Kedah Ke KL - MctHeory |
- MAMPUIH DAHH!! Video Perompak KANTOI!!
- PANASS!! Hasan Ali Mengamuk Kerana Parasit Dalam Pas!!
- PANASS!! Video Datuk Tajul Pulak Naik Angin Dengan Pas!!
- TUDIAA!! PAS Halal Anwar Bersahabat dengan Yahudi!!
- TUDIAA AIHH!! Ah Long Kena Pukui Dengan Orang Kampung!!
- PANASS!! Bahayanya Projek Solar Pulau Pinang Kepada Rakyatnya!!
- EKSKLUSIF DAN PANASS!! Sejarah 13 Mei Bakal Berulang? (Wajib Baca)
MAMPUIH DAHH!! Video Perompak KANTOI!! Posted: 17 Mar 2012 10:12 AM PDT Tajuk video ni tidak bersesuaian. Sepatutnya ia tidak boleh dikaitkan dengan bangsa. Kerana, setiap bangsa ada masalahnya tersendiri. Memang perompak tu Melayu, tapi ramai juga perompak cina. Inilah masalah di Malaysia, apabila kita suka merujuk sesuatu masalah keatas bangsa. Tak kira melayu, cina atau india, semua pun sama. Bila la nak berubah.. |
PANASS!! Hasan Ali Mengamuk Kerana Parasit Dalam Pas!! Posted: 17 Mar 2012 08:12 AM PDT Siapa agaknya parasit-parasit dalam Pas tu?? he he.. cuba teka laa.. |
PANASS!! Video Datuk Tajul Pulak Naik Angin Dengan Pas!! Posted: 17 Mar 2012 05:36 AM PDT Video ini menunjukkan betapa Datuk Tajul memberi amaran kepada musuh politik beliau, samaada di dalam parti UMNO ataupun parti lawan. Jangan menganggu tugas beliau sebagai Ketua Bahagian UMNO Merbuk. Pada musuh beliau didalam parti sendiri, Mc rasa, dari sabotaj parti, baik pergi bunuh diri lagu bagus. Tak menyusahkan orang lain. Pada puak Pakatan Haram, terutamanya Pas. Percayalah anda semua akan berdepan saingan paling sengit dari UMNO Merbok. Tunggu dan lihat.. |
TUDIAA!! PAS Halal Anwar Bersahabat dengan Yahudi!! Posted: 17 Mar 2012 02:12 AM PDT Tudiaa.. fatwa Pas dah keluar dah..bila Pas mula nak selamatkan pungkoq Anwar dari terus kena pukui, macam biasa la mulalah Pas keluarkan fatwa, mengatakan halal berkawan dengan yahudi. Sampaikan, berkawan dengan Yahudi pun depa dah kata ok. Mampuih dahh.. Dulu depa dok kutuk UMNO macam-macam, UMNO-APCO la, UMNO yahudi la. Mai kena muka Anwar. Pandai pulak depa dok bela, sampai sanggup keluar fatwa. Itulah kerja Pas. Menghalalkan apa yang haram. Kalau kena kita haram, kalau kena depa halal. Kerja macam ni memang Pas dah buat sejak azali lagi. Dulu puak ni juga dok hentam kerajaan pasal kapal Israel, walaupun itu satu fitnah, namun mereka kutuk habis-habisan seumpama cerita tu betul. Sedangkan kalau mengikut fatwa mereka sekarang ni, kerajaan pusat halal berkawan kerana ia satu perniagaan. Apa punya mangkuk la puak Pas ni. Pendirian tak pernah tetap. Sebab tu negeri yang Pas perintah tak pernah maju dan makmur. Sebab kepimpinannya lemah. Flip flop dan mengikut cuaca, takdak pendirian tetap. Kalau puak ni perintah negara, mau bankrup Malaysia kerana gagal dalam pelaburan dunia. Atas sebab itu jugalah, Anwar dan Dap boleh KUDAKAN Pas sesuka hati. Sebab puak Pas ni lemah otak, mudah kena tipu. Melayu macam ni la yang selalu kena jual ni. McTheory: Sampai ke mati la puak Pas dok cuci pungkoq Anwar.. |
TUDIAA AIHH!! Ah Long Kena Pukui Dengan Orang Kampung!! Posted: 16 Mar 2012 10:40 PM PDT Akibat nak tunjuk teraa.. akhirnya gugur satu per satu konco2 Ah Long.. |
PANASS!! Bahayanya Projek Solar Pulau Pinang Kepada Rakyatnya!! Posted: 16 Mar 2012 08:40 PM PDT Ramai yang membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang, namun mereka tidak mengetahui nasib yang bakal menimpa 100,000 penduduk di Batu Kawan apabila sebuah kilang yang mengeluarkan toksik dibina di negeri ini. Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Rich Too berkata, mereka menuntut penjelasan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai pembinaan kilang berkenaan yang dikendalikan sebuah syarikat dari Jerman. "Kita tidak menentang teknologi solar tetapi proses untuk menghasilkannya boleh mencemarkan alam sekitar. Ia juga akan mengancam kehidupan jika pembuangan sisa toksik tidak dikendalikan dengan betul. "Sehingga kini tiada sebarang penjelasan diberikan Kerajaan Negeri kepada umum mengenai projek yang akan dijalankan itu," katanya kepada media semalam. Menurutnya, orang ramai yang menyokong Guan Eng kerana membantah pembinaan loji Lynas sebenarnya tidak sedar bahawa sebuah kilang yang mengeluarkan toksik akan berada di Batu Kawan.Sehubungan itu, mereka menuntut Guan Eng memaklumkan lokasi tepat serta mengemukakan laporan awal penilaian kesan alam sekitar (EIA) kilang berkenaan. "Kita mahu penjelasan tentang kaedah yang digunakan untuk mengendalikan bahan berbahaya seperti toksik yang dikeluarkan oleh loji itu kelak. "Guan Eng juga perlu maklumkan langkah pencegahan jika berlaku kecemasan atau kemalangan sekiranya loji itu dibina bersebelahan taman perumahan," katanya. Difahamkan, loji pengeluaran panel solar berkenaan akan dibina di Batu Kawan dengan pelaburan RM2.2 bilion.Syarikat dari luar negara itu dikatakan sudah memulakan proses pembelian tanah seluas 32 hektar di kawasan berkenaan. Rich berkata, Guan Eng dilihat tidak mengambil kira pandangan umum khususnya penduduk di situ terlebih dahulu sebelum meluluskan pembinaannya. "Pembinaan loji ini boleh disifatkan sebagai penganiayaan kepada bakal penduduk yang hanya menunggu rumah mereka siap untuk diduduki. "Loji ini memerlukan kawasan luas untuk mengawal sembilan jenis gas beracun yang dihasilkannya," katanya. Artikel khas dari Mypenangonline. Kat bawah ni Mc ambil kesan atau bahaya yang boleh dihasilkan dari Loji Kilang Solar!! Sumber dari MKP KESAN BAHAYA RADIASI ELEKTROMAGNET INI MENYAMAI KESAN BAHAYA MENGGUNAKAN HANDPHONE DENGAN KADAR MASA YANG LAMA. Beberapa minit paparan radiasi elektromagnetik dapat mengubah 5% sel kanser aktif berubah kepada 95% sel kanser aktif, 1- Penyakit Alzheimer's, Multiple Sclerosis & Parkinson's 2-2minit pancaran radiasi elektromagnetik, dapat melemahkan sel darah, sehingga protein dan racun/toksin bocor dan kemudian masuk ke dalam otak. Inilah yang membuka jalan bagi berkembangnya berbagai penyakit seperti Penyakit Alzheimer's, Multiple Sclerosis & Parkinson's 3. Jantung dan Batu Ginjal Radiasi elektromagnetik dapat menyebabkan kebocoran hemoglobin yang berperanan sebagai pembawa oksigen ke seluruh tubuh bermula dari sel darah merah.Hal ini berakibat pada timbulnya sakit jantung dan batu ginjal. 4. Bayi Cacat Radiasi elektromagnetik juga dikaitkan dengan bahaya terhadap ibu hamil dan janin yang dikandungnnya. Kajian di USA ada menunjukkan bahwa radiasi elektromagnetik menyebabkan cacat pada emberio ayam. 5. Kerosakan Sistem Pertahanan Tubuh dan DNA Beberapa kajian lalu menunjukkan bahawa radiasi elektromagnetik telah menyebabkan kerosakan DNA dalam sel tubuh. Radiasi elektromagnetik dapat melemahkan sistem pertahanan tubuh yang bertugas melawan infeksi dan penyakit. 