Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! Ustaz Kazim SOUND Badrol Amin Khalwati!!

Posted: 28 Feb 2012 08:50 AM PST


Ini baru komen pasal Imam Mahdi, apa agaknya kalau ustaz Kazim komen pasal Khalwat dengan bini orang pulak??

EKSKLUSIF DAN PANASS!! Kejadian Sebenar KECOH!!, disebalik Sidang Media Phahrolrazi!!

Posted: 28 Feb 2012 05:23 AM PST



Mc sebentar tadi baru pulang dari Sidang Media di rumah Phahrolrazi di Taman Gunung Bayu. Pada sidang media tersebut, memang pada mulanya sidang media pada media nasional berlangsung dengan aman dan 'play safe' namun selepas bersurainya sidang media. Berlangsung sidang media kedua, dikalangan orang Pas dan pemimpin Pas tempatan bersama Datuk Phahrolrazi, dilakukan secara tertutup, kenyataannya pada sidang media kedua amat mengejutkan! Malah salah seorang penyokong Phahrolrazi berkata "Ustaz Azizan harus di kerat dan di kuburkan!".
Kenapa mereka berkata begitu? Mungkin mereka tidak menyangka bahawa ada orang asing bersama mereka, kerana semasa Mc masuk ke rumah Phahrolrazi, memperkenalkan diri sebagai ahli Pas dari sebuah markas yang luar dari Alor Setar. Dengan mesra mereka mengajak Mc bertemu dengan 'Ustaz' disana Mc melihat ada orang-orang kuat bersama Phahrolrazi masih lagi rancak berbincang.

Mc hanya bersalaman dan berdiam diri mengikuti perbincangan mereka. Banyak juga pendedahan baru yang Mc dapat. Mc puji orang Pas, sebab masalah dalaman parti, mereka amat pandai simpan. Mereka tidak tunjuk kepada orang luar. Walau meletup macam mana pun keadaan di dalam, muka mereka senyum bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Dengan bahasa rasminya, orang Pas ni pandai berpolitik dan hipokrit cukup kuat.

Phahrolrazi memang mempunyai masalah dengan Ustaz Azizan, dari soal kerja, sampailah soal tanah dan kontrak. Malah beliau mendedahkan bahawa Ustaz Azizan lebih banyak menolong UMNO dari orang Pas sendiri, malah pengagihan kontrak juga banyak orang UMNO yang dapat dari orang Pas!!

Satu demi satu perkara yang berlaku menyebabkan Phahrolrazi mengakui, beliau tidak dapat lagi bekerjasama dengan Ustaz Azizan. Malah yang paling menarik ialah, Ustaz Azizan ni tak pernah langsung mendengar nasihat dari Phahrolrazi walaupun beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah 1. Segala isu berbangkit mengenai negeri Kedah, Ustaz Azizan hanya mempertimbangkan sendiri dan lebih mendengar pendapat orang luar dari pendapat beliau.

Keretakkan paling ketara ialah semasa isu KUIN, apabila Ustaz Azizan bersifat degil dan pentingkan diri sendiri dari parti. Kata beliau la, bukan Mc kata. Akibat pendedahan demi pendedahan, penyokong Phahrolrazi seakan-akan naik berang dengan Ustaz Azizan, dan bertekad untuk menjatuhkan Ustaz Azizan dari terus menjadi menteri besar Kedah. Malah ada yang menjerit akan mengorek kubur untuk Ustaz Azizan dan kerat-kerat sebelum PRU ke 13 berlangsung.

Melihat keadaan menjadi semakin tegang, Mc dan beberapa orang troopers lagi mengundurkan diri. Kami sempat mengambil gambar pada waktu tersebut dan gambar itu masih lagi di tangan Aktivis UMNO Pekan Naka, Insyallah Mc akan update gambar tersebut kemudian nanti.

Nampaknya cerita disebalik tabir lebih meletup berbanding sidang media yang beliau lakukan. Macam Mc kata tadi, orang Pas memang pandai menyembunyikan masalah dalaman mereka berbanding orang UMNO yang 'cempera' bila ada sesuatu yang berlaku.

Namun apa yang pasti, jentera Pas Kedah sudah berpecah jadi tiga, satu pada Ustaz Azizan, satu pada Phahrolrazi dan satu lagi yang setia pada geng Anwarinas. Tapi nampak gaya, dewan Ulamak Kedah, bagaikan bersama dengan Phahrolrazi, cuma wakil pemuda Pas tidak kelihatan mesra, mungkin masih lagi mencari tapak atau pemuda Pas Kedah menyokong Ustaz Azizan. Semua maklumat ini sebenarnya, hadiah besar kepada UMNO.

Belum pun berperang, jentera Pas sudah kalah apabila berperang sesama sendiri. Namun Mc harap UMNO jangan terlalu leka dengan perkembangan ini. UMNO Kedah harus membina kekuatan sendiri dari mengharap kelemahan orang lain. Kalau kita kuat, kelemahan lawan merupakan satu bonus pada kita untuk memenangi PRU ke 13 nanti.

Masalah Pas Kedah masih lagi tidak selesai, walaupun depan mereka senyum, namun belakang masing-masing mengasah parang untuk berperang.

Kita tengok apa pulak lakonan depa lepas ni..


McTheory:
Bangkai gajah walaupun di tutup, lama-lama bau jugak busuknya!!

KASI PANAS!! Krisis MB Kedah, Nik Aziz mula campur tangan?

Posted: 28 Feb 2012 02:12 AM PST

MB
Satu pertemuan tertutup telah diadakan antara Exco Kedah dengan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 24 Februari 2012 di Seri Mentalon, Alor Star. Antara Exco yang hadir dalam pertemuan tersebut adalah Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh, Dr. Hamdan Che Khalib, Taulan Mat Rasul, Abdul Ghani Ahmad dan Amiruddin Hamzah.
Dalam pertemuan tersebut, Nik Aziz telah diminta pendapatnya berhubung keengganan Exco-Exco tersebut untuk terus berkhidmat di bawah Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.
Nik Aziz diharapkan mampu memberikan penyelesaian kepada kemelut yang sedang melanda kepimpinan Kedah. Bagaimanapun, berdasarkan perbincangan yang dibuat dengan Mursyidul Am PAS itu, Phahrolrazi dan tiga orang kawannya yang cuba menggulingkan Azizan Abdul Razak, tidak berjaya memperolehi apa yang mereka inginkan.

Dalam pertemuan berkenaan, Phahrolrazi, Dr. Ismail Salleh dan Taulan Mat Rasul melahirkan rasa tawar hati untuk terus memegang jawatan Exco. Jika dikehendaki, mereka ingin terus memegang jawatan dalam parti, tawaran untuk jawatan Exco, mereka akan tolak dan begitulah sebaliknya.
Suara hati ketiga-tiganya itu amat mudah difahami. Ketiga-tiganya telah tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka selaku Exco dengan berkesan. Sebaliknya, ketiga-tiga Exco ini kerapkali menimbulkan masalah kerana kekerapan mereka melancong ke luar negara dengan menggunakan wang negeri. Pada masa yang sama, banyak kerja-kerja negeri yang tidak dapat diselesaikan oleh Exco-Exco berkenaan, sebaliknya taraf hidup mereka pula yang kelihatan berubah secara drastik.
Usaha Azizan Abdul Razak mengambilalih sendiri tugas-tugas mereka, termasuklah memberikan kontrak kepada kontraktor yang menyelenggara jalanraya di seluruh Kedah, menyebabkan Phahrolrazi yang berkira-kira dengan keuntungan besar, mengamuk sakan. Itu yang menjadi pemula kepada krisis kepimpinan PAS Kedah. Dan Phahrolrazi tidak berselindung menyatakan kekecewaannya berhubung kontrak penyelenggaraan jalanraya yang diserahkan kepada sebuah syarikat yang menurutnya adalah kroni UMNO walaupun selama tiga tahun, peluang menyelenggara dan membaiki jalanraya langsung tidak digunakan sebaik-baiknya oleh Phahrolrazi Zawawi.
Satu perkara yang amat sukar untuk diterima oleh Exco-Exco berkenaan adalah tentang bidang kuasa Menteri Besar Kedah. Mereka tidak berpuas hati dan berasa pelik kerana Menteri Besar Kedah yang enggan berterus-terang tentang perlantikan semula Exco. Azizan Abdul Razak sebelum ini menyatakan, hak melantik barisan Exco adalah hak Menteri Besar. Terpulang kepada dirinya sendiri untuk melantik semula Exco yang telah dilantik sebelum ini atau sebaliknya.
Kenyataan Azizan Abdul Razak itu tidak disenangi oleh Phahrolrazi yang merupakan salah seorang daripada anggota Anwarinas atau penyembah Anwar Ibrahim si Israel. Beranggapan Azizan Abdul Razak perlu sentiasa tunduk dan patuh kepada kehendak Majlis Syura atau paling tidak pun Presiden serta Mursyidul Am, Phahrolrazi cuba mengundang campurtangan kedua-duanya.
Ternyata Azizan Abdul Razak lebih faham struktur kuasa dalam PAS berbanding Phahrolrazi Zawawi mahupun Taulan Mat Rasul yang sedang berkira-kira hendak menjadi Menteri Besar Kedah.
Dalam pertemuan tersebut, kenyataan Nik Abdul Aziz nyata tidak menyenangkan Phahrolrazi dan kawan-kawannya. Nik Aziz mengingatkan mereka tentang kerugian besar yang akan dihadapi oleh PAS Kedah ekoran tindakan mereka itu. Ditambah pula dengan tempoh pentadbiran PAS Kedah yang sudah hampir mencapai penghujung penggal, tindakan Exco-Exco berkenaan akan merugikan PAS secara keseluruhannya.
Walaupun dinasihati oleh Nik Aziz agar Exco-Exco tersebut memikirkan semula tindakan mereka, Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh menyatakan yang mereka tidak akan bertanjak daripada keputusan untuk tidak menerima jawatan Exco selagi Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak kekal dengan jawatan yang disandangnya.
Nik Aziz yang sedar, tindakan Phahrolrazi dan kawan-kawannya akan mengundang masalah yang lebih besar, memberi nasihat kepada Phahrolrazi agar memikirkan tindakannya semasak-masaknya memandangkan tindakan sebegitu tidak memberikan keuntungan kepada jemaah PAS. Lebih pedih lagi ialah apabila Nik Aziz memberi amaran yang cukup keras kepada Phahrolrazi dan kawan-kawannya.
Bersedia berhadapan dengan tindakan undang-undang dari parti sekiranya, tindakan Phahrolrazi dan kawan-kawannya menyebabkan PAS rugi besar!

PANASS!! Nurul Izzah Kena TUMBUK??

Posted: 28 Feb 2012 12:15 AM PST



Foto aksi dimana Nurul Izzah menunjuk raut wajahnya bila ditumbuk oleh brader berbaju merah di sebuah kedai kopi dalam daerah Parlimen Paya Besar, Lepar 1 , Pahang.

Rupanya kedatangan Nurul Izzah disana secara mengejut sehingga menimbulkan kemarahan penduduk kampung bila Nurul Izzah mula berpolitik kedai kopi.

Jom lihat foto-foto yang memperlihatkan reaksi takut dan muka benggang Nurul Izzah. Geli hati dengan mimek muka Nik Nazmi seakan memperli cerita Nurul Izzah…hua hua hua

Sambung baca SINI

TUDIAA!! UMNO dalang Badrul Amin di tangkap khalwat!!

Posted: 27 Feb 2012 07:12 PM PST


Artikel yang ambil dari AIDC ni menerangkan secara detail mengenai peristiwa apa yang berlaku. Agaknya UMNO yang suruh Badrul Amin tu 'stim' kot. Kemudian, suruh si bini orang tu bukak baju. Apa punya bangang daa..

Wanita yang turut ditahan bersama Dr Badrul Amin di sebuah hotel awal pagi kelmarin tiba di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira jam 3.05 petang ditemani oleh seorang ahli keluarga yang tidak dikenali untuk memberi keterangan berkenaan kes khalwat tersebut.

Sementara itu, pasangannya, Badrul Amin seperti dilaporkan Antarapos tiba lebih awal kira-kira jam 2.40 petang dengan berjaket hitam diiringi isteri beliau dan peguamnya, Ahmad Nizam Abbdul Hamid yang juga aktivis PKR Pahang.
Mereka telah dipanggil oleh JAIP untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan JAIP di bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Badrul Amin seperti dilaporkan Mstar menuduh kesnya itu sebagai perangkap terancang yang didalangi UMNO

Menurutnya, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya.

Tuduhan Badrul itu turut dilaporkan FMT yang mendakwa suami wanita itu, samseng, polis, pejabat agama, dan blogger-blogger UMNO turut terlibat dalam konspirasi itu.

"Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.

"Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.

"Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan JAIP pada petang ini," katanya

Menjawab mengenai arahan kerajaan negeri yang memberi cuti kepadanya, Badrul yang juga Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan perkara itu sudah terlintas dalam fikirannya sebelum arahan dikeluarkan.

Malah beliau turut mempertimbangkan untuk bercuti dari Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sehingga kes membabitkannya selesai.

"Saya juga mempertimbangkan bercuti dari MPP PKR sehingga selesai kes.

"Setakat ini saya belum ada keputusan. Dan jika saya bercuti ia adalah atas pilihan saya sendiri tanpa tekanan daripada mana-mana pihak," jelasnya.

TUDIAA!!! Confirm Badrul Amin tak bersalah??

Posted: 27 Feb 2012 04:12 PM PST



Macam-macam version ada kisah tangkap basah Badrul Amin bersama bini orang. Ada yang percaya, dan ada yang tidak. Sebelum kata tak percaya, apa kata baca kenyataan saksi yang bersama suami si isteri yang berkhalwat tu.


Sumber saksi
"Saya pekerja hotel tersebut malah saya tahu cerita tersebut dari hari pertama sehingga hari ketiga (hari penangkapan tu)...tapi saya xnak bising2 kat sini...sehingga jika ada yang cuba memfitnah orang lain dengan mengatakan ini konspirasi...kami tahu juga dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana hari ke dua suami wanita tersebut merayu isterinya supaya pulang ke rumah...apa2 pun kita tunggu lah...yang pasti 20 orang yg di dakwa tu TIADA..yang ada hanya suami isteri tersebut..dan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri Badrul Amin di tampar oleh suami perempuan itu...20 orang yg di dakwa adalah fitnah Badrul Amin"


Petikan daripada kenyataan Jabatan Agama Pahang.


Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, tangkapan berkenaan dibuat berdasarkan aduan orang ramai. "Jaip mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang atau atau berkomplot," katanya. Menurutnya, tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguatkuasa Jaip supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama lelaki lain.


Ekoran penangkapan itu, Badrul Amin dipanggil memberikan keterangan hari ini bersama wanita berkenaan bagi melengkapkan siasatan. Mohd Ghazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Menurutnya, selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut."Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu," katanya

Nah...amik. Apa pulak Ustaz Badrul Amin nak berbohong lagi? Ustaz tak mahu ke nak saman kepada pekerja hotel yang mendedahkan kebenaran cerita ini?

Apa yang pastinya, Mc nak tengok apa lagi spin yang akan dilakukan oleh tukang-tukang karut Pakatan Rakyat lepas nih..


McTheory:
Takkan saksi ni pun UMNO jugak yang upah?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...