekali. Lebih buruk lagi, beberapa soal yang menjadi kontroversi dalam Pakatan Haram seperti hudud juga masih belum dapat diselesaikan.Semua yang dipaparkan di atas membuktikan hanya satu perkara,iaitu Pakatan Haram sememangnya tidak mampu dan tidak layak memerintah walaupun sebuah negeri.Khalid Gagap sudah mengakuinya secara tidak langsung apabila membayangkan keengganan membubarkan DUN dan kini Anwar pula berbuat yang sama. Alasan enggan sertai PRU kerana 'tuntutan Bersih tidak dipenuhi' sebenarnya hanyalah untuk menutup malu jika rakyat tahu yang mereka sudah takut.

Rupanya tahu juga si Anwar ini merasa malu,walaupun beliau nampaknya tidak malu langsung bila seluruh dunia menyaksikan dirinya 'beraksi' tanpa seurat benang dengan 'china doll'.Kepada Anwar Ibrahim,kalau dah takut, buatlah cara takut.Tidak perlulah memberi berbagai-bagai alasan.Bukankah lebih baik dilihat sebagai penakut daripada dilihat sebagai bodoh ???


ANDA INGIN MENGETAHUI KISAH SEBENAR AZMIN ALI DI SELANGOR ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! UNDANG-UNDANG KESELAMATAN TELAH BANYAK BANTU KECAPI ANCAMAN - LATT SHARIMAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 21 Apr 2012 01:30 AM PDT


Datuk Latt Shariman Adbullah,Pegawai Khas Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan,mengaku bahawa beliau amat gembira apabila Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dalam ucapan beliau sempena Hari Malaysia tahun lalu bahawa Akta Keselamatan Negara akan dimansuhkan.Latt yang juga merupakan Ketua Bahagian di Kuala Kedah,berada di Dewan Rakyat pada hari Isnin lalu bagi mendengar langkah-langkah yang dibentangkan oleh Perdana Menteri terhadap pemansuhan ISA.

Ia merupakan titik bersejarah bagi Latt sepanjang 20 tahun beliau.Beliau berkata bahawa beliau mula menulis kepada mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad,semasa beliau masih belajar pada tahun 1990,untuk mencadangkan supaya ISA dimansuhkan.Semasa di koridor Dewan Rakyat,Latt menunjukkan kepada penulis parut yang terdapat pada bahagian lengan beliau yang dikatakan terjadi apabila beliau terlibat dalam pergaduhan dengan tiga lelaki Cina di luar kawasan universiti yang kemudiannya bertukar kepada penangkapan terbesar bagi ISA (Ops Lalang) pada tahun 1987.

Insiden terbabit menyaksikan pihak Pakatan Haram mula menunding jari dan menuduh Barisan Nasional sebagai dalang disebalik operasi tersebut.Namun,kita jangan lupa bahawa barisan pemimpin Barisan Nasional juga pernah menjadi tahanan ISA.Jadi,ISA bukan sahaja menahan pihak Pakatan Haram dan pemimpin kerajaan yang pernah menjadi tahanan ISA juga turut memberikan pendapat mereka ketika sesi Dewan Rakyat.


saya nak cerita sedikit tentang negara lain,Bukan Malaysia sahaja yang mempunyai masalah terhadap isu-isu sensitif seperti agama dan budaya.Singapura juga mempunyai masalah yang sama dan mereka akan memberikan hukuman yang agak berat terhadap mereka yang memperlekehkan kerajaan negara tersebut.Keadaan yang sama juga kini sedang berlaku di Amerika Syarikat setelah berlakunya kejadian pembunuhan seorang remaja kulit hitam oleh individu kulit putih.President,Barack Obama terpaksa campur tangan sebelum sebarang tindakan undang-undang dikenakan keatas pembunuh tersebut.Di Malaysia,keadaannya berbeza,koposisi kaum dengan kadar minoriti yang rendah yang sering dominan terhadap sektor ekonomi yang kemudiannya sering mengakibatkan keamanan terhadap isu sosial selalunya bermasalah.

Jadi,dengan tekanan yang diberikan untuk mempercepatkan proses untuk memansuhkan ISA,pihak kerajaan mungkin tidak mempunyai sebarang jentera bagi mempertahankan negara jika berlakunya sebarang ancaman yang mungkin dikemukakan oleh pengganas.Menggunakan alasan seperti yang diberikan oleh Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa Malaysia tidak mungkin akan menerima sebarang ancaman dari pengganas seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom sebagai contoh,kita tidak mempunyai sebarang campur tangan terhadap isu antarabangsa yang melibatkan pengganas Islam adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab.kalau melihat sejarah,terdapat bukti bahawa beberapa individu pengganas yang amat bahaya adalah rakyat Malaysia sendiri.Mereka mungkin tidak melakukan sebarang jenayah di negara sendiri tetapi mereka akan lari ke negara seperti Indonesia.

Kita tidak sepatutnya mengutuk pihak kerajaan hanya kerana mereka tidak dapat mengekalkan 'gold standard' dalam sikap demokrasi.Pihak Pakatan Haram juga tidak boleh mengambil mudah akan isu seperti ini kerana hal ini melibatkan keselamatan negara terhadap ancaman pengganas.Trend terhadap liberalisasi yang diamalkan oleh Datuk Seri Najib kini boleh kita lihat melalui industri politik dan juga ekonomi.Pihak Pakatan Haram sepatutnya menghargai segala kejayaan yang telah dikecapi.

Pihak kerajaan semestinya telah menjalankan kerja yang amat memuaskan untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada hanya enam buah negara yang mencatatkan lebih daripada lima peratus peningkatan terhadap kadar ekonomi negara bagi tempoh empat dekad seperti yang ditulis oleh Ruchir Sharma dalam buku terbarunya,Breakout Nations : In Pursuit of the Next Economyc Miracles.Segalanya bermula apabila Tun Razak,mantan Perdana Menteri, mengubah segalanya setelah berlakunya peristiwa berdarah pada tahun 1969.Sudah tentunya, anak beliau,Datuk Seri Najib akan mengikut jejak langkah bapanya dalam memacu nagara ini kehadapan.

RENUNG-RENUNGKAN

TERKINI !!! BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA ???

Posted: 21 Apr 2012 12:13 AM PDT


Sumber mengatakan Bob Kuman Telah Meninggal Dunia.adakah itu khabar angin atau benar ??? apa pun saya akan update sekira nya berita ini betul.berita sebelum ini mengatakan bob kuman sakit tenat bermula bila dia terjatuh ketika penggambaran drama jangan pandang belakang congkak sekitar tahun 2011.kita tunggu pengesahan sebenar.dah banyak blog mengatakan beliau meninggal dunia.tetapi saya dapat rasakan itu hanya khabar angin semata-mata

UPDATE TERBARU - BELIAU BELUM MENINGGAL DUNIA !!!

KISAH BENAR !!! PKR DIKUASAI OLEH GOLONGAN SOSIALIS DAN ANTI RAJA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 20 Apr 2012 10:00 PM PDT


Dakwaan penghinaan oleh pemimpin-pemimpin PKR terhadap raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar negara semasa majlis pertabalan Seri paduka Baginda Yang diPertuan Agong adalah amat memeranjatkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.Dakwaan yang dibuat oleh salah seorang tetamu yang hadir pada majlis gilang gemilang dan penuh istiadat Melayu dalam satu artikel yang ditulisnya mengenai insiden yang memalukan itu menyerlahkan sikap sebenar PKR dan pemimpin-pemimpinnya.

Memang benar parti itu ingin membawa politik baru seperti mana yang tercatat dalam manisfesto dan Buku Jingga tetapi seni politik yang ingin di bawanya amat bercanggah sekali dengan budaya dan adat resam rakyat negara ini.Tidak salah kalau dikatalkan PKR bersama-sama rakannya dalam Pakatan Haram sebenarnya adalah anti-raja.PKR sebenarnya ada gabungan daripada Parti Keadilan Nasional (PKN) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).Sementara PKN ketika ditubuhkan adalah parti yang lahir dari politik jalanan memperjuangkan nasib dan agenda peribadi Anwar Ibrahim,PRM pula adalah sebuah parti yang cenderung kepada ideologi sosialisme dan pemikirannya adalah berhaluan kiri.Gerakan berhaluan kiri seperti sosialisme atau ideologi yang lebih ekstrim dalam bentuk komunisme rata-ratanya adalah anti-institusi raja.

saya nak ceritakan sedikit tentang sejarah,ini memang berlaku,tapi puak Pakatan Haram takkan percaya.biasalah,mereka hanya percaya hanya pada Anwar Ibrahim bulat-bulat dan semua ini salah UMNO.Malah kalau Anwar ada hubungan dengan Shamsidar pun salah UMNO.Opss..

Semasa zaman darurat melawan ancaman komunis,golongan berhaluankiri bersekongkol dengan musuh negara.Negara-negara yang dahulunya mempunyai institusi raja seperti India,Indonesia dan terbaru Nepal, semuanya menjadi mangsa kepada gerakan anti-raja yang didalangi oleh fahaman sosialisme dan komunisme.Dalam PKR,fahaman sosialisme yang anti-raja telah meresap ke dalam parti itu melalui PRM.

Sikap kurang ajar PKR terhadap institusi raja adalah disebabkan kehadiran begitu ramai bekas-bekas pemimpin PRM mendapat jawatan tinggi dalam PKR antaranya bekas Timbalan Presiden,Senator Dr Syed Husin Ali,yang merupakan guru dan juga ideolog Anwar,Sivarasa Rasiah (MP Subang),Tian Chua (MP Batu),Latifah Koya (Pengarah Biro Guaman),N. Surendran (Naib Presiden),Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Timbalan Ketua AMK),Hishamuddin Rais dan ramai lagi pemimpin parti itu.Dasar dan halatuju PKR banyak dipengaruhi oleh fahaman sosialisme kerana bekas pemimpin PRM seperti Sivarasa mempunyai peranan besar dalam penggubalan beberapa fasa baru dan pindaan perlembagaan parti itu kira-kira dua tahun lalu.

Sebab itu wujudnya konsep kesamarataan dalam pengagihan kekayaan negara, keadilan sosial, hak beragama serta hak berpolitik.Malangnya perlembagaan PKR telah meminggirkan hak-hak orang Melayu yang terpaksa dikorbankan demi mengambil hati golongan sosialis dalam PKR.Lihat sahaja penerbitan lidah parti,Suara Keadilan yang masih diterbitkan walau pun tidak mempunyai permit.Dasar dan halatuju akhbar tersebut dikawal ketat oleh tokoh-tokoh sosialis PKR seperti Tian Chua, Dr Syed Husin dan Latifah Koya.

Malah kartunis Zunar yang mengepalai sidang pengarang akhbar itu sememang terkenal dengan sikap sosialisnya begitu juga dengan kebanyakan anggota sidang pengarangnya.Tema dan bahan-bahan yang disiarkan di dalam akhbar itu yang bersifat kutuk, mengutuk, caci-mencaci, fitnah, tohmah, semuanya mencerminkan pandangan ekstrim kumpulan sosialis yang bersarang di dalam pucuk pimpinan PKR.Jika dibiarkan budaya sosialis ini berkembang dan merebak melalui penerbitan seperti ini, kemungkinan besar masyarakat juga akan terpengaruh dengan fahaman ekstrim ini.

Malah,sebelum ini beberapa pemimpin PKR seperti ADUN Seri Muda sudah pun dihadapkan di mahkamah kerana menghina Sultan Selangor dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.Ini tidak termasuk lagi senarai panjang perbuatan menghina institusi raja yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Haram yang lain dalam DAP dan PAS.Adalah penting rakyat berhati-hati memilih parti seperti ini yang hanya mempergunakan isu untuk meraih undi demi melaksanakan agenda licik mereka.

KEPADA ANDA YANG BELUM BACA CERITA BERKENAAN PENEROKA FELDA UNTUNG DAN LEPAS INI AKAN DAPAT DURIAN RUNTUH !!!

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! KPF SETUJU PENYENARAIAN FGVH !!! AKHIRNYA PENEROKA FELDA DAPAT KEUNTUNGAN !!!

Posted: 20 Apr 2012 07:00 PM PDT


Koperasi Pelaburan Felda Bhd. (KPF) bersetuju dengan langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) ke Bursa Malaysia Mei ini selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan kelmarin.Seramai 1,102 daripada 1,227 perwakilan yang menghadiri EGM itu menyokong resolusi penyenaraian tersebut,sekali gus menamatkan pelbagai kontroversi sejak kerajaan mengumumkan cadangan penyenaraian syarikat milik penuh Felda tersebut ke Bursa Malaysia.EGM yang berlangsung kira-kira empat jam itu diadakan selepas mesyuarat yang sepatutnya dijalankan 22 Februari lalu dibatalkan setelah Mahkamah Tinggi Kuantan mengeluarkan perintah injunksi yang dipohon oleh lapan peneroka.

Utusan Malaysia difahamkan,para perwakilan EGM itu telah diberi penerangan oleh Ahli Lembaga Pengarah KPF mengenai usul-usul yang dibentangkan termasuk pemindahan milik pegangan KPF dalam Felda Holdings Bhd. (FHB) serta 10 anak syarikatnya kepada Felda sebelum mereka memutuskan sama ada mengundi untuk menerima atau menolak.FGVH dimiliki 100 peratus oleh Felda dengan 49 peratus pegangannya dimiliki oleh Felda Holdings.KPF yang dianggotai kira-kira 112,627 peneroka dan 23,000 pekerja Felda pula me miliki pegangan sebanyak 51 peratus di dalam Felda Holdings.

Sementara itu,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Ahmad Maslan berkata,dengan keputusan EGM tersebut,KPF telah bersetuju menjual saham dalam FHB kepada Felda sekali gus bersetuju dengan penyenaraian FGVH.

