BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! KONDOM DI JUMPAI DI KHEMAH MAHASEWEL DATARAN MERDEKA ???

Posted: 20 Apr 2012 01:06 PM PDT


Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang alah ni !!! Kondom yang telah diguna pakai oleh peserta yang berhimpun disana.

Siapa punya lagi kalau bukan mereka,sebab kumpulan mahasewel robot ni dah buat tempat tu macam rumah sendiri kata sana. Nak buang air besar, buang air kecil dan nak mandi kat mana lah sasaran mereka ni..?? Menyusahkan pihak yang lain kerana hajat dan kepentingan mereka.


Bukan sekadar nak minta bebas daripada membayar hutang PTPTN tetapi mahukan bebas segalanya seperti ketua pembangkang yang bebas melakukan aktiviti tersebut. Atas, bawah, depan belakang pun sapu.

Kumpulan ni pula bebas melakukan semua tu di tengah-tengah bandar lagi, tu pasal mereka ni semua kena halau daripada dataran Merdeka semalam..!!! Itu memang baik buat mereka ni !!! - KlBoyz


malam tadi saya berjumpa dengan seorang aktivis,kata seorang aktivis yang Anti PTPTN ''Kami tidak lari membuat aktiviti-aktiviti di sini.Kalau buat sidang rakyat di sini tak perlu bayar sewa contohnya di Parlimen dan dewan-dewan lain kena bayar.Kami tak mampu nak bayar.Kalau di Dataran Merdeka,ia percuma.Kami mengikut prinsip bahawa ilmu tidak boleh dijual beli ia seharusnya dikongsi bersama," katanya.

soalannya...

1) mereka ni betul ke tak ???

2) ada lagi ke yg free atas dunia ni ??? masuk tandas pun kena 30sen dik ???

3) sampai bila nak wat kelas dan kerja lain dengan percuma ???

4) erk... gaji pekerja yang kemas dan bersihkan Dataran Merdeka tu... sape bayor ke keje free ???

5) agak-agak.. berapa ye kos Kerajaan BN buat Dataran Merdeka tu ye ke percume jugak ???

6) Makanan untuk gelandangan yang diorang rembat tu turun dari langit ke ??? Eh.. apa hukum ambil sesuatu yang bukan haknya ???

7) Kondom yang dah pakai bersepah kat Dataran tu,diorang dapat free kat 7E ke ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! @ZAHIDA_RAFIK ADA HUBUNGAN DENGAN VVIP ??? INI JAWAPAN SEBENAR !!!

Posted: 20 Apr 2012 02:26 PM PDT


betul ker zahida rafik ni ada skandal ??? tak habis-habis lah puak Pakatan Haram ni nak terjah.benda belum tahu lagi.twitter Zahida Rafik sesak dengan pelbagai soalan yang bertanyakan perkembangan skandal tersebut.Ada soalan baik-baik,ada juga yang terus terjah melulu,ada juga yang serkap jarang,ada yang terus provoke.Macam-macam soalan.Paham-paham lah bila sesuatu isu dipolitikkan maka,maki-memaki adalah normal..hehehe kat bawah pula penjelasan Zahida berhubung skandal yang tersebar sejak dua hari lepas.

Zahida Rafik melalui Twitter mengatakan yang beliau percaya bekas pemandu peribadi itu sengaja mencipta fitnah untuk mendapatkan duit segera daripada pihak tertentu dan sudah menyerahkan perkara ini kepada peguam.Menjawab pertanyaan beberapa orang awam melalui Twitter berkaitan bayaran minima RM100,000 yang beliau terima setiap kali bertemu menteri tersebut,Zahida Rafik tegaskan yang beliau bekerja keras untuk apa yang ada sekarang ini.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Ini dipetik dari laman twitternya sendiri :


KLIK UNTUK BESARKAN

NAK LAGI GAMBAR JAWAPAN BELIAU ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Melalui siasatan Zuraida A.K.A Mak Lampir yang menfitnah Beliau kononnya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000.Pada Januari 2012 RM510,000.kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik.perrghh... gila ker apa ??? main sumbat jer jumlah tu ???

