BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS AND VIDEO !!! PAS MENGHASUT MAHASEWEL UNTUK INGKAR ARAHAN PIHAK DBKL ???

Posted: 15 Apr 2012 11:48 AM PDT


Kira-kira 30 mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak semalam bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diarahkan segera berpindah daripada kawasan itu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.Penguatkuasa DBKL,Zawaye Desan yang ditemui AntaraPos.com berkata,pihaknya telah menemui mahasiswa dan mengarahkan mereka mengosongkan kawasan itu bagi memberi laluan kepada konsert diraja malam ini.

Pihaknya juga telah memaklumkan kepada mahasiswa yang terlibat,menurut undang-undang bahawa tiada sesiapa dibenarkan memasang sesuatu struktur di kawasan tumpuan pelancong itu tanpa kebenaran datuk bandar.Setelah berbincang,mahasiswa bagaimanapun memutuskan enggan berpindah selagi tuntutan mereka tidak didengar.Bagaimanapun aktivis Adam Adli Abd Halim dilaporkan berkata,terpulang kepada DBKL jika mahu merampas barang mereka atau menghalau mahasiswa,tetapi mereka tetap akan kembali untuk berkhemah malam ini.Oleh demikian,pihak DBKL terpaksa merobohkan lima buah khemah yang dipasang serta merampas kain rentang dan sepanduk.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Kubang Kerian,Salahuddin Ayub yang ditemui mempertahankan tindakan mahasiswa terbabit dengan menyatakan pihaknya akan membawa usul ke Parlimen esok dengan disusuli sidang media khas berhubung perkara tersebut.Malah katanya,selagi mahasiswa terbabit tidak membuat kerosakan pada harta benda awam serta tidak melanggar Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 mereka boleh terus berhimpun.

"Kita akan bawa usul ke Parlimen esok dan buat satu sidang media khas, dan selagi mahasiswa tak buat kacau serta tak langgar undang-undang mereka boleh terus berhimpun," katanya memberitahu AntaraPos.com.

Ekoran kenyataan Salahuddin itu,mahasiswa yang terlibat memasang kembali khemah mereka.Kumpulan itu merancang berkhemah di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan BERSIH pada 28 April ini.Mereka antara ratusan yang berhimpun di ibu negara petang semalam bagi menyatakan penolakan kepada PTPTN dan menuntut perdidikan percuma hingga ke peringkat pengajian tinggi.

LIHAT PULA KURANG AJAR MAHASEWEL NI !!!



SEMUA NAK PERCUMA !!!

SAYA RELAX JER BAYAR HABIS PTPTN !!!

CAKAP JER MALAS NAK BAYAR HUTANG !!!

KAN SENANG !!!

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! KALAU ALLAH ITU BAIK KENAPA CIPTA NERAKA ???

Posted: 15 Apr 2012 09:00 AM PDT


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu,beragama Islam,tapi cetek pengetahuan tentang agama.Ceritanya begini,di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah,untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan,tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah,kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden,ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005 seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,"..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.peratura ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran,tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.Ringkasnya,kalau taat segala perintahNya,pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat,bakal mendapat azab di neraka Allah.Tuhan Maha Penyayang,Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga,tak tahan dengar nasihat ustaz tu.dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap.Bahaya budak ni.Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.Setelah habis gadis tu membebel,ustaz tu pun jawab:"Dik,kalau Tuhan tak buat neraka,saya tak jadi ustaz.Berapa sen sangat gaji saya sekarang.Baik saya jadi tokey judi atau bapa ayam.. hidup senang,lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga...Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.Kalau awak nak lari,saya bunuh je.Takpe,sebab neraka tak ada.Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut.Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan : "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga.Orang baik,orang jahat,semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok.Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman.Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu.Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi : "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya :"Adik,saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.Sebab tu neraka perlu wujud.Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka,yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni.Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah,maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita.Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya,sebagai amanah dan ujian.semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Sumber Xlupa.Com

SEBARKAN KEPADA YANG MASIH TAK FAHAM KENAPA ALLAH CIPTA NERAKA !!!

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! RM200 BILLION UNTUK LAKSANA KAN 3 JANJI PALSU PAKATAN HARAM ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 15 Apr 2012 05:00 AM PDT


banyak yang sudah disebut mengenai janji-janji kosong Pakatan Haram jika ditakdirkan akhirnya berjaya membentuk kerajaan persekutuan.Keghairahan 'melafazkan' janji ini menjadi terlalu hebat sehingga ramai terlupa,berapa nilai semua janji yang disebutkan itu ??? Persoalan itu penting kerana diakhirnya,kerajaan yang diterajui Pakatan Haram nanti perlu mempunyai keupayaan untuk melaksanakan semua janji-janji itu atau awal-awal lagi kita sudah boleh membakul sampahkan janji-janji tersebut kerana nampak sangat tidak masuk akal.

3 janji utama Pakatan Haram ini jika akhirnya berjaya memerintah kerajaan persekutuan.Yang paling di atas sudah tentulah janji untuk memberi pendidikan percuma kepada semua rakyat (termasuk penghapusan PTPTN), tol percuma dan subsidi minyak (termasuk menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 20% dari 5% sekarang) Untuk janji yang pertama,pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.

Memetik kenyataan Perdana Menteri di Batu Pahat tempoh hari,kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM 43 billion untuk tujuan menghapuskan pinjaman PTPTN.Untuk membiayai sepenuhnya pengajian di semua Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan mengambil alih lebih 500 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi merealisasikan janji perkhidmatan percuma akan memakan belanja sehingga RM 100 billion !!! Jumlah ini adalah berdasarkan kepada lebih 90,000 orang pelajar yang sedang menuntut di IPTS seluruh negara (mengikut statistic 2011) yang juga merupakan ke 11 tertinggi di dunia dan hakikat bahawa kerajaan akan menanggung baki 10% daripada keseluruhan pembiayaan pendidikkan bagi semua pelajar IPTA (kerajaan sekarang menanggung 90% daripada keseluruhan kos pembelajaran pelajar IPTA).

Bagi menampung subsidi bahan api pula,kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 18 billion untuk subsidi harga bahan api tersebut pada 2011.Anwar masih tidak mengumumkan berapa nilai penurunan harga minyak jika Pakatan Haram mengambil alih tapi saya jangka sekitar RM 0.10 – RM 0.30 seliter.Penurunan ini akan menambah subsidi kerajaan untuk bahan api sahaja sehingga RM 22 billion setahun.Manakala bagi menampung kenaikan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 15% lagi (menjadikan 20%) dan bayaran royalti kepada negeri Terengganu dan Kelantan, kosnya dijangka akan mencecah sehingga RM 20 billion. Unjuran ini dibuat berdasarkan nilai 5% royalti minyak yang dibayar kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu (termasuk bayaran wang ehsan kepada Kelantan) pada 2011 yang sudah mencecah sehingga RM 10 billion.

Bagi mengambil alih konsesi tol bagi merealisasikan janji tol percuma pula,kerajaan perlu membayar sebanyak RM 20 billion berdasarkan nilai semasa syarikat pengendali Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang terdedah semasa pengambil alihan syarikat tersebut oleh Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).Jumlah ini tidak termasuk dengan syarikat-syarikat konsesi lain yang telah mencatatkan keuntungan (buku Jingga menyatakan Pakatan Rakyat akan mengambil alih semua syarikat konsesi yang telah mencapai keuntungan sahaja).Sekarang tibalah bahagian yang menarik,penjumlahan.Pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN dianggar akan menelan hasil negara sebanyak RM 143 billion (minimum),subsidi minyak dan peningkatan bayaran royalti,RM 42 billion dan tol percuma RM 20 billion.Semua sekali menjadikan kos untuk menampung 3 janji Pakatan Haram ini sahaja sebanyak RM 205 billion !!! Ini belum lagi bercakap tentang subsidi lain dan segala perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negara yang dianggarkan antara RM 80 – RM 100 billion setahun.

Persoalannya sekarang,setakat mana kemampuan kewangan negara untuk menampung semua janji tersebut ??? Agak menghairankan bagaimana Pakatan Haram yang tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai kewangan negara boleh merencanakan perbelanjaan kewangan yang sebegitu besar untuk rakyat Malaysia.

apa pun saya tidak kata Pakatan Haram tidak mampu,tapi dari anggaran yang disebutkan di atas,Yang jelasnya Pakatan Haram perlukan lebih dari air liur semata-mata untuk memastikan semua janji tersebut berjaya dilaksanakan. Dan rakyat Malaysia mengharapkan semua ini dibentangkan dengan jelas kepada rakyat agar apa yang berlaku di Selangor sekarang tidak menimpa rakyat Malaysia selepas PRU13 berakhir Dan jangan lupa,ini hanyalah 3 daripada deretan janji Pakatan Haram dalam buku Jingga sekarang dan versi baru yang sedang dikemaskini sekarang.

