BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! ZED ZAIDI TERIMA UGUTAN BUNUH ???

Posted: 17 Apr 2012 11:48 AM PDT


Kontroversi panas yang melibatkan pelakon Zed Zaidi dan Aaron Aziz nampaknya masih belum reda lagi.Selepas melontarkan pendapat peribadi di Twitter serta blognya mengenai isu artis Malaysia yang seolah-olah dipinggirkan di negara sendiri,Zed Zaidi terus dikecam hebat oleh segelintir pihak terutamanya peminat Aaron Aziz.Malah,ekoran kelantangannya bersuara dalam menegakkan hak-hak artis Malaysia,laman rasmi Facebook Fanpage Zed Zaidi telah digodam oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka,Aaronators Crew.GUA sendiri telah mendapatkan reaksi Zed mengenai perkara tersebut dan Timbalan Presiden Seniman itu memberitahu sudah membuat laporan polis bagi siasatan lanjut.

"Saya sudah pun membuat laporan polis pada 12 April lalu,di Balai Polis Mutiara Damansara.Hari ini (Isnin),saya akan buat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tindakan selanjutnya.Saya tak salahkan mereka yang melakukan perkara ini kerana mereka hanya peminat fanatik dan hanya meminati artis itu saja.Pandangan saya sebelum ini mengenai masalah industri dan mereka tak tahu dan tak faham mengenai masalah yang berlaku," ujar Zed yang dihubungi GUA sebentar tadi.

Ditanya adakah tindakan Aaronators Crew menggodam Facebook-nya disebabkan tindakan Zed meletakkan gambar Mr. Bean pada wajah Aaron di poster Ombak Rindu,Zed menjawab,"Bila masa saya buat gambar itu,saya tak buat pun.Benda ini mengarut dan saya tak ada masa nak buat benda-benda macam ini.Ini satu provokasi dari orang yang tak bertanggungjawab," tegas Zed yang turut menerima ugutan bunuh dari individu yang tidak dikenali.

"Bukan saya saja yang kena hentam,isteri saya pun kena hentam.Saya risau memikirkan keselamatan isteri yang tengah mengandung.Saya juga terima banyak ugutan bunuh namun saya masih belum membuat laporan polis sebab saya tengah kumpulkan semua mesej-mesej tersebut."

Zed dalam perbualannya turut memberitahu apa yang terjadi ini tidak pernah akan menghalangnya dari terus bersuara serta memberikan pendapat.

"Kenapa saya harus rasa takut untuk bersuara di negara sendiri. Ini adalah tanggungjawab saya dan kenapa saya kena tutup mulut. Apa yang dikritik tidak semestinya saya menentang tapi saya berani bersuara untuk melakukan perubahan.Bayangkan kalau anugerah kewartawanan Malaysia dimenangi oleh wartawan luar,apa perasaan anda semua? Saya bercakap melalui fakta dan tidak bercakap kosong.Saya juga mengambil kata-kata Perdana Menteri kita,'Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan'. Jadi,siapa yang nak dahulukan orang tempatan jika tidak kita sendiri," ujarnya mengakhiri perbualan. - Gua.Com

CILI KASI TARUK !!! @PARPUKARI ADA HUBUNGAN SULIT DENGAN ZARINA ANJOULIE ???

Posted: 17 Apr 2012 08:45 AM PDT


wow,biar betul ??? Nama blogger besar macam Parpukari ni ada hubungan sulit dengan artis rupanya.kenapa tak bagi tau bro ??? sejak bila anda berdating dengan dia ??? ish ish ish...Sebelum ni,dia buat dakwaan mengatakan yang blogger Dari Pahang,Braveheart ada hubungan dengan artis 'Super-seksi' macam Si Zarina Anjoulie.Tapi,akhirnya terkena kat batang hidung sendiri,dia yang ada hubungan sulit tu.Cuma mungkin dia tak berani nak mengakui perkara ni dan nyatakannya kepada umum.

Hubungan Sulit Blogger hebat macam Parpukari ni pulak didedahkan oleh seorang Makcik yang jual kerepek !!! Bukannya orang UMNO yang dedahkan.Kalau cerita ni tersebar dekat pemimpin Pakatan Haram dah tentu - tentu diorang akan spin sebaik mungkin.Maklum la,Parpukari tu kan diantara sasaran diorang.Jadi,kalau anda nak tahu apa terjadi dengan Blogger antara tersohor di malaysia ni

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

PANAS !!!!

HOT NEWS !!! LISA SURIHANI DAN YUSRY JADI CIKGU ??? TAK NAK JADI ARTIS LAGI KER ???

Posted: 17 Apr 2012 08:33 AM PDT


Lisa Surihani mengakui kerjaya sebagai guru pada masa kini berdepan dengan cabaran berganda jika dibandingkan dengan pengalamannya yang pernah menjadi seorang guru sandaran, sembilan tahun lepas.Beliau dan suaminya,penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program 'Teach For Malaysia (TFM) Week' di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini,Isnin.Lisa berkata pengalamannya mengajar di sekolah itu membuatkan beliau lebih menghormati profesion guru.

"Pengalaman saya hari ini memang jelas membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi seorang guru. Cabarannya bertambah mengikut peredaran masa terutamanya dari aspek menarik perhatian dan tumpuan pelajar.Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dalam program TFM ini," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.


Lisa dan Yusry masing-masing meluangkan masa selama sejam berada di dua buah kelas tingkatan satu di mana Lisa mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris.Selain kedua-dua artis itu,mereka yang mengambil bahagian dalam program anjuran TFM yang bermula hari ini sehingga 20 April ini mewakili sektor perniagaan,kewangan,perkhidmatan awam,pendidikan dan hiburan.


Mereka dijadualkan mengajar di sekolah kawasan Kuala Langat,Klang,Kuala Selangor,Petaling Perdana dan Hulu Langat di Selangor; Sentul dan Keramat di Kuala Lumpur; dan Tampin, Jelebu serta Kuala Pilah di Negeri Sembilan.TFM adalah sebuah badan bebas bukan mencari keuntungan yang menyenaraikan bakal pemimpin masa depan Malaysia paling menyerlah dalam misinya untuk menghapuskan keadaan tidak saksama dalam bidang pendidikan.Sejak Januari 2012, kohort pertamanya yang terdiri daripada 50 felo, menjadi pengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Kuala Lumpur,Selangor dan Negeri Sembilan.TFM sedang mencari 70 lagi felo untuk kohort barunya bagi 2013. – Bernama

KISAH BENAR !!! PAKATAN HARAM NAK KERAJAAN MINTA MAAF DENGAN BEKAS TAHANAN ISA ???

Posted: 17 Apr 2012 05:48 AM PDT


saya nak kongsi sesuatu dengan anda.Pakatan Haram kini menjadi-jadi,kerajaan baru nak memberi satu idea baru untuk keselamatan negara malaysia yang tercinta ini,namun ada satu benda dah terjadi,Desakan Pakatan Haram agar kerajaan memohon maaf kepada semua bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan baru-baru ini,menimbulkan tanda tanya yang besar di kalangan rakyat malaysia yang saya temui.saya bertemu dengan mereka perlu ker Kerajaan Nak meminta maaf ??? anda nak tahu apakah persoalan mereka ???

Persoalan mereka,perlukah kerajaan meminta maaf kepada bekas tahanan ISA yang majoritinya terdiri daripada pengganas komunis,perisik asing,pembuat wang,dokumen palsu dan mereka yang cuba mengganggu ketenteraman awam yang boleh mencetus konflik perkauman termasuklah dalam kes penahanan Lim Guan Eng (Operasi Lalang 1987) yang mengemukakan cadangan agar kerajaan meminta maaf ini

Adakah Guan Eng mencadangkan kerajaan Malaysia minta maaf dengan komunis.Kenapa komunis,adakah kerana komunis menjadi ikon perjuangan DAP ??? Komunis yang terlibat membunuh ramai orang cina dan melayu semasa zaman darurat itupun Guan Eng nak kerajaan minta maaf hanya kerana dia ditahan di bawah ISA ??? Kalau dah memang itu tempatnya yang layak atas keganasan yang dilakukan mereka, kenapa Guan Eng nak kerajaan minta maaf pula ??? Begitu juga dengan perisik asing dan orang yang cuba mensabotaj ekonomi negara dengan mencetak wang palsu. Guan Eng nak kerajaan melutut minta maaf kepada mereka ini semua ???