Zuraidi pula mendedahkan,Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series,Porshe,Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.Dulu Zahida Rafik pernah menepis gossip mengatakan dia dibela seorang VVIP.

"Bagi saya apabila gosip mengatakan saya dibela oleh VVIP ia satu penghinaan.Saya bukan perempuan simpanan.Sebagai anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama,ayah tidak membenarkan saya tinggal sendirian selagi belum berkahwin."

Zahida Rafik telah menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dan Shafie Apdhal.Tindakan undang-undang akan menyusul terhadap individu yang menabur tuduhan tersebut.

DARI SUMBER DALAMAN YANG MENGATAKAN,BEKAS PEMANDU ZAHIDA RAFIK ADA HUBUNGAN KELUARGA DENGAN DAYANGKU INTAN YANG MENJADI AHLI PKR !!!

FITNAH INI MEMANG KONSPIRASI JAHAT AMALAN POLITIK KOTOR PAKATAN HARAM YANG MENYALAHI TUNTUTAN BERSIH !!!

KATA NAK BERSIH,SEKARANG APA DAH JADI ???

SEMUA CERITA NAK TUDUH UMNO !!!

ANWAR MAIN CHINA DOLL PUN TUDUH UMNO !!!

OPPSSS...

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! SAH !!! AZMIN ALI GAGAL GERAK JENTERA PILIHANRAYA !!! SELANGOR AKAN TUMBANG KE TANGAN UMNO DAN BN !!!

Posted: 20 Apr 2012 05:00 AM PDT


PKR Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali kini dikatakan sedang mengalami kemelut yang amat teruk dan boleh dikatakan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.Faktor utama ialah kegagalan beliau mengurus dan menggerakkan jentera parti di peringkat akar umbi.Keadaan lebih parah lagi bagi Azmin selaku bos PKR di Selangor apabila beliau dilihat gagal membuktikan kemampuannya untuk mempertahan serta mengekalkan kuasa politik Pakatan Haram di negeri itu.ini yang sebenarnya berlaku,kelmarin Anwar Ibrahim kata Selangor parah dan macam-macam alasan yang di beri kononnya tidak mahu Selangor bersama PRU 13.saya akan ceritakan apa yang berlaku sebenarnya.

Melihat kepada situasi yang hambar di hampir kesemua cabang dan ranting PKR di Selangor,boleh dikatakan agak sukar parti itu bersama-sama PAS dan DAP untuk mendapat peluang bagi kali kedua memerintah negeri terkaya di Malaysia itu.Rasa hampa yang amat mendalam ini tercermin daripada luahan dan keluhan Ketua Wanita Pusat sendiri,Zuraida Kamarudin A.K.A Mak Lampir Selangor di dalam laman facebooknya apabila merungut ramai ahli-ahli PKR sudah meninggalkan parti itu.Ini berikutan kelemahan kepimpinan Azmin dan kegagalan beliau merapatkan dan memperbaiki hubungan dengan seteru politiknya yang juga Menteri Besar,Khalid Gagap.Persengketaan di antara kedua-dua pemimpin PKR itu bukan rahsia lagi di kalangan ahli-ahli parti.

Khalid Gagap merasa kuasa beliau telah dipinggirkan apabila Ketua Umum,Anwar Ibrahim menyingkir beliau untuk digantikkan dengan kroni dan orang kuatnya,Azmin sejak dua tahun lalu.Akibat daripada tindakan Anwar tersebut Khalid Gagap dan Azmin tidak lagi sebulu dan sering bertelagah.Sebagai membalas dendam terhadap dasar politik kotor Anwar yang mengamalkan dasar pecah dan perintah,Khalid Gagap mensabotaj kebanyakan daripada program PKR di Selangor dengan menyekat dana dan bantuan kewangan melalui saluran kerajaan negeri.masih ingat lagi posting lama saya dulu ??? saya beritahu anda Khalid Gagap sabotaj satu Program di satu majlis ??? semua ini ada yang tidak diberitahu oleh media dan ada juga yang di beritahu.kalau media tahu hubungan mereka berdua ni,alamtnya hancur program Khalid Gagap.

