UMNO Online - “Majlis Peguam Hilang Akal… Pembangkang Saja Ada Hak Asasi Manusia Untuk Saman Fitnah” plus 9 more

UMNO Online - “Majlis Peguam Hilang Akal… Pembangkang Saja Ada Hak Asasi Manusia Untuk Saman Fitnah” plus 9 more

Link to UMNO Online

Majlis Peguam Hilang Akal… Pembangkang Saja Ada Hak Asasi Manusia Untuk Saman Fitnah

Posted: 09 Jun 2014 05:27 AM PDT

Bebal betul Majlis Peguam …layak dipanggil BEBAL COUNCIL

Ini mesti kes dah terlalu banyak alcohol dalam badan. Maklumlah mereka ini majlis bar yang jual arak. Langsung otak pun tak berapa jelas berfikir.

Anwar tak ditegur nak saman media dari tanya soalan saja tapi Najib ditegur sebab saman pemfitnah. Hmmm … baca Cucu Tok Selampit berikut:

presiden-majlis-peguam-anwar-ibrahim-bar-council-christopher-leong-pembangkang-malaysia

Ahli politik dan pegawai kanan kerajaan patut menerima kritikan umum sebagai sebahagian daripada kehidupan politik dan bukan menyaman pengkritik mereka, kata Badan Peguam Malaysia.

"Mereka patut menerima komen tidak menyenangkan, tidak kira berapa pedas, jelik atau tidak benar, kerana ia sebahagian rintangan semula jadi dalam kehidupan politik awam, selagi tidak menjejaskan kehidupan peribadinya," kata presidennya Christopher Leong. – Sumber: Malaysiakini.

Presiden Badan Peguam Malaysia berkenaan amat ‘bias’ dan bersikap ‘double standard’ ketika menegur Datuk Seri Najib Razak, atas kapasiti peribadi, yang sebelum ini memutuskan untuk menyaman Malaysiakini ekoran kompilasi komen pembaca dalam dua artikel berkaitan krisis Terengganu.

Mungkin beliau lupa atau buat-buat lupa apabila dari tahun 2009 hingga tahun 2014, terdapat 14 kes saman yang dikemukakan ke atas media cetak oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

Kenapa Badan Peguam Malaysia tidak bertindak menegur pemimpin-pemimpin pembangkang ini sewaktu mereka menyaman media sebaliknya hanya memberi perhatian kepada saman Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak?

Kalau macam begini otak Majlis Peguam, ia bermakna pembangkang boleh menipu tapi tak boleh disaman. Kerajaan boleh difitnah tapi tak boleh betulkan diri sendiri.

Kata hak asasi manusia tapi PM tak ada ke hak asasi?

Apa punya gila lojik Majlis Peguam? Mereka ni terlalu lama di Bar hingga hilang akal ke?

theunspinners.blogspot.com

DUN Johor Lulus Enakmen Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor 2014

Posted: 09 Jun 2014 05:15 AM PDT

NUSAJAYA, 9 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini meluluskan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 yang bertujuan menyediakan satu bentuk perundangan berkaitan pembangunan sektor perumahan dan hartanah di negeri ini.

Terdahulu, rang undang-undang itu yang merangkumi enam Bahagian, 51 Fasal dan tiga Jadual dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Latiff Bandi.

Lima wakil rakyat kerajaan dan tiga wakil pembangkang membahaskan rang undang-undang itu selama tiga jam sebelum diluluskan.

Rang undang-undang itu, yang sebelum ini menimbulkan reaksi pelbagai pihak kerana apabila diluluskan dikatakan akan menyaksikan pembabitan Sultan dalam  pentadbiran kerajaan negeri, menyaksikan 10 pindaan terhadap lapan fasal.

Antara pindaan itu membabitkan Fasal 4 (3) Keanggotaan Lembaga iaitu ahli-ahli lembaga boleh dibayar saraan atau elaun seperti yang ditentukan oleh Raja, dipinda kepada ahli-ahli lembaga boleh dibayar saraan atau elaun seperti yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Bagi Fasal 12 (2) Pelantikan Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat iaitu pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja, dipinda kepada segala pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja atas nasihat Menteri Besar.