6. Tekanan Darah Naik Secara Tiba-tiba ( mendadak) Di Jerman sendiri ,media Lancet pada tahun 1998, menyatakan tekanan darah pada subjek yang diteliti meningkat 5-10Hg .Peningkatan ini boleh menyebabkan stroke atau serangan jantung pada individu yang berisiko tinggi. Kebanyakan radiasi suria merupakan radiasi elektromagnetik ( BACA BETUL BETUL YANG INI .....), matahari turut menghasilkan radiasi zarah, zarah suria, yang berbeza dengan kitaran suria. Ia kebanyakannya merupakan proton; ia amat rendah dari segi perbandingan tenaga (10-100 keV). Purata komposisi menyerupai Matahari itu sendiri. Ini mewakili zarah tenaga jauh lebih rendah daripada yang datang dalam bentuk pancaran kosmik. Zarah suria amat luas dari segi julat kekuatan dan spektrum, meningkat kekuatan selepas kejadian suria seperti julangan suria. Tambahan lagi, peningkatan dalam kekuatan sinaran kosmik suria sering kali diikuti dengan pengurangan dalam pancaran kosmik galaktik, dikenali sebagai pengurangan Forbush sempena penemunya, pakar fizik Scott Forbush. Pengurangan ini diakibatkan oleh angin suria yang membawa medan magnetik matahari lebih jauh bagi melindungi bumi lebih menyeluruh dari radiasi kosmik. Komponen mengion radiasi suria boleh diabaikan berbanding bentuk radiasi lain pada permukaan Bumi. Kalau nak ikutkan. Kilang Solar kat Pulau Pinang ni lagi bahaya dari Lynas kat Gebeng, Pahang tu. Kalau Gebeng dibuat kat tanah lapang dan kawasan terpencil. Kilang Solar kat Pulau Pinang ni, dibuat berdekatan dengan Taman Perumahan. Kenapa agaknya Guan Eng tak boleh buat Kilang Solar ni di kawasan perindustrian? Kenapa nak kena buat dekat kawasan perumahan? Tentu ada yang tak kena. Kalau Pakatan selalu bising pasal Lynas, rasanya yang ni lagi teruk. Mc rasa rakyat patut buat bantahan untuk Kilang Solar di Pulau Pinang ni!! McTheory: Buat himpunan HIJAU untuk bantah Kilang Solar pulak, ada berani?? |
EKSKLUSIF DAN PANASS!! Sejarah 13 Mei Bakal Berulang? (Wajib Baca) Posted: 16 Mar 2012 05:34 PM PDT 13 Mei - SATU SEJARAH atau SEJARAH BERULANG 13 Mei adalah satu tarikh yang akan berulang setiap tahun selagi dunia ini belum kiamat. Bagi tarikh ini hanya tahun dan hari yang berubah. Tiap-tiap tarikh 13 Mei berbagai peristiwa dan kejadian akan berlaku. Ada yang sama dan ada yang tidak sama antara tarikh-tarikh ini. Dan peristiwa yang paling diingati ialah 13 Mei menjadi tarikh lahir atau tarikh perkahwinan seseorang. Pada tarikh ini pasti ada saja sambutan atau keraian yang perlu dilakukan bagi mengingati peristiwa penting yang berlaku. Diantara peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tarikh ini ialah Peristiwa Berdarah yang menimpa Malaysia pada tahun 1969. Peristiwa ini menjadi sejarah hitam bagi negara Malaysia. Keamanan dan kedamaian hidup rakyat sejak Merdeka pada tahun 1957 telah terganggu dan tergugat.Banyak nyawa terkorban. Hubungan antara kaum menjadi tidak lagi harmonis. Perasaan curiga mencurigai membalut pemikiran dan perasaan antara kaum. Perasaan dendam dan marah menguasai diri. Namun masih ada sekumpulan manusia yang tersenyum gembira atas kejadian ini. Apakah pula tindakan Kerajaan pada ketika itu? Adakah peristiwa itu direstui oleh kerajaan? Sebenarnya kejadian malang ini tidak dijangka oleh pemerintah. Apapun tindakan tegas dan pantas telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendong kejadian ini dari merebak ke seluruh negara. Perintah MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah dikenakan diseluruh negara. Perintah berkurung dilaksanakan. Pasukan Keselamatan diarah melaksanakan perintah ini sehingga negara kembali aman. Apakah punca atau punca-punca yang mendorong tercetusnya 13 Mei 