Azmin pula bersikap pilih bulu dengan hanya mengutamakan cabang-cabang yang dipimpin oleh kroni-kroninya sahaja.Aktiviti dan program PKR hanya ditumpukan di beberapa kawasan seperti Batu Caves,Gombak dan Seri Muda sahaja manakala kawasan-kawasan lain diabaikan.kalau anda tidak percaya cuba anda ikuti program Azmin Ali.padahal beliau kena jaga selangor.kenapa beberapa kawasan jer ??? Faktor inilah yang menyebabkan ramai ahli-ahli PKR Selangor sudah tawar hati dan membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Bagi mereka PKR telah menipu mereka dengan propaganda imej sebagai 'parti harapan baru' tetapi hakikatnya hanya pemimpin atasan sahaja ang mengaut segala keuntungan dan menikmati hidup yang mewah atas pengorbanan ahli-ahli peringkat bawahan.Program-program PKR tidak lagi mendapat sambutan hangat seperti dua atau tiga tahun lalu.Jika dahulu ceramah-ceramah anjuran PKR di Selangor yang dihadiri Anwar mampu menarik lebih 5,000 hadirin tetapi sekarang hendak mencapai jumlah 1,000 ke 2,000 pun amat sukar.sekiranya anda tidak percaya cuba pergi ceramah anjuran PKR.Itu pun disebabkan kehadiran beberapa tokoh popular PAS, bolehlah PKR 'tumpang sekaki' untuk mendapat jumlah pendengar yang lebih besar.Jika di tolak faktor penceramah dari PAS,PKR berjaya menarik hati sekitar beberapa orang sahaja.

Kemelut yang melanda PKR Selangor dijangka akan bertambah teruk menjelang pilihan raya umum kerana Azmin hanya menumpukan perhatian kepada kawasan Parlimen dan DUN nya sahaja termasuk beberapa kawasan kroninya.Kawasan lain termasuk Ijok,kawasan DUN Menteri Besar dibiarkan untuk mencari dana sendiri menggerakkan jentera pilihan raya seperti artikel saya sebelum ini,janji yang di tabur hanya tinggal janji tapi tempat sendiri tidak di jaga.Melihat kepada kelemahan ketara dan faktor penerimaan rakyat Selangor yang semakin melonjak terhadap barisan Nasional,secara keseluruhannya PRU-13 nanti bakal menjadi badai yang akan menenggelamkan kapal Pakatan Haram dan selangor bakal jatuh ke tangan UMNO Dan Barisan Nasional.Insya Allah...

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR !!! PAS DAN DAP TOLAK CADANGAN MANSUH KAN PTPTN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 20 Apr 2012 02:00 AM PDT


Dari sumber dalaman yang kuat dan boleh dipercayai,di dalam mesyuarat Pakatan Haram,terjadi perang mulut antara parti-parti sekutu Pakatan Haram akibat dari isu pemansuhan PTPTN.DAP dan PAS dikatakan berang dengan Anwar Ibrahim dan PKR kerana menjerumuskan mereka ke dalam isu yang akhirnya memakan diri sendiri.Kini,seluruh parti Pakatan Haram terpaksa menepis dan merasionalkan cadangan PKR untuk menghapuskan PTPTN. Akhbar-akhbar Cina juga kebanyakannya memberi reaksi negatif terhadap cadangan tersebut.Sin Chew,misalnya mempersoalkan walaupun semua orang menginginkan pendidikan percuma tetapi apakah cadangan tersebut logik untuk dilaksanakan.Pendidikan percuma untuk semua bermakna kerajaan memerlukan RM43 bilion setiap tahun dan itu belum lagi diambil kira janji-janji manis yang lain yang ditabur oleh PR yang membawa jumlah lebih RM200 billion.

Akhbar-akhbar Cina diketahui mempunyai pertalian yang rapat dengan DAP dan apa yang ditulis mereka kebanyakannya membayangkan pendirian DAP.Oleh itu,walaupun secara dasarnya mereka menentang penghapusan PTPTN tetapi mereka memberi sedikit 'muka' kepada Pakatan Haram dengan menyebut tentang pengalaman dalam bidang ekonomi yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan. Bagaimanapun,menurut mereka,walaupun Anwar dan Tony Pua punya pengalaman dalam mengurus kewangan tetapi selagi mereka berdua tidak dapat membentangkan secara terperinci tentang bagaimana caranya untuk menampung kos lebih RM200 billion itu,maka mereka tidak ada pilihan selain dari meraguinya.

Dari laporan akhbar tersebut,nampaknya kaum Cina mengakui bahawa PTPTN banyak membantu kerana kebanyakan anak-anak mereka memilih untuk ke pusat pengajian tinggi swasta yang kosnya jauh lebih mahal dari pusat pengajian tinggi awam.Secara tidak langsung juga mereka telah mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum mereka,walaupun mereka tidak menyatakannya secara terang-terangan.Kita percaya,PAS juga banyak terhutang budi kepada kerajaan dalam isu PTPTN ini.Mana tidaknya,jika kebanyakan anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana kurang menyerlah dalam pelajaran akibat terlalu asyik berpolitik kerana terpengaruh dengan ibubapa sendiri. Jika ini senarionya maka hanya pinjaman seperti PTPTNlah sahaja yang dapat membantu anak-anak orang PAS ini mendapatkan pendidikan peringkat tertiari.

Begitu juga dengan PKR, contohnya Adam Adli dan semua rakan-rakannya yang ke hulu ke hilir berdemo menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan,tiada seorang pun di antara mereka yang cemerlang dalam pelajaran.Justeru,munasabahlah jika PKR ditempelak oleh sekutunya DAP dan PAS kerana mengemukakan cadangan yang paling bodoh.Apakan daya,tahap itu sajalah pemikiran Ketua Pembangkang yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu kelas 3. Apa nak dikata,bukan UMNO yang pilih Anwar jadi Ketua Pembangkang,tetapi Pakatan Haram sendiri yang melantiknya.Tak dapat dibayangkan jika Anwar menjadi Perdana Menteri.Entah apa lagi agaknya idea-idea bodoh yang akan dikemukakannya.

ANDA NAK TAHU LAGI KENAPA INI SEMUA TERJADI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! DEMONSTRASI MAHASEWEL ANTI PTPTN !!! NAIB CANSELOR UM MAKAN GAJI BUTA ???

Posted: 19 Apr 2012 11:00 PM PDT



Bila sebut nama Universiti Malaya (UM) ramai yang akan bersetuju pusat pengajian itu adalah antara pilihan utama ibubapa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi bukan sahaja kerana sejarahnya yang besar dalam dunia pendidikan malah namanya juga tercatat antara 500 universiti terbaik dunia.Bagaimanapun ranking yang baik tidak akan menjanjikan banyak perbezaan jikalau ada segelintir pelajarnya mudah terpengaruh dengan anasir luar yang hanya bermatlamatkan mempergunakan mereka untuk kepentingan politik kepartian misalnya menyertai demonstrasi jalanan di Dataran Merdeka tempohari.

Demonstrasi anti PTPTN sabtu lalu oleh sekumpulan Mahasewel sekalipun gagal sama sekali apabila dari 5,000 orang sasaran penyertaan hanya 300 orang sahaja yang hadir namun kelibat beberapa pelajar UM dalam demo tersebut tentu sahaja menuntut tindakan bersesuaian daripada pihak pentadbir universiti.Antara yang telah dikenalpasti merupakan pelajar UM ialah Haziq Abdullah,Syahid Zaini,Safwan Anang dan beberapa yang lain.Ramai yang tertanya-tanya apa langkah selanjutnya yang bakal diambil terhadap pelajar tersebut berikutan penglibatan mereka dalam demonstrasi tersebut.