Fasal 43 (1) Penggulungan dan Pembubaran iaitu Raja boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan supaya lembaga digulung dan dibubarkan,  dipinda kepada Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta mengarahkan supaya lembaga digulung dan dibubarkan.

Abdul Latiff ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata penyediaan enakmen berkenaan bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak tetapi lebih kepada membantu memperkukuh sektor perumahan dan hartanah di Johor.

Beliau berkata Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang ditubuhkan mempunyai beberapa fungsi merangkumi penyediaan dasar, pelaksanaan, penyelarasan serta perancangan pembangunan sektor perumahan dan hartanah negeri ini.

“Ini seterusnya akan memberi kemudahan kepada rakyat, pihak-pihak berkepentingan seperti pemaju dan perunding dalam menjalankan urusan berkaitan sektor perumahan dan hartanah di negeri Johor,” katanya.

Terdahulu, Maulizan Bujang (BN-Tiram) ketika membahaskan rang undang-undang itu berkata jika dilihat dari sudut tujuan, matlamat dan fungsi, enakmen tersebut amat baik dalam usaha kerajaan memantapkan urusan pembangunan hartanah terutama melibatkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Beliau berkata akan wujud sebuah entiti yang bakal menguruskan hal-hal berkaitan perumahan atau kediaman rakyat negeri Johor secara lebih berkesan dan fokus menerusi penubuhan lembaga terbabit.

“Saya mengharapkan lembaga ini juga dapat mengenal pasti tanah di Bandar yang munasabah dari segi lokasi dan nilainya untuk dibangunkan sebagai (projek)rumah mampu milik. Ini penting untuk kita tentukan bahawa semua golongan dapat berada di kawasan di mana berlaku pembangunan,” katanya.

Wong Shu Qi (DAP-Senai) pula berkata enakmen berkenaan tepat pada masanya, namun terdapat beberapa isu yang perlu dijelaskan.

Beliau berkata sebagai wakil rakyat Johor, semua anggota perlu memahami keperluan rakyat ketika ini khasnya keluarga pasangan muda sebelum menggubal dasar dan undang-undang yang dapat memenuhi keperluan rakyat.

274 Kes Disiasat Di Bawah Akta Hasutan 1948 Sejak 2008

Posted: 09 Jun 2014 04:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Sebanyak 274 kes telah disiasat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah Akta Hasutan 1948 dari tahun 2008 hingga 29 Mei 2014.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata sebanyak 43 laporan polis diterima termasuk satu laporan yang dibuat ke atas Presiden Perkasa sehingga 29 Mei 2014.

Beliau berkata lanjutan daripada laporan itu, kertas siasatan dibuka untuk siasatan lanjut di bawah Akta Hasutan 1948.

“Kerajaan memandang serius sebarang tindakan yang dilakukan oleh mana-mana kumpulan atau pertubuhan yang mengeluarkan kenyataan melampau tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat di negara ini.

“Bagaimanapun, buat masa ini saya tidak bercadang untuk mendedahkan secara terperinci status penyiasatan dan tindakan yang telah diambil kerana masih di bawah siasatan pihak polis,” katanya menerusi jawapan secara bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh).

Teresa meminta senarai pecahan kes yang disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan daripada tahun 2004 hingga tahun 2014.

“Kenyataan dikeluarkan Teresa Kok bahawa tiada tindakan ke atas Ketua Perkasa dan Isma tidak tepat kerana kedua badan itu tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang di negara ini.

“Setiap siasatan adalah berdasarkan kepada laporan polis manakala pendakwaan pula akan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya sekiranya siasatan mendapati perbuatan itu terbukti melanggar undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata pemansuhan Akta Hasutan 1948 masih belum diputuskan berikutan masih dalam kajian dan penelitian daripada pelbagai aspek.

Dalam jawapan bertulis berasingan, beliau berkata penelitian dan kajian yang menyeluruh adalah penting bagi memastikan suatu undang-undang itu komprehensif dan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Bagi tujuan ini, kerajaan kini sedang mendapatkan dan mengumpul pandangan serta maklum balas daripada semua pihak yang berkepentingan berhubung peruntukan wajar dimasukkan dalam akta baru.

