Tangguh perbicaraan: Helah licik Anwar, berapa kali mahu tangguh daaaa...

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi cuba menangguhkan perbicaraan kes liwatnya membuktikan helah licik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk mengelak daripada membela diri di mahkamah.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, helah itu termasuk mahu mengheret Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi yang sengaja dibuat untuk mengalih perhatian rakyat.

''Helah licik itu antara lain mahu menemu bual saksi sebelum beliau membela diri di mahkamah. Inilah tindakan Anwar untuk mengelak daripada membela diri.

''Beliau sengaja berbuat demikian untuk mengalih perhatian dengan cuba mengaitkan Perdana Menteri. Ia jelas membuktikan Anwar semakin tersepit dan cuba mencari jalan supaya perbicaraan ditangguhkan.

''Percubaan tersebut juga sebagai taktik Anwar untuk meraih simpati rakyat. Ini menunjukkan Penasihat PKR itu semakin takut menghadapi kenyataan,'' katanya.

Beliau berkata demikian menerusi blognya, http://www.umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.

Syed Ali berkata, jika Anwar berani kerana benar, beliau tidak sepatutnya cemas untuk membela diri di mahkamah bersabit kes liwat yang dihadapinya.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan berpuluh nama pemilih telah didaftar dalam satu alamat yang sama.

''Kejadian seperti itu dikatakan telah berlaku di kawasan Parlimen Permatang Pauh, yang diwakili oleh Anwar.

''Bagaimanapun, apabila perbuatan tidak bertanggungjawab itu terbongkar, pembangkang menuduh UMNO yang melakukannya. Inilah muslihat jahat PKR dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya,'' tambahnya

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...