UMNO Online - “Pemuda UMNO Perak Perhalusi Formula “6K”” plus 8 more

UMNO Online - “Pemuda UMNO Perak Perhalusi Formula “6K”” plus 8 more

Link to UMNO Online

Pemuda UMNO Perak Perhalusi Formula “6K”

Posted: 25 Jun 2014 03:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Pemuda UMNO Perak melihat formula ’6K’ yang digariskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam usaha memastikan UMNO terus kekal relevan dan kukuh adalah satu ramuan yang terbaik untuk parti.

Serentak itu Ketuanya, Hairul Anwar Mohamed Noor berkata pergerakan itu akan menyusur formula tersebut secara mendalam dalam usaha memastikan kelangsungan Pemuda UMNO negeri berkenaan.

Menurut beliau secara tidak langsung ianya bakal mengukuhkan UMNO negeri malah membantu pentadbiran negeri dibawah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terus mendapat tempat dihati rakyat.

"Formula ’6K’ yang disebut oleh Datuk Seri Najib sebagai resepi kekuatan UMNO untuk terus kukuh dan kekal relevan iaitu ketaatan, kesetiaan, keberanian, kesetiakawan, kebijaksanaan dan keikhlasan memang amat bertepatan.

"Cumanya apakah ianya benar-benar disahut oleh ahli parti dan atas kesedaran itulah Pemuda UMNO Perak akan menggerakkan pelbagai kaedah bagaimana untuk mencapai apa yang disebutkan oleh Presiden parti itu berjaya.

"Inilah masa yang terbaik untuk ahli parti membuat penghayatan sepenuhnya terhadap apa yang dibangkitkan itu kerana zaman yang kita bakal tempuh kelak sememangnya sesuatu yang cukup mencabar," katanya.

Tambah beliau lagi apa yang diingatkan oleh Perdana Menteri itu juga adalah perisai kepada parti untuk berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.

"Biarpun pilihan raya umum itu masih jauh, secara umumnya parti perlulah kuat untuk mendepaninya dan bukankah apa yang dibangkitkan oleh Presiden parti itu adalah asas kepada keuatan parti.

"Sebab itu kita Pemuda Perak akan meneliti secara mendalam apa yang diperkatakan itu…Insyaallah kita akan gariskan setiap satu persatu untuk difikirkan bersama pimpinan negeri dan bahagian serta cawangan. Ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi Pemuda UMNO Perak," katanya. MediaUMNO

Pemilihan Huru-hara, Tuduhan Terhadap SPR Makan Diri PKR

Posted: 25 Jun 2014 03:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, segala tuduhan pembangkang sebelum ini yang bersuara lantang mengkritik dan mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya tidak telus dalam menguruskan pilihan raya negara kini telah memakan parti mereka sendiri.

Ujar Shamsul, segala lemparan fitnah dan tuduhan terhadap SPR kini memakan diri mereka sendiri apabila pemilihan parti itu dilihat jauh lebih teruk, huru hara dan penuh dengan adegan keganasan seperti baling kerusi dan meja.

"Jika mereka sanggup menipu dan mengheret rakyat ke jalanan untuk memprotes SPR, seharusnya pemilihan parti mereka haruslah berjalan dengan lancar dan baik malah lebih teratur kerana mereka bercakap seolah-olah mereka itu amat 'bijak'.

"Seolah-olah mereka boleh melakukan jauh lebih baik. Mereka mendesak SPR mengikut senarai kehendak mereka sehinggakan kita melaksanakan penggunaan dakwat kekal. Tetapi lihatlah apa yang terjadi dalam pemilihan PKR. Terlalu banyak kepincangan dan pentadbiran mereka jauh lebih buruk dari setiap tuduhan yang mereka lemparkan kepada SPR," jelasnya kepada UMNO-Online.

Tambah Shamsul, pemilihan PKR ini secara tidak langsung membuktikan bahawa SPR sebenarnya telah melakukan sesuatu yang terbaik dengan mengendalikan berjuta rakyat keluar mengundi manakala PKR walaupun hanya mengendalikan beberapa ribu pengundi gagal sepenuhnya. Pemilihan parti bukanlah suatu proses pengundian yang besar seperti PRU mahupun PRK namun terlalu banyak 'lubang' yang tidak mampu diperbaiki oleh PKR.

"PKR ini adalah sebuah parti yang cakap tidak serupa bikin. Mereka sering menuduh orang lain tetapi ibarat meludah ke langit terpalit muka sendiri.

"PKR sepatutnya memohon maaf kepada SPR kerana telah melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap badan tersebut.

"Rakyat juga harus menilai dengan lebih jauh dengan apa yang telah terjadi ini. Adakah parti sebegini layak untuk diberi mandat mentadbir negara sedangkan untuk mentadbir parti sendiripun mereka gagal," ujarnya lagi. – MediaUMNO

Najib Puas Hati Dengan Kabinet Sekarang

Posted: 25 Jun 2014 02:57 AM PDT

PUTRAJAYA, 25 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau berpuas hati dengan barisan Kabinet sedia ada yang tidak memerlukan beliau untuk mengadakan rombakan besar. Tambahan pula, katanya, barisan Kabinet beliau hanya dibentuk kira-kira setahun lalu.

“Kabinet sedia ada hanya dibentuk baru saja setahun, kita perlu beri mereka masa untuk berkhidmat dan kita akan kaji semula jika perlu apabila tiba masanya,” katanya pada sidang media mengumumkan pelantikan baharu dalam Kabinet beliau di sini hari ini.

Pelantikan itu melibatkan tiga jawatan menteri dan tiga timbalan menteri terdiri daripada pemimpin parti komponen Barisan Nasional MCA dan Gerakan.

Mereka ialah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong masing-masing sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut dilantik ialah tiga naib presiden MCA – Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dalam kenyataan Najib pada sidang media itu, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Chew sebagai anggota Dewan Negara selama tiga tahun mulai hari ini.

Najib menjangkakan mereka yang baru dilantik dalam barisan Kabinet itu akan menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan baik.

"Ini merupakan kerajaan Barisan Nasional, oleh itu walaupun kita mewakili parti komponen masing-masing, dalam masa yang sama kumpulan etnik kita juga, tapi jangan lupa kepada tanggungjawab yang lebih besar lagi iaitu kita secara keseluruhannya ialah sebuah kerajaan BN, jadi kita perlu mengmbil kira kepentingan semua komuniti,” katanya.

Najib berkata pembesaran Kabinet akan membawa kepada perbincangan yang lebih bermakna di peringkat Kabinet kerana mereka akan berupaya mendapat pandangan yang lebih luas dan pelbagai.

Beliau juga mahu memastikan saiz Kabinet tidak akan menjadi masalah dari segi membuat dan melaksanakan sebarang keputusan.

Mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang memandangkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak lagi memangku jawatan menteri pengangkutan, Najib berkata perbincangan akan diadakan antara Hishammuddin dan Liow mengenai tindakan seterusnya berhubung MH370.

Sementara itu berhubung kekosongan kerusi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berikutan peletakan jawatan P.Waytha Moorthy, beliau berkata tiada keperluan untuk mengisi kekosongan itu.

Beliau berkata ini kerana terdapat satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hal Ehwal kaum India dan semua menteri serta timbalan menteri yang mewakili kaum India telah diberi tugas dan tangungjawab masing-masing secara terperinci.

"Satu unit juga telah diwujudkan di JPM untuk membantu dari segi memantau keputusan dan cadangan baharu kepada pihak kerajaan, jadi masalah kaum India tetap diberi perhatian berat oleh kerajaan," katanya.

Mengenai pertambahan timbalan menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Najib berkata terdapat keperluan untuk pelantikan itu bagi menangani tugas-tugas tertentu terutama isu berkaitan kaum.

Misalnya pelantikan Chew sebagai timbalan menteri KPWKM jelas beliau adalah termasuk untuk berurusan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada kaum Cina.

Pelantikan Chua sebagai Timbalan Menteri Kewangan boleh membantu berurusan dengan usahawan kecil dan sederhana yang banyak terdiri daripada kaum Cina, katanya.

PM Umum Tambahan Barisan Kabinet Malaysia

Posted: 24 Jun 2014 10:46 PM PDT

PUTRAJAYA, 25 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tambahan dalam barisan Kabinet yang menyaksikan kemasukan semua wakil-wakil daripada MCA dan Gerakan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik sebagai Menteri Pengangkutan manakala Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong pula dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Kiong turut dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tiga lagi Naib Presiden MCA turut dilantik sebagai timbalan menteri.

Mereka ialah Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datuk Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

Kementerian Luar Komited Lindungi Kepentingan Malaysia Di Luar Negara

Posted: 24 Jun 2014 10:30 PM PDT

KOTA BAHARU, 25 Jun – Kementerian Luar komited untuk terus melindungi kepentingan Malaysia di luar negara dan sebarang isu akan ditangani sebaik mungkin bagi mengelakkan ketegangan hubungan dua hala dengan negara terbabit.

Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ibrahim Abdullah berkata tanpa mengira angin perubahan di seluruh dunia, fungsi teras kementerian itu tetap sama iaitu melindungi kepentingan Malaysia dan menampilkan dasar luar negara melalui kerjasama dua hala dan pelbagai hala serta semangat keserantauan yang terbuka.

“Beberapa bulan kebelakangan ini, Malaysia dikejutkan dengan beberapa peristiwa yang menyaksikan Malaysia di bawah perhatian dunia, antaranya peristiwa kehilangan pesawat MH370, penderaan anak oleh pasangan Malaysia di Sweden, penculikan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, dan perangkap keldai dadah,” katanya ketika berucap merasmikan Program Seranta dan Diplomasi Awam Kementerian Luar di sini, hari ini.

Beliau berkata adalah penting untuk rakyat memahami keperluan dasar luar negara, kepentingan hubungan diplomatik dan objektif penglibatan negara secara aktif dalam forum antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau berkata kementerian menganjurkan Program Seranta dan Diplomasi Awam di seluruh negara untuk mendedahkan masyarakat terhadap peranan kementerian serta langkah-langkah yang perlu mereka ketahui semasa berada di luar negara.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Ibrahim berkata kebiasaannya pihaknya akan menasihati rakyat di negara ini supaya mengelak daripada berkunjung atau menangguhkan lawatan ke negara yang sedang bergolak demi keselamatan mereka.

Bank Negara Keluarkan 447 Lesen Pengurupan Wang Sehingga April – Ahmad Maslan

Posted: 24 Jun 2014 09:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 447 syarikat perkhidmatan pengurupan wang berlesen di seluruh negara setakat 30 April lalu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata sebelum ini terdapat 836 pemegang lesen perkhidmatan itu namun lesennya dibatalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas didapati tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan.

“Hal ini kerana beberapa kriteria yang telah dikenakan oleh BNM untuk dipatuhi oleh mana-mana entiti yang mahu menjalankan pengurupan wang antaranya tiada rekod jenayah, bukan dalam status bankrap, dan ada pengetahuan untuk melaksanakan syarikat pengurupan wang itu,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Chew Lian Keng.

Menurut Ahmad, pemegang lesen yang didapati melanggar syarat akan diambil tindakan antaranya pembatalan lesen serta-merta, denda tidak lebih RM5 juta dan penjara tidak lebih 10 tahun.

Ahmab berkata setakat ini juga tiada pemegang lesen yang terlibat dalam pengubahan wang haram, namun 17 syarikat telah diambil tindakan kerana tidak mematuhi keperluan menyimpan rekod seperti yang tertakluk dalam Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

Terdahulu dalam soalan asalnya Chew ingin tahu statistik syarikat pengurupan wang yang beroperasi dan langkah kementerian dalam membendung gejala pengubahan wang haram di negara ini.

Haze: Malaysia Calls For Immediate Action By Indonesia

Posted: 24 Jun 2014 09:44 PM PDT

KUALA LUMPUR, June 25 – Malaysia has called for immediate action by Indonesia to extinguish and prevent further land and forest fires in Central Sumatra, Indonesia, that were responsible for the crossborder haze.

Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri G. Palanivel said the call was expressed to Indonesia in a letter written by Environment director general Datuk Halimah Hassan to her counterpart at the Environment Ministry in Indonesia.

“The letter was to express Malaysia’s concern about the increase in number of hotspots causing the haze in the peninsula since June 22,” he said in a statement today.

He said the Singapore-based Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC) had reported that the hotspots in Sumatra, Indonesia rose to 143 yesterday from 129 on Monday.

Aside from that, 25 local hotspots have been identified, in Pahang (12), Johor (4), Sarawak (3), Kedah (1), Kelantan (1), Melaka (1), Selangor (1), Perak (1) and Penang (1).

“The hotspots will be investigated, and appropriate action will be taken by the relevant authorities,” he said.

As at 9 am today, unhealthy air pollution index (API) readings were recorded in Putrajaya (112), Banting (108), Port Klang (107), Shah Alam (106), Cheras (106), Nilai (104), Petaling Jaya (103) and Batu Muda (103).

Palanivel said the API deterioration was influenced by the cross border haze fanned by the southwest monsoon and is expected to persist until September.

According to him, National Oceanic and Atmospheric Administration satellite images issued by the ASMC yesterday showed moderate haze drifting from burning areas in Riau, Central Sumatra towards the central region and southwest coast of Peninsular Malaysia.

Palanivel said the ministry through the environment department had taken various measures including banning of open burning since February to offset the impact compounded by the southwest monsoon and El Nino.