“Pada 11 Julai 2012, Perdana Menteri telah menyatakan hasrat kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 atau Akta 15 dan menggantikannya dengan Akta dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional,”katanya.

Teresa Kok (DAP-Seputeh) ingin tahu sebab kerajaan tidak membatalkan Akta Hasutan 1948 sebagaimana diumumkan pada tahun 2012.

Nancy berkata objektif Akta Keharmonian Nasional bukan saja untuk memperkasa undang-undang tetapi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara dengan keperluan mengenakan tindakan undang-undang.

Bukti Serta Rekod Sejarah DAP Tidak Akan Mampu Perdaya Orang Melayu

Posted: 09 Jun 2014 04:20 AM PDT

SUNGAI PETANI, 9  Jun – Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Mejar Abdul Rahim Saad percaya orang Melayu akan terus menjadikan sejarah serta rekod DAP sebagai iktibar sebelum mempercayai kononnya parti itu benar-benar mengamalkan demokrasi, adil dan bersifat berbilang kaum.

Hakikatnya jelas beliau tiada orang Melayu yang benar-benar mendapat keadilan dan tempat yang sepatutnya di dalam DAP.

umno-dap-parti-sejak-1969-ubah-lim-kit-siang-kekal-pupus-kroni-nepotisme-kuasa-dinasti-keluarga

"Orang Melayu yang mendapat tempat dalam DAP hanya sekelumit dan ianya semakin lama semakin hilang tempat. Selepas Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi DAP, hampir tiada pemimpin Melayu yang mendapat tempat tertinggi dalam DAP. Kalau adapun Zulkifli Mohd Noor, itupun hanya pegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa DAP.

"Apa yang kita dapat lihat mengenai parti ini adalah DAP sebenarnya parti anak beranak. Sejak lima dekad, ianya dikuasai oleh Dinasti Lim dan Karpal.

"Struktur kepimpinan DAP tidak pernah berubah. Kononnya DAP parti berbilang kaum tetapi sebenarnya tidak. Mereka hanya mempergunakan kaum lain demi kepentingan peribadi," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan adalah contoh bagaimana DAP cuba memanipulasi pengundi dengan meletakkan seorang calon Melayu

"Mereka hanya mahu memancing undi.  Jikalau calon DAP itu menang pun tempoh hari ia tidak akan membawa ke mana sekadar menjadi tempelan dan bahan propaganda DAP kononnya mereka parti berbilang kaum.

"Hakikatnya berdasarkan rekod sejarah DAP adalah parti rasis dan parti  anak beranak. Ini terbukti apabila hampir semua parti politik berubah barisan kepimpinan tapi DAP masih tetap dengan pemimpin yang sama.

"Kit Siang sering mendesak pemimpin BN letak jawatan kononnya telah terlalu lama tapi dia sendiri masih tidak letak jawatan malah kini terus berusaha untuk memastikan dinasti beliau mengambil alih tampuk pemerintahan DAP," jelasnya lagi. - MediaUMNO

lee-kuan-yew-pap-asal-parti-dap-pakai-songkok-gimik-tarik-undi-melayu-pilihan-raya-malaysia-singapura

Malaysia Jangka Jumlah Perdagangan Tahun Ini Lepasi Paras 2013 Pada 5-6 Peratus

Posted: 09 Jun 2014 04:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Malaysia menjangka jumlah perdagangan tahun ini melepasi paras 2013 pada antara lima dan enam peratus berdasarkan kepada prestasi positif global, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata perkembangan positif itu adalah petunjuk baik bagi Negara untuk mencapai angka yang diunjurkan itu.

“Terdapat sedikit pemulihan dalam sektor elektrik dan elektronik yang merupakan komponen terbesar eksport pembuatan.

“Ini bermakna hampir setiap produk akan mencatatkan peningkatan dalam eksport,” katanya kepada pemberita di luar program GLC ExplorAce 2014, di sini hari ini.

Petroleum ditapis, gas asli cecair dan produk kimia juga mencatatkan pertumbuhan eksport.

Bagaimanapun, sektor komoditi tidak mencatatkan prestasi yang sama, katanya.

