UMNO Online - “Tidak Salahkan Pas…. Sampai Bila DAP Mampu Main-mainkan Pas?” plus 9 more

UMNO Online - “Tidak Salahkan Pas…. Sampai Bila DAP Mampu Main-mainkan Pas?” plus 9 more

Link to UMNO Online

Tidak Salahkan Pas…. Sampai Bila DAP Mampu Main-mainkan Pas?

Posted: 16 Jun 2014 04:44 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 Jun –Sekiranya benar DAP tidak bermaksud menyalahkan Pas atas kekalahan calon mereka pada pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan yang baru lalu DAP sepatutnya segera membuat penjelasan serta merta berkenaan perkara tersebut bukan mengambil masa beberapa hari untuk membuat penafian.

Malah penafian yang dibuat DAP juga selepas parti itu menerima kritikan keras dari ahli dan pemimpin Pas yang ternyata kurang senang dengan dakwaan DAP yang seolah-olah cuba meletakkan kekalahan mereka di atas bahu Pas semata-mata

Mengulas perkara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad menyifatkan penafian DAP itu hanyalah memaparkan sikap tidak ikhlas DAP yang cukup bijak memutarbelit kenyataan.

Menurut beliau nada terbaru yang tidak menyalahkan Pas pula sememangnya sudah dijangka dan bukanlah perkara yang mengejutkan kerana DAP sememangnya cukup bijak untuk bersandiwara mempermain-mainkan rakan pakatan mereka terutama Pas.

"Inilah wajah mereka dan inilah permainan mereka. Tidak pelik pun… malah sebelum mereka buka mulut pun kita dah boleh jangka wayang mereka. Sebab itulah bagi saya dalam soal ini tidak terkejut sedikit pun.

"DAP boleh berubah wajah dalam sekelip mata.  Strategi mereka hanya bersandarkan kepada keuntungan politik tanpa mengira lawan atau kawan," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sebelum ini Ahli Parlimen Pucong, Gobind Deo Singh dilapor membuat kenyataan bahawa faktor kekalahan calon DAP di Teluk Intan adalah berpunca daripada isu hudud yang dibangkitkan oleh Pas baru-baru ini.

Bagaimanapun penasihat DAP, Lim Kit Siang pula menafikan perkara tersebut dan mendakwa Gobind tidak bermaksud menyalahkan Pas apabila calon DAP kalah dalam PRK itu dan hanya berkata ada isu hudud hanya antara faktor kekalahan, dalam pertemuannya dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Institut Pemikiran Tok Guru, Kota Bharu Kelantan.

Saarani yang juga Ketua UMNO Lenggong seterusnya percaya pertikaian demi pertikaian yang berlaku di kalangan parti pakatan pembangkang sebenarnya memaparkan ikatan sesama mereka makin rapuh.

“Apa yang mengikat mereka ketika ini hanyalah sandiwara.  Keyakinan kita seperti dinyatakan sebelum ini bahawa pakatan pembangkang ini akhirnya akan menuju kehancuran.

“Sampai bila mereka boleh bersandiwara…. kita tunggu dan lihat," ujarnya. -MediaUMNO

NGO Islam Desak Jais Tidak Pulangkan Bible Yang Dirampas

Posted: 16 Jun 2014 03:43 AM PDT

SHAH ALAM, 16 Jun -  Kira-kira 100 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam pada Isnin mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak tunduk kepada arahan kerajaan Selangor yang meminta jabatan itu memulangkan semula 300 naskhah Bible dalam bahasa Malaysia yang dirampas pada Januari lepas.

Pengerusi Pembela-pembela Islam Malaysia (Pembela), Hafiz Nordin yang mewakili gabungan kira-kira 100 NGO itu berkata, ini berikutan naskhah Bible tersebut mengandungi kalimah Allah yang dilarang penggunaannya oleh kaum bukan Islam di negeri ini.

“Tidak perlu dipulangkan kitab Bible yang dirampas itu kerana kitab itu bercanggah dengan titah Sultan Selangor dan fatwa negeri ini yang melarang kaum bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam kegiatan agama mereka,” katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Khamis lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan mengarahkan JAIS memulangkan semua kitab tersebut kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Arahan itu dibuat berikutan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan akan dibuat berhubung kes rampasan Bible dan kes itu ditutup.