1969? Adakah peristiwa pahit ini menjadi pengajaran agar ia tidak berulang di masa hadapan?. Apakah jaminannya? atau Adakah ia perlu berulang sebagai pengajaran kepada golongan yang sengaja tidak mahu memahaminya?. Untuk membantu mencari jawapan , mari kita lihat punca-punca berlakunya 13 Mei 1969 dengan suasana semasa di dalam negara kita. Pertama 13 Mei 1969 - Peristiwa hitam ini berlaku ada kaitannya dengan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.Pada 17-11-1967 di Pulau Pinang, Gerakan Belia Mao Tze Tong telah melancarkan "hartal" (mogok umum) apabila kerajaan menurunkan nilai matawang lama. Tetapi hartal ini tidak merebak ke seluruh negara sekaligus percubaan ini gagal.Pada masa ini penduduk-penduduk Cina di Malaysia masih kuat berkiblatkan Mao Tze Tong dan idelisma Parti Komunis Cina. Semasa - Apakah semangat kaum Cina Malaysia sudah hilang semangat keCinaannya dan terkiblatkan undang-undang dan peraturan hidup di Malysia? Kedua 13 Mei 1969 - Pada Jun 1968, satu tunjuk perasaan kaum Cina berlaku membantah hukuman gantung keatas 11 orang Cina dari Johor yang prokomunis setelah membantu pihak Soekarno (Indonesia) menyerang selatan Malaysia dan 2 orang Melayu dari Perak yang menderhaka kepada Malaysia.Tarikh hukuman gantung telah tiba setelah Baginda Sultan Johor dan Baginda Sultan Perak tidak mengurniakan keampunan kepada mereka. Dr Tan Chee Koon anggota Parlimen Parti Buruh dari Parlimen Batu telah mengetuai misi pengampunan ini. Di luar pintu penjara Pudu dan sepanjang jalan menuju ke penjara telah berlaku tunjuk perasaan. Kenderaan yang lalu lalang di kawasan ini dibaling dengan batu oleh penun juk perasaan yang dianggotai oleh Belia Komunis. Tunku A. Rahman (Perdana Menteri) akhirnya mengadap Sultan Johor dan Sultan Perak bagi memohon keampunan demi mengelak berlakunya huru hara dalam negara. Akhirnya pesalah-pesalah ini dihukum penjara seumur hidup. Keadaan Sekarang Apakah kini tidak ada rakyat yang mempersoalkan dan tidak mengendahkan titah Tuanku Sultan sambil menyerlah tidakan kurang ajar pada Institusi Raja? Bagaimana dengan kematian Teoh Beng Hock?Apakah masyarakat Cina dapat menerima hakikat kematian beliau? Bagaimana pula dengan bidang kuasa kehakiman yang menjatuh hukum keatas individu-individu tertentu tidak dipersoal dan diterima oleh golongan berkenaan? Ketiga 13 Mei 1969 - Pada 5 April 1969 adalah hari Penamaan Calon dan 10 Mei 1969 adalah hari Mengundi bagi Pilihanraya 1969. Enam buah parti berikut : · Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) · Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS) parti yang memerintah Kelantan dengan 9 orang Ahli Parlimen · Parti Gerakan (dipimpin oleh Syed Hussein Al Atas, Dr Lim Chong Eu dan V David · Parti Tindakan Demokrat (DAP) pimpinan Goh Hock Guan cawangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura · Parti Progresif Rakyat (PPP) pimpinan S.P Seenivasagam · Pertubuhan Cina Malaysia Bersatu (UMCO) Presidennya Chin See Yin (parti baru dari Seremban) Bertanding bagi merebut 113 kerusi Parlimen selain kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri. Jangkamasa kempen selama tujuh minggu diperuntukan. Suasana kempen menjadi sangat panas apabila Parti PAS menggunakan sentiment Melayu bagi meraih sokongan orang Melayu sementara Parti DAP dengan sentiment Cina bagi memenangi undi orang Cina. Keadaan bercelaru ini diambil kesempatan oleh Parti Komunis menghasut pemuda-pemuda Cina yang pertama kali