Minggu lepas, Jabatan Perangkaan melaporkan bahawa jumlah perdagangan Malaysia bagi April meningkat 12 peratus, daripada tempoh yang sama tahun lepas kepada RM123.86 bilion, disokong oleh pertumbuhan eksport kukuh sebanyak 18.9 peratus.

Semua pasaran utama mencatatkan pertumbuhan dua angka semasa tempoh tersebut.

Hadkan Kuasa Majlis Peguam Agar Tidak Jadi Biro Undang-Undang Pakatan Pembangkang

Posted: 09 Jun 2014 02:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Seorang pengamal undang-undang, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mencadangkan agar Majlis Peguam Malaysia dihadkan kuasanya oleh Parlimen serta akta Legal Profesion Act yang memberikan kuasa penuh kepada badan tersebut perlu dipinda bagi memastikan badan berkanun tersebut tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan.

Menurut beliau, ini memandangkan Majlis Peguam hari ini tidak ubah seperti biro undang-undang pakatan pembangkang di mana menurut beliau, badan berkanun tersebut dilihat telah menyalahgunakan kuasa di atas nama Majlis Peguam untuk membuat kenyataan yang pro kepada pihak pembangkang.

presiden-majlis-peguam-anwar-ibrahim-bar-council-christopher-leong-pembangkang-malaysia

"Menghadkan kuasa badan Majlis Peguam ini penting bagi memastikan badan tersebut lebih adil dan tidak hipokrit dalam membuat kenyataan berhubung undang-undang di negara ini dan tidak hanya menyebelahi satu pihak saja.

"Biarpun secara undang-undang Majlis Peguam mewakili lebih 14,500 peguam yang ada di negara ini namun secara moralnya, mereka hanya mewakili lebih 2000 peguam, di mana itu merupakan jumlah peguam yang terlibat dalam proses pemilihan ahli jawatankuasa majlis peguam semenjak 10 tahun yang lalu," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong yang menggesa ‎Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan saman fitnah ke atas portal berita Malaysiakini baru-baru ini.

Selain itu, Azam yang pernah bertindak menyaman Majlis Peguam tersebut kerana tidak berpuas hati dengan sistem EGM badan tersebut, turut mencadangkan agar diwujudkan sebuah badan berasingan sebagai satu tempat rujukan check and balance  bagi peguam-peguam di negara ini meluahkan rasa tidak puas hati dan sebagainya.

"Hari ini kalau kita (peguam) mahu mengadu, kita terpaksa juga mengadu kepada Majlis Peguam melalui Disciplinary Board kerana semua kuasa telah diberikan oleh parlimen kepada  mereka.  Tetapi masalahnya  yang menduduki Disciplinary Board itu adalah terdiri dari orang-orang mereka juga. Jadi, pi mai pi mai tang tu juga.

"Sebab itu, saya cadangkan agar diwujudkan satu badan atau jawatakuasa di luar badan tersebut agar segala aduan dari peguam di seluruh negara dapat dipertimbangkan dengan adil. Badan tersebut mungkin boleh diketuai oleh Peguam Negara misalnya.

" Jika diwujudkan badan yang berasingan sebagai tempat rujukan dan aduan, saya yakin ramai peguam akan membuat aduan berikutan timbul rasa tidak puas hati terhadap pelbagai perkara," tegasnya.-MediaUMNO

DUN Perlu Ada Undang-Undang Sendiri Tangani Sebarang Insiden – Wan Junaidi

Posted: 09 Jun 2014 01:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Setiap dewan undangan negeri (DUN) yang bersidang perlu mempunyai peraturan dan undang-undang sendiri supaya tindakan boleh diambil jika berlaku sebarang insiden di dalam Dewan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata setiap kali DUN bersidang perlu ada usul bagi meminta pihak polis menjaga keselamatan anggota DUN serta bagi memastikan persidangan berjalan lancar tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.

“Itulah yang sepatutnya  berlaku setiap kali berlangsung sidang dewan tidak kira Dewan Rakyat atau DUN, apabila ia dipersetujui oleh ahli dewan maka ia akan dikuatkuasakan.

“Jadi apa sahaja jaminan di luar asasnya adalah undang-undang, kalau dewan tidak ada undang-undang insiden menceroboh boleh berlaku bila-bila pun," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang mahukan penjelasan berhubung insiden pencerobohan DUN Pulau Pinang pada bulan lepas yang dianggapnya satu tindakan tidak bermoral.

Wan Junaidi yang juga Anggota Parlimen Santubong berkata Yang Dipertua DUN juga mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengganggu kelancaran persidangan dewan.

“Apabila berlaku satu-satu insiden dalam dewan persidangan, speaker berhak untuk panggil polis untuk mengambil tindakan,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya ada pihak yang membuat laporan tentang insiden itu.

Berhubung soalan asal Anwar berkenaan pendirian kerajaan terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lantang menyuarakan pandangan ekstremis dan berpotensi merosakkan keharmonian kaum dan agama di Malaysia, Wan Junaidi berkata Pendaftar Pertubuhan boleh mengambil tindakan membatalkan pendaftaran sesebuah NGO yang berdaftar sekiranya ia digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang.

“Sesebuah NGO yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 hendaklah mematuhi, patuh atau akur dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dalam menjalankan sebarang aktiviti atau hal ehwal pertubuhan supaya tidak berlawanan atau bercanggah dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen,” katanya.

MH370 : Malaysia Belanja RM27.6 Juta Bagi Fasa Pertama

Posted: 09 Jun 2014 01:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Kerajaan Malaysia telah membelanjakan RM27.6 juta bagi membiayai kos logistik anggota keselamatan Malaysia untuk fasa pertama pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, kos perbelanjaan adalah meliputi makan dan minum serta bekalan minyak digunakan oleh pihak keselamatan yang terlibat seperti Tentera Darat Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Kos yang dibiayai Malaysia pada peringkat awal hanya melibatkan makan minum, minyak…secara keseluruhan kosnya adalah RM27.6 juta.

“Bila orang pertikaikan isu kos, hari ini saya dedahkan. Saya sebenarnya bangga kerana mungkin, keikhlasan kita, tak ada ego, kita tahu kita ada had dan batas dalam pencarian, dan pendekatan sebegini, ramai pihak tampil bantu secara percuma,” katanya dalam sidang media di lobi bangunan Parlimen di sini hari ini.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, menjelaskan bahawa kos itu masih belum muktamad kerana usaha pencarian masih berlangsung, dan kini sudahpun memasuki fasa kedua iaitu proses pencarian di lautan dalam.

Ditanya berhubung keputusan anggota keluarga penumpang MH370 yang ingin mengumpulkan dana bagi mengupah sendiri penyiasat persendirian, Hishammuddin berkata: Saya tidak mempunyai masalah…saya tidak menafikan perkara yang paling sukar untuk saya adalah berdepan dengan anggota keluarga.

“Saya terharu dengan usaha mereka untuk sediakan tabung dan sebagainya.

“Dan saya rasa mungkin ini satu kaedah di mana mereka rasa boleh sumbang dan jadi inklusif dalam usaha kita,” katanya.

Baru-baru ini media melaporkan Sarah Bajc, teman wanita Philip Woods yang juga antara penumpang MH370 sedang melancarkan kempen ‘crowdsourcing’ untuk mengumpul dana bagi pemberi maklumat dan penyiasat persendirian untuk mendedahkan butiran penting tentang siasatan kehilangan pesawat itu.

Terdahulu, semasa menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) pada persidangan Dewan Rakyat, Hishammuddin berkata bagi fasa kedua, Malaysia akan menghantar delegasi ke Canberra, Australia dalam masa terdakat bagi membincangkan lokasi baharu operasi pencarian pesawat MH370 dengan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dan negara-negara terlibat.

Beliau berkata keempat-empat timbalan menteri yang mengetuai jawatankuasa peringkat kementerian masing-masing kemudiannya akan ke Beijing untuk meneliti semua perkara termasuk menerangkan kepada orang ramai tentang operasi ini.

“Apabila ia diterangkan, ia tidak merupakan sesuatu hak milik, tanggungjawab dan amanah Malaysia sahaja tetapi kesemua negara terlibat dalam pencarian ini termasuk negara Asean yang menyatakan sokongan sepadu,” katanya.

Fong ingin tahu apakah langkah kerajaan untuk membaik pulih keyakinan rakyat untuk memilih penerbangan MAS.

Delegasi itu diketuai oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari dengan disertai Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengetuai jawatankuasa berkaitan waris keluarga; Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengetuai jawatankuasa berkaitan teknikal, pembentukan dan lantikan pasukan penyiasat manakala jawatankuasa berkaitan penghantaran asset bagi operasi mencari diketuai Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Kepada soalan asal Fong yang ingin tahu jumlah pampasan yang dibayar kepada waris-waris, Hishammuddin berkata pihak MAS tidak bercadang mendedahkan butir-butir perbincangan kepada umum bagi menghormati perasaan dan menjaga keselamatan waris mangsa MH370.

Katanya, MAS telah memulakan usaha rundingan berhubung tawaran bayaran pampasan pendahuluan kepada setiap waris mangsa MH370, dan segala butir mengenai pampasan adalah antara pihak MAS, waris mangsa MH370 dan peguam yang dilantik oleh waris.

Mah Confident Of Fulfilling 70 Per Cent Of Promises In Teluk Intan Within Three Years

Posted: 09 Jun 2014 01:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 9 – Teluk Intan Member of Parliament Datuk Mah Siew Keong is confident of fulfilling 70 per cent of the promises contained in his manifesto during the recent Teluk Intan by-election.

He asked to be given three years to do so.

“I have met Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to discuss the form of assistance to be given to help residents in the constituency,” Mah, who is Gerakan president, told a media conference at the Parliament lobby here today.

The media conference was held after Mah was sworn in as Teluk Intan Member of Parliament before Dewan Rakyat Deputy Speaker Datuk Ronald Kiandee.

Mah won the Teluk Intan parliamentary seat in a by-election held last May 31, following the death of its incumbent, Seah Leong Peng, 48, of cancer last May 1.

On Najib’s promise of a post in the cabinet, Mah said, he had not received any information on the matter.

“We will wait and it depends on the prime minister. For the moment, the focus is on helping the constituents in Teluk Intan,” he added.

Najib, during his visit to China last month, had told the Malaysian media that “if Datuk Mah wins the Teluk Intan by-election, then by virtue of being Gerakan president, he will be appointed a member of the Cabinet”.

Proton Will Change Strategy To Be World-Class Car Maker : Tun Mahathir

Posted: 09 Jun 2014 01:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 9 – Proton’s immediate plan would be to change its strategy from being a maker of cheap cars to become a world-standard car manufacturer, said newly appointed Chairman Tun Dr Mahathir Mohamad.

The fourth prime minister said Proton has always been labelled as a cheap or poor quality car maker.

“Now Proton wants to produce cars which are of world standard, but you have to pay a higher price.

“You can’t have a good car and pay a bad car price,” he told reporters when asked about his immediate plan for Proton.

Earlier today, Dr Mahathir, who is Human Life Advancement Foundation (HLAF) Chairman, delivered the keynote address and launched the HLAF Annual Award and Workshop at the Putra World Trade Centre (PWTC).

He said when Proton produced the Preve and Suprima car models, which are of good quality but sell for RM80,000, people claimed the price was too high for Proton.

“The next car of the same quality is RM120,000. You (consumers) want to have cheap cars ok, Proton can produce cheap cars,” Dr Mahathir said.

Asked if Proton would continue to produce cheap cars, Dr Mahathir replied: “Proton have to make a living. If consumers want cheap cars Proton will make cheap cars, they run three miles and break down.”

Responding to a question if Proton has approached the Ministry of International Trade and Industry (MITI) and Petronas for any funds, he said the car maker had never asked for funding.

Asked if he himself as Proton Chairman would approach either for funding, Dr Mahathir replied: “No way, because Proton is a private company now and it is able to make progress in research and development.”

Dr Mahathir also said the government was now encouraging importation of cars rather than encouraging local industries.

“When you import cars, money flows out and you don’t get any technology from them,” he added.

Asked if Proton needs government aid, he said former South Korean President Park Chung Hee during his tenure called up 12 individuals and told them they must go into industry and he would provide the loans and funds.

These companies, like Hyundai, LG and Daewoo, were private companies and their government fully helped them, and because of that today they do not need government help anymore, he added.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...