Kedah Ke KL - MctHeory |
- KASI PANAS!! ALTANTUYA SEBENARNYA PERISIK DARI SINGAPURA TAJAAN ANWAR???
- TUDIAA!! WOII! GUAN ENG, POYO LA LU APEKII!!
- KASI PANAS!! KISAH KAPAL SELAM DAN PUAK PAKATAN HARAM!!
- KASI GEGAR!! AWAS MALAYSIAN, BORANG PALSU RM500 DI BONGKAR!!
- PANAS!! ENTA PERLU BERHATI-HATI DENGAN ANWAR!! - DR. Yusof Qardawi
- TUDIAA!! DS NAJIB TIDUR SEMASA CHOGM??
- MAMPUIH DAHH!! DS NAJIB 1 MALAYSIA!! NIK AZIZ PULA 1 KELANTAN, 1 MASJID!!
- FITNAH LAGI!! DS NAJIB SEMBANG LUCAH DI FACEBOOK!!
KASI PANAS!! ALTANTUYA SEBENARNYA PERISIK DARI SINGAPURA TAJAAN ANWAR??? Posted: 08 Dec 2011 11:09 AM PST | ||
TUDIAA!! WOII! GUAN ENG, POYO LA LU APEKII!! Posted: 08 Dec 2011 06:11 AM PST Woii Guan Eng, Lu takmau orang kasi hadiah kat lu pun lu mau bising ka? Lu hinggat lu banyak bagus sangat kah? Lu punya mulut kata tak mau hadiah, tapi hati mau itu tanah melayu, bukan hadiah. Wa tau lu takdak pandang kecik-kecik punya, sebab lu target yang besar. Ini semua wayang politik laa.. Wa tau lu belajar sama lu punya sifu, itu Lee Kuan Yew. Itu LKY manyak pandai jual melayu. Sini rugi rm1000, dia kaut balik masuk poket rm 1juta. At last, semua tanah melayu Singapork dia sapu. Lu olang punya otak manyak pandai tipu punyer.. Hanya melayu bodoh macam Pas dan Pkr saja yang percayer sama lu orang.. Pas lagi turuk, ini komunis pun dia panggil Khalifah, apa punye siaw.. la.. McTheory: Pkr itu cari makan punya parti.. luit maaa.. luit.. | ||
KASI PANAS!! KISAH KAPAL SELAM DAN PUAK PAKATAN HARAM!! Posted: 08 Dec 2011 04:33 AM PST Hari ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu media bahawa beliau telah menghantar surat jemputan rasmi kepada para pemimpin utama pembangkang untuk sama-sama merasai pengalaman menaiki dan menyelam bersama kapal selam negara, KD Tun Razak bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11). Malangnya, dari ramai-ramai yang dijemput, hanya seorang saja yang berani tampil untuk menerima jemputan tersebut. Satu-satunya pemimpin pembangkang itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang dijadualkan akan hadir pada jam 3 petang, Jumaat ini bagi memenuhi jemputan itu. Menurutnya lagi, selain Guan Eng, hanya Nurul Izzah yang memberikan respon terhadap jemputan itu. Itu pun, Izzah dilaporkan menolak pelawaan itu. Mungkin takut dirinya dimalukan dikhalayak ramai, barangkali… Lihatlah rakyat Malaysia. Ketika mana Kerajaan berhabis meningkatkan keupayaan pertahanan negara dengan pembelian kedua kapal delam tersebut, para pemimpin pembangkang berceramah di sana sini, keliling negara memburuk-burukkan negara. Kononnya, kapal selam Scorpene yang dibeli itu tidak mampu menyelam, bocor dan rosak di sana sini. Kononnya, Kerajaan BN hanya membazirkan wang rakyat membeli kapal-kapal selam tersebut. Malah, difitnahnya pula pemimpin Kerajaan kononnya menerima komisyen melalui pembelian kapal selam tersebut. Meskipun dakwaan tersebut telah diperjelas dan dijawab secara terperinci oleh Perdana Menteri dan para kabinetnya, puak-puak pembangkang tetap menolak dan memekakkan telinga seolah-olah dungu dan bodoh! Lebih menyakitkan hati lagi, mereka menyebarkan tohmahan memburuk-burukkan Kerajaan kepada rakyat. Walhal, semua yang diperkatakan itu dusta semata-mata dan mereka seolah bangga pula bila berbohong kepada rakyat… Selain itu, pembangkang juga mempersoalkan harga kapal selam yang dikatakan terlalu tinggi berbanding harga pasaran. Ishhh..!!! Kerajaan bukannya beli sampan! Kerajaan beli kapal selam lah! Lagi pun, harga sesebuah kapal selam bergantung kepada spesifikasi yang dimuatkan dalam pakej tersebut. Lebih canggih, maka lebih mahallah harganya. Janganlah nak bandingkan dengan harga kapal selam lain kerana kapal selam dibina berdasarkan permintaan pembeli! Kalau nak tahu sangat sebab-sebab kapal selam itu mahal, terimalah jemputan nak kapal selam tu. Boleh tengok secara terperinci dan tanya