mengundi. Ahli-ahli Kongsi Gelap Cina dilantik menjadi wakil calon kepada calon Cina. Modus operandi mereka ialah menakut-nakutkan pengundi dan mengugut. Isu-isu panas yang dimainkan oleh parti Cina ialah menentang Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Mereka juga menuntut supaya diadakan sekolah berasingan untuk orang Cina dengan bahasa ibunda Cina sebagai bahasa pengantar dan diadakan hospital berasingan bagi kaum Cina dengan alas an makanan babi tidak dihidangkan disekolah dan hospital. Sementara PAS pula mencemar dan mencaci UMNO dengan menanam rasa takut orang Melayu terhadap UMNO dengan beranggapan UMNO pro-Cina. Tunku A Rahman dikatakan bangsa Siam dan beragama Buddha sementara gambar Khir Johari yang berpakaian Cina (untuk berseloroh dengan sahabat Cina) dijadikan bukti UMNO procina. Dari seberang Tmbak Johor, sentiment Malaysian Malaysia diimpot bagi menuntut kesamarataan rakyat pelbagai kaum. Pada masa yang sama PAS telah menerima bantuan wang daripada komunis untuk menjatuhkan UMNO dan Parti Gerakan menjatuhkan MCA. Ini terbukti apabila pada 17 Jun 1969 sebuah akhbar Hong Kong "The Star" telah melaporkan bahawa Bank of China di Singapura tidak dapat mengimbangkan penyata kewangannya kerana Malaysia. Bahang panas kempen pilihanraya Malaysia 1969 tiba kemuncaknya apabila seorang pekerja parti UMNO dari Jelutong, P Pinang telah dipukul hingga mati oleh sekumpulan pemuda Cina semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah . Pemuda-pemuda Cina ini sedang menconteng papan-papan tanda dengan cat merah sebagai tanda menyokong idealism komunis pada malam 24 April 1969. Demi menjaga keamanan Negara kematian pemuda Melayu Kassim bin Omar telah dirahsiakan. Perasaan benci pada pemerintah bukan berakhir dengan terkorbannya nyawa Kassim bin Omar.Ianya lebih disemarakkan dengan kematian Lim Soon Seng pada 4 Mei 1969. Dalam peristiwa ini sekumpulan pemuda Cina sedang mengecat dengan cat merah diatas jalanraya. Apabila dilihat oleh 3 orang polis yang sedang meronda dan setelah memperkenalkan diri, polis tadi diserang oleh kumpulan pemuda Cina sehingga pihak polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri. Akhirnya salah seorang pemuda Cina Lim Soon Seng telah mati di hospital. Disinilah ujudnya kesempatan yang sangat baik kepada penganut-penganut komunis menggunakan isu pengkebumian Lim Soon Seng pada 10 Mei 1969. Mayat Lim disimpan di rumah mayat Jalan Sultan (Bandar Cina yang paling sibok di K Lumpur) yang sepatutnya dibawa pulang ke Kepong saja. Lim akan disanjung sebagai "pahlawan" dan pengkebumiannya harus dijalankan dengan sebaik mungkin dan secara besar-besaran. Mayat ini telah diarak sekeliling K Lumpur walaupun kebenaran polis hanya melalui jalan-jalan tertentu dengan tidak mengganggu lalu lintas dan juga orang ramai. Perarakan mayat telah bertukar menjadi perarakan politik yang diterajui oleh parti dan penyokong komunis. Semangat kebencian kepada kerajaan dan orang Melayu paling memuncak.Dalam suasana beginilah Pengundian Pilihanraya 1969 berlangsung. Keadaan Sekarang Tidakkah sekarang juga berlaku conteng menconteng poster parti politik? Tidakkah sekarang juga berlaku ugut mengugut pengundi pada hari mengundi? Tidakkah sekarang ada kumpulan yang mempersoal Perlembagaan Negara? Tidakkah sekarang juga berlaku tuntutan berlebihan dari sekolah Cina? Tidakkah sekarang kegiatan Ah Long berleluasa? Tidakkah sekarang berlaku bantuan wang dari luar? Bagaimana dengan demonstrasi ganas Lynas, Tol Cheras Bersih,901? Adakah pihak polis dan pasukan keselamatan yang menjaga keamanan Negara dihormati? Keempat - Keputusan Pilihanraya 1969 Tidak memeranjatkan keputusan Pilihanraya 1969 bila hari mengundi bersamaan hari pengkebumian Lim Soon Seng. Berbekalkan semangat kebencian yang meluap-luap terhadap pemerintah dan orang Melayu, UMNO telah kehilangan undi Cina MCA. Lebih parah P Pinang jatuh ketangan pembangkang Gerakan sementara Kelantan jatu kepada pembangkang PAS. Parti Perikatan hamper-hampir hilang negeri Perak. Di Selangor Perikatan memperolehi kerusi sama banyak dengan Pembangkang. Kerusi Bebas menjadi PENENTU dalam pembentukan Kerajaan. Sementara kerusi Parlimen, Perikatan telah kehilangan 13 kerusi dari 89 kepada 76. DAP menambah kerusi kepada 13, PAS kepada 12, Gerakan 8 dan PPP 4 Kelima - Perayaan Kemenangan Pilihanraya 1969. Pada 12 Mei 1969, Dr Tan Chee Khoon , Setiausaha Agong Parti Gerakan telah memohon permit mengadakan perarakan kemenangan. Permohonan diluluskan dengan ,membenar perarakan melalui jalan-jalan tertentu sahaja. Masa perarakan juga ditetapkan. Namun dengan semangat kemenangan yang tidak terkawal rombongan perarakan telah melanggar semua syarat polis. Perarakan juga telah berubah dari perarakan kemenangan kepada perarakan provokasi. Meraka telah berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil dan memasuki kawasan-kawasan yang tidak diluluskan dan masuk ke Kampoing Baru. Kampong Baru adalah kawasan penempatan orang Melayu. Mereka menjerit perkataan-perkataan yang menimbulkan kemarahan orang Melayu seperti "Melayu Bodoh", "Melayu Mati", "Melayu sudah tiada kuasa". Pada masa sama satu lagi kumpulan yang diketuai oleh Yeoh Teck Chye mula berarak di Jalan Bukit Bintang dan satu lagi kumpulan berarak dari Petaling Jaya yang diketuai oleh V David. Perarakan tanpa permit berlarutan hingga 13 Mei. Tanpa disedari Parti DAP juga telah bergabung dengan perarakan asal dan keadaan menjadi lebih panas dan tidak terkawal. Kata-kata provokasi lebih hebat dan pasukan perarakan ini telah bergabung dengan kumpulan kaum India dari Brickfields. Tindakan kumpulan perarakan begitu ganas dan kurang ajar. Mereka membawa penyapu diatas lori, seolah-olah mahu menyapu orang Melayu dari K Lumpur. Orang Melayu K Lumpur yang tertekan terutama dari Kg Baru telah hilang kesabaran setelah dihina bertindak memohon kebenaran polis untuk mengadakan Perarakan Kemenangan pada 13 Mei petang yang diketuai oleh Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris. Perarakan akan bermula dari rumah Datuk Harun di Kg Baru. Baru saja perarakan Melayu nak bermula kelihatan asap hitam menyelubungi K Lumpur setelah rumah-rumah dan kenderaan telah dibakar disana sini.. Keadaan sudah tidak terkawal dan Pasukan Keselamatan bertindak mengadakan perintah berkurung mulai jam 7 malam 13 Mei 1969. Daripada paparan yang diutaran, beberapa soalan timbul dibenak kita. 1. Apakah isu-isu yang timbul pada hari ini yang berbentuk provokasi yang berlebih merupakan ulangan kepada isu dan provokasi tahun 1969? 2. Tidakkah isu-isu ini yang mencetuskan pergaduhan kaum pada 1969? 3. Adakah tindakan menimbulkan kembali isu-isu ini disengajakan? 4. Apakah peristiwa hitam 13 Mei satu sejarah atau sejarah berulang? "BEING A MALAY IS JUST NOT ENOUGH" McTheory: Jika Bangsa Melayu LEMAH, tak mustahil benda yang sama akan berulang!! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment