Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


MUHASABAH DIRI!! Menitis Air Mata Ketika Dengar Ceramah Ustaz Don Daniyal!!

Posted: 17 Feb 2012 07:35 AM PST


Aduhh.. taktau la kalau ada yang masih keras dan tegar hatinya bila dengar ceramah Ustaz muda macam Don ni.

KASI PANAS!! Betoi ka Pas Kedah nak keluar dari Pakatan Rakyat??

Posted: 17 Feb 2012 04:37 AM PST



Selepas Mc terbitkan artikel Pas Kedah rancang keluar Pakatan Rakyat. Mc dihubungi banyak pihak. Kawan ada lawan pun ada. Soalan paling popular yang Mc terima ialah, "Benarkah Pas Kedah nak keluar dari pakatan?"

Mc tak jawab secara terus, sebab Mc pun dapat infom dari orang ketiga. Tapi disebabkan Mc yakin apa yang beliau sampaikan kepada Mc adalah benar, dan mengikut logik tertentu pun sememangnya Pas harus keluar dari Pakatan. Jadi Mc mengambil keputusan untuk menulis artikel tersebut.
Untuk apa lagi Pas menunggu dalam Pakatan? Nak harap jadi menteri? berapa kerat pemimpin Pas yang akan dilantik menjadi menteri? Perdana Menteri jangan harap laa.. Sampai Hadi Awang atau Nik Aziz meninggal pun kedua-duanya tak mungkin dapat jadi Perdana Menteri.

Kalau mengikut situasi sekarang, Pas ni tak ubah macam parti pencacai dan barua Dap dan Pkr saja. Tukang bagi poster, kutip derma, sapu sampah, jaga lalu lintas, setup ceramah dan lain-lain lagi, semua Pas yang buat. Dap dan Pkr? tukang arah saja.

Itu baru sikit, sekarang ni bila masuk bab Anwar sokong Israel, takkan Pas nak sokong juga? Dok jadi bodo sikit-sikit sudah la, tapi kalau jadi bodoh teruk macam ni, baik buang jubah tu pakai seluar jeans saja la. Buat malu pakaian mengikut Islam, tapi sebenarnya dok sokong Israel.

UMNO sokong Yahudi?

Semua orang tahu itu hanyalah fitnah. Tapi puak yang dok fitnah ni pun tak pandai. Depa fitnah, UMNO bayar yahudi untuk lakukan kerja. Maknanya, yahudi terpaksa ikut cakap UMNO untuk lakukan kerja. Tapi adakah mereka sedar, bahawa Anwar dibayar oleh Israel untuk bekerja. Ini bermakna, Anwar terpaksa mengikut cakap Israel untuk membuat segala kerja.

Sebab tu Anwar sanggup sokong Israel, walaupun dalam dunia ni, semua umat Islam marahkah Israel, namun Anwar pula yang menyokong. Bos suruh, mesti la sokong, kalau tak, mana nak dapat duit ya?


Bukti dah ada didepan mata.. Pas sedar ka tak ni? Atau masih lagi bermimpi?



McTheory:
Tak payah tunggu-tunggu, demi Islam keluar saja dari Pakatan!

PANASS!! Video Terbaik Jamil Khir hentam Pakatan Kaw-kaw Punya!! part 2

Posted: 17 Feb 2012 01:12 AM PST


Video ini adalah sambungan dari part 1. Atas kesibukkan yang teramat sangat, Mc tak sempat nak upload video ni. Semalam baru sempat, insyallah part 3 akan diupload semula nanti.

GEMPAR!! Saifuddin Nasution, kena penyakit cacat Otak!!

Posted: 16 Feb 2012 10:12 PM PST



Ni ada lagi seorang bangang dari PKR yang membuatkan Mc berasa menyampah yang amat-amat sangat. Baru saja mendapat gelaran Datuk, rasa macam pegang dunia. Mengikut kenyataan dari Malaysiakini, Datuk Saifuddin Nasution cuba membuat 'SPIN' yang agak keterlaluan didalam isu sokongan terhadap Kerajaan Palestin.
Kata mangkuk ni, Kerajaan BN tidak pernah memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin tetapi sebaliknya dasar negara selama ini sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel, dan menyokong terhadap negara itu, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sehubungan itu, beliau membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sebelum ini mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim "bersifat talam dua muka" kerana menyatakan sokongannya terhadap usaha-usaha melindungi keselamatan Israel.

"Apakah Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya 25 Jan 2006?" soalnya dalam satu kenyataan media.

Aduhh...Hanya kerana satu perkara terpencil ia boleh dijadikan isu yang besar. Sepatutnya beliau perlu menyemak /mengimbas kembali berapa banyak sokongan atau bantuan yang telah Kerajaan Malaysia berikan kepada rakyat Palestin.

Sekarang Mc hendak bertanya, sudah berapa banyakkah bantuan yang PKR telah sumbangkan kepada rakyat Palestin? Jika hendak dibandingkan dengan Kerajaan dan Ngo-Ngo di negara ini, rasanya...tidak ada langsung. PKR hanya boleh beri air liur sahaja. Samalah keadaannya seperti di negara ini, yang boleh dikatakan setiap hari PKR menjanjikan rakyat Malaysia pelbagai dengan bermodalkan air liur di atas pentas ceramah. Tiada satu pun agenda pembangunan yang boleh dibanggakan. Semuanya hanyalah janji bulan dan bintang.

Salah satu bukti yang jelas Malaysia dibawah pentadbiran UMNO/BN tidak menyokong Israel kita boleh semak kembali negara-negara yang boleh dilawati kecuali Israel. Jelas tertera di dalam setiap pasport Malaysia. PKR hendak spin apa lagi?

Malah Malaysia sentiasa bersuara tegas mahukan kedaulatan negara Palestin yang dirampas oleh Israel dikembalikan semula. Hinggakan ada suatu ketika, hubungan Malaysia dengan Amerika agak panas, kerana tekanan yang cuba Malaysia lakukan.

Rasanya kerajaan Malaysia tak pernah buat perkara keji seperti Anwar yang menyokong dan mempertahankan negara Israel. Mana ada orang Islam yang suka Israel? kecuali yang hanya mengaku Islam dimulut dan di I.C semata.



McTheory:
Apa pulak Pakatan buat untuk bantu negara dan rakyat Palestin? rasanya takdak kot..

TUDIAA!! Pas Kedah Merancang ROBOHkan lagi Masjid demi pembangunan??

Posted: 16 Feb 2012 07:12 PM PST

masjid nagore
pusat dakwah..

Kedua-dua tempat diatas adalah diantara simbol Islamik paling lama dalam Alor Setar. Mc difahamkan, kerajaan Kedah telah merancang membuat pelan pembangunan baru untuk meroboh kedua-dua masjid tersebut.

Walaupun berita ini agak mengemparkan, namun jika dilihat logiknya memang ada. Madrasah Salihiah antara surau dan madrasah paling lama pun mereka sanggup robohkan. Apa la sangat setakat masjid dan pusat dakwah ni ya?


Nak baca mengenai Pusat Dakwah hendak dirobohkan klik SINI

Cerita Pasal Rancangan untuk roboh Masjid Nagore pula klik SINI

Apa la nak jadi dengan Pas Kedah ni? Dah la masjid dan surau haram tak pernah buat. Lepas tu nak robohkan lagi pulak? ishh ishh ishhh..

Ni la akibatnya kalau berkawan dengan Dap. Otak jadi rosak, kepala jadi benak!



McTheory:
Robohkan semua masjid dalam Kedah, baru puas hati kot..

TUDIAA!! Perkara Pelik, Menarik dan Benar mengenai Pas!!

Posted: 16 Feb 2012 04:12 PM PST


Hadi Awang masa muda..

Siapa tak ingat dengan Amanat Haji Hadi? Amanat yang mengkucar kacirkan umat Islam di Malaysia. Sehingga ada dua puak umat Islam serupa berlainan mazhab.

Bagaimanalah perasaan dengan orang yang taksub dengan amanat ini, sehingga sanggup bercerai berai, putus tali persaudaraan? Apa, Hadi Awang ambil kisah dan bertanggung jawab dengan apa yang berlaku setelah amanatnya yang membuat umat islam berpecah??


Hadi Awang harus bertanggungjawab apa yang berlaku ke atas umat islam, kerana ketaksuban pengikutnya dengan amanat yang di lakukannya satu ketika dulu, membuatkan suasana umat Islam di Malaysia pecah belah.

Amanat Haji Hadi Awang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di
Kampung Benggol , Peradong , Kuala Terengganu pada 7 April1981 .


"Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka . Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka .


Percayalah saudara -saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini, kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam.


Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan, politik suku, agama suku.

Itu kata Hadi Awang pada 1981.

Soalan cepu emas untuk puak pencacai Pakatan. Lani, PAS pakai perlembagaan mana dalam dasar PAS?? Pakatan Haram pakai perlembagaan apa dalam kitab jingga? Bukankah Pakatan Rakyat dah berjanji akan mengekalkan perlembagaan kerajaan sekarang sekiranya mereka diberi peluang untuk memerintah Malaysia. Macam mana dengan Amanat Hadi Awang dulu tu? Adakah amanat itu, amanat politik?

Kesian pada umat Islam yang sanggup berbunuh dan berkelahi akibat amanat Hadi Awang. Bagaimana agaknya kita boleh tafsirkan kematian mereka?

Mc pun tak dapat jawab, hanya Allah SWT yang maha mengetahui.

Untuk pengetahuan pembaca semua, amanat Haji Hadi Awang itu, dikeluarkan kerana mahu menghina UMNO yang menjalinkan kerjasama dengan parti komponen BN yang lain. Atas sebab itu Hadi Awang mengeluarkan amanat yang pelik tu. Namun sekarang, segala caci maki dan ludah keatas UMNO dulu, benar-benar kembali ke muka mereka.

Allah Maha kuasa.. zaman sekarang ni takdak hutang-hutang, bayar cash di dunia saja. Sekarang pun kita dah nampak kemungkaran dan kebodohan Pas. Amanat makan diri!


McTheory:
Sampai bila laa.. si mangkuk-mangkuk Pas ni nak sedar?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...