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! DAP ADALAH DALANG DI SEBALIK PAKATAN HARAM ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 15 Apr 2012 01:30 AM PDT


Bencinya Pakatan Haram kepada institusi beraja di Malaysia bukanlah satu perkara rahsia.apa yang saya sebut ini bukan berdasarkan apa yang keluar dari mulut Anwar,tapi juga berdasarkan kepada beberapa kejadian yang telah berlaku sebelum ini menunjuk kepada hakikat tersebut.Kalau ikut apa cakap Anwar,semuanya pun dia akan turut, dia akan pertahankan (kita semua tahupun Anwar cakap saja lebih).Paling jelas,apa yang berlaku Perak bila kerajaan DAP (ber menteri besarkan PAS),runtuh kerana keengganan DYMM Sultan Perak memperkenankan permintaan Nizar Jamaludin untuk membubarkan dewan setelah 3 ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan, melompat menjadi Bebas mesra Barisan Nasional (BN) Ditambah pula dengan tindakan Pengerusi DAP,Karpal Singh mengeluarkan kenyataan untuk menyaman Sultan Perak berhubung perkara yang sama pada 2009, sehingga dituduh di bawah Akta Hasutan di Mahkamah.

kelmarin,blog AIDC mendedahkan sikap kurang ajar ahli-ahli Parlimen Pakatan Haram yang tidak menghormati majlis Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung,Sultan Abdul Halim Muadzam Shah,di Istana Negara Jalan Duta.Dilaporkan beberapa ahli Parlimen Pakatan Haram 'menghina' setiap raja-raja Melayu dan pemimpin negara yang berjalan masuk ke dewan tempat istiadat pertabalan dijalankan.Semua ini mencetus persoalan,adakah kita rakyat Malaysia dapat sekali lagi melihat istiadat pertabalan yang unik di dunia ini berlaku lagi di negara kita jika Pakatan Haram mengambil alih Putrajaya dalam pilihanraya umum yang akan datang ??? Bertahan lagikan institusi beraja yang menjadi payung kepada ketuanan Melayu di negara kita ini ???

Ketuanan melayu dalam erti kata Sultan dan Raja mestilah terdiri daripada orang Melayu sahaja,bukan konsep 'tuan dan hamba' yang cuba diputar belitkan Oleh Pakatan Haram.Memang proses untuk menukar kerajaan beraja kepada republik itu panjang,tapi itu bukanlah mustahil untuk dilakukan.Sekarang pun cakap-cakap mengenai penubuhan republik itu sudah menjadi rahsia umum di kalangan pemimpin Pakatan Haram,terutamanya DAP.Antara sebab kenapa Datuk Dr Hasan Ali dan NGO Jatinya memilih pendekatan IMR (Islam, Melayu & Raja) kerana beliau sedar dengan agenda jahat DAP semasa menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dulu.

Usaha yang bakal dilakukan begitu sistematik,bermula dengan mengikis sedikit demi sedikit hak Melayu dan Islam di negara ini. Sebab itu perkara-perkara berkaitan ibadah yang dulu boleh dilakukan di negara ini oleh umat Islam tanpa halangan,kini menjadi kesalahan di negeri atau kawasan yang dikuasai DAP.Antaranya tradisi bertakbir dari rumah ke rumah pada malam sambutan Hari Raya Aidilfitri,malah mengaji sebelum kedatangan Azan pun kini sudah menjadi satu 'kesalahan'.DAP tidak akan bising kalau tidur diganggu dengan bunyi letupan mercun setiap kali malam perayaan,tapi akan bising (malah membuat laporan polis) kalau pembesar suara masjid berhampiran mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum Azan atau jemaah bertakbir dari rumah ke rumah.Peliknya,parti yang majoriti dianggotai orang Melayu dan Islam PAS dan PKR redha dengan semua tindakan DAP ini.Paling jijik tentulah PAS,sanggup mencari ayat-ayat al-Quran yang boleh ditunggang terbalik untuk menyokong tindakan DAP itu.