Kekalkan Perpaduan Kerana Konflik Hanya Bawa Kemusnahan, Titah Raja Muda Perlis

Posted: 24 Jun 2014 09:31 PM PDT

PADANG BESAR, 25 Jun – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa rakyat negara ini mengekalkan perpaduan dengan menjadikan konflik di beberapa negara sebagai iktibar.

Titah baginda sebarang masalah atau isu yang mengganggu-gugat keharmonian kaum perlu diperhalusi dan ditangani bersama secara pantas, tenang dan bijaksana.

“Saya yakin majoriti rakyat Malaysia berfikiran waras dan cintakan kedamaian walaupun dalam konteks perpaduan rakyatnya yang pelbagai bangsa dan keturunan sudah tentu suasana hubungan kadangkala ada pasang surutnya.

“Konflik atau perpecahan antara kaum hanya merugikan semua pihak dan membantutkan usaha kerajaan membangunkan negara,” titah baginda semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2014 di Felda Lubuk Sireh, dekat sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) L. Gadneson.

Baginda bertitah rakyat Malaysia harus berbangga kerana negara ini sering disebut sebagai negara yang harmoni, kesatuan dalam kepelbagaian warna kaum dan budaya.

“Adalah wajar rakyat yang cintakan Malaysia mempromosikan negara ini ke seluruh dunia bagi membuktikan Malaysia makmur dan dibangunkan hasil kerjasama kaum tanpa mengira agama, budaya dan bahasa di bawah satu payung pemerintahan sebenar dan bukan sekadar secara retorik,” titah baginda.

Raja Muda Perlis itu turut menasihatkan generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan masa hadapan agar memahami erti dan pentingnya perpaduan serta sentiasa mendidik diri menjadi rakyat yang setia, cintakan negara dan bersedia menjadi benteng dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara.

“Saya setuju hak dan keistimewaan yang rakyat perlu dituntut tanpa kompromi namun keselamatan dan perpaduan rakyat harus menjadi keutamaan,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin turut mengingatkan rakyat bahawa untuk mengekalkan kemakmuran yang dikecapi mereka harus memainkan peranan sewajarnya dan bersama-sama memikul tanggungjawab membantu agensi penguatkuasa keselamatan.

“Inisiatif yang diambil oleh JPNIN menjalankan pelbagai program bagi mendukung usaha ke arah mengukuhkan keselamatan dan perpaduan rakyat seperti Skim Rukun Tetangga harus diberi sokongan,” titahnya.

M’sia Gesa Indonesia Segera Cegah Dan Padam Kebakaran Di Sumatera

Posted: 24 Jun 2014 09:28 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Malaysia menggesa pihak berkuasa Indonesia melaksanakan segera tindakan pencegahan dan pemadaman kebakaran tanah dan hutan di Sumatera Tengah yang menyumbang kepada jerebu di negara ini sejak Ahad lepas.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata gesaan itu disampaikan menerusi surat yang dihantar oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Datuk Halimah Hassan kepada rakan sejawatannya di Indonesia semalam.

“Surat itu ditulis bagi menyatakan kebimbangan Malaysia terhadap peningkatan bilangan titik panas di Sumatera Tengah, Indonesia yang telah menyebabkan jerebu di Semenanjung Malaysia semenjak 22 Jun lalu,” kata Palanivel dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura melaporkan bilangan titik panas di Sumatera meningkat kepada 143 setakat semalam berbanding 129 pada Isnin.

Selain itu, sebanyak 25 titik panas turut dikesan di dalam negara iaitu di Pahang (12), Johor (4), Sarawak (3) dan masing-masing satu di Kedah, Kelantan, Melaka, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

“Kesemua titik panas yang dikesan di dalam negara akan disiasat dan diambil tindakan penguatkuasaan sewajarnya,” katanya.

Setakat pukul 9 pagi ini, lapan kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu Putrajaya (112), Banting (108), Pelabuhan Klang (107), Shah Alam (106), Cheras (106), Nilai (104), Petaling Jaya (103) dan Batu Muda (103).

Palanivel berkata peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dipengaruhi oleh pencemaran jerebu rentas sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya ketika ini yang dijangka berlarutan sehingga September.

Menurutnya imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 18 yang dikeluarkan oleh ASMC semalam, menunjukkan tiupan angin membawa asap jerebu sederhana dari kawasan kebakaran di wilayah Riau, Sumatera Tengah ke kawasan tengah dan selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

“Dalam keadaan cuaca panas dan kering serta keadaan atmosfera yang statik, habuk-habuk terampai yang dibawa merentas sempadan akibat kebakaran tanah dan hutan kekal, berkumpul atau terperangkap dalam ruang udara dan menyebabkan keadaan sedikit berjerebu,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...