Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! Video ni boleh buat kerajaan Pas Kedah tergolek!!

Posted: 19 Feb 2012 07:12 AM PST


Memang best la video nih.. mau senak perut puak Pas Kedah tengok!!

KASI PANAS!! Skandal Rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah!!

Posted: 19 Feb 2012 04:36 AM PST

Boleh belajar ilmu seleweng banyak sikit..

Nampaknya Pas Kedah dah belajar ilmu seleweng sikit demi sikit kat Dap. Lepas Guan Eng dengan skandal tanah, Azizan pula ada potongan rebat. Fuyoo.. dahsyat..

Exco kerajaan Negeri Kedah yang didakwa mempunyai kaitan dengan isu rebat 30 peratus duit sumbangan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan bagi memudahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi Barisan Nasional Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah berkata langkah berkenaan juga adalah memelihara integriti kerajaan negeri Kedah.


"Saya difahamkan pembantu kepada seorang Exco Kerajaan Negeri telah bercuti sejak isu itu diperkatakan, saya rasa adalah perlu Exco juga bercuti untuk sementara waktu sehingga siasatan SPRM selesai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Kebudayaan Islam sempena Maulidur Rasul di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Simpang Kuala, hari ini.

Program berkenaan dianjurkan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar.

Ahmad Bashah berkata apabila mendapat maklum mengenai kes berkenaan, beliau terkejut dan merasa ia satu tindakan yang tidak betul serta tidak bermoral.

"Ia adalah satu yang sangat tidak bermoral, tidak pernah berlaku dalam mana-mana wakil rakyat sebelum ini mereka mengenakan rebat terhadap sumbangan kepada pertubuhan bukan kerajaan," katanya.

"Wakil rakyat sudah ada gaji dan elaun, mengapa mahu mengenakan caj lagi terhadap pertubuhan bukan kerajaan berkenaan," katanya sambil menegaskan bahawa pertubuhan bukan kerajaan banyak bergantung kepada sumbangan pelbagai pihak.

Ahmad Bashah berkata sekiranya terbukti perkara berkenaan berlaku maka SPRM perlu mendakwa yang terlibat. - Portal UMNO Kedah



McTheory:
Tu pun dak.. dok kata tak main duit!!

TUDIAA!! Perkara Yang Buat Adam Adli Panas Pungkoq!!

Posted: 19 Feb 2012 01:12 AM PST



Tidak sempat mengemaskini laporan mengenai Kembara Aman Kampus semalam kerana kesuntukkan masa. Kini Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat telah tiba di Selangor yang merupakan lokasi terakhir dalam siri jelajah mereka.

Masuk hari ke-13 Kembara Aman Kampus kumpulan minoriti mahasiswa yang kini semakin ditolak oleh kelompok mahasiswa rasional mula gelisah dan resah sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan di sebuah portal pro pembangkang.


Dalam kenyataannya kumpulan SMM mendakwa kembara yang diadakan oleh Aspirasi tidak menggugat serta tidak beri kesan kepada mereka, malah mereka juga tidak terancam dengan gerakan ini.

Saya sangat setuju dengan Pengerusi SMM yang bernama Syukri Abd Razab bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah yang diberhentikan kerana pencapaian akademiknya kurang memuaskan sebelum beliau diterima belajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Memang benar gerakan yang dilakukan Aspirasi tidak berjaya beri kesan dan impak kepada SMM serta mahasiswa pro pembangkang, sebaliknya gerakan yang dilakukan oleh Aspirasi telah memberi kesan mendalam kepada masyarakat di setiap negeri.

Kenapa saya katakan jelajah Aman Kampus beri kesan kepada masyarakat?

Ianya beri kesan kepada masyarakat kerana...

Mahasiswa Kembara Aman Kampus bergotong-royong secara sukarela mengecat pagar di sebuah tanah perkuburan....



Tetapi mahasiswa SMM lebih suka panjat pagar sebuah Universiti ketika orang sibuk menyambut tahun baru...



Kembara Aman Kampus memang tak berkesan kepada SMM tetapi berkesan kepada masyarakat kerana...

Mahasiswa SMM lebih suka dampingi golongan tua yang berjawatan dalam parti politik yang memang memberi kesan kepada perjuangan mereka....


Mahasiswa SMM lebih suka dekati orang tua yang berjawatan dalam parti politik
Tetapi mahasiswa Kembara Aman Kampus mendekati golongan tua yang disisihkan saudara sendiri bagi menggembirakan hati warga tua yang kesunyian...




Mahasiswa Kembara Aman Kampus memang tidak memberi kesan kepada SMM tetapi beri kesan kepada masyarakat kerana...

Mereka mendekati golongan pelajar sekolah dan memberi mereka motivasi serta nasihat-nasihat berguna dengan harapan pelajar-pelajar ini juga mengikuti jejak langkah mereka untuk belajar di menara gading...




Tapi mahasiswa SMM jika mereka ada adik kecil yang masih bersekolah sekalipun, mungkin motivasi untuk membenci kerajaan yang akan mereka suntik kepada adik-adik seperti bapak budak ni...




Akhir sekali mahasiswa Kembara Aman Kampus berjaya beri kesan kepada masyarakat kerana mereka dekati golongan cacat serta mereka yang kurang upaya bagi menggembirakan hati mereka...








Tetapi mahasiswa SMM bertindak mencacatkan diri sendiri untuk memperlihatkan kepada masyarakat kononnya dirinya tidak berupaya...




Hahaha...

Kalau tidak beri kesan kenapa kamu buat kenyataan media terhadap Kembara Aman Kampus anjuran Mahasiswa Aspirasi..?

Artikel terbaik dari blogger Double Y

McTheory:
panas pungkoq la Adam Adli kali nih..

PANASS!! 1 Kampung Mengamuk nak serang Pas Kedah!!

Posted: 18 Feb 2012 10:12 PM PST



Masyarakat Melayu di kawasan Sungai Kob hari ini berikrar akan mengepung Wisma Darulaman dalam menuntut HAK ASASI mereka sebagai Umat Islam dalam menentang KEZALIMAN Kerajaan PAS Kedah dalam masa terdekat ini, TIDAK MUSTAHIL kerana mereka betul-betul sudah BENGANG dengan kerajaan PAS yang boleh disifatkan sebagai KERAJAAN MUNAFIQ.


Gambar dan cerita Mc ni di ambil dari blog Padi Jantan, ni dah menunjukkan bahawa rakyat Kedah sudah menolak kepimpinan Pas yang entah dan apa-apa entah. Buat sesuatu perkara tanpa mengkaji dahulu kesannya. Apakah ini kerajaan yang mahu kita harapkan.

Pas Kedah sebenarnya tidak relevan lagi, dah tak boleh jadi kerajaan dah. Patut tukar saja, 4 tahun Pas Kedah jadi kerajaan negeri sebenarnya dah cukup lama untuk kita menilai kemampuan mereka mentadbir. Nampak sangat puak-puak ni lebih pandai bercakap dari bekerja.

Biarkan mereka jadi pembangkang, biarkan mereka bercakap, kerana hanya itu yang Pas Kedah tahu buat.\

McTheory:
Kita tengok apa lagi yang jadi lepas nih..

GEMPAR!! Zaid Ibrahim di TAMPAR lagi!!

Posted: 18 Feb 2012 07:12 PM PST



"Kami sudah letih dengan Zaid, ditambah dengan sikapnya yang lebih pentingkan agenda peribadi," kata Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) Negeri Sembilan, Sri Sanjeevan.

Sanjeevan berkata demikian bagi mendesak Datuk Zaid Ibrahim meletak jawatan sebagai presiden berikutan hasratnya mahu membubarkan parti itu.


Katanya, pihaknya tidak akan sesekali membiarkan parti itu dibubarkan, bahkan akan mempertahankan parti itu dan meneruskan perjuangan walaupun tanpa Zaid.

"Kita mendesak supaya Zaid berundur kerana beliau sudah tidak layak untuk diangkat sebagai presiden parti lagi dengan tindakannya membelakangkan parti," katanya.

Menurutnya, pihaknya mengakui parti ini masih lagi 'mentah', namun ia tidak sedikit pun menjejaskan perjuangan asal parti dengan ahli sedia ada.

"Sekarang tiada sebarang masalah serius sehingga boleh menyebabkan pembubaran parti.

"Di peringkat kepimpinan negeri pun langsung tidak timbul masalah, begitu juga di kalangan ahli, tetapi sebaliknya apa yang berlaku ialah kegagalan Zaid dalam mentadbir parti dengan baik," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Sanjeevan berkata, sudah tiba masanya Zaid berundur kerana beliau kini secara tidak langsung dilihat mengabaikan tugasnya sebagai presiden.

Menurutnya, desakan supaya Zaid meletak jawatan dicapai pada beberapa siri rundingan dengan pengerusi Kita Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Kelantan, bulan lalu. Sehingga kini, seramai 300 ahli berdaftar di bawah Kita di Negeri Sembilan.

McTheory:
Zaid ni dah jadi pelarian.. mana-mana pun orang tak suka!!

TUDIAA!! Haramkah Memfitnah lagi!!

Posted: 18 Feb 2012 04:12 PM PST


Haramkahdaily memfitnah lagi. Kali Puan Sri Norainee pula yang menjadi mangsa kepada fitnahannya. Sudah la tuduhan yang dikemukakan, tanpa bukti, nampak sangat ianya satu fitnah.

Haramkah kata Puan Sri berbelanja sakan semasa di KLCC. Namun tidak dinyatakan bila waktunya, dan butik mana yang Puan Sri berbelanja. Jika benar berita ini, haramkah kena berikan waktu dan tarikhnya dengan tepat. Jangan hanya menuduh secara rambang.


Puan Sri Norainee ialah seorang isteri yang tidak pernah menonjol, walaupun beliau seorang isteri kepada TPM. Beliau sentiasa menjaga dan menjadi seorang suri rumah yang rendah diri. Pada sesiapa yang tidak mengenali beliau, pasti tidak akan menjangka tingkah laku dan sifat rendah diri yang beliau tunjukkan.

Mc memuji Puan Sri, bukan kerana beliau isteri kepada TPM, tetapi kerana beliau memang layak untuk mendapat pujian. Pemakaiannya juga menutup aurat dan tidak menjadi masalah kepada mana-mana pihak. Paling penting beliau pandai menjaga diri dan nama TS Muhyiddin Yasin sendiri.

Haramkah boleh di saman atau perlu meminta maaf pada beliau untuk membersihkan nama beliau semula. Perkara ini tidak sepatutnya dibiarkan begitu saja. Pasti selepas ini akan ada siri seterusnya untuk memfitnah Puan Sri bagi menjatuhkan reputasi TS Muhyiddin sendiri. Seperti mana yang berlaku kepada DS Rosmah dan DS Najib.

Haramkahdaily.. memang benar-benar haramm.. inilah kerja orang Pas. Fitnah adalah makanan nombor satu puak Pas!!



McTheory:
Kata Islam.. Islam celah mana, taktau la pulak!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...