Akal ada ker bro ???

Ironinya,tahanan ISA terakhir yang ditahan dibawah Akta tersebut disebabkan oleh perbezaan politik ialah Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad sendiri.Manakala,penyalahgunaan ISA untuk kepentingan peribadi terakhir digunakan oleh Anwar Ibrahim apabila mengarahkan Special Branch menangkap Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar untuk menukar pengakuan masing-masing berhubung dakwaan liwat ke atas Anwar.mungkin ana sudah lupa,saya ingatkan kembali.

Dalam kes Tun Mahathir,negarawan ulung negara ini ditahan di bawah ISA pada 1969 atas arahan Menteri Dalam Negeri ketika itu Allahyarham Tun Dr. Ismail kerana beliau menulis buku Malay Dilemma yang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri pertama,Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.Selepas dari itu,kesemua individu yang ditahan dibawah ISA adalah mereka dalam kategori yang penulis sebutkan pada para 2 di atas.

Malah,sejarah Operasi Lalang 1987 yang dikatakan menjadi 'bukti tunggal' kepada dakwaan kononnya penyalahgunaan akta tersebut oleh kerajaan BN untuk menekan politik Pakatan Haram itupun sebenarnya adalah atas tujuan ketenteraman awam akibat dari isu berkaitan sekolah cina yang hampir mencetus konflik perkauman ketika itu.Kalau atas sebab fahaman politik,tidaklah orang UMNO pun turut di tahan dalam operasi besar-besaran tersebut.Anwar ibrahim lupa ker ???

Pendek kata,dakwaan kononnya kerajaan banyak menyalahgunakan ISA untuk menekan Pakatan Haram adalah dakwaan yang paling tidak berasas.Jadi apa perlunya kerajaan meminta maaf ??? cuba anda fikir wahai pembaca dari sebelah Pakatan Haram !!!

saya bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu,Datuk Zulkifli Nordin di Parlimen yang menyebut bahawa Pakatan Haram hilang arah apabila kerajaan pimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janji untuk menghapuskan ISA ini kerana Anwar Ibrahim yang berangan-angan mahu mencatat namanya dalam sejarah negara ini sebagai 'Perdana Menteri' yang menghapuskan ISA.sekarang bawah kerajaan mana yang menghapuskan ISA ??? Nak menutup kehilangan arah itulah yang menyebabkan soal minta maaf semua ini keluar.

CUBA ANDA RENUNG SEKARANG !!!

SIAPA YANG MAIN POLITIK KOTOR ???

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! SKANDAL ANWAR GATE !!! ANWAR VS MAHATHIR !!!

Posted: 17 Apr 2012 01:30 AM PDT


Sikap Washington dapat dilihat dengan jelas. Amerika berpihak kepada Anwar dengan harapan dia boleh menjadi budak suruhan Uncle Sam. Amerika memperalatkan berbagai pemimpin asing bukan perkara baru. Amerika mahu pemimpin-peminpin asing, terutama sekali negara-negara sedang membangun yang ketua kerajaannya anti Amerika,diguling atau digantikan dengan mereka yang pro Amerika.Berbagai bantuan diberikan kepada mereka yang sanggup menjadi budak suruhan Washington untuk memperkukuhkan kedudukan politik mereka di negara masing-masing.Amerika negara kapitalis ingin menjadi "polis dunia" sebagai kuasa dunia yang maha hebat. (rujukan buku John Perkin Confessions of an Economic Hit Man)

Amerika khasnya tidak mahu melihat negara-negara Dunia Ketiga menjadi satu blok politik dan ekonomi yang bebas dari pengaruhnya. Jesteru itu Washington menganggap Mahathir sebagai musuh politik Amerika.Melalui berbagai media barat dan tekanan-tekanan lain dikenakan ke atas Mahathir dan Malaysia supaya hasrat Mahathir untuk mengujudkan Blok Dunia Ketiga yang kuat dan berpengaruh gagal.Ia ada anwar bin Ibrahim yang dianggap 'darling Barat'.Jaringan persahabatan yang Anwar wujud dengan berbagai pemimpin Amerika,Kanada,Eropah,Australia membolehkan dia diterima sebagi pemimpin alternatif kepada Mahathir.Janganlah hairan bin ajaib kalau dia ahlan wasahlan dengan berbagai pemimpin di bawah pentadbiran Clinton dan Bush yang terdiri dari kaum Yahudi.