Pakatan Haram terutama DAP tahu, selagi orang Melayu dan institusi Islam di negara ini kuat, selag itulah sistem beraja ini tidak akan dapat disentuh. Maka itu mereka mengambil pendirian menyerang Melayu dan Islam untuk melemahkan yang di atas (sistem beraja). Malang dan sedihnya, masih ada segelintir orang Islam dan Melayu sendiri yang bersekongkol dengan puak-puak ini tanpa menyedari mereka sendiri bakal menjadi mangsa penindasan jika penubuhan republik itu menjadi kenyataan.Kalau ikut cakap memanglah semua akan nafikan tapi itu semua demi undi. Kalau sebut terus terang nanti, undi lari dengan sendiri.Contoh DAP dan Malaysian Malaysia.Terang-terang konsep Malaysian Malaysia itu mengikis hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan tapi selamba Lim Kit Siang boleh kata DAP akan sokong perlembagaan persekutuan.

Logiknya,kalau nak bagi semua sama rata (Malaysian Malaysia), bagaimana pula dalam masa yang sama kekalkan hak keistimewaan melayu ???

Justeru,WAJIB semua orang Melayu dan Islam di negara ini bersama-sama dengan UMNO,Barisan Nasional dan NGO-NGO yang berjuang mempertahankan perlembagaan Malaysia dan institusi beraja/Islam di negara ini demi masa depan negara yang lebih baik.

RENUNG-RENUNGKAN

TAHNIAH KEPADA PAKATAN RAKYAT SELANGOR !!! 100% KEJAYAAN DI SHAH ALAM AMAT MEMBANGGAKAN !!!

Posted: 14 Apr 2012 10:00 PM PDT


Shah Alam - Penduduk sekitar patut berterima kasih kepada Pakatan Rakyat diatas perubahan besar yang telah dilakukan semenjak 2008 sehingga ke hari ini.

Hari ini rakyat menikmati keselesaan hidup yang begitu ketara dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat,kawasan persekitaran yang begitu bersih,jalan yang begitu sempurna,longkang yang begitu bagus,memang benar kerajaan Selangor telus mulus menangani setiap isu sehingga tiada satu pun longkang tidak tersumbat dengan sampah melainkan tersumbat kesemuanya,begitu juga dengan jalan yang menjadi impian masyarakat Shah Alam agar tiada lagi kerusakan berlaku setelah dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat melainkan lubang-lubang terus bertambah. Taniah !!!!!

Apapun kecermelangan Selangor dibawah Pakatan Rakyat patut dihargai dengan KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) pada PRU 13 nanti supaya tiada penyesalan dikemudian hari.

Terima kasih Ahli Parlimen Shah Alam,Khalid Samad,ADUN Batu Tiga,Rodziah Ismail,ADUN Kota Anggerik,Yakob Sapari yang begitu prihatin diatas segala permasalahan rakyat sehingga nyamok tak sempat bertelur dan menetas dalam longkang akibat teramatlah bersih.Tak salah jika rakyat Shah Alam menambah KPI pada PRU 13 nanti sebagai penghargaan rakyat pada pemimpin yang telus,efisien dan bertanggungjawab dalam menjalankan urus tadbir cemeRlang,gemilang dan temberang dulu kini dan selamanya.

Ini bukti bergambar kebertanggungjawaban Pakatan Rakyat dan jangan pula ada mana-mana pemimpin UMNO/BN dengki,kerana apa yang dipamirkan ini tidak ada semasa UMNO/BN terajui Selangor.Kesemuanya ini adalah dalam kawasan Parlimen Shah Alam (P108) yang diterajui oleh Khalid Samad,Marilah kita sama-sama memberi sekalung taniah padanya juga kepada dua ADUN iatu Rodziah Ismail ADUN Batu Tiga dan Yakob Sapari ,,, Kota Anggerik…

Taniah taniah taniah taniah…

Takziah takziah takziah pada PRU 13 nanti,,,,ha ha ha ..







Sumber Shah Alam Kini.com

WOW CANTIKNYA SHAH ALAM YER ???

DULU TAK PERNAH PUN SAYA NAMPAK MACAM NI KAT SHAH ALAM ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! NIK AZIZ TIDAK SETUJU KU LI JADI MENTERI BESAR KELANTAN ???

Posted: 14 Apr 2012 07:00 PM PDT


Desas desus persetujuan ramai pimpinan UMNO negeri mahu menobatkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Menteri Besar semakin kencang tersebar ke hampir seluruh pelusuk negeri Serambi Mekah.Perkhabaran yang amat dialu-alukan ramai itu dianggap satu lonjakan besar untuk merealisasikan hasrat menawan kembali Kelantan dari tangan PAS.Tinggal lagi sekarang hanya menanti buah butir persetujuan dari mulut Ku Li sendiri untuk mengesahkan kesediaan beliau memikul tanggungjawab tersebut yang tentu saja akan disambut gembira oleh segenap lapisan anak Kelantan di dalam negeri mahupun yang berada di perantauan.

Rata-rata pimpinan UMNO tempatan percaya dengan ketokohan dan pengalaman yang dimiliki Ku Li diyakini mampu memperbetulkan semula hala tuju negeri untuk kembali ke landasan yang betul setelah 22 tahun tersasar dari arus perdana disebabkan dasar pemerintahan PAS yang lebih banyak mengutamakan politik kepartian berbanding jasa bakti untuk kemakmuran negeri dan rakyat.

khabar tersebut menjemput kerisauan pimpinan PAS negeri apabila ada sesetengahnya cuba meremehkan pengaruh Ku Li dengan menggambarkannya sebagai tidak lagi sekental dulu.Mereka menjadikan kegagalan Ku Li memimpin UMNO pada tahun 1999 sebagai ubat penenang bagi menutup kerisauan yang mula berputik.

Umum mengetahui dalam PRU ke 10 tahun 1999,PAS hanya bernasib baik untuk kekal mentadbir Kelantan disebabkan keadaan Ketika itu ramai kalangan orang Melayu terperangkap dan terkeliru dengan peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri telah membolehkan PAS meraih bonus sokongan.Malah pandangan sesetengah pemerhati politik yang mendakwa UMNO hanya layak berangan untuk menawan kembali Kelantan selagi Nik Aziz mengetuai PAS memerintah negeri sebenarnya hanyalah satu teori atau hipotesis politik yang tidak berpaut pada fakta dan angka. Realiti hari ini menunjukkan sokongan rakyat semakin condong bersama UMNO khususnya dari kalangan pengundi generasi muda jelas meningkat dengan ketara.

Pilihanraya kecil Manek Urai dan Galas sebelum ini menjadi bukti nyata yang akan kekal dalam lipatan sejarah politik Kelantan sebagai perintis jalan ke arah memacu kebangkitan Gelombang Merah. Ditambah dengan faktor Ku Li sebagai calon MB, peluang untuk UMNO dalam pilihanraya akan datang pasti menjadi kenyataan.

Hakikatnya masih ramai pemimpin PAS tidak dapat menolak kenyataan bahawa Ku Li tetap satu ancaman serius yang mampu mengakibatkan mudarat terhadap penguasaan PAS di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah itu tambahan lagi disaat pengaruh Nik Aziz yang semakin surut dan hanya berlegar sekitar penyokong & ahli PAS sahaja.

Sejarah membuktikan kejatuhan Kelantan ke tangan PAS pada tahun 1990 bertitik tolak dari kebangkitan & keyakinan teguh rakyat menyokong kepimpinan Ku Li maka tidak mustahil PRU ke 13 ini faktor Ku Li sebagai Menteri Besar pula yang akan menjadi penutup tirai kekuasaan PAS di Kelantan.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR !!! BILA KAH IZRAIL CABUT NYAWA MANUSIA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 14 Apr 2012 03:57 PM PDT



Izrail,salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam. Tugasnya sudah tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah,tuhan semesta alam.Mungkin ramai yang tertanya bagaimanakah Izrail mampu mencabut nyawa makhluk yang terlalu banyak di muka bumi Allah ini bukan? Ya, dia mampu mengambil nyawa kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yang telah Allah berikan padanya sama banyak dengan makhluk yang Allah ciptakan.

Dikisahkan, ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail,maka berkata malaikat Izrail,"Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?". Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, "Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?" Kemudian Allah SWT berfirman: "Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu".

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut.Walau bagaimanapun,Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.

Tanda-tanda kematian seseorang

100 hari sebelum kematian :

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian :

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas ArasyAllah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian :

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian :

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian :

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian :

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Apabila Izrail mencabut nyawa

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikatJibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah".

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah berfirman yang bermaksud :

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain".

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:
"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan".

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata :

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu".

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata :

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir".

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata :

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah".

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud :

"Wahai malaikatKu, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu".

Sebaik saja mendapat perintah Allah maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah. Setelah melihat Asma Allah dan terbitnya rasa cintanya kepada Allah maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Tempat tinggal roh

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat" :

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya" :

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah

ARTIKEL INI HANYA RENUNGAN BUAT UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA YANG MEMBACA BADUT RAKYAT !!!

SEBARKAN !!!

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...