UMNO Online - “Cinta Syahid + Kosong Ilmu Peperangan = Mati Katak” plus 9 more

UMNO Online - “Cinta Syahid + Kosong Ilmu Peperangan = Mati Katak” plus 9 more

Link to UMNO Online

Cinta Syahid + Kosong Ilmu Peperangan = Mati Katak

Posted: 27 Jun 2014 05:23 AM PDT

Dilaporkan ada lebih kurang 30 orang rakyat Malaysia sedang berperang menentang saudara sesama Islam mereka sendiri di Iraq dan Syria – salah seorangnya bekas AJK Dewan Ulama PAS, saja sebut, bukan ada apa niat pun.  Dari jumlah itu, ada sumber yang tidak sahih menyebut, 15 orang dilaporkan telah meninggal dunia dalam beberapa pertempuran termasuk seorang yang disahkan meletupkan diri sendiri pada 26 Mei yang lepas.

Menariknya, dalam masa yang sama, laporan International Business Time pula memberikan anggaran seramai 1,500 orang rakyat Britain turut berjuang bersama-sama ISIL, jauh dari anggaran asal kerajaan Britain iaitu seramai 500 orang.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada laporan (sahih atau tidak) yang menyebut sebarang kematian berlaku di kalangan rakyat Britain yang terlibat dalam konflik ketenteraan di Iraq dan Syria, tapi Malaysia walaupun hanya 30 orang, separuh dikatakan sudah arwah.

Walaupun tak satu laporan di atas yang boleh disahkan (melainkan yang melibatkan pengebom berani mati) dengan pihak berkuasa sendiri pun masih menyiasat, tspi anggaran itu sahaja menunjukkan anak-anak muda dan tak berapa muda dari negara kita yang sedang 'berjuang' di Iraq kerana kononnya mencari syahid, pergi dengan semangat saja, ilmu di dada kosong.

Agaknya sebab itulah, walaupun jumlah mereka tidak ramai berbanding rakyat negara lain yang turut sama berperang di Iraq, kadar kematian di kalangan rakyat kita adalah jauh lebih tinggi.

Yang sudah disahkan meninggal dunia itupun mati dengan menjadi pengebom berani mati, bukan setelah terlibat dalam pertempuran dimana dia telah berjaya membunuh seramai mungkin musuh sebelum terkorban. Paling merugikan kalau dari 25 anggota polis yang terbunuh dalam serangan itu, kesemua mereka beragama Islam, tak pastilah dengan apa cara kematian itu boleh dianggap syahid.

Nampaknya orang-orang yang terlibat ini hanya tahu satu benda – syahid, tapi ilmu peperangan tidak ada dan dengan itu kematian di kalangan mereka hanya sia-sia.

Jadi penulis nak bagi faham pada semua yang ada cita-cita nak mati syahid di Iraq tu, lupakan sajalah.  Daripada mati katak, lebih baik mohon masuk polis atau askar dan mintak posting ke Pantai Timur Sabah dimana ada banyak peluang untuk syahid boleh diperolehi disana.

Kalau pun musuh di pantai timur Sabah itu mungkin beragama Islam, tapi sekurang-kurangnya mati tu sebab mempertahankan tanah air sendiri, bukan tanah air orang lain.  Tidaklah mati katak begitu saja dan keluarga yang tinggal ini pun akan terbela nasibnya.

mykmu.net

Jihad Di Kalangan Rakyat Malaysia Di Luar Negara Perlu Dipantau – Muhyiddin

Posted: 27 Jun 2014 04:49 AM PDT

MUAR, 27 Jun – Aktiviti jihad membabitkan rakyat Malaysia di luar negara tidak boleh dipandang ringan dan perlu terus dipantau pihak berkuasa bagi memastikan aktiviti keganasan tidak menular di dalam negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata aktiviti seumpama itu agak membimbangkan kerana mereka yang terlibat dianggap sebagai pelampau walaupun mungkin tujuan mereka ialah ke arah jihad fisabilillah.