"Dalam mesyuarat itu juga,mereka telah bersetuju memberi mandat kepada Ahli Lembaga Pengarah KPF bagi meneliti,berunding,memperhalusi dan menerima apa-apa terma yang tertakluk dalam Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).Esok Ahli Lembaga Pengarah Felda akan mengadakan mesyuarat bagi meneliti segala keputusan yang telah dibuat Ahli Lembaga Pengarah KPF ini," katanya ketika mengadakan sesi perjumpaan dengan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Menurut Ahmad, keputusan EGM itu membuktikan golongan peneroka mahu melihat Felda berada di tahap yang lebih tinggi berbanding sekarang.

"Ia juga bukti bahawa golongan peneroka tidak mudah termakan hasutan pembangkang," katanya.

Dalam pada itu,seorang perwakilan yang enggan dikenali memberitahu,sebagai generasi kedua Felda,beliau amat mengalu-alukan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.

"Tiada apa yang hendak dikhuatirkan,tanah kami tidak dirampas,hak kami masih dikekalkan malah ia memberi lebih banyak manfaat kepada peneroka.Jika selama ini kami ahli KPF boleh menerima dividen sehingga 15 peratus, mungkin jumlah itu akan bertambah apabila FGVH disenaraikan.Kami yakin dengan keputusan ahli lembaga pengarah kerana selama ini mereka tidak pernah mengabaikan kepentingan peneroka.Apa yang menjadi masalah selama ini adalah terdapat segelintir peneroka yang termakan hasutan pemimpin parti pembangkang,'' katanya.

Menurutnya,seperti yang diberitahu oleh Pengerusi Felda,Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad,penyenaraian tetap diteruskan walaupun tidak mendapat persetujuan KPF.

''Namun, apabila EGM hari ini berjaya mendapat persetujuan majoriti, ini bermakna para peneroka bakal mendapat manfaat dan dividen daripada FGVH secara langsung pada setiap tahun," katanya.

Penyenaraian FGVH bakal meluaskan lagi transformasi perniagaan Kumpulan Felda kepada satu entiti multinasional dan dalam masa sama membolehkan peneroka menikmati manfaat secara langsung daripada syarikat yang menjadi pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia itu.

EKSKLUSIF !!! PEPERANGAN ANTARA ZARINA ANJOULIE DAN LUFYA !!! INI JAWAPAN TERBARU LUFYA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 20 Apr 2012 04:00 PM PDT


Sebelum ini saya ada keluarkan artikel berkenaan peperangan antara Zarina Anjoulie dan Sufya.saya juga tampilkan gambar twitter mengenai peperangan ini.apa sebenarnya yang berlaku ???

KLIK DISINI

UNTUK SELANJUTNYA

Lain pula cerita daripada pihak Lufya yang menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat atau maksud untuk mengaibkan Zarina Anjoulie seperti yang didakwa oleh pelakon sensasi tersebut di laman Twitter peribadinya.Bagi mendapatkan cerita dan kisah sebenar mengapa perkara berkenaan boleh tercetus,portal murai.com.my menghubungi sendiri Lufya untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara yang kini panas juga kutukan yang dilemparkan kepadanya.

"Saya tidak ada maksud mahu menjatuhkan Zarina tetapi saya hanya mahu orang ramai tahu Lufya dan Zarina adalah dua individu berbeza.Saya tidak ada niat untuk mengaibkan mana-mana pihak. Kerana bukan sekali dua saya dimalukan di tempat terbuka dan saya tidak tahu menahu mengenai hal tersebut.Seperti kejadian di The Curve, saya diraba dan individu tersebut menyebut nama Anju. Mujurlah ketika itu tidak ada orang yang lalu lalang.Hal sebegini membuatkan saya mahu tampil menjelaskan keadaan sebenar tetapi saya tidak menyangka begini pula jadinya," ujar Lufya yang kecewa niat baiknya disalah ertikan.

Lufya juga diajukan soalan mengenai kenyataan Zarina yang memalukannya dan dia menggangap perkara itu sebagai bahan jenaka yang tidak masuk akal.

"Saya tidak peduli jika dia mahu mengutuk saya atau meletak gambar menunjukkan ketiak yang basah di Internet kerana itu sungguh tidak profesional dan kelakar.Hal ini tidak perlu diperbesarkan. Saya tampil dengan kenyataan sebegini bukan untuk mengaibkan dia.Tetapi jika dia berfikiran sedemikian, dengan menyalah ertikan maksud dan niat saya terpulanglah. Jika dia mahu mengaibkan saya itu di luar bidang kuasa saya,itu urusan dia dengan Allah.Saya cuma berharap dia lebih professional kerana industri hiburan kita bukannya besar mana, balik-balik akan berjumpa bertemu muka juga," ujarnya lagi.

KEPADA YANG BELUM BACA CERITA SEBENAR FITNAH YANG DI TABURKAN OLEH PUAK PAKATAN HARAM KE ATAS ZAHIDA RAFIK !!!

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

INI LAH KEHIDUPAN ARTIS !!!

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...