UMNO Online - “Kerajaan Belum Buat Keputusan Bentang Kertas Putih Di Parlimen Berhubung MH370” plus 9 more

UMNO Online - “Kerajaan Belum Buat Keputusan Bentang Kertas Putih Di Parlimen Berhubung MH370” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kerajaan Belum Buat Keputusan Bentang Kertas Putih Di Parlimen Berhubung MH370

Posted: 18 Jun 2014 05:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Kerajaan belum memutuskan sama ada untuk membentangkan Kertas Putih di Parlimen berhubung tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya keputusan sama ada untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ataupun Jawatankuasa Khas Parlimen susulan daripada tragedi itu juga belum dibuat.

“Keputusan mengenainya akan dibuat setelah pesawat yang hilang ditemui, siasatan mengenai insiden dijalankan dan punca tragedi dikenal pasti.

“Usaha mencari pesawat MAS MH370 akan diteruskan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Kluang) di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Liew ingin tahu sama ada Kementerian Pengangkutan bercadang untuk membentangkan kertas putih berhubung tragedi MH370 di Parlimen berdasarkan Nota Kabinet yang diberikan oleh Hishammuddin pada 14 Mei lalu.

Berhubung anggaran kos yang telah dibayar dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370, Hishammuddin berkata sehingga kini kerajaan masih belum menilai keseluruhan kos kerana operasi SAR ini masih berjalan.

“Kos operasi SAR dilaksanakan sejajar dengan standard yang ditetapkan di bawah Lampiran 12 SAR, Konvensyen Chicago 1944 yang mana setiap negara perlu menyediakan perkhidmatan SAR di kawasan wilayah mencari dan menyelamat (SRR) yang telah ditetapkan oleh Keselamatan Penerbangan, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

“Dalam hubungan ini, kos operasi SAR adalah ditanggung oleh negara-negara yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) berhubung sebab negara hanya menumpukan carian pesawat MAS MH370 di Lautan Hindi dan tidak di Koridor Utara, Hishammuddin berkata kerajaan telah memohon kerjasama daripada 11 buah negara untuk menjalankan pencarian pesawat MAS MH370 di Koridor Utara.

“Koridor Utara merentasi 11 buah negara bermula dari bahagian utara Thailand hingga ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan, manakala Koridor Selatan merentasi dua buah negara iaitu Indonesia dan Australia (bahagian selatan Lautan Hindi).

“Negara-negara yang berada di koridor utara telah mengesahkan berdasarkan maklumat radar, adalah didapati pesawat MAS MH370 tidak memasuki ruang udara negara-negara tersebut,” kata Hishammuddin.

Katanya Bangladesh dan Kemboja turut mengerahkan aset-aset mereka untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat dalam SRR masing-masing.

“Namun, hasil operasi SAR yang telah dijalankan tidak menjumpai pesawat MH370 di SRR mereka,” katanya.

Segala Tuntutan Penjelasan Kontroversi Pemilihan PKR Bakal Jadi ‘Pekasam’

Posted: 18 Jun 2014 05:23 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Mei – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari percaya penjelasan demi penjelasan yang dituntut oleh ahli PKR mengenai segala kontroversi yang berlaku semasa pemilihan parti berkenaan akan diperam di dalam peti sejuk.

Menurut beliau segala dakwaan berkenaan yang masih timbul hingga ke hari ini bukanlah daripada pihak luar tetapi ianya datang daripada kalangan ahli parti mereka sendiri yang mahukan penjelasan.

"Kita tidak seharusnya terkejut sekiranya segala laporan tersebut akan diperam atau akan menjadi perkasam. Atau apakah segala laporan tersebut perlu dirujuk terlebih dahulu kepada tangan-tangan ghaib.

"Inilah yang menjadi persoalan hari ini. Nampaknya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mereka memberikan pengharapan palsu kepada ahli-ahli parti bahawa pemilihan akan berjalan dengan lancar dan sebagainya. Kalau ahli parti sendiri pun keliru dan menuntut segala penjelasan, bagaimana pula rakyat di luar parti tersebut.

"Sebenarnya inilah parti yang kononnya melaung-laungkan prinsip perjuangan yang penuh demokrasi. Cakap bukan main hebat tetapi hanya sekadar ungkapan yang manis semata-mata. Inilah PKR ," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah cakap-cakap yang kononnya segala ketikapuasan hati perlu dibuat menerusi saluran parti dan sebagainya hanyalah retorik semata-mata.

"Daripada apa yang berlaku hingga kini, rumusan yang kita boleh buat adalah segala laporan dan segala dakwaaan tidak akan kemana. Dan akan berlakulah sepertimana episod sebelum ini yang sunyi sepi dan itulah yang saya jangkakan," katanya.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR digesa segera tampil memberi penjelasan berhubung amalan politik wang yang didakwa berlaku dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Ahli PKR Cabang Rembau yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shahrin berkata, penjelasan ini kerana desas-desus berhubung tindakan Ahli JPP parti, Abdul Malek Hussin `membaling’ sejumlah wang kepada seorang pemimpin PKR mula tersebar di internet sejak dua minggu lalu.

Walau bagaimanapun beliau memberitahu, sehingga kini, ahli PKR dan penyokong parti masih tertanya-tanya sama ada kejadian tersebut benar-benar berlaku atau sebaliknya. -MediaUMNO

Malaysia Faces Most Daunting Issues In TPP Talks, Says Mustapa

Posted: 18 Jun 2014 04:53 AM PDT

PUTRAJAYA, June 18 – Malaysia faces the most daunting issues in the Trans Pacific Partnership (TPP) negotiations compared to the other 11 countries participating in the talks, said Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“We still have many outstanding issues still being negotiated, including those related to the Bumiputera agenda, government procurement and  government-linked companies,” the International Trade and Industry Minister said, while stressing that Malaysia needs to ensure its national interests are not compromised.

“However, in this TPP agreement, it’s not just us that are having problems, other countries like the US and others also have issues such as with labour policy, what is different is the level of difficulty, and Malaysia has the most daunting problems,” he told the media after presenting a briefing on the Asean Economic Community, Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) and the TPP here today.

Mustapa said in the negotiations, the government will not compromise on its national sovereignty, including on the country’s constitutional monarchy system.

“Early in the TPP negotiations, we resolved that there would not be any  changes to our parliamentary system,” he explained.

However, he said, the government still sees Malaysia’s involvement in the negotiations as bringing potential benefits to the country, including easier access to global markets and enhancing the country’s competitiveness.

Malaysia joined the TPPA negotiations in October 2010, the ninth country to do so. The four-year-old talks, now involving 12 Pacific Rim nations, are aimed at lowering trade barriers across a wide range of sectors.

Rayer To Be Charged Under Sedition Act Thursday

Posted: 18 Jun 2014 04:44 AM PDT

GEORGE TOWN, June 18 – Seri Delima assemblyman R.S.N. Rayer will be charged under the Sedition Act 1948 in the Sessions Court, here, tomorrow.

Northeast district police chief, ACP Mior Faridalathrash Wahid said the 43-year-old assemblyman, who is also a lawyer, would be charged under Section 4(1)(b) of the act.

“We received 14 police reports over the assemblyman’s statement recently and after almost one month of investigation, Rayer will be charged tomorrow,” he said when contacted, here, today.

Rayer, from DAP, had caused anger among Umno members and Malay non-governmental organisations after uttering “Umno celaka” at the Penang state assembly sitting last month.

He not only refused to withdraw the curse word or apologise for using it, but even repeated it at a DAP open ceramah while campaigning in the Bukit Gelugor parliamentary seat by-election.

Mior Faridalatrash said Rayer was detained at the Northeast district police headquarters for his statement to be recorded before being released on police bail.

“We had called him to the district police headquarters today and he came at 4pm for his statement to be recorded and he was released half an hour later,” he said.

Pindaan AMLATFA Mampu Kukuh Kesejahteraan Ekonomi Negara – Ahmad Maslan

Posted: 18 Jun 2014 04:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 (AMLATFA) dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, bertujuan untuk membanteras jenayah secara keseluruhan, di samping memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan ekonomi negara.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata rang undang-undang itu juga akan meningkatkan tahap pematuhan Malaysia kepada piawaian antarabangsa serta menyokong agenda transformasi ekonomi negara secara langsung dan tidak langsung.

Pembentangan Rang Undang-undang ini bagi membuat pindaan kepada Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Pindaan) 2003 (Akta A1208).

“Kerajaan memandang serius permasalahan yang dikaitkan dengan kegiatan jenayah dan ketirisan hasil, yang sekiranya tidak dibendung boleh mengancam kestabilan ekonomi dan kesejahteraan negara.

“Secara dasarnya, kerangka kerja perundangan yang kukuh dan komprehensif yang merangkumi pelbagai kesalahan dengan peruntukan hukuman yang setimpal dan pelaksanaan penguatkuasaan,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang itu bagi bacaan kali kedua di sini.

Menurut Ahmad, matlamat rang undang-undang ini juga akan menjelaskan peruntukan yang lebih jelas mengenai tanggungjawab pelaporan bagi institusi pelapor dalam memastikan langkah-langkah pencegahan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Selain itu, ia juga akan memperkukuh langkah-langkah penguatkuasaan berkaitan dengan pengisytiharan wang tunai dan instrumen boleh niaga pembawa merentas sempadan.

“Ia akan memperluas skop penyiasatan serta tindakan penguatkuasaan terhadap kes-kes pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan melalui hukuman dan penalti yang lebih berat serta memperkukuh kuasa penyiasatan agensi penguatkuasaan undang-undang,” jelasnya.

Ahmad berkata rang undang-undang ini juga menyediakan satu Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) bagi memastikan keseragaman dan ketelusan di dalam tindakan yang diambil oleh agensi penguat kuasa dalam membeku dan menyita asset di institusi kewangan.

“Di bawah SOP ini, pegawai penyiasat perlu merujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebelum tindakan pembekuan harta diambil dan memberi senarai harta yang akan dibekukan kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Tambah Ahmad, keperluan Malaysia untuk meminda rang undang-undang ini dengan kadar segera adalah kritikal memandangkan tahap pematuhan Malaysia kepada piawaian Pasukan Petugas Bertindak Khas Kewangan (FATF), akan dinilai tahun ini.

Piawaian FATF digunakan serta diterima pakai masyarakat antarabangsa dan tahap pematuhan yang baik serta pelaksanaan yang berkesan akan memberi impak dan persepsi positif kepada persekitaran perniagaan, pelaburan serta sector kewangan negara.

“Sekiranya rang undang-undang ini tidak dibentangkan dan dikuat kuasa sebelum kehadiran panel penilai, Malaysia akan diberi penarafan yang tidak memuaskan, yang mana akan memberi kesan negatif kepada reputasi negara dan sektor ekonomi serta kewangan,” jelas beliau.

Selain itu, Ahmad berkata ia juga akan menyukarkan negara untuk menarik pelaburan luar negara serta meningkatkan kos bagi sektor korporat dan perniagaan untuk beroperasi di dalam dan luar negara.

Semakan Semula Kawasan Pencarian MH370 Diumum Menjelang Akhir Bulan Ini – JACC

Posted: 18 Jun 2014 04:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Australia akan mengumumkan pada akhir Jun berhubung semakan semula kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata data yang diperoleh daripada kajian ‘bathymetric’ (pemetaaan dasar laut) akan digunakan untuk  menghasilkan peta kawasan pencarian.

“Kawasan pencarian akan disahkan sebelum akhir bulan ini selepas analisis kerjasama secara ekstensif oleh pelbagai pakar selesai.

“Adalah jelas daripada keputusan sementara analisis bahawa kawasan pencarian akan berpindah tetapi masih pada lengkok tujuh (lokasi terakhir pesawat berkomunikasi dengan satelit),” kata JACC dalam kenyataan hari ini.

MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing membawa 239 orang bersama 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam, 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian yang disertai pelbagai negara dikerah, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluaskan ke Selat Melaka dan Laut Andaman sebelum pasukan mencari beralih tumpuan ke kawasan perairan di barat Australia di Selatan Lautan Hindi, separuh jalan ke Antartika.

Pada 29 Mei, JACC menolak kawasan sekitar isyarat akustik dikesan di Selatan Lautan Hindi pada awal April sebagai tempat berakhirnya MH370.

Enam hari kemudian, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kawasan pencarian akan diperluaskan tetapi masih kekal di koridor selatan.

Kajian “bathymetric” bagi zon pencarian seluas 60,000 kilometer persegi dijangka mengambil masa tiga bulan.

Kawasan pencarian yang disemak semula kemudian akan digunakan dalam pencarian MH370 di laut dalam yang dijadual bermula pada Ogos.

Pelepasan Automatik Daripada Kebankrapan Dicadang Untuk Pembaharuan Dalam Akta Kebankrapan

Posted: 18 Jun 2014 04:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Pelepasan automatik daripada kebankrapan adalah antara cadangan pembaharuan dalam Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata pelepasan automatik itu akan tertakluk kepada bantahan oleh pemberi pinjaman atau Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia.

“Pelepasan yang dicadangkan juga akan dibuat setelah tamat suatu tempoh yang ditetapkan. Tempoh masa tersebut masih dalam kajian Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) dan akan bermula daripada tarikh (orang yang) bankrap menfailkan penyata hal ehwal dengan MDI,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Zahid Zainul Abidin (BN-Padang Besar) berkenaan pelaksanaan kaedah pelepasan secara automatik ke atas penjamin sosial pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Nancy bagaimanapun cadangan itu termasuk istilah “automatik” masih lagi diteliti dan disemak mengikut kesesuaian pelaksanaannya di Malaysia.

Jabatan Insolvensi Malaysia kini dalam proses meminda Akta Kebankrapan bagi memudahkan individu yang diisytihar bankrap mendapat pelepasan kebankrapan.

Insiden Penculikan Di Sabah Perlu Diatasi Segera – Shafie

Posted: 18 Jun 2014 04:30 AM PDT

PUTRAJAYA, 16 Jun – Insiden penculikan di Sabah kebelakangan ini mesti diatasi segera agar tidak menjejas keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan negara, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

“Saya berharap sungguh supaya perkara ini dapat kita banteras sebaik mungkin, sama ada pembabitan orang dalam, kelemahan pasukan keselamatan atau pun ada unsur-unsur rasuah dan sebagainya.

“Buat apa yang sepatutnya. Jangan perkara ini di luar kawalan kita sehingga ia tidak boleh dikawal dan akan memudaratkan,” kata Shafie.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Semporna, mengulas kejadian penculikan terbaharu di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Sabah pada 15 Jun.

Dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah malam itu, pengusaha pusat ternakan ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun, 32, dan seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an diculik dua lelaki bersenjata di pusat itu.

Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini.

Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.

Mengulas lanjut Shafie berkata kejadian seumpama itu menjejaskan kehadiran pelancong ke negeri itu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata insiden penculikan di Sabah memberi impak negatif terhadap sector pelancongan, terutama kedatangan pelancong dari China.

Menuurutnya, sehingga April lepas, sebanyak 76 penerbangan berjadual dan sewa khas dari China ke Kota Kinabalu telah dibatalkan.

Tiada Cadangan Pinda Akta Berkaitan Taraf Agama Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun

Posted: 18 Jun 2014 02:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Semua pihak perlu mengikut peruntukan undang-undang sedia ada berkaitan pemelukan agama Islam bagi mereka yang berumur bawah 18 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata jika berlaku sesuatu kes mengenainya, penyelesaian berkaitan perlu merujuk kepada Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut status agama bagi mereka yang berumur bawah 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya.

“Dalam kes Sharmala Sathiyaseelan lwn Dr. Jeyaganesh C. Mogarajah & Anor (2004) 2 CLJ 416, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa berdasarkan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan, agama anak yang berumur di bawah 18 tahun boleh ditentukan oleh ibu atau bapa atau penjaga.

“Berdasarkan keputusan kes ini, persetujuan satu pihak sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) ini adalah parent or guardian, bukannya parents or guardian, yang membawa maksud ibu atau bapa atau penjaga,” katanya.

Beliau memberi penjelasan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Anggota Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Kulasegaran meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bila Kerajaan Persekutuan akan membuat perubahan undang-undang bagi melaksanakan keputusan Kabinet pada 2009 supaya mengharamkan kes penukaran dan pengIslaman anak-anak tanpa mendapat keizinan dari ibu dan bapa.

Jamil Khir berkata walaupun mesyuarat Kabinet pada 23 April 2009 telah memutuskan bahawa agama seseorang kanak-kanak tidak boleh ditukar oleh satu pihak sahaja, sama ada ibu atau bapa atau penjaga, namun kerajaan masih belum bercadang untuk meminda undang-undang berkaitan.

“Semua pihak tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa memandangkan Kerajaan belum meminda apa-apa peruntukan undang-undang itu,” katanya.

British Pun Serahkan Hak Urusan Islam Kepada Institusi Raja…

Posted: 18 Jun 2014 01:52 AM PDT

PAS sekali lagi mengundang kontroversi apabila 4 ahli parlimennya tampil menggesa agar kerajaan negeri Selangor meminda undang-undang untuk menghapus kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menerima arahan dari MAIS lagi.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), pada awal penubuhannya dikenali sebagai satu badan yang tetap dinamakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor.

Ia ditubuhkan dibawah seksyen 5, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952.  Kini, MAIS merupakan satu entiti pertubuhan perbadanan (a body corporate) menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Adapun fungsi MAIS adalah bertujuan menasihati DYMM Sultan dalam hal-hal yang bersabit dengan Agama Islam dan Adat Melayu. Ini bermakna penubuhannya adalah berdasarkan kedaulatan Sultan Selangor sebagai ketua agama.

Dengan menggesa agar pindaan undang-undang ini dibuat, secara langsung ia merupakan satu penderhakaan. Apa yang tersirat, pada hemat penulis, ia tidak ubah seperti satu lagi modus operandi untuk menghakis kuasa institusi Raja; satu "movement" yang tumbuh semarak hijau sejak 2008.

Kenyataan oleh 4 ahli parlimen PAS ini berunsur hasutan kepada rakyat dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, khususnya ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk MENGHAPUSKAN kuasa dan kedudukan Majlis Agama Islam Selangor sebagai pihak berkuasa utama dalam hal Agama selepas Tuanku Sultan Selangor yang sifatnya sebagai Ketua Agama Islam dan Ketua Negeri yang dijamin di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

Gesaan ini bersifat menghasut, dan mungkin pencegahan melalui Akta Hasutan merupakan jalan terbaik dalam kemelut ini. Walau bagaimanapun, ia tergantung juga kepada laporan polis ke atas isu ini, itu pun sekiranya ada.

Sedar atau tidak, apa yang berlaku ini juga boleh dianggap sebagai bukti bahawa bibit-bibit kepada cita-cita sebuah republik oleh pihak-pihak tertentu mekar berakar umbi dalam satu tahaluf siyasi.

Mengenang kembali proses kemerdekaan negara, pihak British pun serahkan hak urusan Islam dan Adat Istiadat Melayu kepada institusi Raja-Raja Melayu. PAS pula hendak memansuhkannya!

Andaikan gesaan ini berjaya nanti, maka bersiap sedialah umat Islam di Selangor untuk menyaksikan bagaimana bukan Islam campurtangan dalam Hal Ehwal Islam di Selangor, terutamanya di peringkat Mesyuarat Kerajaan Negeri!

"PAS lebih DAP daripada DAP"!

Setuju atau tidak?

Ameen Latif

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...