Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! Noh Omar dedah skandal pasir Selangor!!

Posted: 18 Feb 2012 08:12 AM PST




Dedahkan aje.. biar melompat lagi penyamun2 pasir tuu...

TUDIAA!! Siapa yang KANTOI sebenarnya.. Anwar atau Najib?

Posted: 18 Feb 2012 04:37 AM PST

Puak Pakatan kena penyakit gila khinzir agaknya. Sampai sanggup buat superimpose gambar DS Najib untuk menunjukkan DS Najib melakukan upacara sama dengan Anwar. Lihat gambar dibawah,

Ini gambar asal

Ini superimpose

Alamak.. puak Pencacai Pakatan, kantoi sudah..
Mari kita bandingkan dengan gambar dibawah, siapa yang kantoi sebenarnya..









Adakah gambar Anwar ini superimpose?  Nampaknya helah untuk SPIN isu keagamaan ini telah puak pencacai pakatan kantoi di tengah jalan.

Nah sekarang siapa yang kantoi sekarang, Anwar atau DS Najib.

McTheory:
Kalau dah kaki fitnah tu.. buat apa pun, kerja fitnah saja kerjanya..

KASI PANAS!! Ahmad Bashah ada apa-apa ka dengan Sharizat?

Posted: 18 Feb 2012 02:12 AM PST


Puji sungguh Ahmad Bashah pada kak Ijat kita. Walaupun kak Ijat dalam tekanan kes NFC, namun kegigiganya menjalankan jentera wanita UMNO amatlah terpuji.

PANASS!! Skandal Guan Eng dan penipuannya!!

Posted: 17 Feb 2012 11:12 PM PST



Jika Lim Guan Eng seorang yang jujur,merendah diri dan tidak berbohong, sudah pasti beliau akan memberi jawapan satu persatu secara jelas, berfakta dan terang. Sebaliknya Lim Guan Eng sendiri yang merosakkan CAT yang diperjuangkan oleh regim beliau. Semuanya hanyalah bersifat kosmetik dan plastik.

Skandal RM10billion Lim Guan Eng dengan Ivory Sdn Bhd telah membuka mata ramai pihak. Ramai yang mengetahui ada yang tidak kena dengan skandal 10 billion ini kerana ia dirunding secara terus dan yang menentukan siapa yang dapat adalah Lim Guan Eng sendiri.


Berlaku rundingan dibelakang tabir buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh
pemilik tanah berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.

Ivory Sdn Bhd dan Lim Guan Eng harus memberi penjelasan kerana skandal ini membabitkan hak kepentingan awam.

Lim Guan Eng cukup terkenal dengan projek runding terus tanpa melalui tender yang telus. Kita semua harus tahu, Lim Guan Eng juga menjadi Portfolio tanah, beliau cukup arif dan tahu tentang potensi nilai tanah. Semasa masih awal menjadi ketua menteri, Lim Guan Eng sudah terbabit dengan menjual tanah lebih murah daripada harga pasaran.

Pada 2009 Lim Guan Eng berbohong kepada rakyat membabitkan isu penukaran status daripada pajakan kepada pegangan kekal selama lamanya kepada sebidang tanah lot 408 di tengah kawasan bandar .Seperti dilaporkan tanah yang ditukar status kepada E & O Hotel terlalu murah dengan harga RM45 kaki persegi berbanding dengan harga pasaran melebihi RM250 kaki persegi.

Kemudian rakyat Pulau Pinang dikejutkan dengan pengambilan alih tanah Penang Turf Club, Runding terus projek sPICE yang membabitkan kerugian kepada kerajaan negeri berjumlah lebih RM1Billion hingga menyebabkan Ketua Cabang PKR dan Ahli Majlis MPPP Lim Boon Chang keluar parti.

Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila enggan mengulas dan mengemukakan bukti bersabit penjualan tanah seluas 41.6 hektar di negeri itu kepada sebuah syarikat swasta.

Sebaliknya Guan Eng memberikan jawapan beremosi yang disifatkan tidak sepatutnya keluar daripada seorang Ketua Menteri sekaligus mencerminkan betapa rendahnya pemikiran Setiausaha Agung DAP itu.

"Saya tengok dari segi jawapan beliau, dia lebih emosi. Emosi menjawab persoalan-persoalan yang diajukan mengenai penjualan tanah tersebut. Penjualan tanah tersebut banyak kontroversi dan banyak persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri. Ini bukan soal nak kenakan beliau, kita nak tahu sama ada penjualan itu dibuat secara telus atau tidak?

Nampaknya artikel yang Mc ambil dari blog Mat Kilau benar-benar memerangkap kedudukan Guan Eng sebagai ketua menteri Pulau Pinang. Apa lagi yang boleh Guan Eng buat untuk melepaskan diri selain dari menipu?


McTheory:
Nampaknya kali ni, Guan Eng, terjun kelubang yang beliau gali sendiri!

TUDIAA!! Pas bertaruhkan Cina Mabuk untuk lawan Hasan Ali?

Posted: 17 Feb 2012 08:12 PM PST




Nampaknya Pas telah membawa satu tokoh, agaknya yang terbaik dari kalangan orang Pas untuk menghentam Hasan Ali dari meneruskan amukkannya. Baca artikel yang Mc bawa dari blog Sg.Rapat

Oleh sebab Khalid Samad gagal dalam membalas hujah yang dikeluarkan oleh Dr Hasan Ali semasa ceramahnya di Pengkalan Pegoh, Pas kawasan Gopeng terpaksa menjemput seorang cina mabuk yang juga dikatakan pengerusi Dewan penyokong bukan Islam Pas untuk menghentam Datuk Dr Hasan Ali. Kata Cina mabuk ini 'iman' dia lebih kukuh daripada Iman Dr Hasan Ali sedangkan dia sendiri pun tak teringin nak masuk Islam.


Hebat betul cina mabuk ni dari mula dia berceramah hingga selesai dia berceramah satu benda pun orang tak faham. Dia juga ada membaca surah Al-Quran tetapi kurang jelas bunyi macam suara Jepun pun ada. tapi yang menarik bila dia sebut takebeer semua pak lebai jawab Allahuakbar.

Hebat betul Cina mabuk yang diimpot khas oleh saudara Radhi Zainon. Kalau macam ini habislah Dr Hasan Ali sebab sudah ada pesaing yang cukup hebat.

Pakatan Rakyat Sungai Rapat yang dikepalai oleh Pas telah melaksanakan gerak gempur untuk memenangi Dun Sungai Rapat. Bukan itu sahaja mereka berhajat untuk mengambil semula Perak daripada Barisan Nasional.

Tetapi agak malang yang datang tak sampai 200 orang kebanyakan penyokong tegar Pas dari luar.

GEMPAR!! Apabila Nik Aziz kata Al-Quran tu ayat politik!!

Posted: 17 Feb 2012 06:12 PM PST




Al-Quran tu ayat politik? Biar betul Nik Aziz nih?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...