Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


SOSIAL!! Video Gadis Melayu Bertudung tapi SEKSI!!

Posted: 16 Mar 2012 11:12 AM PDT



Elakkanlah jadi macam dalam video diatas ni. Tolong la nasihat pada adik, kakak atau Isteri masing2. Kalau nak bertudung tu, biar sopan. Sedap mata orang tengok. Kalau nak pakai seksi tu, baik tak payah pakai tudung. Lagi SEDAP orang nak tengok. he he he..

Tak baik pakai seksi-seksi ni.. kalau ada yang terangsang, siapa susah? Nak salahkan siapa pulak?

PANASS!! Pas Kedah GAGAL dalam MEMANDU!!

Posted: 16 Mar 2012 08:12 AM PDT



Pas telah terbukti gagal sebagai sebuah kerajaan dan mentadbir negeri apabila sanggup bersikap lepas tangan sehingga menyusahkan rakyat ekoran daripada pertelingkahan dalaman yang berlaku dalam parti tersebut, kata penganalisis politik tempatan Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek.

Jelasnya, apabila pentadbiran kerajaan Pas di Kedah diletakkan di bawah seliaan Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat yang dibentuk untuk mengawalselia kuasa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, maka terbukti bahawa ia berlawanan dengan konsep demokrasi dan tidak manyamai ritual pentadbiran yang sah.


"Apabila ada orang lain yang lebih besar kuasanya daripada orang yang sepatutnya mengawal selia maka ia samalah seperti pemandu kereta yang duduk di depan manakala 'bos' duduk di kerusi belakang akan mengarahkan apa-apa yang perlu tanpa mahu bertanggungjawab apabila ada kesulitan atau kesilapan terjadi," katanya.

Jelas beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), adalah sesuatu yang pelik apabila pentadbiran Pas di Kedah diletakkan dibawah seliaan jawatankuasa sedangkan pentadbiran parti yang sama di Kelantan tidak pernah dilakukan sedemikian.

"Dari segi akauntibilitinya, siapa yang nak dipersalahkan sekiranya ada musibah sedangkan Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Kedah tidak mempunyai kuasa manakala seliaan penuh diletakkan di bawah jawatankuasa yang tidak sah kerana tidak terkandung dalam undang-undang negeri.

"Dalam pentadbiran negeri ada perundangannya sendiri tanpa melihat kepada parti mana yang memerintah kerana ia adalah kuasa penuh daripada Sultan Negeri Kedah sedangkan jawatankuasa terbabit ditubuhkan atas dasar parti yang tidak mendapat mandat untuk berbuat demikian," katanya.

Tambahnya lagi, sewajarnya kepentingan rakyat adalah keutamaan tanpa melihat kepada kecelaruan atau 'puting beliung' yang terjadi dalam parti.

"Ada satu suasana yang tidak sihat wujud dalam pentadbiran kerajaan Negeri Kedah apatah lagi, Menteri Besarnya sendiri tidak menaruh kepercayaan kepada Exco-exconya yang dilantik untuk menjadi pemangku beliau sekiranya bercuti," katanya.

Ujarnya, keresahan rakyat mula timbul kerana urusan pentadbiran perlu terus berjalan tanpa 'bercuti' sebagaimana pemimpinnya bagi memastikan kehidupan rakyat secara keseluruhannya terjamin.

"Sebuah pentadbiran yang kemas akan ada ketua dan sekiranya seseorang pembesar /ketua negeri terbabit uzur atau bercuti akan ada surat pekeliling yang dikeluarkan bagi memaklumkan bahawa tugas beliau akan dipangku oleh orang tertentu yang akan bertanggungjawab untuk jalankan tugas demi rakyat.

"Takkan nak tutup kerajaan negeri sampai satu bulan sekiranya Menteri Besarnya tidak hadir selama sebulan kerana rakyat di dalam negeri terbabit perlu meneruskan kehidupan tanpa melihat kepada mana-mana idealogi politik kerajaan yang mentadbir.

