Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! PERISTIWA YANG MEMBUKTIKAN PKR MEMANG HEBAT!!

Posted: 07 Dec 2011 07:05 AM PST


Gaduh, baling kerusi, pukul, pijak dan ludah adalah satu resam rasmi dalam PKR. Parti yang mendakwa pejuang demokrasi dan telus ini sebenarnya lagi teruk dari parti komunis. Di siplin langsung takdak, perangai serupa haprak!

EKSKLUSIF!! PENGHULU PAS DI TANGKAP BERJUDI!!

Posted: 07 Dec 2011 04:44 AM PST



Mc ada dapat maklumat mengenai seorang Penghulu tegar Pas. Jenis yang pakai serban besar sama dengan tayar, pakai serban sebab nak berlakon baik. Jual agama untuk berkuasa. Kena tangkap pasal main judi di sebuah tempat perjudian haram di Bandar Baharu, Kedah.

Penghulu Mukim Sok yang bernama Rahim Bin Shaari ditangkap bersama dengan 7 orang yang lain ketika beliau sedang bermain judi di Bandar Baharu.


Pada 5hb yang lepas, beliau bersama 7 orang rakannya telah didakwa dimahkamah majestret Parit Buntar. Mc di fahamkan 4 orang daripada mereka telah mengaku bersalah, dan 4 orang lagi akan dibicarakan kemudian. Mahkamah ditangguh pada tarikh yang berikutnya.

Pihak media tidak mengetahui hal ini. Mc tahu pun daripada sahabat yang sudi membocorkan rahsia kemungkaran Pas.

Banyak aktiviti kemungkaran Pas yang terselindung atau dilindung oleh pihak kerajaan Kedah. Banyak aktiviti mensonglap wang projek kerajaan yang akan didedahkan oleh Mc dan rakan-rakan Media Kedah dalam masa terdekat.

Kami hanya mengumpul bukti dan akan bongkarkan satu persatu..

CISS!! Siapa kata Pas Kedah baik?? Maksum dan berakhlak? tuih.. haprak! Meh bagi pantun sikit..


Dari Keli-K hingga ke projek Sulihh,
Projek Agro dan pasir haram,
Dulu Kedah lagi baik dari negeri Perlis,
Pas datang, habis semua projek karam!!

Negeri Kedah, negeri jelapang padi,
Tok Jan pemerintah cengeh nak mampuih,
Ekonomi Kedah kini serupa nak mati,
Satu penggal lagi confirm bungkuih!!


McTheory:
Gendang perang sudah di palu.. tunggu pa lagi?

PANAS!! PENGANUT PAS SAYANGKAN AMBIGA!!

Posted: 07 Dec 2011 01:31 AM PST



Buang tabiat nak mampus ka apa si Pengasas Haramkah kitab nombor satu orang Pas ni? Tiba-tiba nyatakan perasaan sayangnya pula pada si bekas peguam pejuang Islam murtad.




Malah beliau samakan sayangnya pada Ambiga sama seperti beliau sayangkan Nik Aziz. Beliau sayangkan Ambiga sama seperti beliau sayangkan Ulamak Pas yang lain.. hai laa.. dah nyanyuk ka apa..

Si Ambiga ni pejuang bebas seksual, pejuang kebebasan beragama, pluralisme dan pejuang umat Islam murtad.

Orang macam ni yang si pengasas Haramkah ni sayang? Biar betul ni..

Patut la berita dalam Haramkahdaily dan akhbar haramkah semua merapu lana. Tengok la siapa ketua dan penulisnya.

Orang Pas ni dah rosak teruk nampaknya.. makin hari makin gila..

McTheory:
Dulu Islam.. sekarang tengelam..

TERPANAS!! PEPECAHAN PAS DAN PKR KEDAH!! PKR makin celaru??

Posted: 06 Dec 2011 10:11 PM PST


Hari ni kita bercerita mengenai Zulkifli Yahaya lagi. Kali ni si Zul Ya ni (nama panggilan) yang selalu berfacebook untuk berkempen sesambil memancing blogger-blogger pro UMNO bagi menyertai Pas. Namun kali ini, Zul Ya sudah bocorkan rahsia. Rahsia bahawa diantara Pas Kedah dan PKR Kedah memang ada perselisihan faham yang tidak baik.


Baca tulisan yang telah di 'underline' warna merah..


"En. Fauzi Kalau nak bersama parti yang menang.. mailah join PAS, jangan masuk PKR takut CELARU!!"


Ha ha ha.. masuk PKR jadi Celaru? Apa maksud si Zul Ya ni? PKR kan sama juga parti dibawah gabungan haram, parti-parti haram seMalaysia, iaitu Pakatan Haram. Kenapa Zul Ya kata macam tu kat PKR? Serupa dendam sesuatu saja pun.

PKR tu kan parti yang membela Anwar.. kalau Pas pun tak yakin dengan PKR, macam mana rakyat marhean nak yakin?

Seorang Pengarah Penerangan dalam kerajaan negeri Pas ni boleh perlecehkan rakan parti sendiri?

Dengan kenyataan ini, maka benarlah apa yang Mc dengar..

Pas dan PKR Kedah ni, depan senyum, tapi belakang maki hamun.. rupanya benarlah, memang ada perselisihan faham yang dah lama tersimpan. Namun masing-masing terus berlakon untuk cari makan.

Retak menanti belah..


McTheory:
Jangan masuk PKR takut celaru.. ingat semua!!

PANAS!! PARTI KITA SOKONG PAKATAN HARAM!!

Posted: 06 Dec 2011 08:06 PM PST



 Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pada Selasa mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang.

Sebelum ini, parti itu mengumumkan hasratnya bertanding dalam pilihan raya umum dan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).


"Kami telah mengeluarkan banyak kenyataan bahawa kami akan menyertai pilihan raya umum akan datang, tapi sekarang kami ingin mengumumkan bahawa demi mengekalkan perpaduan dengan pembangkang, Kita tidak akan meletakkan mana-mana calon jika dengan berbuat demikian ia akan menjejaskan peluang calon pembangkang memenangi kerusi.

"Sebaliknya kami akan memberikan sokongan tanpa syarat kepada pembangkang dalam apa jua cara bagi memastikan kemenangan kepada rakyat," demikian menurut kenyataan parti itu dalam laman webnya www.partikita.com.

Parti itu berkata perpaduan menuntut parti yang kecil seperti Kita, memberi laluan kepada parti politik yang lebih besar bagi memastikan hasil optimum dalam pilihan raya.

Kita dipimpin oleh peguam yang menjadi ahli politik Datuk Zaid Ibrahim selepas meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun lepas berikutan perselisihan faham berhubung proses pemilihan dalam PKR.

Parti itu bergolak baru-baru ini yang membawa kepada pemecatan tiga anggota Jawatankuasa Kerja Pusatnya.


McTheory:
Parti ni pun pening serupa presidennya la.. kejap A kejap B..adeh..

PANAS!! USTAZ FATHUL BARI CALON MB BARU PERLIS??

Posted: 06 Dec 2011 06:11 PM PST



Biar betul ni?? Mc pun taktau benda ni betul ke tidak. Tapi jika betul pun Mc ucapkan tahniah. Untuk baca kisah khabar angin ni boleh klik SINI.

Ustaz Fathul ni Mc sempat berburak dan bertanya soalan mengenai beberapa perkara yang agak mengelirukan. Ternyata, Ustaz Fathul tak kedekut ilmu dan cuba sebaik mungkin untuk menerangkan beberapa perkara kepada Mc.


McTheory:
Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama tempohari.. he he..

TUDIAA!! BADDROL BAKHTIAR TETAP MAHU KELUAR DARI KEDAH!!

Posted: 06 Dec 2011 03:12 PM PST



Dulu Mc pernah menulis mengenai Baddrol yang mahu meninggalkan pasukan Kedah, nak baca boleh klik SINI. Kalau tidak ada sebab tak mungkin Baddrol nak meninggalkan pasukan Kedah. Depan mungkin beliau tak berani cakap, tapi dalam hati siapa yang tahu?

Tonggak pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar berharap Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempertimbangkan hasratnya untuk menyertai kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya.


Baddrol berkata, tawaran seperti itu sememangnya dinanti-nantikan kerana mahu menimba pengalaman baru selain mahu meningkatkan mutu permainan.

"Saya telah mengadakan perbincangan lanjut dengan KFA mengenai perkara ini kerana tawaran yang diterima dari kelab tersebut hanya dalam bentuk lisan.

"Namun segala keputusan akan dibuat sekurang-kurangnya sehari dua lagi dan saya menyerahkan perkara ini kepada pihak pengurusan (KFA) untuk mempertimbangkan peluang ini," katanya selepas sesi pertemuan mesra antara pemain skuad Sukan SEA XXVI dengan para peminat, anjuran Nike Malaysia di sini semalam.

Turut serta ialah enam lagi pemain iaitu Mohd Muslim Ahmad, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, K. Gurusamy, Ahmad Fakri Saarani, Mohd. Asraruddin Putra Omar dan Mohd. Irfan Fazail.

Pemain kelahiran Sungai Petani ini yang masih mempunyai kontrak setahun bersama skuad Kenari sehingga hujung tahun depan berkata, dia mahu mengikut jejak langkah Safee Sali, yang bermain dalam kelab yang sama yang berpangkalan di Jawa Barat.

"Ia memang tawaran yang terbaik bagi saya untuk mengembangkan pengalaman dan saya telah mendapat nasihat daripada Safee.

"Banyak kata-kata positif yang dia berikan kepada saya untuk beraksi bersama pasukan luar negara," katanya.

Beliau berkata, sekiranya masih bermain dengan pasukan Kedah musim depan, beliau menyasar untuk membantu Kedah menduduki kelompok lima terbaik dalam Liga Super.

"Perancangan bersama Kedah semestinya yang terbaik akan saya lakukan bagi memartabatkan sekurang-kurangnya satu piala dibawa pulang ," katanya. - Bernama

KASI PANAS!! UMNO PERLU MENIPU MACAM ANWAR UNTUK TERUS HIDUP!! -- Dr. Asri

Posted: 06 Dec 2011 11:33 AM PST


Tajuk diatas tu bukan Dr Asri kata, tapi Mc yang kata. Mc kata macam tu sebabnya, mengikut kefahaman Mc tentang apa yang diulas oleh Dr Asri dalam video di atas. Parti mana yang memberi harapan yang 'lebih' akan di sokong oleh rakyat. Maknanya, UMNO kena ikut macam Anwar la.. Kena janji yang bukan-bukan, kena tipu rakyat sana-sini baru ramai orang sokong.

Apakah itu maksud harapan Dr Asri? adehh..

Apa pula pendapat pembaca?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...