Kedah Ke KL - MctHeory |
- KASI PANAS!! Gambar Awek Cun Nak BUNUH diri!!
- PANASS!! Video Nyata Badrul Amin Di Pukul 20 Orang UMNO!!
- PANAS!! Ustaz Azizan tetap tentang geng Anwarinas Kedah!!
- PANASS!! UMNO Kedah 'terhibur' tengok masalah dalaman Pas??
- TUDIAA!! Surat Tun Dr Mahathir SOKONG ISREAL di dedah!!
- PANASS!! Berita TERBARU dari dalam Pas Kedah!!
- TUDIAA!! Apabila UMNO Kedah dok LENA lagi ka? #SaveKedah
KASI PANAS!! Gambar Awek Cun Nak BUNUH diri!! Posted: 01 Mar 2012 09:38 AM PST Ditanya untuk alasan apa dia ingin bunuh diri, gadis berusia 24 tahun ini hanya berulang kali mengatakan, "Tiada cinta, tidak bekerja, keluarga memarahi saya, semua orang yang dekat dengan saya sangat kecewa." Kejadian berlaku di Changsha, China pada 27 Februari 2012. Inilah jenis contoh manusia yang tiada agama. Mudah berputus asa, tidak berfikir, terus buat keputusan nak bunuh diri. Haprak punya orang!! |
PANASS!! Video Nyata Badrul Amin Di Pukul 20 Orang UMNO!! Posted: 01 Mar 2012 05:08 AM PST Pengurus Keselamatan Hotel Dedahkan CCTV Kes Khalwat Badrul Amin! Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar. Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu. Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa. Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan. "Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut. "Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. McTheory: Apa daaa orang tua ni, kantoi selalu.. |
PANAS!! Ustaz Azizan tetap tentang geng Anwarinas Kedah!! Posted: 01 Mar 2012 04:42 AM PST Satu tindakan yang walaupun beliau tahu risikonya cukup tinggi. Lihat apa yang telah berlaku kepada pemimpin2 terdahulu yang enggan tunduk kepada Anwar Ibrahim. Bukan sekadar Dr. Hasan Ali yang menjadi mangsa kerakusan Anwarinas tetapi peguam anwar Zulkifli Nordin, Gobalakrishnan yang banyak berjuang utk PKR, Zaid Ibrahim dan ramai lagi dibunuh karier politik mereka atas SATU sebab: ENGGAN TUNDUK kepada Anwar Ibrahim. Apakah MB PAS Kedah bakal mengalami nasib yang sama? Cerita ni Mc ambil kat SINI. Memang Ustaz Azizan tahu pengaruh Anwarinas, namun telah wujud satu penyakit baru yang akan hancurkan beliau dalam Pas Kedah. Bagaimana Phahrolrazi akan hancurkan Pas Kedah dan Ustaz Azizan, nak baca boleh klik |
PANASS!! UMNO Kedah 'terhibur' tengok masalah dalaman Pas?? Posted: 01 Mar 2012 01:12 AM PST UMNO Kedah sama sekali tidak bersikap leka dengan pergolakan yang berlaku dalam kerajaan Kedah berikutan tindakan dua Exco yang dilihat tidak lagi seiringan dengan pucuk pimpinan PAS Kedah. "Kita sama sekali tidak berasa mudah untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Walaupun berlaku pergeseran dalam PAS kita tidak memandang mudah pilihan raya akan datang malahan kita tidak memandang ringan cabaran PAS," kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah. Beliau berkata UMNO juga tidak berhasrat menangguk di air keruh berikutan pergolakan berkenaan. "Itu masalah rumah tangga mereka, pada UMNO kita mengawasi apa yang berlaku dan gerak kerja pilihan raya berjalan seperti dirancangkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jimat Belanja di Pasar Tani Taman Wira Mergong di sini, hari ini. Beliau berkata UMNO bergantung kepada kekuatan sendiri untuk menang pada pilihan raya umum akan datang, dan tidak berharap kelemahan lawan sebagai modal untuk meraih sokongan. "Kita yakin tetap menang walaupun tidak berlaku perpecahan di dalam PAS Kedah," katanya. "Sekiranya Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri sekarang ini kita juga sudah bersiap sedia". "Tetapi saya melihat Azizan tidak mungkin akan bubar DUN sekarang," katanya. Mengenai kemungkinan ada Exco yang akan mengikut jejak langkah Datuk Hasan Ali yang meninggalkan PAS di Selangor, Ahmad Bashah berkata perkara itu terpulang kepada individu berkenaan. Mengulas pula dakwaan pihak tertentu bahawa seorang daripada Exco berkenaan ada berjumpa dengan beliau, Ahmad Bashah berkata pertemuan itu secara tidak sengaja semasa mereka bermain golf di Kuala Lumpur Ahad lepas bersama Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. "Masa itu saya bersama dengan beberapa ADUN BN dari Kedah dan pegawai kerajaan negeri bermain golf dengan Seri Paduka Baginda, dan Exco berkenaan juga bermain, kami berbual semasa rehat,,perbualan biasa seorang kawan," katanya. - UMNO Kedah |
TUDIAA!! Surat Tun Dr Mahathir SOKONG ISREAL di dedah!! Posted: 29 Feb 2012 10:12 PM PST BERIKUT ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang baru dipilih pada 1999, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini. PERDANA MENTERI MALAYSIA 8 Jun 1999 Tuan Yang Terutama Encik Ehud Barak Perdana Menteri Israel TEL AVIV Tuan Yang Terutama, Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen. Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansur. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan. Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian. Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip "pertukaran tanah untuk perdamaian" dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya. Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel. Yang Ikhlas Dr Mahathir mohamad *************************** BERIKUT ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin pada 1993, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini. PERDANA MENTERI MALAYSIA 21 Disember 1993 Tuan Yang Terutama Tuan Yitzhak Rabin Perdana Menteri Israel JERUSALEM Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO. Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia. Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai. Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu. Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan) DR. MAHATHIR MOHAMAD *********************** BERIKUT adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar hari ini. PERDANA MENTERI MALAYSIA 14 Mac 1997 Tuan Yang Terutama Tuan Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel Jerusalem Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas. Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama. Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda. Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga. Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab. Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan. Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita. Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap. DR MAHATHIR MOHAMAD McTheory: Apa macam puak beruk Pakatan? ada komen? |
PANASS!! Berita TERBARU dari dalam Pas Kedah!! Posted: 29 Feb 2012 07:12 PM PST Nampak gaya masalah Pas Kedah tidak akan selesai. Walaupun Phahrolrazi bukan lagi exco, namun beliau mengunakan pengaruhnya untuk menghancurkan Pas Kedah dari dalam. Beliau menwujudkan kem baru untuk menentang Ustaz Azizan. Berbekalkan sokongan dari dewan Ulamak dan Pas Kuala Kedah. Phahrolrazi tidak teragak-agak untuk 'membunuh' Ustaz Azizan dari terus menjadi Menteri Besar Kedah. Mc pun terkejut dengan perkembangan terbaru ini. Phahrolrazi bersama penyokongnya akan menghuru-harakan jentera pilihanraya Pas Kedah. Mereka bertekad, sanggup membiarkan Pas Kedah kalah, dari Kedah terus di tangan Azizan. Apa sudah jadi Pas?? Kami orang UMNO pun pening kepala tengok hangpa gaduh kali ni. Kami ingat akan diberikan tentangan sengit pada PRU nanti, tapi nampaknya, Pas nak bagi UMNO menang mudah. Dengar kata kumpulan Phahrolrazi sudah pergi berjumpa dengan Amiruddin untuk meminta sokongan. Phahrolrazi meluaskan pengaruh dan sokongan demi untuk menjatuhkan ustaz Azizan. Orang Pas sendiri kata, kali ni memang dah tak boleh buat apa dah. Pas Kedah akan hancur disebabkan ada pemimpin Pas yang tamak dan gila kuasa. Masalah peribadi dibawa menjadi masalah negeri. Memang tak profesional langsung para pemimpin Pas. Kami orang UMNO Kedah, hanya menyaksikan apa pula yang akan berlaku selepas ini. Pergaduhan diantara Phahrolrazi dan Azizah memang menjanjikan sandiwara baru dalam dunia politik Pas. Dulu orang Pas dok kata UMNO gila kuasa. Bila depa perintah pulak, masalah yang sama akan terjadi pada puak depa pulak. Kita tengok la lama mana Pas Kedah boleh perintah negeri Kedah. Rasanya takdan sampai PRU pun depa dah bertabur dah kot. Mana boleh tahan kalau asas tak kukuh. Puak lain dok pertahan puncak, ada pulak puak lain yang dok gali lubang suruh jatuh. Rasanya, benda lebih senang jatuh dari naik. jaga-jaga la Azizan, Phahrolrazi ada PLAN baru nak pelingkup hang tu.. Pada yang belum baca, betapa kecohnya di sidang media Phahrolrazi, boleh baca kat SINI McTheory: Kali ni depa gaduh, tak kaver-kaver dah.. perang teruih! |
TUDIAA!! Apabila UMNO Kedah dok LENA lagi ka? #SaveKedah Posted: 29 Feb 2012 04:12 PM PST Pagi semalam Mc membaca tulisan dari sahabat blogger dari jiran sebelah negeri, nak baca boleh klik kat SINI. Beliau menceritakan perihal bagaimana Datuk Ahmad Bashah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dapat menjadi Ketua UMNO di Kedah. Sehinggalah beliau mempertikaikan bagaimana gerak kerja UMNO Kedah dan kepimpinan yang dibawa oleh Datuk Ahmad Bashah. Datuk Paduka Ahmad Bashah dilantik sebagai PBPUNK kerana beliau ni diantara pemimpin UMNO lama yang berjuang demi survival UMNO di Kedah. Tok Det tidak di pilih, atas kerana Tok Det sendiri menolak untuk menjadi MB Kedah jika Kedah berjaya di tawan semula. Siapa boleh lupa bagaimana detik-detik Kedah ditawan oleh Pas. Rasanya, gugur air mata pemimpin UMNO Kedah, paling teruk sekali ialah Bekas Menteri Besar Kedah pada waktu itu, Mahadir Khalid atau yang lebih mesra di panggil Tok Det. Beliau terduduk dan tersandar, bagaikan tidak percaya, negeri Kedah yang selama ini kepunyaan UMNO hilang ditangan beliau. Walaupun jika di kaji, punca utamanya adalah atas kesalahan percaturan calon dari pihak UMNO pusat yang diketuai oleh Tun Dol, namun sebagai Pengerusi Perhubungan beliau berasa bertanggung jawab pada ketika itu. Mc juga tidak lupa bagaimana lemahnya jentera UMNO Kedah sewaktu di tangan Shafei Apdal. Sehinggalah DS Najib merombak dan melantik Tok Bashah sebagai Pengerusi. Di awal sewaktu di lantik, UMNO memang teruk. Boleh dikatakan semua bahagian tidak berfungsi dan semangat untuk merampas balik Kedah bagaikan tiada. Namun setelah disuntik semangat dan bantuan daripada pusat, UMNO Kedah kembali kelandasan yang betul untuk merampas semula Kedah dari tangan Pas. Gandingan Tok Bashah dan Mukhriz merupakan gandingan orang lama dan orang baru untuk menjana jentera pilihanraya. Semakin hari, semakin tersusun gerak jentera pilihanraya UMNO Kedah, sehinggakan Mc dan blogger Kedah lain terkejar-kejar untuk mengikuti ceramah dan aktiviti yang mereka jalankan Sebenarnya, untuk pengetahuan MKP dan pembaca yang lain. UMNO Kedah sekarang tak macam dulu lagi, sudah ada gerak kerja untuk pilihanraya, ceramah pun tiap-tiap minggu dah ada. Setiap bahagian pun dah susun program untuk bertemu rakyat. Skuad sayang di bawah wanita UMNO pun dah mula masuk kampung. Bagi Mc, kerja-kerja atas tanah ni, UMNO Kedah takdak masalah langsung. Cuma gerak kerja psywar dan alam maya saja yang menjadi masalah UMNO Kedah sekarang. Mc ada dengar UMNO Kedah melantik seorang blogger luar untuk menjadi pengantaraan diantara blogger Kedah dan UMNO. Namun hingga sekarang, Mc pun tak tahu status sebenar. Mc nak ingatkan UMNO Kedah, bahawa kekalahan UMNO Kedah pada tahun 2008, sebenarnya lebih terdorong pengundi muda untuk mengundi pembangkang. Pas Kedah mengunakan saluran alam maya untuk memukul setiap isu, sebelum membawa isu tersebut ke tapak ceramah. Blog Pas Kedah paling hebat ketika itu ialah 'KEDAH LANIE'. 'KEDAH LANIE' diantara punca kekalahan UMNO Kedah pada 2008. Boleh dikatakan setiap isu yang 'KEDAH LANIE' bawa di alam maya, langsung tidak berjawab malah tiada 'counter' dari pihak UMNO untuk mengagakan isu tersebut, sememangnya kerana kita tiada blogger untuk menjawab isu dari pihak pembangkang. Jadi penguna alam maya hanya di dedahkan dengan maklumat yang buruk semata mengenai pentadbiran UMNO pada ketika itu. Boleh dikatakan, artikel dari blog 'KEDAH LANIE' di print'out' dan disebarkan di surau dan masjid untuk bacaan rakyat. Malah yang paling ngeri, kebanyakkan Cybercafe di Kedah telah 'set' kan blog 'KEDAH LANIE' sebagai paparan utama apabila masuk ke alam maya. Disebabkan itu, ramai remaja Kedah terpengaruh dengan tulisan dan pendedahan walaupun isunya lebih banyak fitnah dari betul. Jadi orang Kedah yang merantau di luar juga mengikuti perkembangan negeri Kedah hanya dari blog sebelah pihak sahaja. Akibatnya ramai pengundi Kedah yang bekerja di luar balik untuk mengundi Pakatan kerana mempercayai dakyah dan fitnah dari blogger Pas tentang keburukkan UMNO. Hinggakan ada yang menghasut ahli keluarga dengan cerita-cerita dari alam maya. Ini juga merupakan salah satu sebab utama UMNO kehilangan undi. Malah ada cerita yang Mc dengar, seorang anak mengugut ibunya supaya mengundi Pas, jikalau tidak mahu elaun bulanan yang diterimanya dipotong. Namun selepas tewasnya UMNO di Kedah, muncul kesedaran dari anak muda dikalangan UMNO untuk menjadi blogger untuk menepis balik segala isu di alam maya. Namun hasrat mereka untuk membantu UMNO Kedah digagalkan apabila ada pihak dari UMNO Kedah yang masih lagi 'sombong' dan menganggap peperangan alam maya ini sebagai perkara remeh. Kini setelah hari berganti hari, tahun pun sudah banyak kali berganti. Mc lihat UMNO Kedah masih lagi tidak mempunyai jentera alam maya yang tersusun seperti mana Pas Kedah yang lebih menjaga bloggernya. Blogger Pas dibekalkan dengan peralatan, gadget canggih dan juga sumber untuk berperang di alam maya, sedangkan blogger UMNO naif dan daif . Malah masih ada blogger UMNO yang masih lagi mengunakan 'Pentium 4' untuk membuat blog, sedangkan namanya sudah terkenal 1 Malaysia. Sebab tu Mc kata, jentera pilihanraya konvensional Mc yakin UMNO Kedah sudah bersedia. Namun jentera alam maya, Mc tak nampak UMNO Kedah memilikinya. Paling menyedihkan, Mc dengar UMNO Kedah dibawah penerangan negeri sudah ada peruntukkan untuk blogger, bagi menjalankan kerja. Namun sehingga ke hari ini, Mc pun tak nampak mana-mana blogger yang dibantu oleh UMNO Kedah. Mungkin ianya satu cerita dongeng, atau peruntukkan itu habis di tengah jalan, hilang entah ke mana. Nasihat Mc pada UMNO Kedah, jangan pinggirkan blogger. Anggap kami jentera parti. Kami bukan orang politik, malah kami menolong saudara semua untuk mendapat kuasa politik. UMNO Kedah dah ok.. cuma blogger Kedah yang dok K.O lagi..ni.. McTheory: Anggap ini teguran, mungkin ada yang terlepas pandang!! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment