Kedah Ke KL - MctHeory |
- TERKINI!! Al-Fatihah, Latif Ibrahim meninggal dunia!!
- PANASS!! Video kereta Anwar yang diserang!!
- KASI PANAS!! Anwar kata kalimah Allah bebas digunakan?? - Zahid Md Arip
- PANASS!! Bloggers kejar ranking dengan melondeh orang - DR Maza
- PANASS!! Pas dah sesat jauh dari perjuangan asalnya!!
- KASI PANAS!! Hasan Ali Salah Sebut Nama Bapak Ustaz Azhar Idrus Perlu Minta Maaf !!!
- GEMPAR!! Amy Search SINDIR Dap!!
TERKINI!! Al-Fatihah, Latif Ibrahim meninggal dunia!! Posted: 20 Feb 2012 07:09 AM PST Dua hari lepas Mc tersalah lapor mengenai Latif Ibrahim, namun kali ini Mc mendapat berita yang benar dan tepat. Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,60, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak. Adik beliau, Khatijah ketika ditemui Wartawan mStar Online, Wahiduzzman di kediaman Allahyarham di AU3 Keramat dekat sini pada malam Isnin berkata, seluruh keluarga Allahyarham berasa sedih dengan kematian itu. Ujarnya, Allahyarham sepatutnya bersama keluarga menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada 13 Mac depan tetapi hajatnya tidak kesampaian. "Kami turut sedih kerana arwah bukan sahaja tidak dapat menunaikan impian untuk mengerjakan umrah tetapi dia meninggal dunia tiga hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 tahun pada Khamis ini," katanya. Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru berair dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu. Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu. Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010. Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, selepas solat Zohor, Selasa. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Masriah Mahadan,57, dan dua orang anak iaitu Mohd. Hazriq,35, dan Haznally,34. McTheory: Al-Fatihah pada arwah.. |
PANASS!! Video kereta Anwar yang diserang!! Posted: 20 Feb 2012 06:18 AM PST Alahh.. ni semua berlakon nih.. nak tarik perhatian.. dari percaya dengan Naustion ni, baik percaya dengan kambing lagi bagus. Sendiri buat, upah orang, lepas tu tuduh UMNO.. tu la kerja korang. Tak sudah-sudah nak cari perhatian, kemudian tagih simpati rakyat. Kalau betul UMNO nak buat, dari rosakkan kereta dan ketuk kereta Anwar. Baik kami ketuk Anwar jaa.. lagi bagus. Anwar dan PKR ni memang suka berlakon.. tak sudah-sudah nak membohong rakyat!! McTheory: Apabila ketua pembohong, setiausaha penipu.. |
KASI PANAS!! Anwar kata kalimah Allah bebas digunakan?? - Zahid Md Arip Posted: 20 Feb 2012 04:36 AM PST Mengulas prinsip Anwar yang rela kalimah Allah milik eksklusif orang Islam di berikan kepada orang lain. |
PANASS!! Bloggers kejar ranking dengan melondeh orang - DR Maza Posted: 20 Feb 2012 01:12 AM PST Dr Maza menasihati para blogger supaya berhati-hati dengan artikel dan bertimbang rasa dulu sebelum keluarkan seberang penulisan. |
PANASS!! Pas dah sesat jauh dari perjuangan asalnya!! Posted: 19 Feb 2012 10:12 PM PST FASAL 82 (FASAL 75 - lama) Tatatertib PAS (1) Semua ahli-ahli PAS hendaklah:(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu. PAS selama ini kononnya membawa dasar-dasar Islam di dalam Perlembagaan partinya, mengajak rakyat mengikuti sunnah-sunnah Rasullah dan Al-quran. Pada Mc ianya satu yang dakyah pembohongan yang nyata. Jika ianya adalah PAS yang lama, Mc memang akur tetapi dengan melihat budaya PAS yang baru, nampak gayanya sudah jauh dari perjuangan asal penubuhan parti itu. Cercaan dan makian adalah makanan harian kepada ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS. Itukah ajaran Islam yang sebenarnya? Apakah tujuan utama PAS ditubuhkan? Fasal 5. Tujuan PAS ialah: (1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. (2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Sedangkan tujuan sebenar PAS ditubuhkan pun sudah terpesong dari matlamat asalnya. Memperjuangkan wujudnya sebuah masyarakat dan pemerintahan cara Islam dan mempertahankan kesucian Islam? Dimanakah PAS bilamana nama Allah digadaikan kepada golongan Kristian? Dimanakah ketegasan PAS dalam menubuhkan Kerajaan Islam yang dicanang ke seluruh pelusuk negara? Fasal 6. Usaha-Usaha: (1) Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. (11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar. Mengikut Fasal 6 Perlembagaan PAS ialah menyeru manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah Rasul dan melakukan apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-undang Negara. MKT berasa satu jenaka pula bila terbaca Fasal dalam Perlembagaan PAS ini. Kerana selama ini mereka menyeru manusia dengan cara yang paling kotor iaitu dengan memaki dan mencerca UMNO/BN. Mereka juga mengengkari batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara dengan menyertai demonstrasi haram seperti BERSIH 2.0 dan Bebaskan Anwar 901. Jadi dimakah relevanya PAS ini sedangkan Perlembagaan yang mereka ciptakan pun mereka tidak patuhinya. Inikan pula dengan hukum-hukum didalam Al-Quran dan Sunnah? Fikir-fikirkanlah wahai rakan-rakanku.... Artikel asal dari Melayu Kedah Terakhir |
KASI PANAS!! Hasan Ali Salah Sebut Nama Bapak Ustaz Azhar Idrus Perlu Minta Maaf !!! Posted: 19 Feb 2012 07:12 PM PST Mungkin disebabkan terlalu emosi, Dr Hasan Ali telah tersasul. Namun itu bukan satu penghinaan, mungkin hanya sekadar kesalahan yang beliau sendiri tidak sedar. |
GEMPAR!! Amy Search SINDIR Dap!! Posted: 19 Feb 2012 04:12 PM PST Amy Search menyindir Dap dalam tweetnya kerana Dap tidak mengiktiraf ketuanan Melayu sebaliknya lebih mengiktiraf ketuanan rakyat yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Haram. Amy Search yang selama ni nampak lebih kearah pembangkang pun dah mula menunjukkan peranan melayunya dengan memperli kenyataan Dap. Sampai bila melayu harus tertipu dengan dakyah Dap yang mahu menidakkan kuasa melayu di tanah airnya sendiri. McTheory: Bangunlah bangsaku untuk mempertahankan hak mu.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment