Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! Hadi Awang pun SOKONG projek LYNAS?!!

Posted: 02 Mar 2012 07:35 AM PST


Biar betui ni? Takkan Hadi Awang pun sokong projek Lynas, yang ditentang hebat oleh Pakatan haram?

Sambung baca kat SINI

KASI PANAS!! Ustaz Fathul Bari Komen Mengenai Badrul Amin di tangkap Khalwat!!

Posted: 02 Mar 2012 05:15 AM PST



kaunseling apa pukul 3 pagi dalam bilik hotel? adehh.. pikir la sendiri..

PANASS!! Hadi Awang pun PENING nak tolong Pas Kedah!!

Posted: 02 Mar 2012 04:36 AM PST



Mula-mula baca artikel kat bawah ni dulu, kemudian Mc ada penjelasan untuk jelaskan lagi apa yang terjadi.


Krisis dalaman Pas semakin kritikal apabila mesyuarat khas yang berlangsung hampir empat jam bagi membincangkan isu pergolakan parti itu di Kedah gagal menemui jalan penyelesaian.


Sebaliknya, kepimpinan Pas Pusat sekali lagi terpaksa mengadakan mesyuarat pada Sabtu ini bagi menghimpunkan semua pihak yang bertelagah di Alor Star Kedah untuk menyelamatkan parti tersebut.


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang tampil membuat sidang media pada pukul 12.30 tengah malam berkata, pucuk pimpinan parti itu yakin pertemuan pada Sabtu ini akan membuahkan keputusan.


"Mesyuarat malam ini membuat keputusan untuk kita mengadakan pertemuan muhibbah sekali lagi di Alor Star, Kedah. Kita percaya pertemuan tersebut akan menyelesaikan segala kemelut yang melanda," katanya. - UTUSAN


Punya la teruk masalah yang melanda Pas Kedah ni, hinggakan Pas Pusat pun pening kepala fikir nak selesaikan masalah. Lepas mesyuarat di pusat, depa nak buat mesyuarat kat Kedah pulak.

Sebenarnya masalah Pas di Kedah lebih menjurus kepada masalah peribadi diantara dua orang pemimpin. Azizan dan Phahrolrazi. Azizan sebagai menteri besar, beliau lebih rilek dan tidak melompat seperti Phahrolrazi. Phahrolrazi yang lebih banyak bergerak mencucuk pemimpin-pemimpin tempatan untuk memberi sokongan kepadanya.

Sehinggakan beliau membuat gerakan bawah tanah yang bertekad untuk menghuru-harakan pentadbiran Pas Kedah. Tujuan beliau hanyalah untuk memperlihatkan bahawa, Pas Kedah dibawah pentadbiran Azizan sudah tidak stabil dan menteri besar Kedah harus di tukar.

Jadi untuk menyelesaikan masalah peribadi yang telah diselitkan dengan dendam ni, amatlah payah. Tambahan pula Phahrolrazi bercita-cita untuk menjadi MB Kedah.

Cuma, mungkin penyelesaian politik mampu dibuat oleh Pas. Seperti mana yang selalu Anwar buat apabila ada perselisihan faham diantara parti dalam Pakatan.

Namun penyelesaian politik ini lebih bersifat sementara, bila-bila masa pun boleh meletup jika ada yang tak kena.

Nampak sangatlah Pas pun dah kena penyakit gila kuasa seperi mana UMNO. Dulu puak-puak ni kutuk UMNO bagai nak gila. Sekarang ni bila dah kena ke muka sendiri, pandai pulak memasing diam melarikan diri.

UMNO Melayu, Pas pun Melayu, cuma Pas berlakon lebih Islam dari UMNO. Tapi bila mai berebut kuasa, Islam pun buang ketepi.

Cuma UMNO baguih lagi dari Pas sebab UMNO pandai mentadbir, Pas pula pandai merosak!



McTheory:
Dua-dua sama saja, tak payah dok berlakon laa..

PANASS!! Tun Dr Mahathir SOKONG Pas!!

Posted: 02 Mar 2012 01:12 AM PST



Makin lama makin pelik la Parti Adat dan Sukan Malaysia ni.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kesediaan Pas untuk melantik Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sebagai 'langkah terbaik'.

Sehubungan itu beliau menyindir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya dilantik menjadi Presiden Pas.

"Dulu Pas kata kita kafir, sekarang mereka nak terima orang bukan Islam sebagai pemimpinnya.


"Dulu Pas kata kita kerjasama dengan kafir. Setakat mana pemimpin bukan Islam dalam Pas? Sepatutnya, Lim Kit Siang menjadi Presiden Pas kerana beliau rakyat Malaysia yang mengutamakan Islam," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Beliau yang juga bekas Presiden Umno menegaskan, sekarang pemimpin bukan Islam belajar mengenai agama Islam antaranya boleh memberikan syarahan dengan menggunakan ayat al-Quran.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Dzulkefly berkata, dalam Islam terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah. Contoh perkara yang boleh berubah ialah perkara politik.

Ditanya mengenai kenyataan Dzulkefly, perpecahan Melayu memberikan hikmah, Mahathir menegaskan perpecahan baik untuk Pas.

"Saya sokong, Pas mesti berpecah. Sudah cukup Melayu berpecah, kita pecah semua parti.
"Pas patut berpecah lagi," katanya.

Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, perpecahan undi di kalangan Melayu dilihat sebagai satu kebaikan dan hikmah malah mampu menjadikan rakyat di negara ini matang dalam membuat pemilihan terbaik pada pilihan raya umum.

Menurutnya, sebelum ini, rata- rata pemimpin politik dan penganalisis mendakwa orang Melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Bagus la tu, kami pun nak tengok Mushitdoll am Pas yang baru. Mana tau kali ni lebih pandai cakap cina dari cakap arab.. heh..



McTheory:
Pas makin rosak.. rosak terukk..

TUDIAA!! Tok Bashah Cari Pasal Dengan Bloggers??

Posted: 01 Mar 2012 10:12 PM PST


Dua tiga hari ni Mc lihat rakan-rakan blogger galak menghentam Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad bashah. Hinggakan gambar beliau di paket beras pun di pertikaikan.

Gambar di paket beras tu, sebenarnya biasa dalam politik. Bukan saja UMNO mengunakan pendekatan begitu untuk promosi diri. Puak Pakatan Haram pun mengunakan pendekatan yang sama untuk menjual diri mereka kepada rakyat.


Untuk pengetahuan pembaca dan rakan blogger. Paket beras yang gambar Tok Bashah tu sebenarnya, hanya untuk sempena Tahun Baru Cina. Paket beras bersama lukam dipaketkan sekali untuk diberi kepada kaum cina yang tinggal di Perumahan Awam Mergong.

Tentunya gambar di paket beras itu bakal mempromosi diri dan membuatkan rakyat yang menerima tahu siapa yang memberi.

Mc merayu sahabat-sahabat blogger, minta penjelasan dari Mc dahulu sebelum menghentam pentadbiran UMNO Kedah. Mungkin UMNO Kedah di lihat tidak berubah, namun sebenarnya ia banyak berubah dari sebelum-sebelum ini.

Sebenarnya, dulu Mc juga tak berapa yakin Tok Bashah mampu menjadi Ketua UMNO di Kedah ni. Namun selepas selalu mengikuti program beliau dan kenal cara beliau bekerja. Mc rasa beliau boleh jadi MB Kedah jika BN menang kelak.

Biasa la politik, ada yang suka dan ada yang tidak.

Walaupun Mc seorang blogger 'hardcore' Tun Dr Mahathir dan Mukhriz, namun Kedah sememangnya sesuai untuk Tok Bashah. Mukhriz masa depannya lebih terserlah untuk menjadi menteri penuh di pusat. Jangan bazirkan masa orang muda dengan mentadbir sebuah negeri. Mukhriz boleh pergi jauh, biarkan beliau mendaki tangga untuk ke pentadbiran pusat.

Mc cuma minta, Tok Bashah lebih 'jiwa' untuk menjadi pemimpin negeri. Jangan terlalu mengharapkan orang bawah untuk selesaikan sesuatu. Umpamanya masalah bloggers, jentera alam maya. Sampai sekarang Mc tak nampak jalan penyelesaiannya. Apakah susah untuk menyelesaikan masalah ini?

Bagaimana UMNO Kedah nak tadbir negeri, kalau masalah kecil macam ni pun gagal di selesaikan?

Maaf ini hanya pendapat peribadi dari seorang blogger yang sayangkan UMNO negeri.


McTheory:
Melukut di tepi gantang, atau gantung tak bertali?

TERPANASS!! Penyanyi Aishah Sertai PAS??

Posted: 01 Mar 2012 07:35 PM PST


Masih ingatkah lagi dengan penyanyi 90an yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu", Aishah. Penyanyi ini diberitakan sering berada di pentas-pentas ceramah PAS berkongsi pengalamannya berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik. Tidak pasti sama ada penyanyi ini bergiat aktif di dalam PAS dengan menjadi ahli PAS dan berceramah seperti Bob Lokman atau beliau sekadar dijemput untuk berkongsikan pengalaman dan pendapatnya sahaja. Apa-apapun kita ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan semoga sentiasa istiqomah di dalam kehidupan barunya ini.

Sumber Mc ambil dari SINI



McTheory:
Nak masuk SyOrga Nik Aziz juga ka?

PANASS!! Ajk Madrasah Salihiah buat laporan Polis terhadap Pemaju dan kerajaan negeri!!

Posted: 01 Mar 2012 04:12 PM PST



Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah hari ini membuat laporan polis berhubung papan tanda pelan surau baru yang didirikan berhampiran madrasah itu yang dianggap sengaja dibuat bagi mengelirukan rakyat.

Pengerusi jawatankuasa itu Mansor Ahmad, yang membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pagi tadi, berkata pemaju menaikkan papan tanda itu yang mempunyai lakaran pelan surau baru dan ini merupakan satu provokasi yang boleh menimbulkan pertelingkahan dan mengundang kemarahan masyarakat Islam terutamanya anak kariah madrasah itu.
Mansor berkata pembinaan papan tadi itu dipercayai tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Alor Setar.

Terdahulu Mansor bersama kira-kira 50 jawatankuasa madrasah tersebut bertindak mengoyak kanvas pada papan tanda itu sebagai bantahan terhadap pihak pemaju dan kerajaan negeri.

Anggota jawatankuasa surau Madrasah Salihiah pada 21 Februari lalu, telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerajaan negeri untuk menghalang surau itu daripada dirobohkan untuk memberi laluan bagi pembinaan kompleks beli-belah bernilai RM500 juta.

Jamludin Murad, 67, yang memfailkan writ itu pada 9 Januari lalu bagi pihak anggota jawatankuasa surau, menamakan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), pejabat tanah Kota Setar dan kerajaan Kedah masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga. - AntaraPos


McTheory:
Saman jangan tak saman bang Chot!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...