Umum mengetahui pentadbiran Amerika baik Rebuplican mahu pun Democrat mesti tunduk kepada pelobi-pelobi yahudi di Capitol Hill.Pengaruh Yahudi yang kuat dalam kerajaan Amerika menyebabkan pemimpin-peminpin Dunia Ketiga yang bernaung di bawah ketiak Washington akan menjadi talibarut pada kuasa Yahudi itu.Aneh bin pelik,Malaysia pada waktu itu tidak meminjam dari IMF. Mengapakah Anwar perlu mendengar nasihat dari IMF untuk mengatasi kemelut tersebut? Apakah ada suatu agenda tersembunyi antara Anwar dengan Washington, Soros dengan IMF? Apakah Anwar yang mendengar nasihat IMF untuk menaikkan bunga bank dan bayaran kad kredit sebanyak 15 % bertujuan untuk menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat yang boleh menyebabkan kejatuhan Mahathir?

Apakah ada rancangan sulit antara Anwar dengan Washington dan IMF untuk menolak Mahathir dan menggantikannya dengan Anwar sebagi Perdana Menteri? Dalam keadaan ekonomi yang gawat pada tahun 1997 dan 1998 mengapakah Anwar tidak meminta nasihat dari Gabenor Bank Negara dan pakar-pakar ekonomi tempatan untuk mengatasi kemelut tersebut?

Bukankah sewaktu dia menjadi Menteri Kewangan,Bank Negara mengalami kerugian lebih dari RM 10 billon dalam transaksi tukaran wang asing? Bolehkah dia menafikan bahawa dia tidak bertanggung jawab tentang spekulasi mata wang yang dilakukan oleh salah seorang pegawai tinggi Bank Negara yang menyebabkan kerugian lebih dari RM 10 billon?

Apakah tidak mungkin kegawatan ekonomi Asia akibat mainan Soros sebagai suatu rancangan sulit antara Washington, Soros dan IMF untuk menimbulkan ketidakstabilan politik beberapa negara Asia tertentu, khasnya Malaysia dan Indonesia, yang majoriti penduduk beragama Islam dan anti Israel dan Amerika?

Mahathir terang-terangan anti Amerika dan anti Yahudi dan beliau merupakan tokoh politik bertaraf dunia yang mempunyai pengaruh kuat dikalangan negara-negara Dunia Ketiga. Sekiranya Mahathir dapat dijatuhkan melalui kegawatan ekonomi tersebut dan digantikan dengan Anwar yang pro Amerika maka Washington yakin ia mendapat seorang sahabat yang akrab menjadi Perdana Menteri Malaysia.Di Indonesia Amerika berjaya menyingkirkan Suharto dan melantik Habibie yang pro barat sebagai pengganti.Adalah menjadi dasar Washington yang dikuasai Yahudi untuk mengawasi dan menghancurkan golongan Islam militan khasnya di Indonesia dan Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam terbesar di dunia.

Kalau kedua negara ini dipimpin oleh pemimpin yang pro Amerika dan Barat maka dengan sendirinya pengaruh Amerika yang dikuasai Yahudi menjadi semakin kuat dari segi geopolitik dikedua buah negara yang penting ini.Mabuk kemenangan menewaskan Ghafar Baba untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO,menyebabkan Anwar salah langkah,salah dugaan dan salah perhitungan. Pelanduk lupa pada jerat tapi jerat tidak lupa pada pelanduk.Kejayaan nya menumbangkan Ghafar membuat dia terlalu yakin bahawa Mahathir juga akan menghadapi nasib yang sama dengan Ghafar. Menumbangkan Ghafar tidak perlukan sokongan Amerika atau London. Kalau sebahagian besar Ketua-ketua Bahagian UMNO sudah menjadi tekukur makan ditangan masakan mereka akan berpihak kepada Mahathir kalau dia berhasrat merebut jawatan Presiden UMNO kelak!

Bukankah setengah dari mereka sudah mendapat ganjaran saham pink-form? Malah ada antara pemimpin itu,yang menjadi kroni Anuar dan menjadi jutawan ala mi segera hasil dari berbagai projek yang diperolehi ehsan dari Anwar. Juak-juak Anwar mendabik dada dengan keangkuhan bahawa tidak lama lagi Anwar akan menjadi Perdana Menteri! Inilah angan-angan dan mimpi yang berlegar dalam kepala para juak-juak dan pengampu-pengampunya.

di petik dari buku : Anwar Ibrahim : Pengkhianat atau Patriot ? Yahya Ismail.

ANDA LIHAT SENDIRI SEJARAH ANWAR IBRAHIM ???

ADAKAH INI NAK DI JADI KAN PEMIMPIN NUMBER 1 DI MALAYSIA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS DAN KANTOI !!! LAGI PENIPUAN PAKATAN HARAM TERBONGKAR !!! ARE DAN #LYNAS @FUZIAH99 JADIKAN ISU POLITIK !!!

Posted: 16 Apr 2012 10:00 PM PDT



satu lagi pembohongan amat dasyat oleh Fuziah Salleh dan Kuncu DAP telah berlaku,semua ini hanya meraih simpati rakyat.anda kenal gambar di atas dan dibawah ??? saya akan ceritakan apa kah strategi Pakatan Haram ini untuk meraih simpati rakyat berkenaan dengan Asian Rare Earth (ARE) dan Lynas !!!

Sin Chew Daily baru-baru ini menyiarkan iklan di muka surat 8 dan Guong Ming Daily di muka surat 9 dengan memaparkan seorang ibu,Lai Kwan mencium anaknya Yang Berumur 30 tahun,Cheah Kok Leong dengan kata-kata 'Saya belum mahu mati!'.Kok Leong yang menderita kecacatan fizikal serta perkembangan mental terbantut baru saja meninggal dunia 18 hari yang lalu.Mendiang telah dilahirkan di Perak di mana ibunya pernah bekerja di kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah.

Berikutan dengan itu Jawatankuasa Selamatkan Malaysia memohon sumbangan RM10 Kononnya bagi membiayai kos undang-undang bagi menghentikan projek nadir bumi oleh kilang Lynas yang dikatakan menyamai ARE.Semua sumbangan akan dimasukkan ke Pertubuhan Solidariti Hijau Kuantan.sumbangan bagus tiada masalah tetapi satu persoalan timbul dalam kepala saya ni !!! semua ini cerita nya sama dengan BERSIH !!!

saya nak tanya kepada Pemimpin Pakatan Haram Ini,dari manakah datangnya dana untuk menempah ruang iklan di akhbar utama bahasa Cina seperti Sin Chew dan Guong Ming yang secara kasarnya akan memakan kos berjumlah RM100,000 ??? Persoalan kedua saya,jika pihak berkenaan mampu menempah ruang untuk tujuan memburukkan Lynas,tentulah mereka juga mampu membiayai kos untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lynas.kenapa nak merayu sumbangan orang ramai ??? ini lah sebenarnya berlaku bak kata perpatah "Ada Udang Di Sebalik Batu"


Dari situ anda nampak tak wahai pembaca Badut Rakyat ??? Sebenarnya tujuan laporan dan iklan tersebut tidak lain tidak bukan hanya untuk bermain politik dan meraih publisiti melalui rayuan sumbangan semata-mata,sebab itu saya kata di atas..hakikatnya,wang bukanlah masalah langsung bagi mereka.Selain iklan di dalam akhbar,pihak yang membantah Lynas juga dilihat mempunyai dana yang cukup banyak untuk menggerakkan demonstrasi,mengedar T.Shirt,risalah,poster,banner dan sebagainya.Ini belum lagi diambil kos logistik untuk siri-siri demonstrasi yang diadakan.kantoi sudah !!! sama tak macam BERSIH ??? Sebab tu saya beritahu dana dari luar negara sudah cukup untuk mereka,takkan lah sampai setahun, Pemimpin Pakatan Haram ni bertahan ??? cuma saya pelik,Fuziah Salleh dan Pemimpin DAP jer pertahankan benda ni..hmmm...

