HASAN ALI - HUKUM ISLAM YANG DITENTANG KHALID GEREJA!!!

 


Dalam pendedahan yang dibuat oleh Datuk Dr. Hassan Ali sebelum ini banyak kali didedahkan dengan halangan dari kalangan PAS terhadap usaha beliau di Selangor.

Salah satunya ialah berkaitan dengan larangan terhadap pekerja muslim yang bekerja di premis menjual arak di seluruh Selangor.

Isu itu telah ditentang hebat oleh Si Khalid Gereja, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor dan merangkap Ahli Parlimen Shah Alam tu sendiri.

Dia lebih rela menyokong seorang pemimpin bukan Islam iaitu Ronnie Liu dalam melaksanakan larangan tersebut daripada bersetuju dengan Hassan Ali.

Apa sebenarnya Hukum yang termaktub dalam Islam berkaitan dengan pekerja muslim ni sebenarnya? Meh baca sikit intipatinya.
Islam mewajibkan umatnya mencari rezeki yang halal, maksud halal di sini ialah jauh dari tercampur benda-benda yang haram dan dilarang oleh Allah swt. Ramai umat Islam sekarang ini tidak faham dengan konsep mencari rezeki yang halal, malah mereka mengeluarkan fatwa hukum sendiri untuk menghalalkan pekerjaan mereka tersebut, walaupun mereka sedar bahawa pekerjaan mereka itu jelas haram.
Inilah yang menjadi penyakit umat Islam sekarang ini, walaupun mereka bukan dari kalangan orang yang mempunyai ilmu agama tetapi percakapan dan fatwa mereka seolah mereka orang agama. Sebab itulah jadinya sesat dan jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya.

Bekerja di restoran yang menyediakan makanan haram seperti babi, arak dan sebagainya adalah haram, hal ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)." (Al-Maidah : 2)
Ayat di atas cukup jelas bahawa Allah melarang umatnya melakukan perkara-perkara yang mungkar atau dosa seperti menjual benda-benda yang jelas haramnya. Ini seolah bersyubhat dengan pihak kedai tersebut dan meredhokan apa yang dilakukan dikedai atau restoran tersebut. Haram bagi umat Islam menjual daging babi, arak, makanan atau barang-barang yang diharamkan oleh Islam. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :
"Sesungguhnya jika Allah mengharamkan sesuatu, maka Dia juga mengharamkan nilai harganya" (Diriwayatkan oleh Ahmad)
Seterusnya, sila klik pada link dibawah. Persoalannya, takkan seorang pemimpin sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam tak tahu akan hukum ni?

Masih layak ke Si Khalid Gereja tu nak kata yang dia seorang pejuang Islam yang nak menegakkan Hukum Islam di Malaysia ni?

Kalau setakat cakap je pandai, baik tak payah!!! Benda macam ni punya jelas pun dia tak tahu, nak kata memperjuangkan Islam menda kejadahnya!!!

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...