“Mereka ini dilatih dalam bentuk ketenteraan oleh pasukan-pasukan bersenjata, jadi ini sesuatu yang kita harus pantau (dan) walaupun ia berlaku di luar negara, tetapi kemungkinan ada (di dalam negara) kalau mereka pulang ke tanah air.

“Kalau tidak dipantau, inilah kumpulan-kumpulan yang boleh memberi masalah dan mempunyai hubung kait dengan keganasan dan sebagainya,” kata beliau di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas aktiviti jihad membabitkan rakyat Malaysia di luar negara yang semakin membimbangkan.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, Muhyiddin berkata kerajaan tidak mahu sebarang perkara yang boleh menimbulkan huru-hara.

“Jadi walapun peristiwa itu berlaku di luar negara seperti Syria dan di mana pun, kita tidak boleh pandang ringan, memang pihak kerajaan ada buat pemantauan melalui hubungan kita dengan rakan-rakan pihak berkuasa di peringkat antarabangsa.

“Kita sudahpun terima laporan pihak Kementerian Dalam Negeri menerusi Interpol. Kita sudah dapat maklum balas tentang keadaan yang sebenar tetapi kita belum dapat memastikan secara terperinci,” kata beliau.

Dua hari lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti identiti sebahagian daripada 15 individu yang terkorban dalam kegiatan keganasan dan jihad di Syria pertengahan bulan ini.

Bagaimanapun, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mendapatkan butiran tepat sebelum mendedahkan sama ada 15 individu itu adalah rakyat Malaysia atau sebaliknya.

Sebuah laporan akhbar tempatan baru-baru ini mendedahkan terdapat aktiviti merekrut pejuang jihad melalui laman sosial yang turut membabitkan rakyat Malaysia.

Terdahulu, Muhyiddin menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau sempena Ramadan serta hadiah cemerlang peperiksaaan Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Darjah Khas bagi Parlimen Pagoh.

Sebelum itu, Muhyiddin merasmikan Karnival Rakyat di Kampung Sungai Meda, Bukit Kepong.

Di majlis itu, beliau menyampaikan hadiah kepada pemenang utama Pertandingan Industri Kecil dan Sederhana Pagoh, Aini Ayub dari Multiniaga Frozen Food Sdn Bhd.

Muhyiddin turut menyampaikan bantuan Program Rakan Usahawan Negeri Johor, Sijil Penghargaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Parlimen Pagoh selain hadiah utama cabutan bertuah sebuah motosikal Modenas 110 yang dimenangi oleh Mohd Syamel Kamarudin dari Kampung Sawah Laku.

Karnival itu menyaksikan pelbagai acara diadakan seperti pameran IKS oleh 24 peserta dari kawasan Parlimen Pagoh dan perlumbaan motorcross.

“Blackout”… Mata NGO Bersih Pun Turut Terpadam Dalam Penipuan Pemilihan PKR

Posted: 27 Jun 2014 04:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Bekas Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zahid Mat Arip hari ini mempersoalkan ke mana perginya suara-suara pemimpin NGO Bersih dalam kes terbaru yang melibatkan kontroversi bekalan elektrik terputus ketika berlakunya pengiraan undi yang melibatkan cabang Kuala Selangor,  di mana ketuanya adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kata beliau, jika dahulu Bersih yang kerapkali mengkritik SPR dan mempotretkan diri mereka sebagai sebuah NGO yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil, sepatutnya hari ini melontarkan kritikan yang sama seperti mana mereka lontarkan kepada SPR dan kerajaan terhadap pemilihan kepimpinan di dalam PKR yang masih belum selesai.

"Sudah terang lagi nyata, segala macam dakwaan berhubung penyelewengan undi, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya telah dilaporkan oleh ahli-ahli PKR sendiri. Apakah Bersih tak nampak berapa banyak cabang yang terpaksa diadakan pemilihan semula akibat ketidakpuasan hati ahli kerana terdapat unsur-unsur ketidakadilan undi seperti yang saya katakan tadi.

"Bahkan yang terbaru, kontroversi di cabang Kuala Selangor di mana ketuanya ialah Menteri Besar Selangor sendiri, Tan Sri Khalid Ibrahim di mana ketika pengiraan undi, bekalan elektrik terputus! Lebih malang lagi apabila Tan Sri Khalid diumumkan kalah. Apakah tidak ada syak tentang wujudnya unsur sabotaj di situ?

"Sebab itu saya merasa pelik di mana suara pemimpin Bersih yang konon-kononnya mahukan satu pilihanraya yang bersih, tetapi buat-buat tidak nampak dan pejam mata dengan pemilihan PKR yang boleh kita anggap sebagai pemilihan yang penuh kontroversi dalam sejarah negara? Apakah mereka sudah bertukar menjadi syaitan bisu dalam hal ini?," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sebuah portal pro pembangkang hari ini melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul, mengakui bekalan elektrik terputus sewaktu pengiraan kertas undi melibatkan cabang Kuala Selangor, yang menyaksikan tewasnya Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ketuanya, pada awal pagi Khamis lalu

Justeru itu kata beliau lagi, Bersih sebenarnya tidak mempunyai kelayakan untuk mengkritik SPR dan kerajaan kerana mereka sendiri tidak 'bersih' dalam penilaian dan bias kepada satu pihak.

"Sementara itu, saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli-ahli PKR yang sudi membenarkan diri mereka untuk terus diperkudakan oleh pemimpin seperti Anwar yang menggunakan dan memperalatkan rakyat untuk mempertahankan survival politik keluarga dan kroni-kroninya.

"Malah ada kalanya saya merasa amat pelik apabila melihatkan ada segelintir manusia yang masih lagi menyokong PKR dan Anwar di mana bagi saya, segala-gala kepincangan, penipuan dan kelemahan PKR di bawah kepimpinan Anwar sudah terdedah di depan mata. Maka sebab itu saya ucapkan syabas kepada mereka yang terus sanggup diperbodoh dan diperkotak-katikkan oleh pemimpin pembangkang seperti Anwar," ujarnya penuh sinis.-MediaUMNO

Tuisyen HELP Produk Baharu UMNO Bantu Golongan Muda Bandar

Posted: 27 Jun 2014 03:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Program HELP Tuisyen Yayasan Pelajaran MARA (YPM) anjuran bersama YPM, Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan Pemuda UMNO Malaysia dan Yayasan Al-Hussin merupakan kesinambungan kejayaan Program Kelas Bimbingan YPM yang memfokuskan pelajar-pelajar sekolah harian di kawasan-kawasan bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Haji Shafie Afdal berkata, program ini meletakkan sasaran untuk membantu para pelajar yang menjadi peserta program ini untuk meningkatkan prestasi akademik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014.

"Pelajar-pelajar akan dibantu guru-guru terbaik, cemerlang bagi menghasilkan pelajar-pelajar berkeyakinan tinggi, berpotensi serta bermotivasi tinggi seterusnya mendetikkan transformasi dalam diri pelajar bagi mencapai kejayaan dan impian.

“Program ini akan bermula Ogos ini dan sebanyak 41 pusat telah dikenal pasti dengan penglibatan kira-kira 4,100 pelajar dari kawasan bandar di seluruh negara," katanya ketika merasmikan Program HELP Tuisyen di di sini hari ini.

Tambahnya, penggunaan guru-guru pakar dan cemerlang ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada pembelajaran pelajar sekaligus melengkapkan mereka dalam menghadapi situasi peperiksaan yang sebenar.

"Dengan moto MARA "Memperkasakan Pendidikan Melayu Dan Bumiputera", Pemuda UMNO harus menggunakan peluang ini untuk memperbanyakkan dan memperluaskan program sebegini bagi membantu dan membimbing lebih ramai lagi pelajar-pelajar Melayu Bumiputera untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik," ujarnya lagi yang juga Naib Presiden UMNO.

Sementara itu, Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, Program HELP Tuisyen ini adalah satu lagi produk baharu UMNO dalam usaha menaik taraf hidup masyarakat terutama golongan muda memandangkan pendidikan merupakan aset utama seseorang insan.

"Ini juga membuktikan UMNO sentiasa mengambil kira kesusahan golongan yang memerlukan bantuan dan bukan setakat mendapatkan pendidikan sempurna, malahan sehinggalah mereka melangkah ke alam pekerjaan," katanya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. -MediaUMNO

Youths Must Have Patriotism To Help Ensure Nation’s Wellbeing – Melaka CM

Posted: 27 Jun 2014 03:11 AM PDT

MELAKA, June 27 – Melaka Chief Minister Datuk Seri Idris Haron said youths should be armed with six basic elements of patriotism to help shape   this nation towards a brighter future.

He said the six elements were love for the country and state, loyalty, knowledge and skills, voluntarism, commitment and resilience.

Idris said a young generation with deep love and loyalty for the country would not be easily influenced by negative elements which could destroy the nation.

“(With such feelings), street demonstrations, questioning the Federal Constitution and disparaging the country and leaders would not occur,” he said at a Melaka young generation patriotism roadshow programme at Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), here, today.

The 5,000 participants of the programme comprised higher education institution and Form Six students from throughout the state.

Idris said the young generation should appreciate the history of the country’s independence and not treat it as just part of learning in class.

Formula Kongsi Kuasa BN Bukan Seperti Pembangkang Hanya Kongsi Atas Kertas

Posted: 27 Jun 2014 02:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata konsep permuafakatan dan keikhlasan di dalam Barisan Nasional (BN) cukup terserlah dengan perlantikan terbaru anggota kabinet daripada MCA dan Gerakan.

Menurut beliau berbanding dengan pembangkang mereka hanya sekadar perkongsian di atas kertas dan masing-masing tidak berpaksikan kepada keikhlasan sepertimana contoh yang boleh dilihat di beberapa negeri yang diperintah oleh mereka.

“Cuba kita tengok di Pulau Pinang..Pas yang menang satu kerusi menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Salleh Man tidak dilantik ke jawatan Exco kerajaan negeri.

“Malah jika tidak silap semasa BN menerajui negeri itu sebelum ini, wakil MIC turut dilantik sebagai Exco walaupun MIC hanya menang  satu kerusi ADUN.

“Begitu juga di Kelantan..rasa-rasanya terdapat juga ketidakpuasan hati antara rakan-rakan mereka. Itulah bezanya antara BN dengan pembangkang hari ini,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah keunikan formula pembahagian kuasa di dalam BN sebenarnya dicemburui oleh pihak lawan.

“Keunikan yang terjadi adalah bersandarkan kepada keikhlasan dalam memperjuangkan rakyat dan negara.

“Dalam keadaan serta suasana negara kita yang dibarisi daripada masyarakat pelbagai latar belakang, formula perkongsian kuasa BN yang diterjemahkan menerusi kabinet adalah tunjang kepada apa yang kita nikmati hari ini.

“Sebab itu saya melihat kemasukan semula wakil daripada MCA serta Gerakan akan menambahkan lagi keupayaan kerajaan untuk memacu negara dan sama-sama memelihara kepentingan serta kebajikan rakyat,” ujarnya. -MediaUMNO

PDRM Pantau Militan Didakwa Dari Malaysia – Zahid

Posted: 27 Jun 2014 01:20 AM PDT

PUTRAJAYA, 27 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa melakukan pemantauan terhadap anggota militan yang didakwa berasal dari Malaysia melalui pelbagai sumber maklumat dan risikan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia merupakan usaha berpanjangan PDRM bagi memastikan Malaysia tidak dianggap sebagai sarang pengganas.

“Undang-undang sedia ada dan pemantauan yang dilakukan pihak polis terhadap militan dari Malaysia adalah usaha berpanjangan sama ada melalui intipan atau maklumat dari media sosial, Aseanapol, Interpol dan maklumat risikan dari Negara jiran yang kononnya menerima militan ini,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2014 anjuran Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu Ahmad Zahid turut menasihatkan individu yang belum terlibat dengan kumpulan militan supaya memahami erti jihad yang sebenar dan tidak mudah terpengaruh dengan kumpulan yang merekrut militan.

“Kita tahu di Indonesia perkara ini berlaku. Mereka seolah-olah ada rumpun Nusantara sama ada daripada selatan Filipina atau selatan Thailand, Malaysia dan dan Indonesia yang berada dalam satu kumpulan.

"Kita harap mereka yang belum terjebak dengan apa yang dipanggil sebagai jihad harus memahami makna jihad sebenarnya. Bukan tindakan membawa maut atau dengan mengebom diri sendiri,” katanya.

Sehubungan itu katanya peranan ibu bapa, sekolah dan badan bukan kerajaan juga amat diperlukan untuk menasihati anak-anak muda yang ingin terlibat dengan kumpulan militan.

Dalam perkembangan lain Ahmad Zahid berkata orang ramai diminta melaporkan kepada pihak polis jika terjumpa individu mencurigakan atau pihak tertentu yang disyaki ingin menculik kanak-kanak seperti yang berlaku akhir-akhir ini.

“PDRM sentiasa memantau jenayah ini yang dibuat oleh pihak tertentu yang mahukan wang,” katanya sambil meminta ibu bapa mengawasi keselamatan anak-anak.

Fed Govt Considering New Incentives For Investment In Less-Developed Areas

Posted: 27 Jun 2014 12:12 AM PDT

KANGAR, June 27 – Investors who are ready to invest in less-developed areas in the country will be offered new and better incentives, said Minister of International Trade and Industry, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

He said the incentives were designed as the new encouragement from the federal government to assist states that received lower investment compared with more developed states that obtained huge investments.

“The incentives are still being studied by the Malaysian Investment Development Authority (MIDA) and the Ministry of International Trade and Industry (MITI) together with the Finance Ministry, and are expected to be announced soon,” he told reporters after a dialogue session with entrepreneurs in Perlis and Kedah here yesterday.

Perlis Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man and MIDA Chief Executive Officer Datuk Azman Mahmud also attended the dialogue session.

Earlier, Mustapa was given a briefing on the direction and economic plans of the state by Azlan during his visit to the office of the Menteri Besar here.

According to Mustapa, the Perlis government’s plan to build Lembah Chuping into a green biotechnology centre was a good development that would be able to attract foreign investors.

He said investments in Perlis last year increased nine fold compared with 2011 and the federal government would continue to assist in identifying suitable investment sectors to bring to the state.

Up to Dec 31, 2013, a total of 48 projects involving RM1 billion investment were implemented, with local investment making up 70 per cent or RM674.3 billion, and foreign investment accounting for 30 per cent or RM368.9 million.

On Asean Economic Cmmunity (AEC) which will be declared at end-2015, Mustapa said Malaysia would also hold the chairmanship the same year.

“The AEC issue is huge as the business community including state governments and government officers do not understand and have a wrong perception on the AEC.

“In fact, tariffs for most products coming into Malaysia or go out have been included and the bulk of them have been aborted, no more tax when the AEC is implemented later.

“Many quarters anticipate there will be dumping of products in Malaysia that would hinder the local industry. This is not correct,” he explained.

He said the officers and state governments at the borders including the business community would be given a full briefing on the AEC and the implications of its establishment in the near future.

Meanwhile, Azlan said the Perlis government had offered an area in Padang Besar to be developed into an air strip sufficient to accommodate landing of small planes such Malindo Air, Firefly, cargo and for leisure activities.

“There’s request for the air strip and we need to look forward. The air strip is capable of driving development in northern Perlis, this is the rationale. Hence, we will offer a bid for this in the 11th Malaysia Plan.

“I will make a proposal to the Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Abdul Wahid Omar who is visiting Perlis on July 3,” said Azlan.

USCCAKK Urged To Capitalise In Sabah-China Relations

Posted: 26 Jun 2014 09:42 PM PDT

KOTA KINABALU, June 27 – Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman wants the United Sabah Chinese Communities Association of Kota Kinabalu (USCCAKK) to capitalise on the diplomatic relations forged 40 years ago between the state and China, to reinforce bilateral trade.

With familial and trade links with China, the local Chinese community could play an effective role in acting as a bridge between both sides, he said.

“It is an opportune time, given China’s status as the second largest economy in the world and Malaysia’s biggest trading partner since 2009,” he said at the launch of the association’s 40th anniversary celebrations at Dewan Hakka here last night.

His speech text was delivered by state Special Functions Minister Datuk Teo Chee Kang.

Meanwhile, Musa who is also state Finance Minister said the association led by its president John Lim Yu Sin could serve as a prime mover in promoting unity and tolerance in Sabah’s plural society.

FDI Merudum : Guan Eng, Kerajaan DAP Pulau Pinang Usah Sembunyi Tengkuk

Posted: 26 Jun 2014 08:00 PM PDT

PULAU PINANG, 27 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman hari ini membidas sikap berdiam diri Ketua Menteri negeri itu berkenaan merudumnya pelaburan langsung asing (FDI).

Tegas beliau, sebelum ini Lim Guan Eng sering mendabik dada mengatakan pentadbiran DAP adalah yang terbaik malah Guan Eng pernah membuat kenyataan bahawa DAP berjaya membawa masuk pelaburan sebanyak RM10 billion pada tahun 2010 sedangkan semua itu adalah hasil daripada kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN).

"Layakkah DAP mahu terus menggunakan slogan Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT) sedangkan mereka terang-terangan gagal menterjemahkannya bukan sahaja dari segi pentadbiran malah dari segi ekonomi juga.

"Lebih memalukan, hasil kerja BN mereka pula yang mendapat nama. Rakyat harus sedar bahawa hasil pelaburan bukanlah datang dari jangka masa yang pendek. Sebab itulah, apa yang dicanangkan oleh DAP pada tahun 2010 sebenarnya ibarat lembu punya susu, sapi dapat nama," ujarnya kepada UMNO-Online.

Jika pada tahun 2010 itu jelas beliau lagi Guan Eng mampu bermegah hasil daripada kerja orang lain, ternyata ianya tidak berkekalan kerana kenyataan sebenar semakin tersingkap.

“Ini terbukti DAP tidak pandai mentadbir negara mahupun di dalam ekonomi apabila tahun 2011 menyaksikan pelaburan asing di Pulau Pinang menurun secara konsisten sebanyak RM9 bilion dan pada tahun 2012 pula menerima hanya FDI lebih RM2 bilion”, katanya.

Tambah Zainal, rakyat perlu mengetahui bahawa Pulau Pinang dahulu sentiasa berada di tangga teratas dalam kutipan FDI tetapi sejak DAP mentadbir negeri ini, ternyata ianya merosot.

"Jadi, sampai bila Ketua Menteri mahu terus berselindung dan bermuka-muka.. sampai bila mahu bermegah pada perkara yang tidak sepatutnya… Rakyat perlu mengetahui perkara sebenar.

"Saya mendesak Guan Eng untuk memberi jawapan kepada rakyat. Jangan terus berdiam diri dan jangan menuding jari kepada pihak lain atas kelemahan diri sendiri," jelasnya lagi. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...