Abdul Gani berkata, naskhah Bible yang dirampas itu adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian.

Selain Pembela, gabungan NGO itu turut diwakili Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Malaysia Bukan Negara Sekular – Jamil Khir

Posted: 16 Jun 2014 03:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Malaysia bukan negara secular berdasarkan fakta sejarah yang menunjukkan bahawa negara ini ditubuhkan berasaskan Kerajaan Islam Kesultanan Melayu, dan Raja-Raja merupakan ketua agama Islam bagi negeri masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perkara itu diperkukuh dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan agama Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan di mana-mana bahagian persekutuan.

“Kedudukan ini dizahirkan lagi dengan adanya peruntukan-peruntukan lain yang menjaminnya, antaranya Fasal (4) Perkara 11 berkenaan penyekatan pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan penganut agama lain oleh undang-undang negeri atau persekutuan.

“Fasal (2) Perkara 12 mengenai hak berkenaan pendidikan, apabila sah bagi persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan institusi Islam, membantu atau mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan anggota Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew yang ingin tahu sama ada Malaysia sebuah negara sekular atau negara Islam, di Dewan Rakyat hari ini.

Jamil Khir berkata perkara itu juga diperkukuh lagi dengan Fasal (1A) Perkara 121 yang menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Ssyariah.

Katanya keadaan itu jelas berbeza dengan negara sekular yang tidak menetapkan sesuatu agama sebagai agama negara tetapi rakyatnya dibenar untuk mengamalkan agama mereka masing-masing.

Ling juga ingin tahu sama ada hukum hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan adakah kerajaan pesekutuan bercadang untuk melaksanakan hokum hudud.

Jamil Khir berkata kerajaan sedia maklum berkenaan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan undang-undang jenayah Syariah di negeri itu.

Namun katanya, sebelum melaksanakan undang-undang itu, peruntukan undang-undang sedia ada perlu diteliti terlebih dahulu bagi memastikan pelaksanaan undang-undang syariah itu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

“Dalam hal ini kerajaan sentiasa berusaha mengambil pendekatan secara bertahap bagi memastikan undang-undang jenayah Syariah dilaksanakan termasuk memperluas bidang kuasa Mahkamah Syariah, menaiktaraf sistem kehakiman Syariah dan menyemak semula kedudukan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah,” katanya.

Anwar Hilang Batasan Dalam Berpolitik – PIMPIN

Posted: 16 Jun 2014 02:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Semalaysia (PIMPIN) menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk-burukkan nama negara di mata dunia di dalam temuramah terbaru bersama British Broadcasting Company (BBC) sebagai satu tindakan yang tidak wajar dan tidak melambangkan kesetiaan kepada tanah air.

Menurut Timbalan Presidennya, Mohd Rozi Rosli, sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita mahu menjadi seorang Perdana Menteri di negara ini, tidak sepatutnya beliau memburukkan negaranya sendiri.

"Ini jelas memperlihatkan Datuk Seri Anwar sudah hilang batasan dalam berpolitik. Pendapat kami, cukuplah beliau mengkritik kerajaan dari dalam negara dan tidak perlu memburukkan nama negara di mata dunia.

"Ini kerana apa yang dikatakan oleh beliau bukannya betul belaka. Beliau mempertikaikan kehakiman negara, mendakwa ada campur tangan politik dan sebagainya, ini tidak betul. Berapa kali mahkamah melepaskan beliau? Berapa kali beliau menang kes saman terhadap akhbar di negara ini? Jika sistem kita tidak adil, beliau tidak ada peluang untuk menang walaupun satu kes," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa Anwar perlu melihat dirinya terlebih dulu sebelum memburukkan mana-mana pihak, apatah lagi negara tempat tinggalnya sendiri.

"Dari segi politik, sudah berapa kali Anwar bercakap bohong dengan rakyatnya sendiri? Peristiwa 16 September, kes pengundi hantu, bangla dan sebagainya. Ternyata apa yang didakwanya itu, sehingga mencetuskan beberapa siri perhimpunan adalah bohong semata-mata.

"Manakala dari segi pentadbiran parti, Anwar sendiri tidak dapat menguruskan partinya yang sekecil itu. Kita lihat saja apa sudah jadi dengan pemilihan PKR yang bercelaru dan didakwa tidak adil dan berat sebelah, serta dicemari unsur-unsur rasuah. Jika menguruskan parti yang sekecil itu pun Anwar tidak mampu, apakah beliau mengukur dirinya berkemampuan dalam mentadbir negara?," soalnya tegas.

Justeru itu, beliau berpendapat bahawa sudah sampai masanya Ketua Pembangkang itu berhenti daripada memburuk-burukkan negara melalui temuramah media asing yang tidak mendatangkan sebarang manfaat untuk rakyat di negara ini.

"Saya rasa cukup-cukuplah. Berpolitiklah dengan cara yang lebih matang, berhujah dengan fakta dan tidak menjadikan politik sebagai medan untuk menyemai kebencian sesama kita sendiri. Tidak ada manfaatnya kita memburuk-burukkan negara di mata luar kerana ia akan memberikan kesan kepada banyak perkara terutama ekonomi dan campur tangan asing di dalam pentadbiran negara," jelasnya.-MediaUMNO

Suara Malaysia Lebih Didengari Jika Jadi Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB

Posted: 16 Jun 2014 02:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Suara Malaysia akan lebih didengari dan mempunyai kuasa lebih besar untuk melakukan transformasi jika Negara terpilih menduduki kerusi wakil tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) bagi penggal 2015-2016.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata Malaysia mampu memainkan peranan lebih aktif memastikan pelaksanaan bersama dasar dan keputusan berkaitan dengan pemeliharaan keamanan dan keselamatan dunia.

“Malaysia yakin boleh jadi penyumbang dari segi kepimpinan dalam UNSC serta menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk membawa satu suara besar untuk negara kita serta negara-negara yang menyokong kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014 dan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2014 pada peringkat jawatankuasa dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Malaysia sebelum ini menduduki kerusi itu sebanyak tiga kali iaitu pada 1965 (berkongsi dengan Czechoslovakia) dan pada 1989 hingga 1990 dan 1999-2000 di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada 15 Jun 2001, Malaysia mengemukakan pencalonan untuk menduduki kerusi ahli tidak tetap UNSC dan menjangkakan pengundian secara rahsia oleh ahli-ahli tidak tetap PBB pada bulan Oktober depan pada Perhimpunan Agung PBB ke-69.

Tema kempen pencalonan Malaysia sebagai ahli tidak tetap kerusi UNSC adalah ‘Keamanan dan Keselamatan melalui Kesederhanaan’ dan pencalonan Malaysia telah diberi perakuan oleh 10 negara anggota Asean pada 29 Sept 2013 dan Kumpulan Serantau Asia Pasifik pada 29 Jan lepas.

Malaysia perlu memastikan mendapat sekurang-kurangnya dua pertiga undi daripada 193 negara anggota PBB yang hadir dan mengundi semasa pemilihan bagi memenangi kerusi tersebut.

Hamzah berkata pencalonan Malaysia perlu menjadi kebanggaan kerajaan mahupun parti pembangkang kerana UNSC merupakan badan keselamatan tertinggi, berprestij dan diiktiraf dunia untuk mempertahankan dan memelihara keamanan dan keselamatan dunia.

Berhubung sokongan negara besar seperti China dan Amerika Syarikat, beliau berkata: “Malaysia bukan ghairah untuk menjadi pengikut negara-negara ini. Sepatutnya pemimpin kerajaan dan pembangkang perlu bangga tentang sokongan itu.

“Ramai silap faham, sokongan Amerika Syarikat dilihat seolah-olah Malaysia akan mengikut telunjuk negara itu adalah tidak benar.”

Cadangan Bawa Usul Hudud Disalah Tafsir – Ketua Pembangkang DUN Selangor

Posted: 16 Jun 2014 02:17 AM PDT

SHAH ALAM, 16 Jun – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias menegaskan cadangan seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk membawa usul tentang pelaksanaan hukum hudud pada persidangan DUN telah disalah tafsir sesetengah pihak.

Beliau yang kesal dengan perkara itu berkata ia disalah tafsir sebagai seolah-olah BN yang memperjuangkan pelaksanaan hukum Hudud sedangkan ia adalah agenda utama perjuangan parti Pas selama ini.

Katanya penarikan balik usul yang dicadang dikemukakan oleh Kamarol Zaki Abdul Malik (BN-Sungai Air Tawar) adalah untuk memberi peluang kepada 15 Adun daripada PAS mengemukakan sendiri usul berkenaan memandangkan hudud adalah agenda utama perjuangan parti tersebut.

“Saya hairan sebab surat saya yang dihantar sebelum ini kepada Speaker dewan (untuk membawa usul hudud) belum mendapat maklum balas sama ada ia diterima ataupun tidak, tetapi tiba-tiba meletup macam-macam kononnya UMNO akan bawa rang undang-undang mengenai pelaksanaan hudud di negeri ini.

“Cadangan usul itu hanyalah untuk meminta kerajaan negeri mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang DUN ditangguhkan ke esok pagi.

Jumaat lepas, kesemua Adun Selangor daripada BN bersetuju menarik balik usul yang meminta kerajaan negeri mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud untuk dibentangkan pada persidangan DUN.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shamsudin berkata pihaknya tidak akan campur tangan dalam tindakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang enggan memulangkan kitab Bible  versi Bahasa Malaysia dan Iban yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada  Januari lepas.

MAIS mengambil keputusan itu setelah tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengatakan tidak akan ada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan 300 naskhah Bible tersebut, sekali gus menutup kes berkenaan.

“Untuk saya, apa juga tindakan yang menjaga imej umat Islam daripada dijadikan  murtad, sebagai Adun beragama Islam saya sokong,” kata Mohd Shamsudin.

Malaysia Welcomes Establishment Of Palestinian National Unity Government

Posted: 16 Jun 2014 01:24 AM PDT

PUTRAJAYA, June 16 – The Malaysian Government welcomes the establishment of the Palestinian National Unity Government on June 2, paving the way for a democratic process by the Palestinian people in the near future.

In a statement today, the foreign ministry said Malaysia believed a united Palestine Government represented the collective will of the people of Palestine.

“This will empower Palestine to engage confidently in the Middle East Peace Process and realise the aspiration of the people of Palestine for self-determination, including the establishment of an independent and sovereign State of Palestine with East Jerusalem as its capital,” it said.

In this regard, it said the Malaysian Government reaffirmed its full support to the Palestinian National Unity Government and the people of the State of Palestine in their just cause.

“The Government of Malaysia also reiterates its commitment to continue to work closely with the international community towards a comprehensive, just and peaceful solution for Palestine,” it added.

JKKKP Perlu Berperanan Sebagai Ejen Penerangan – Shafie

Posted: 16 Jun 2014 01:02 AM PDT

KEPALA BATAS, 16 Jun – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) perlu berperanan sebagai ejen penerangan dalam menyampaikan maklumat tepat dan benar kepada masyarakat agar setiap program dirancang kerajaan dapat memberi manfaat.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata selain berperanan sebagai tulang belakang pembangunan luar bandar, JKKKP juga perlu peka tentang inisiatif semasa dalam usaha memastikan pencapaian status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

shafie-apdal-semporna-sabah-menteri-naib-presiden-umno-bn“JKKKP adalah pemudahcara dan pendorong kepada penduduk kampung untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ditawarkan oleh kerajaan, selain menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat.

“Contohnya taklimat mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) perlu disampaikan dengan tepat dan jelas agar tidak wujud tanggapan dan persepsi buruk rakyat terhadap pelaksanaan GST,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada 484 pengerusi dan 483 setiausaha JKKKP seluruh Pulau Pinang di Dewan Maktab Rendah Sains Mara, Kepala Batas.

Selain itu, Mohd Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata JKKKP sebagai ejen transformasi juga perlu mempunyai perancangan dalam membangunkan kawasan masing-masing dari aspek infrastruktur dan sosio-ekonomi dalam  usaha menjana pendapatan penduduk.

“Pembangunan sumber alam semulajadi yang berpotensi di kawasan masing-masing hendaklah diterokai bersama-sama dan dimaksimumkan sebaik mungkin supaya setiap penduduk mendapat manfaat langsung dan tidak langsung.

“JKKKP selaku pemimpin di peringkat akar umbi perlu berani membuat perubahan ke arah kebaikan dan peningkatan kualiti hidup masyarakat,” katanya.

Oleh itu katanya persepakatan dan perpaduan perlu digemblengkan secara berterusan melibatkan masyarakat setempat supaya agenda transformasi memajukan masyarakat kampung mendapat sokongan padu.

ESSCom Should Boost Cooperation In Intelligence With Philippines – Zahid Hamidi

Posted: 16 Jun 2014 12:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 16 – Security in the Eastern Sabah Security Command (ESSCom) areas not only depends on the assets and personnel of the ESSCom, but should also involve cooperation in terms of intelligence with the Philippines.

Home Minister, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the existence of the ESSCom should never be disputed, but it should enhance intelligence cooperation with the Philippines to avoid any form of crime in the area.

“We should not depend on upgrading our assets and equipment alone, but we have to strenghthen our intelligence networking with the government of the Republic of the Philippines (GRP).

“Efforts also have been taken to strenghthen the position of our people in order to monitor their movements,” he said after receiving a courtesy call from the United States Ambassador to Malaysia, Joseph Y.Yun at a hotel, near here today.

Ahmad Zahid said this when commenting on the latest kidnapping incident in Kunak, Semporna, Sabah at midnight last night involving two men, one of whom was a caretaker of a caged-fish breeding project while the other was a man from the Suluk ehtnic group, who were abducted by two armed men in Kampung Sapang, west of Pulau Timbun Mata.

“As their aim is to collect ransom, they will continue to carry out such activities. I know the culture of this group is to take revenge and make this as a source of earning an income.

“So, I feel that ESSCom must be more prepared in taking any action and never be complacent in carrying out their operations. I’m confident this can be done by ESSCom officers, particularly the military taking over the leadership in ESSCom operations,” he said.

Ahmad Zahid meanwhile gave the assurance that victims of the kidnappings would be traced with the cooperation of everyone, including the Royal Malaysia Police.

Concerning his meeting, he said the United States had offered high-powered boats to boost security in the national waters, especially in Sabah, “which will be deployed to the Royal Malaysian Navy.”

“At the meeting, we discussed four main issues namely visa exemption for visits to the United States, transnational crime, efforts to overcome the problems of militants and ‘trafficking in person’,” he added.

Pengunjung Positif Perkhidmatan Di klia2 – Aziz Kaprawi

Posted: 16 Jun 2014 12:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Jun  – Tinjauan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mendapati pengguna berpuas hati dengan perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata MAHB selaku pengendali lapangan terbang di negara ini sentiasa melakukan tinjauan untuk menambah baik perkhidmatan mereka.

“MAHB sentiasa menjalankan tinjauan Airport Service Quality (ASQ) di semua lapangan terbang negara termasuk klia2. Setakat ini, hasil tinjauan amat menggalakkan dan positif,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang ingin tahu jika kementerian membuat sebarang kajian sejak klia2 mula beroperasi 2 Mei lepas.

Menjawab soalan lain berkaitan Sistem Pemprosesan Penumpang Guna Sama (CUPPS) SITA yang merangkumi sistem daftar masuk di klia2, Ab Aziz yang juga Anggota Parlimen Sri Gading berkata sistem itu terpaksa diwajibkan ke atas semua syarikat penerbangan bagi memastikan kelancaran operasi di klia2.

“Sistem ini mengintegrasi kesemua sistem-sistem penerbangan seperti pintu. bagasi dan Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS).

“SITA dapat memastikan kesesakan di terminal yang berpunca daripada masalah teknikal di kaunter daftar masuk dapat dielakkan,” kata Ab Aziz.

SITA adalah penyedia utama dunia bagi penyelesaian perniagaan teknologi maklumat (IT) bersepadu.

Selain itu, beliau berkata kementerian akan mempertimbangkan kemungkinan mengintegrasi sistem daftar masuk setiap syarikat penerbangan sebagai sebahagian sistem CUPPS sedia ada, dalam tempoh satu tahun.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...