Haziq misalnya adalah antara individu yang bertanggungjawab membawa gambar Perdana Menteri dengan kalungan bunga kematian,satu tindakan yang agak biadap dan bersifat provokasi sewajarnya disegerakan tindakan tegas terhadapnya.Mana mungkin seseorang pelajar universiti yang tugas utamanya menelaah pelajaran boleh di biarkan bebas berkeliaran menyertai aktiviti politik sekalipun ada tikanya buah fikiran mereka berguna untuk negara namun ada tempat dan tikanya yang sesuai untuk tujuan tersebut.Demonstrasi jalanan ditambah lagi dengan perlakuan biadap,kurang ajar dan melampaui tabie asas seorang pelajar universiti tentu saja sukar diterima masyarakat sementelah lagi isu pemansuhan PTPTN yang mereka laungkan juga hasil usul dari golongan partisan yang hanya memperalatkan mereka untuk tujuan kepartian.

Walhal ramai mengakui hakikat dengan adanya dana pinjaman pendidikan dari PTPTN sejak lebih kurang 14 tahun ianya beroperasi telah membantu ratusan ribu rakyat melanjutkan pelajaran ke ipt,tiba-tiba kali ini semata-mata hampir pilihanraya umum ke 13 ianya menjadi puching beg orang politik,apakah logik untuk kita hapuskannya begitu saja ???

PTPTN pula bukannya satu skim pinjaman bersandarkan keuntungan, semua dana yang ada dan jumlah bayaran diterima dikitar semula untuk kegunaan generasi pelajar akan datang dan caj perkhidmatan 1% yang dikenakan pula untuk menampung segala kos pentadbiran termasuklah pengurusan, kakitangan, utiliti dan lain-lain yang berkaitan.PTPTN tidak sama sekali mewajibkan pelajar memohonnya.Semua bergantung pada kemahuan individu tidak mengira miskin atau kaya,jika memerlukan wang pinjaman maka PTPTN adalah tempatnya.Tapi jika berasa cukup mampu menanggung segala kos pengajian dan sara hidup selama 2 hingga 5 tahun di universiti,tiada paksaan untuk menggunakan khidmat PTPTN.


Andaikata masih ada segelintir pelajar begitu kemaruk mahukan pendidikan percuma sebagaimana dilaungkan dalam demo tersebut,ringan-ringankanlah otak untuk berfikir dan rajin belajar supaya mampu mencapai keputusan cemerlang dengan kelulusan ijazah kelas pertama tentu sahaja hutang pinjaman dilupuskan tanpa bayaran satu sen pun.Berbalik kepada isu penyertaan beberapa pelajar UM dalam demonstrasi anti PTPTN sebagaimana disebut di awal tulisan ini, sekali lagi ditekankan keperluan pentingnya tindakan segera pihak pentadbir universiti bertegas dengan kebiadapan pelajar-pelajarnya.Jangan ditunggu hingga ada yang terdetik dalam hati menyangkakan yang Naib Canselor UM hanya makan gaji buta dek kerana lambat bertindak dan kurang responsif terhadap isu tersebut.

Kita tidak mahu suatu hari kelak bakal lulusan universiti tergolong dari sekumpulan manusia yang kurang ajar, biadap dan menjengkelkan sikap perwatakannya sedangkan sifat dan tabie asas seseorang terpelajar mestilah menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.Apatah lagi mereka bukan sahaja menggalas harapan ibubapa dan negara supaya menjadi insan yang berguna malah suatu hari nanti khidmat mereka diperlukan untuk menabur jasa bakti bagi pembangunan masyarakat dan negara.Justeru itu, segeralah bertindak untuk kebaikan bersama agar ia tidak menjadi ikutan kemudian hari kelak yang tentu sahaja jika dibiarkan bukan sahaja memberi kesan terhadap nama baik UM sendiri malah akan menimbulkan keraguan masyarakat terhadap keupayaan UM untuk mendidik generasi masa depan.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! BUKTI UMNO MEMPERTAHANKAN ISLAM DAN MELAYU TERSEBAR !!!

Posted: 19 Apr 2012 07:00 PM PDT


UMNO bukan hanya sebuah pertubuhan politik yang yang memperjuangkan cita-cita kebangsaan Melayu tetapi ia juga diakui sebagai sebuah parti yang konsisten dalam memartabatkan agama Islam.Keteguhan dan keseriusan UMNO dalam mengekalkan maruah dan kedaulatan agama,bangsa dan negara ini diakui sendiri oleh Duta Besar Iran ke Malaysia,H.E. Prof. Dr. Mohammed Mehdi Zahedi.

"UMNO adalah parti Islam yang mempunyai kesinambungan kepimpinan dengan struktur yang jelas dan mampu mewujudkan suasana yang harmoni bukan hanya di kalangan anggota beragama Islam tetapi juga masyarakat keseluruhannya," katanya.


Beliau berkata demikian semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Agung UMNO,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO.Dalam kesempatan tersebut, Tengku Adnan memaklumkan bahawa antara asas dan tujuan UMNO ditubuhkan ialah untuk menegak,mempertahan dan mengembangkan Islam iaitu agama rasmi negara serta menghormati kebebasan beragama.

"Objektif UMNO berkaitan Islam adalah jelas dan ia terkandung di dalam Perlembagaan UMNO, Fasal 3.3," katanya.

Tengku Adnan turut memberi penerangan berkaitan isu-isu semasa yang dihadapi oleh UMNO khususnya penyelewengan pihak pembangkang yang gemar mempropagandakan hal-hal berkaitan agama untuk kepentingan politik mereka.

"UMNO menghormati agama-agama lain dan masyarakat di Malaysia bebas untuk mengamalkan kepercayaan mereka masing-masing tetapi apa yang sangat ditekankan dalam konteks Islam ialah pengukuhan dalam akidah agar tidak berlaku pemesongan," jelasnya.


Terang beliau lagi,para pemimpin UMNO tidak bertolak ansur dalam hal-hal yang membabitkan akidah Islam tetapi dalam masa yang sama percaya bahawa persefahaman bersama dalam masyarakat mampu membentuk kesatuan dalam kepelbagaian.Menerusi pertemuan yang berlangsung lebih satu jam, beliau turut menerangkan berkaitan penubuhan UMNO sejak awal pembentukannya pada 11 Mei 1946 dan menjadi pelopor kepada kebangkitan kemerdekaan seterusnya termasuklah lahirnya parti-parti pembangkang yang didominasi oleh golongan yang gagal mendapat kuasa dalam UMNO.

"Pas yang menggunakan Islam dalam agenda politik mereka tertubuh selepas pemimpin mereka gagal merebut jawatan yang Dipertua UMNO pada tahun 1955 manakala PKR pula wujud adalah kerana ketidakpuasan hati mereka yang tidak dapat menerima hakikat berkaitan perlakuan moral Anwar Ibrahim."

Kesempatan ini juga diaplikasi oleh kedua-dua pemimpin tersebut bertukar-tukar pendapat di samping membincangkan hal-hal melibatkan pandangan negatif terhadap agama Islam di peringkat antarabangsa.Selaras dengan itu persetujuan dicapai bahawa pandangan tersebut mampu diubah sekiranya semua negara-negara Islam bersatu hati dan membentuk kesatuan serta kesepakatan tanpa melihat kepada perbezaan antara mazhab.

Dalam kunjungan ini, Dr. Mohammed Mehdi turut menyampaikan jemputan rasmi untuk mengadakan kerjasama dan pertukaran antara kedua-dua parti melibatkan ahli-ahli Parlimen,ulama dan ahli agama masing-masing dalam hasrat saling belajar dan mempelajari. - UMNO Online

KISAH BENAR !!! JENAKA PAKATAN HARAM BERKENAAN SHAHRIL SAMAD MASUK PAS HANCUR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 19 Apr 2012 05:00 PM PDT


SUKA SANGAT ADIK AKU NI YER ??? - SHAHRIL SAMAD

1 April 2012 selalunya akan disambut oleh sebilangan manusia bebal dengan jenaka-jenaka bodoh yang adakalanya menyusahkan tetapi menghiburkan bagi mereka.Bagi yang mengetahui tentang ciri-ciri 1 April dan sambutan yang dibuat oleh golongan pembebal,mungkin sebarang berita yang dilihat sensasi,hanya disambut dengan perasaan sinis.Tetapi bagi mereka yang baru nak belajar mengakses budaya maklumat,berita sensasi pada 1 April akan dipandang satu satu nilai berita yang amat tinggi.Justeru berita tentang keluarnya Datuk Shahril Abdul Samad,Ahli Parlimen Johor Bahru dari UMNO dan menyertai PAS bersama-sama ribuan pengikutnya yang diuar-uarkan dan dicanangkan oleh beberapa buah blog,merupakan sesuatu yang cukup terang bagi memperlihatkan betapa terdesaknya golongan penyokong PAS untuk melihat berlakunya senario ini.

saya nak cerita seditkit tentang sejarah Datuk Shahril Abdul Samad, Datuk Shahril Abdul Samad sepanjang kerjaya politiknya merupakan tokoh yang penuh warna-warni dengan pelbagai peristiwa menarik.Pada penghujung 1980-an dahulu,dia pernah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru untuk bertanding sebagai calon Bebas cap kunci sebagai menandakan bermulanya penglibatan Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah selepas Peristiwa Hitam 1987 yang menyaksikan UMNO diharamkan oleh undang-undang.Bagaimanapun pada tahun 1989,Datuk Shahril Abdul Samad kembali menyertai UMNO,bukannya Semangat 46 yang ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Risiko yang diambil oleh Datuk Shahril Abdul Samad,membuahkan hasil.Dia menang besar dalam Pilihanraya Kecil tersebut dan bermula dari situ,undang-undang baru digubal untuk menggantung mana-mana perwakilan yang meletak jawatan dan bertanding semula selama 5 tahun.Dari tahun 1975 sehingga sekarang,Datuk Shahril Abdul Samad masih memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru.Pengaruhnya boleh dikatakan besar selaku Ahli Parlimen veteran.Apatah lagi hubungan darahnya dengan seorang lagi pemimpin besar PAS iaitu Khalid Samad yang cukup terkenal dengan gelaran GEREJA nya,menjadikan Datuk Shahril Abdul Samad sebagai individu yang cukup mudah dijadikan sasaran bahan jenaka oleh para propagandis Pakatan Haram.

Bagaimanapun berita keluarnya Datuk Shahril Abdul Samad dari UMNO dan menyertai PAS ditolak mentah-mentah oleh adiknya,Khalid Samad.Menurut Khalid Samad,sekiranya benar abangnya keluar UMNO dan menyertai PAS,sudah tentulah dia akan menjadi orang pertama yang mengetahuinya.Malah Khalid Samad menyifatkan orang yang menyebarkan berita palsu berkenaan sebagai golongan tertentu yang sengaja mencari peluang sementara menunggu Pilihanraya Umum yang akan diadakan dalam jangka masa terdekat ini Dan yang paling menariknya,berdasarkan sebarang maklumat, 'golongan tertentu' adalah mereka yang selama ini cukup kuat menyokong PAS dan Pakatan Haram !!! nampak sangat PAS ni dah terdesak,muahahahaha...

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...