Haram Minta Bantuan Asing Untuk Jatuhkan Kerajaan


KUALA LUMPUR – Perbuatan mana-mana pihak termasuk parti politik di negara ini menjalinkan kerjasama atau meminta campur tangan kumpulan pro-Yahudi dengan matlamat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang terajui pemimpin Islam adalah haram.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, pihak yang mengetahui mengenai kerjasama itu juga tetapi tidak membuat sebarang tindakan kerana mempunyai matlamat politik serupa turut berdosa.
Ini kerana menurut beliau, dibimbangi kerjasama campur tangan tersebut yang menjadikan kumpulan pro-Yahudi lebih dominan sehingga sesebuah perti itu sanggup mengikut apa saja arahan yang diberi, bakal mendatang ancaman kepada keselamatan negara.
"Kita diharuskan bekerjasama dengan Yahudi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yahudi jika kita dominan. Tapi jika ia bermatlamat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipimpin orang Islam, sehingga kita sanggup akur dengan mereka, ia dengan jelas haram.
"Kita harus tanya serta serta nilai dengan sendiri jika kumpulan NGO Yahudi ini memberi bantuan sehingga ratusan juta, menyediakan latihan dan mengatur gerak kerja parti, apa prasyarat yang dituntut mereka? Sudah tentu mereka harap sesuatu daripada bantuan itu.
"Dibimbangi prasyarat yang ditetapkan itu mengancam keselamatan negara. Yahudi ini tidak pernah ikhlas dengan Islam, sebab itu Nabi Muhammad SAW sendiri cukup berhati-hati dengan bantuan Yahudi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Kelmarin, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, beliau mempunyai bukti yang menunjukkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjalin kerjasama dengan NGO asing pro-Yahudi, Konrad Adeneur Foundation (KAF).
Dua hari sebelum itu, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman mendedahkan, kemenangan besar pembangkang pada 2008 adalah disebabkan rancangan besar agensi perisikan antarabangsa selepas Anwar sendiri memohon campur tangan.
Menurutnya, segala gerak kerja, propaganda, slogan dan serangan politik pembangkang ditentukan NGO asing pro-Yahudi iaitu Friedrich Naumann Foundation (FNF), National Endownment for Democracy (NED), Institut Demokrasi Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI).
Dalam pada itu, Fathul Bari berkata, setiap parti politik perlu menggunakan cara berhemah dalam meraih sokongan rakyat dan bukannya mengharap bantuan asing sehingga akhirnya terperangkap, kerana golongan tersebut tidak pernah senang melihat keamanan Malaysia.
"Setiap parti perlu meletak kepercayaan kepada rakyat untuk memilih, justeru mereka perlu menampilkan calon-calon yang mampu membangkitkan keyakinan rakyat, tidak perlu kita mengikut corak yang ditentukan pihak asing kerana mereka belum tentu ikhlas," katanya. – Utusan Malaysia. – Utusan
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...