Zahid Hamidi mengenai harga setiap "parts" yang ada pada kapal selam tu. Tanya beliau harga kipas sebilah berapa ringgit, harga tangga, harga teropong, harga skru dan sebagainya…kasi puas hati sendiri..!!! Kini, setelah puas ditohmah, Kerajaan sekali lagi menjemput mereka-mereka yang bodoh sombong itu untuk menyaksikan sendiri kapal selam yang selama ini dikutuk mereka itu. Mana Tony Pua? Mana Anwar? Mana Mahfuz? Dan mengapa pula Nurul Izzah menolak jemputan untuk membuktikan kebenaran yang cuba dibuktikan Kerajaan itu? Memang benar mereka takut! Takut kerana Kerajaan telah berjaya membuktikan pembohongan mereka selama ini. Takut kerana tembelang mereka sudah pecah. Takut kerana segala penipuan mereka selama ini begitu senang ditangkis oleh Kerajaan. Takut kerana mereka risau rakyat tahu bahawa merekalah penabur fitnah paling berjaya abad ini! Begitulah perihal para pemimpin pembangkang. Dijualnya pembohongan kepada rakyat, dan bila dibuktikan mereka berbohong, mereka terkucil-kucil lari dari kebenaran. Saya pasti, rakyat sememangnya celik untuk menilai kebobrokan pembangkang yang gemar memanipulasi dan menjaja fitnah kepada mereka. Mereka akhirnya akan sedar bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah "permata berharga", manakala pembangkang jelas sekali "kaca yang hina". InsyaAllah, Allah akan buktikan semuanya menjelang PRU 13 nanti. Agar kita tidak silap memilih lagi… MyKMU | ||
KASI GEGAR!! AWAS MALAYSIAN, BORANG PALSU RM500 DI BONGKAR!! Posted: 08 Dec 2011 01:11 AM PST Minggu lepas dalam facebook Medan Tempur ada menulis pasal wang bantuan Rm 500 dari Kerajaan Barisan Nasional,dalam kandungan itu juga MT ada menulis perihal puak puak pr ni menipu orang ramai dengan menjual borang tersebut walaupun di edarkan percuma.. Tindakkan menjual borang tersebut adalah satu taktik mahu mempolitikan wang bantuan RM500 tersebut dan cuba membuat keuntungan.Dan hari ini Datuk Noh Omar telah membongkar cubaan menjual borang palsu tersebut. Mc ambil dari blog Medan Tempur Kedah. Minta rakan-rakan blogger lain support dan linkkan blog ini.. McTheory: Blog Rakan dari Unit Media Kedah.. | ||
PANAS!! ENTA PERLU BERHATI-HATI DENGAN ANWAR!! - DR. Yusof Qardawi Posted: 07 Dec 2011 10:11 PM PST Anwar selalu mengunakan nama Ulama terkenal Dr. Yusof Qardawi dalam ucapan dan ceramah beliau. Namun benarkah Ulama itu seratus peratus menyokong cara perjuangan Anwar? Artikel ini Mc ambil dari blog Sg.Rapat Online. Apa perkara yang Anwar dan Pakatan sembunyikan? Seorang Ulama' tersohor Prof Dr. Yusof Qardawi berpesan kepada Tuan Guru Haji Hadi dan disaksikan oleh Zulkifli Nordin ketika itu agar "berhati-hati dengan Anwar Ibrahim" sewaktu Presiden PAS dan rombongannya meminta pandangan Ikhwanul Muslimin dalam pertemuan mereka di London sebelum 16 September 2008. Pesanan ini tidak didedahkan kepada umum supaya kredibiliti Anwar tidak terjejas. Dr. Yusof Qardawi menjelaskan penglibatan Anwar dengan Amerika amat mencurigakan apabila RAND Corporation (US) mendedahkan tentang penglibatan Anwar secara langsung dalam buku yang bertajuk "Building Moderate Muslim Network" terbitan yayasan itu dan ditaja oleh Smith Richardson Foundation. Dalam buku ini didedahkan strategi Amerika merosakkan Islam dengan menaja kumpulan Muslim Moderat di seluruh dunia. Salah satu ciri Muslim Moderat adalah menolak Mahkamah Syari'ah, mengembangkan pluralisma agama dan menggalakkan dialog antara agama. Smith Richardson Foundation juga merupakan penyumbang tetap kepada satu pertubuhan Yahudi (Jewish Institute For National Security Affair). Jumlah sumbangan tetap yang disalurkan berjumlah USD 125,000 setahun bagi 2002 dan 2003. Memang licik permainan budak Cerok Tok Kun ini. Sebenarnya dah nampak sangat dia dah 'kemaruk' nak jadi PM selepas PRU12 lalu. Rupa-rupanya ada 'sponsor' dari luar sana. Jangan sampai Allah beri teguran pada Anwar untuk kali yang seterusnya, sudahlah… Anwar perlu insaf dan sedar bahawa peristiwa pemecatannya dalam tahun 1998 sehingga terpenjara selama 6 tahun adalah sebagai balasan 'dosanya terhadap PAS'. McTheory: Kegilaan pada kuasa, menjadikan Anwar tak pernah insaf.. | ||
TUDIAA!! DS NAJIB TIDUR SEMASA CHOGM?? Posted: 07 Dec 2011 07:11 PM PST DS Najib jangkit penyakit Pak Lah?? Adehh.. apakah sudah habis isu untuk portal durjana Keldaiandaily ni mainkan? Dah takdak kerja lain ke? Gambar DS Najib pejamkan mata pun boleh digunakan untuk buat fitnah. Mana ada orang tidur kepalanya tegak (tanpa di tahan)? Kalau Pak Lah dulu lain la, siap bertahan tangannya. Ini mata saja pejam, kepala tegak, itu bererti DS Najib sedang tutup mata dan berfikir, ataupun khusyuk mendengar. Bukannya beliau tidur. Busuk benar perangai pembangkang ni. Inilah kerja mereka, FITNAH, FITNAH, FITNAH. Segala fitnah menjadi makanan rutin harian. Dah penat Mc menaip untuk dedahkan fitnah pembangkang, namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang menelan apa saja yang puak ni beritakan. Allah Swt bagi akal, jadi gunakan.. itu bezanya manusia dengan haiwan. Dua-dua ada otak, tapi manusia lebihnya akal. Kalau tak guna akal, maka manusia akan jadi seekor, bukan lagi seorang. Ada faham! McTheory: Ingat Pakatan Rakyat, Ingat Fitnah!! | ||
MAMPUIH DAHH!! DS NAJIB 1 MALAYSIA!! NIK AZIZ PULA 1 KELANTAN, 1 MASJID!! Posted: 07 Dec 2011 05:11 PM PST
Kah Kah Kah.. parti mengaku Islam, kah kah kah.. kononnya pejuang Islam sebenar.. kah kah kah.. baca dulu.. kemudian gelak.. RANTAU PANJANG – Kerajaan Pas Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di sini, daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, masjid lain di seluruh negeri dibina oleh Kerajaan Pusat. "Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat," katanya hari ini. Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian. Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin parti pembangkang di Kelantan, bahawa sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun, Pas tidak membina sebuah masjid pun di negeri itu. Malah, mereka mendakwa semua masjid yang ada di negeri ini dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990. Abdul Fatah berkata, Masjid Jubli Emas yang berharga RM9.5 juta itu dibina pada 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009 hasil ilham Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas melawat Beijing, China sebelum itu. – BERNAMA Satu saja? Satu saja masjid? Tokong buddha di Kelantan berlambak-lambak di bina semasa Pas memerintah. Tapi masjid hanya satu? kah kah kah.. apa Nik Aziz buat? Semua masjid di Kelantan di buat pada masa BN perintah? Kalau BN tak perintah langsung? Maknanya takdak la masjid di Kelantan? aduhh... jangan pula Pas jawab kata masjid di Kelantan tak di bina, kerana tidak ada permintaan. ha ha ha.. jawapan skema macam kerajaan negeri Kedah. Adeh la.. sakit otak dengan puak Islam terlebih ni... Nik Aziz rembat duit peruntukan air RM600 juta, kemudian hanya buat satu masjid? McTheory: kah kah kah.. kesian rakyat Kelantan.. kah kah kah.. semput sehh.. | ||
FITNAH LAGI!! DS NAJIB SEMBANG LUCAH DI FACEBOOK!! Posted: 07 Dec 2011 03:11 PM PST Nak dijadikan cerita, sedang Mc surf mencari bahan untuk kajian.. Tiba-tiba terbuka satu blog pro pakatan. Belek la kejap, tengok apa story yang dia tengah main. Sedang belek-belek tu, Mc terlihat satu screen shot DS Najib. Mana punya makhluk yang sanggup buat fitnah macam ni? Ni satu penghinaan besar kepada pemimpin negara. Nak edit nak kutuk pun agak-agak la. Jangan la sampai tahap melampau. Inilah kerja blogger Pakatan, lucah, fitnah dan sebarkan pada umum. Busuk benar la perangai anjing belaan ni. Agaknya sifat kurang ajar ni di warisi dari mak bapak ke, atau memang diri sendiri yang bebal? McTheory: Puak ni Islam ke tengelam? |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment