Lim Guan Eng - rm10 billion, Ivory Sdn. Bhd. dan Tanah



Jika Lim Guan Eng seorang yang jujur,merendah diri dan tidak berbohong, sudah pasti beliau akan memberi jawapan satu persatu secara jelas, berfakta dan terang. Sebaliknya Lim Guan Eng sendiri yang merosakkan CAT yang diperjuangkan oleh regim beliau. Semuanya hanyalah bersifat kosmetik dan plastik.

Skandal RM10billion Lim Guan Eng dengan Ivory Sdn Bhd telah membuka mata ramai pihak. Ramai yang mengetahui ada yang tidak kena dengan skandal 10 billion ini kerana ia dirunding secara terus dan yang menentukan siapa yang dapat adalah Lim Guan Eng sendiri.


Berlaku rundingan dibelakang tabir buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh
pemilik tanah berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.

Ivory Sdn Bhd dan Lim Guan Eng harus memberi penjelasan kerana skandal ini membabitkan hak kepentingan awam.

Lim Guan Eng cukup terkenal dengan projek runding terus tanpa melalui tender yang telus. Kita semua harus tahu, Lim Guan Eng juga menjadi Portfolio tanah, beliau cukup arif dan tahu tentang potensi nilai tanah. Semasa masih awal menjadi ketua menteri, Lim Guan Eng sudah terbabit dengan menjual tanah lebih murah daripada harga pasaran.

Pada 2009 Lim Guan Eng berbohong kepada rakyat membabitkan isu penukaran status daripada pajakan kepada pegangan kekal selama lamanya kepada sebidang tanah lot 408 di tengah kawasan bandar .Seperti dilaporkan tanah yang ditukar status kepada E & O Hotel terlalu murah dengan harga RM45 kaki persegi berbanding dengan harga pasaran melebihi RM250 kaki persegi.

Kemudian rakyat Pulau Pinang dikejutkan dengan pengambilan alih tanah Penang Turf Club, Runding terus projek sPICE yang membabitkan kerugian kepada kerajaan negeri berjumlah lebih RM1Billion hingga menyebabkan Ketua Cabang PKR dan Ahli Majlis MPPP Lim Boon Chang keluar parti.

Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila enggan mengulas dan mengemukakan bukti bersabit penjualan tanah seluas 41.6 hektar di negeri itu kepada sebuah syarikat swasta.

Sebaliknya Guan Eng memberikan jawapan beremosi yang disifatkan tidak sepatutnya keluar daripada seorang Ketua Menteri sekaligus mencerminkan betapa rendahnya pemikiran Setiausaha Agung DAP itu.

"Saya tengok dari segi jawapan beliau, dia lebih emosi. Emosi menjawab persoalan-persoalan yang diajukan mengenai penjualan tanah tersebut. Penjualan tanah tersebut banyak kontroversi dan banyak persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri. Ini bukan soal nak kenakan beliau, kita nak tahu sama ada penjualan itu dibuat secara telus atau tidak?

Nampaknya artikel yang Mc ambil dari blog Mat Kilau benar-benar memerangkap kedudukan Guan Eng sebagai ketua menteri Pulau Pinang. Apa lagi yang boleh Guan Eng buat untuk melepaskan diri selain dari menipu?

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...