UMNO Online - “PT3 More Concise, Comprehensive Than PMR -Idris” plus 9 more

UMNO Online - “PT3 More Concise, Comprehensive Than PMR -Idris” plus 9 more

Link to UMNO Online

PT3 More Concise, Comprehensive Than PMR -Idris

Posted: 22 Jun 2014 05:44 AM PDT

BESUT, June 22 –  The Form Three Assessment Examination (PT3), which will be conducted from this July 1 until October 17, is more concise and comprehensive compared to the Penilaian Menengah Rendah (PMR) that is previously implemented.

Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh said the PT3 results would also contain four pages of asessment from the student’s various aspects while the PMR results only involved one page that recorded the result of the subjects taken.

Through the forthcoming PT3 the form three students would obtain four types of assessment on the overall result, description of the subject results, physical activities’ administrative report, sports and co-curriculum (PAJSK) and psychometric report related to one’s interest and inclination.

“Parents and guardians can see for themselves their children’s overall performance, which is not purely focusing on the achievement on each subject,” he told reporters here today.

He was confident that parents and guardians would be more satisfied with the PT3 results that replaced the PMR this year.-MediaUMNO

Laporan Kapten Zaharie Suspek Utama Kehilangan MH370 Tidak Benar -Hishammuddin

Posted: 22 Jun 2014 05:40 AM PDT

hishammuddin-hussein1-230813_840_560_100
KLUANG, 22 Jun –  Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal laporan sebuah akhbar di United Kingdom mengenai juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai suspek utama di sebalik kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Hishammuddin berkata perbuatan akhbar terbabit yang melaporkan tanpa sumber sahih merupakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan meningkatkan jualan akhbar.

“Kalau hendak layan akhbar di UK (United Kingdom), hari-hari mereka ada cerita baharu. Jika ada asas, pihak tertentu di UK kena beri kita bukti dan petunjuk. Kita akan siasat mengenainya dan tidak perlu heboh di akhbar,” katanya kepada pemberita selepas majlis 1Veteran 1Malaysia: Jasa Mu Sentiasa Dikenang dan Dihargai, di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata Malaysia sentiasa konsisten dari awal mengenai apa jua petunjuk kejadian itu dan setiap perkara yang perlu diperjelaskan kepada umum mesti mendapat pengesahan daripada pakar serta badan tertentu.

Beliau berkata kesahihan sebarang perkembangan kejadian terbabit amat penting kerana kerajaan tidak mahu keluarga juruterbang mahupun anak kapal dan keluarga keseluruhan penumpang menerima pelbagai tuduhan yang boleh menjejaskan mereka.

“Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga sudah menegaskan bahawa kita menggunakan segala pertimbangan bila kita siasat juruterbang, anak kapal dan penumpang. Jadi kita jangan layan konspirasi teori kerana kalau ada perkara yang disembunyikan sudah tentu ada pihak lain yang akan membantah,” kata Hishammuddin.

Akhbar Sunday Times, UK melaporkan polis Malaysia kini menganggap suspek utama di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah juruterbang penerbangan tersebut, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Akhbar itu melaporkan Zaharie menjadi sasaran kini selepas semua yang lain di atas pesawat tersebut dibersihkan.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin menyifatkan desas-desus yang mengaitkan namanya untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai perbuatan nakal dan tidak bertanggungjawab.

Naib Presiden Umno itu berkata tindakan seumpama itu sengaja melaga-lagakan pemimpin dan bertujuan melemahkan parti.

“Kita tidak boleh ikut rentak ini kerana kita perlu rapatkan barisan dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada perdana menteri dan timbalan perdana menteri,” katanya.

Sebelum ini, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.

Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan perdana menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan Gerakan.-MediaUMNO

Tiada Sebab Persoal Malaysia Sebuah Negara Islam – Dr. Asyraf Wajdi

Posted: 22 Jun 2014 05:19 AM PDT

JAKARTA, 22 Jun  – Kedudukan Malaysia sebagai negara Islam tidak perlu dipersoalkan kerana ia sudah termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan Islam adalah  agama Persekutuan.

Justeru itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tiada sebab bagi mana-mana pihakuntuk membangkitkan perkara itu.

“Mereka yang mempersoal kedudukan Malaysia sebagai negara Islam sebenarnya berniat jahat terhadap kestabilan dan keharmonian yang dicapaiMalaysia sejak sekian lama,” katanya selepas perasmian Seminar Malaysia Ke Arah Transformasi 2014 oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada Ahad.

Sempena seminar sehari anjuran bersama Yadim dan pejabat kedutaan itu,  Asyraf turut membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pendekatan Wasatiyyah dan Maqasid al-Syariah Dalam Transformasi Ekonomi di Malaysia’.

Asyraf menegaskan dalam Perlembagaan Persekutuan juga menjelaskan bahawa hak agama lain tidak dinafikan sehingga penganut agama Kristian, Buddha dan Hindu diberi ruang mengamalkan fahaman agama mereka.

Beliau berkata berbeza dengan negara sekular, Malaysia tidak dibangunkan atas doktrin agama yang dipisahkan terus daripada urusan politik dan pentadbiran negara.

“Di Malaysia, prasarana Islam dibangunkan dengan menggunakan dana negara. Kalau Malaysia sebuah negara sekular tentu tidak boleh sama sekali  menggunakan dana negara untuk sebarang program agama Islam,” katanya.

Mengambil contoh usaha kerajaan mewujudkan, antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta Bank Islam dengan menggunakan dana negara, beliau berkata usaha berkenaan merupakan manifestasi kedudukan istimewa Islam di Malaysia.

“Semua ini dapat dilaksanakan menggunakan dana kerajaan kerana hakikatnya Malaysia meletakkan Islam pada kedudukan tertinggi dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tidak mungkin sebuah negara yang ditakrifkan sebagai sekular boleh melaksanakan pelbagai dasar dan program berkaitan agama, tambahan pula menggunakan dana negara bagi tujuan mengembangkan Islam,” katanya.

Asyraf berkata provokasi yang dicetuskan parti pembangkang mengenai  kedudukan Malaysia itu adalah terjemahan perasaan kurang senang pihak yang mempunyai kepentingan agenda politik mereka.

Justeru itu, beliau mengajak seluruh umat Islam agar kembali merapatkan saf untuk bersama-sama membangunkan Islam dan tidak terperangkap dalam polemik yang sengaja ditimbulkan itu.

Sambil melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir umat Islam yang khayal  dengan provokasi bahawa Malaysia sebuah negara sekular, beliau menyifatkan golongan tersebut sebagai petualang negara.

“Golongan ini hanya mengikut rentak politikus pembangkang tanpa mahu memahami apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Mereka juga tidak cuba memahami apakah selama ini berlaku diskriminasi agama sehingga kedudukan Malaysia mahu terus dipersoal,” katanya.-MediaUMNO

Business Success Of Sabah Cooperatives In Line With National Cooperatives Policy

Posted: 21 Jun 2014 11:51 PM PDT

KOTA KINABALU, June 22 – Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has expressed pride over the state’s robust cooperative movement whose business success is in line with the National Cooperative Policy of contributing 10 per cent to the country’s Gross Domestic Product (GDP).

Musa, who is also the state Finance Minister, said to achieve this target, every cooperative had to make a paradigm shift in its respective business.

“The change and target can be achieved with commitment and the active involvement of every member as a whole.This is on the basis that the strength of a cooperative rests in the commitment of its members,” he added.

He said this in his speech while officiating the 39th annual general meeting of the Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Bhd (KOPEKS), here today.

The text of his speech was delivered by the Sabah Deputy Chief Minister and  Minister of Agriculture and Food Industries, Datuk Seri Yahya Hussin.

Musa also expressed satisfaction with KOPEKS’s various corporate social responsibility (CSR) programmes such as donating to social causes and mosques.