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

meh saya cerita sikit satu sejarah..muahaha...satu kronologi kes kilang ARE di Bukit Merah,ARE tidak boleh diambil sebagai contoh perbandingan dengan Lynas kerana Lynas hanyalah sebuah kilang pemrosesan kimia biasa.Kilang yang sama seperti Lynas telah lama beroperasi di China yang mendominasi bekalan nadir bumi dunia sebanyak 97%, dan juga Australia,Amerika dan beberapa negara lagi.

Selain itu siasatan terhadap kilang ARE di Bukit Merah juga memperlihatkan beberapa kecuaian atau lepas pandang dalam menangani sisa buangan toksik.Bagaimanapun,sepanjang perbicaraan mahkamah antara tahun 1985 hingga 1992,Lai Kwan atau pihak pendakwa gagal membuktikan secara saintifik bahawa kecacatan yang menimpa anaknya,Kok Leong berpunca dari kilang ARE.Lebih meragukan lagi ialah tiada orang lain selain Kok Leong yang didakwa mengalami kecacatan akibat dari ARE.


Namun,itu bukan soalnya kerana kilang Lynas dan kilang ARE adalah berbeza sama sekali.Fakta Mengatakan Bahawa ARE menggunakan monazite sebagai bahan mentah sementara Lynas tidak menggunakan monazite.Radioaktif yang dikeluarkan oleh Lynas adalah 60 kali kurang dari ARE dan 500 kali (0.002mSv setahun) kurang dari had yang dibenarkan oleh AELB (1mSv setahun).

Kesemua bukti-bukti saintifik ini menunjukkan bahawa Lynas adalah selamat dan sebaliknya kesemua tindakan yang diambil oleh pihak penentang Lynas menunjukkan yang mereka mempunyai agenda tersembunyi.Lynas adalah pemangkin ekonomi negara di masa depan,sekali gus bakal pencabar terbesar negara China dari segi pengeluaran nadir bumi.Justeru, menghalang operasi Lynas samalah dengan mengsabotaj ekonomi negara sendiri.Kewujudan dana yang besar serta usaha yang berterusan serta bersungguh-sungguh dari pihak penentang, terutamanya kaum Cina dengan disokong dan didokong hebat oleh akhbar-akhbar Cina menambahkan syak wasangka kita terhadap mereka



Walau apapun agenda mereka,tindakan parti-parti politik Pakatan Haram yang menangguk di air keruh dalam isu ini telah mengukuhkan lagi imej Pakatan Haram sebagai pengkhianat kepada negara sendiri.

FUZIAH SALLEH TAK KESIAN KER PELUANG PEKERJAAN PENDUDUK DI GEBENG ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT VIDEO AND KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM NAK BELI GOBALAKRISHNAN DAN TAWAR PROJEK RM440 JUTA ???

Posted: 16 Apr 2012 07:00 PM PDT



satu lagi episod Anwar Ibrahim dah kantoi.dulu anwar ibrahim kata macam-macam yer kat Barisan Nasional,kata kononnya Barisan Nasional beli orang dan suruh lompat parti ke bebas.sekarang apa cerita sampai tawar gobalakrishnan projek yang bernilai RM440 Juta ??? lepas ini apa anwar ibrahim nak kata yek ??? cofirm ini semua fitnah !!! saya nak lihat..muahahaha..wahai pemimpin Pakatan Haram,anda lihat sendiri lagi satu permainan kotor Anwar Ibrahim !!! saksikan lakonan Anwar Ibrahim.lihat video di bawah.



APA KATA ANDA PEMBACA DARI PAKATAN HARAM ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! SPR DAH BOGEL KAN PAKATAN HARAM !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 16 Apr 2012 04:00 PM PDT



ambil ubat !!! semua penipuan pakatan haram dah di dedahkan oleh SPR !!! apa cerita ni Pakatan Haram ??? anda nak nafi lagi ker semua ini ??? muahahaha... lain kali jangan main tuduh jer,sekarang anda lihat apa dah jadi ??? jom saksikan kebenaran !!!



ADAKAH INI PEMIMPIN ANDA WAHAI PEMBACA DARI PAKATAN HARAM ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...