"Di dalam Barisan Nasional (BN) tidak timbul permasalahan sedemikian malah ketika Perdana Menteri bertugas ke luar negara maka Timbalan beliau akan menggalas tugas bagi memastikan negara berada dalam keadaan yang tenteram dan sejahtera."

Dilaporkan, Menteri Besar Kedah, Azizan memberitahu bahawa beliau ingin bercuti, namun tidak bercadang untuk melantik pemangku semasa ketiadaannya kerana menganggap bahawa ia bukan sesuatu yang susah sebagaimana katanya, "cuti bukan payah apa pun, ambil beg beli tiket kapal terbang, pergilah… Cuti ada panjang, ada pendek. Takkan nak pergi tengok cucu baru pun nak suruh orang ambil alih."

"Setiap Menteri Besar adalah CEO yang bertanggungjawab ke atas negerinya dan perlulah melantik seorang Exco bagi melaksanakan atau melancarkan perjalanan pentadbiran untuk tempoh beliau tidak bertugas." – MediaUMNO



McTheory:
Sesungguhnya Pas Kedah ni dah makin nazak nampaknya..lemaih perut tengok aihh..

KASI PANAS!! Kufur!! Apabila Melayu Malu Nak Mengaku Melayu!! - Ustaz Kazim

Posted: 16 Mar 2012 05:37 AM PDT


Ramailahh.. puak sebelah sana yang malu nak mengaku Melayu. Mereka tak bangga jadi Melayu. Malah Nik Aziz pun pernah kata, dia tak bangga jadi Melayu. Tapi Bangga jadi orang Islam. Maknanya dia tak bersyukur dengan kurniaan Allah. Kufur jugak orang tua tu dan pengikut-pengikutnya.

PANASS!! Khalid Gagap Menjadi Salah Satu Pengundi Hantu?!!

Posted: 16 Mar 2012 02:12 AM PDT

"Adakah aku sudah dikorbankan
sebelum bertanding?!!!"
Menarik sungguh permainan PKR demi menentukan kemenangan di PRU yang akan datang.

PKR membuat permindahan beramai-ramai pengundi bagi menentukan kawasan yang mereka menang untuk kekal menang di dalam PRU yang akan datang.

Terbaru, Tan Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor tidak lari daripada terlibat dengan proses pemindahan beramai-ramai penyokong tegar PR.





Sebelum ini, Khalid mengundi di Petaling Jaya..


Kad Pengenalan: 461214105273 / 0556617
Nama: ABD KHALID BIN IBRAHIM
Jantina: LELAKI
Lokaliti: 105 / 34 / 05 / 003 - JLN 16/2
Daerah Mengundi: 105 / 34 / 05 - SEKSYEN 16
DUN: 105 / 34 - BUKIT GASING
Parlimen: 105 - PETALING JAYA SELATAN
Negeri: SELANGOR

Sebarang pertanyaan : spr@spr.gov.my

Tetapi, disebabkan mahu memastikan Nurul Ezah menang di Lembah Pantai, beliau telah meminjam alamat di Universiti Malaya untuk menjadi PENGUNDI HANTU di Lembah Pantai.



Proses permindahan pengundi beramai-ramai ini sudah sekian lama dilakukan oleh PR dan tidak pasti sejauh mana pihak SPR memantau proses ini dari masa ke semasa.

Disini kita sudah dapat cari satu hantu yang akan mengundi di Lembah Pantai, mungkin ada ramai hantu lagi yang bakal muncul untuk mengundi Nurul Ezah di Lembah Pantai.

Ataupun Khalid berpindah ke Lembah Pantai untuk menjadi calon bunuh diri di Lembah Pantai?

Tak ramai yang berani berlawan
dengan Raja Nong Chick

Kemungkinan ini juga ada kerana Azmin sudah lama mahu membunuh politik Khalid kerana mengangu beliau untuk menjadi MB sebelum ini.

Dato Raja Nong Chick hari ini diterima baik di Lembah Pantai dan kekuatan ini sudah pastinya akan menjadikan Khalid kambing hitam yang akan di sembelih di Lembah Pantai.

Meletakkan Nurul Ezah bertanding di Lembah Pantai merupakan satu risiko yang besar kepada anak kesayangan Anwar, dan sekiranya beliau diletakkan di Bandar Tun Razak, peluang Nurul untuk menang agak besar sekiranya dibandingkan di Lembah Pantai.

Apapun yang dirancang oleh PR, jelas menunjukkan Anwar mahu menyelamatkan politik 2 orang yang beliau sayangi...

PASTI tentukan tidak ada halangan kepada Azmin menjadi Menteri Besar sekiranya PR menang di Selangor dan memastikan Nurul Ezah bertanding di Bandar Tun Razak mengantikan Khalid dan Nurul menang sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Aku lah sepatutnya jadi MB,
padan muka kau Khalid! ?
  
Apapun alasan dan sebab yang mereka berikan kepada Khalid untuk menjadi PENGUNDI HANTU di Lembah Pantai ... ini adalah kerana ... mahu MEMBUNUH POLITIK KHALID

Tahniah kepada Anwar yang merancang begitu detail dan tanpa disedari ... Khalid dikorbankan demi AZMIN DAN ANAK beliau...

Khalid pun sudah tua .......... :)

Artikel pencarian hebat ini dibuat oleh blog Suara Razlan. Timbalan Pengerusi Unit Media Baru Pergerakkan Pemuda UMNO dan ketua Pemuda Seputeh.


McTheory:
Khalid pun jadi pengundi hantu.. dah memang taraf dia macam tu kot?

PANASS!! Pas Kupang BUNGKUIH Berdepan Hasan Ali!!

Posted: 15 Mar 2012 11:12 PM PDT



Sebenarnya Pas Kupang cuba nak mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah Hasan Ali. Namun apa yang terjadi amatlah mengejutkan. Baca apa yang Mc dapat dari blog Kamera Kupang dan sedikit edit untuk kesesuaian membaca.


YB KUPANG HILANG BERSAMA KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS BALING!!!! TERPAKSA BATALKAN CERAMAH AKIBAT TIADA SAMBUTAN.


Ceramah PAS yang dijadualkan berlangsung di DEWAN Badminton KEDA Kupang terpaksa dibatalkan akibat tiada sambutan. 

Dewan Badmintan KEDA LENGANG  
BERBANDINGAN DENGAN
CERAMAH HASAN ALI.

Segala penerangan oleh beliau semalam amat bersemangat dan sangat pilu pada akhirannya ketika rata-rata pendengar mengalirkan air mata setelah mengetahui situasi sebenar politik tanahair yang memihak kepada orang bukan Islam.


Ramai.. penuh..



Nampaknya, gempur kubu Pas yang dibuat Hasan Ali di Kedah amatlah berkesan. Setiap  siri ceramah beliau di Langkawi, Sungai Petani, Padang Terap dan Baling. Mempunyai pengikut tidak kurang dari 5,000 orang. Malah pernah ceramah beliau di kunjungi dengan jumlah hadirin 20,000 orang.



Ternyata gempur beliau dapat melumpuhkan pengaruh Pas di Kedah. Tahniah Hasan Ali!! Pas Kupang mengalah dulu sebelum bertarung!!

McTheory:
Sudah jatuh di timpa tangga rupanya Pas!!

TUDIAA!! Kucut Teloq Anwar Apabila Kena Serang ISU ISRAEL di Parlimen!!

Posted: 15 Mar 2012 07:40 PM PDT



Aduss.. Apa kejadahnya ketua pembangkang ni. Kalau dengan Ketua Pemuda UMNO pun dah kecut telur nak larikan diri, sampai tak bagi ruang langsung untuk Ketua Pemuda untuk berhujah lepas kena untuk kali pertama. Nampak sangat Anwar penakut, kalah berhujah!! ha ha ha...

MAMPUIH DAHH!! Video GEMPAR Apabila Nik Aziz Nasihatkan Anwar!!

Posted: 15 Mar 2012 06:36 PM PDT



Ha ha ha.. jangan marah haa.. sambil-sambil layan politik, layan video sketsa ni pun baguih jugak.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...