“Apart from this, KOPEKS is also to be congratulated for introducing special loans to members and government staff, which has helped alleviate their debt burden and bailed them out of steep external debts,” he said.

He also hoped KOPEKS with a membership of more than 11,000 and its leadership in particular, will take good care of its funds, and continue to manage the cooperative well.-MediaUMNO

MPM Mahu Kerajaan Amanahkan TNB Kendalikan Seluruh Projek Penjanaan Tenaga Elektrik

Posted: 21 Jun 2014 11:47 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Majlis Perundingan Melayu (MPM) hari ini mendesak kerajaan mengamanahkan kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk mengendalikan seluruh projek penjanaan tenaga elektrik.

Setiausaha Agungnya Datuk Dr Hasan Mad berkata selain diiktiraf beberapa negara luar melalui projek penjanaan tenaga, TNB juga mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk mengendalikan projek seperti itu termasuk penjanaan tenaga berskala mega.

MPM

“Kita bukan nak salahkan kerajaan tetapi kami berpendapat sudah tiba masanya kerajaan buat keputusan yang lebih baik dengan menyerahkan amanah mengendalikan seluruh penjanaan tenaga elektrik kepada TNB.

“Selain berpengalaman, kemampuan yang diiktiraf serta memiliki teknologi yang boleh digunakan dalam projek penjanaan tenaga, hasrat kerajaan untuk menswastakan projek berkenaan juga mendapat tentangan banyak pihak, termasuk beberapa kesatuan pekerja TNB sendiri,” katanya pada sidang media di Wisma Bernama di sini.

Beliau berkata MPM bersama 400 badan bukan kerajaan telah mengkaji dengan mendalam dan dengan segala kemahiran, teknologi dan pengalaman yang ada, mereka amat yakin TNB mempunyai kemampuan untuk mengendalikan projek penjanaan tenaga tanpa perlu diswastakan kepada pihak ketiga, iaitu Stesen Janakuasa Bebas (IPP).

Hasan berkata desakan itu tidak bermakna mereka berhasrat menjadikan TNB sebagai monopoli tetapi sejarah telah membuktikan implikasi dasar penswastaan yang dilaksanakan pada 1980-an melibatkan utiliti terutama tenaga dan air banyak membawa kesan negatif, berbanding sebaliknya.

Akur bahawa penswastaan juga membawa kebaikan seperti kejayaan Pos Malaysia Berhad, namun ia tidak sama dengan penswastaan sektor utiliti kerana penjanaan tenaga perlu mengambil kira perspektif keselamatan negara dan kepentingan rakyat.

Ditanya sama ada desakan itu mampu menarik perhatian kerajaan, Hasan berkata beliau yakin desakan MPM berserta NGO daripada pelbagai bidang kepakaran itu akan didengari kerana kerajaan sendiri memberi pengiktirafan kepada TNB dengan meminta mereka melakukan lebih banyak bidaan bagi projek penjanaan tenaga di luar negara.

“Jadi, MPM berpendapat belum terlambat untuk kerajaan membuat keputusan mengamanahkan seluruh projek penjanaan elektrik kepada TNB, termasuk projek yang telah diswastakan kepada pihak lain selepas kontrak mereka berakhir,” katanya.

Berhubung keputusan YTL Power International Bhd menarik diri daripada mengambil bahagian dalam pembangunan cadangan Projek 4A, beliau berkata MPM mengalu-alukan tindakan itu dan kerajaan perlu menggunakan kesempatan itu untuk menyerahkan sepenuhnya kepada TNB untuk dilaksanakan.

Projek 4A bagi membangunkan satu loji tenaga 1,000-1,400 megawatt di Johor dirancang dibangunkan secara konsortium melibatkan YTL Power, Tenaga Nasional Bhd (Tenaga) dan SIPP Energy Sdn Bhd dijangka menyumbang kira-kira 7.0 peratus kepada pendapatan tahun kewangan YTL Power pada 2019.-MediaUMNO

Sokongan Padu Beri Kekuatan Untuk Saya Tadbir Negara – Najib

Posted: 21 Jun 2014 11:40 PM PDT

PEKAN, 22 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sokongan padu daripada rakyat, terutama penduduk Pekan, memberi kekuatankepada beliau untuk mentadbir negara selama ini.

Kata Najib, beliau tidak mampu untuk mentadbir negara ini bersendirian jika rakyat tidak bersama-sama bersatu dengan mengekalkan hubungan baik antara masyarakat pelbagai kaum.

“Kejayaan dalam negara kita termasuk di Pekan adalah berkat kita bersama sebenarnya. Saya tidak boleh buat kerja tanpa sokongan anda semua.

“Daripada sokongan inilah saya dapat semangat untuk terus memimpin negara,” katanya ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau serta sumbangan baju raya kepada jawatankuasa badan bukan kerajaan Parlimen Pekan di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk Ishak Mohammad dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri Datuk Abu Bakar Harun.

Najib berkata perkara itu turut dibantu dengan jalinan hubungan baik beliau dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Katanya secara kebetulan ayahanda beliau Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan Perdana Menteri kedua pernah mentadbir negara semasa Tuanku Abdul Halim memerintah negara dari 1970 sehingga 1975.

“Itu merupakan secebis sejarah Malaysia, semuanya takdir telah menentukan. Nak dapat Yang di-Pertuan Agong yang mendapat pusingan dua kali dan dua generasi sebagai perdana Menteri berkhidmat untuk berulang lagi dalam sejarah Malaysia, barangkali amat sukar tetapi inilah kuasa Ilahi,” katanya.

Sementara itu, Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan, meminta rakyat yang berkemampuan supaya memperbanyakkan amalan bersedekah di bulan Ramadan.

“Nabi (Muhammad SAW) bersabda, sedekah paling afdal adalah sedekah pada bulan Ramadan dan jika dilakukan dengan ikhlas ia akan memberi rahmat dan pembebasan daripada api neraka,” katanya.

Dalam majlis berkenaan Najib turut menyampaikan sumbangan kepada 58 buah masjid dan 151 buah surau di Parlimen Pekan.

Setiap masjid mendapat bantuan sebanyak RM1,200 manakala surau pula menerima RM800, iaitu tambahan RM200 daripada jumlah bantuan yang diberikan pada tahun lepas selain bantuan iringan seperti kurma, teh, susu, gula dan milo.

Selain itu Biro Kebajikan Umno turut menyumbangkan kain jubah kepada setiap anggota jawatankuasa masjid dan surau berkenaan.-MediaUMNO

Imam Perlu Kreatif Dan Teroka Pelbagai Ilmu Bimbing Masyarakat Islam Di Sabah

Posted: 21 Jun 2014 10:20 PM PDT

shafie

SEMPORNA, 22 Jun – Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyarankan semua imam di negeri ini agar sentiasa kreatif dan meneroka pelbagai ilmu bagi membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada masyarakat Islam di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, sikap suka mempelajari pelbagai ilmu itu sangat penting sesuai dengan cabaran semasa khususnya untuk menarik golongan muda mendekati dan mendalami ilmu agama.

Usaha seperti ini amat penting kerana sejak kebelakangan ini, terdapat laporan berhubung kealpaan masyarakat Islam di negeri ini terutamanya tindakan golongan muda yang tidak mengikut tuntutan sebenar ajaran sebenar Islam, katanya.

“Selaku pemimpin agama kita perlu mengingatkan serta membimbing umat Islam di kawasan masing-masing. Jangan kita biarkan mereka hanyut. Kita perlu tegur mereka melalui Khutbah Jumaat atau ceramah agama.

“Kita perlu mengubah masyarakat yang lupa dengan agama Islam, kita perlu membawa gelombang untuk menyedarkan mereka yang alpa…kita harus berikan tunjuk ajar agar mereka kembali mengikut tuntutan sebenar agama Islam,” katanya pada majlis perjumpaan bersama Imam, Bilal dan Pemimpin Masyarakat, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata, para imam berkenaan juga perlu melaksanakan tugas dan bertanggungjawab mengenai bidang agama dan sosial setempat dalam menyebarkan ajaran agama serta memenuhi khidmat kepada masyarakat setempat.

“Imam yang ideal akan sentiasa kreatif dan tahu bagaimana mendekati dan menyelesaikan hal-hal keagamaan di kawasan kariah mereka,” tambah Mohd Shafie.

Katanya, selain itu imam bukan sahaja memainkan peranan penting dalam mengetuai solat fardu berjemaah tetapi juga pelbagai masalah agama seperti kematian, akikah, kenduri, nikah dan kahwin.

“Oleh itu mereka perlu meneroka pelbagai ilmu dan kemahiran sesuai dengan cabaran semasa khususnya untuk menarik golongan muda mendekati dan mendalami ilmu agama,” katanya.-MediaUMNO

Masyarakat Pagoh Lega Dengan Penjelasan Najib

Posted: 21 Jun 2014 10:14 PM PDT

MUAR, 22 Jun – Penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tidak ada sebarang pengguguran membabitkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin melegakan masyarakat Pagoh khususnya anggota UMNO Bahagian berkenaan.

Timbalan Ketua UMNO bahagian Pagoh Ismail Mohamed berkata penjelasan itu sekali gus membuktikan laporan disebarkan laman blog dan media sosial berhubung pengguguran jawatan berkenaan sebagai satu cubaan untuk meretakkan hubungan baik kedua-kedua pemimpin negara.

“Datuk Seri Najib sendiri menjelaskan tidak ada langsung timbul mengapa Timbalan Perdana Menteri perlu digugurkan. Ini jelas menunjukkan ia adalah usaha pembangkang yang mahu memecahkan gandingan baik antara kedua-dua pemimpin negara,” katanya semasa berucap pada majlis penerangan mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), di sini, hari ini.

Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor bersyukur kerana masyarakat di kawasan Parlimen Pagoh tidak melatah apabila menerima khabar-khabar angin yang menyentuh pemimpin mereka sejak beberapa minggu lepas.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan masyarakat kawasan berkenaan supaya tidak mudah mempercayai laporan yang belum tentu mempunyai kebenarannya.

Sebelum ini, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan UMNO.

Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selagi khidmatnya diperlukan dan memberitahu setakat ini tidak ada apa-apa perkara dibangkitkan berhubung kedudukannya itu.-MediaUMNO

Najib Extends Condolences To Wong’s Family

Posted: 21 Jun 2014 10:09 PM PDT

KUALA LUMPUR, June 22  – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today extended his condolences to the family of Bukit Assek state assemblyman Wong Ho Leng who died from cancer, yesterday.

“My condolences to the family and friends of the late DAP Sarawak state chairman and Bukit Assek Assemblyman Wong Ho Leng who passed away yesterday,” said Najib in his Twitter entry.

According to the party, Wong died at 10.50pm on Saturday. Wong, 54, was diagnosed with a brain tumour in January last year. He underwent treatment in Singapore earlier this year and had been receiving palliative care at the Rejang Medical Centre in Sibu, Sarawak.- MediaUMNO

Adun Bukit Assek Wong Ho Leng Meninggal Dunia

Posted: 21 Jun 2014 10:05 PM PDT

KUCHING, 21 Jun – Bekas pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, yang menderita akibat barah otak sejak tahun lepas, meninggal dunia di Sibu, malam ini.

Pengerusi DAP negeri Chong Chien Jen, mengesahkan berita kematian Wong, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, ketika dihubungi Bernama.

“Wong meninggal kira-kira jam 11 malam tadi. Ini saja yang dapat saya beritahu, maklumat lanjut sila berhubung dengan keluarga beliau,” katanya yang juga ADUN Kota Sentosa.

Wong, 54,  bekas Ahli Parlimen Sibu, meninggalkan isteri Irene Chang dan lima orang anak.

Mendiang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura  pada awal tahun ini sebelum dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Rajang di Sibu.-MediaUMNO

 

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...