Posted: 16 Feb 2012 01:12 AM PST
Mc ada terbaca blog Gerakan Timur rakan blogger yang menceritakan tentang seorang Ustaz Pas yang telah di halau dari Surau semasa ceramah Maulidul Rasul. baca cerita di bawah,
Ustaz Azrul Hakim Suradi, telah dijemput oleh AJK sebuah surau di Meru untuk menyampaikan ceramah sempena Maulidur Rasul.
GT difahamkan segalanya berjalan dengan baik selama 45 minit, sebelum dia mula melalut lalu menyentuh hal-hal politik. Tipikal PASrasit, yang suka menjadikan rumah ibadah umat Islam sebagai gelanggang politik.
Azrul bermula dengan usaha memperkecilkan usaha kerajaan untuk menyediakan harga barangan berpatutan melalui KR1M. Kemudian, ostat PAS ini menyerang pula pemberian RM500 BR1M. Aiii.. goyang nampak...
Hasan Ali tidak terlepas dari bahan ceramahnya, dengan segala tuduhan. Mmg Azrul menunjukkan ciri-ciri PASrasit sejati. Apakah si Azrul Hakim ini "sedang gila talak" kerana Hasan Ali enggan bersama dengan PAS semula?
Sesi ceramah politik berlarutan melalut-lalut, sehinggalah satu detik waktu.
Mungkin sudah tidak tahan dengan Ustaz yang tidak sedar diri bahawa kehadiran ini DIBAYAR oleh pihak surau, dengan tidak semena-mena, seorang ahli kariah di syaf depan berkata dgn nada sopan "Ustaz, kempen ke?".
Azrul pula dikhabarkan menjawab " Saya sentuh bab rasuah tak boleh ke? ".
Anak kariah membalas " Ustaz, kalau nak tuduh orang rasuah, tak payahlah sebut nama dia, nama parti, ini tak bagus, itu tak bagus. Cuba kemukakan bukti, jangan hanya cakap sahaja. Lagipun ini program Maulidur Rasul, bukan politik".
Azrul kemudian membalas "Kalau tak berminat, awak boleh keluar dari surau ini".
Anak kariah, dengan tegas memberitahu " Kenapa saya perlu keluar? Ini kariah saya, tempat saya. Ustaz lah KELUAR"
Seraya dengan jawapan itu, escort-escort si Azrul cepat-cepat mengajak keluar. Si Azrul dilihat mencapai mikrofon mini yang tersemat di bajunya dan menghempaskannya ke lantai sambil bangkit dan terus berjalan keluar!
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment