UMNO Online - “Barisan Nasional Di Perak Kini Lebih Kukuh – Najib” plus 4 more

UMNO Online - “Barisan Nasional Di Perak Kini Lebih Kukuh – Najib” plus 4 more

Link to UMNO Online

Barisan Nasional Di Perak Kini Lebih Kukuh – Najib

Posted: 14 Jun 2014 05:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri Perak terus diperkukuh susulan kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata ia juga tergambar daripada perjumpaan tertutup yang dihadirinya bersama pimpinan parti-parti komponen BN Perak di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pagi tadi.

“Kemenangan Datuk Mah Siew Keong dan Gerakan pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan baru-baru ini membayangkan pengukuhan Barisan Nasional di negeri Perak.

“Kita harus terus bersatu dan berusaha dalam membawa agenda pembangunan agar negara terus kekal aman dan makmur,” katanya dalam catatan di laman Facebook hari ini.

Pada PRK 31 Mei itu, Mah yang juga Presiden Gerakan menewaskan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.

Menurut rekod, kemenangan Mah bukan sahaja menyaksikan kejayaan merampas semula kerusi Parlimen berkenaan malah memperkukuh kedudukannya sebagai Presiden

Gerakan yang dimenangi Oktober tahun lepas, serta kedudukan parti itu dalam BN. -MediaUMNO

Tiada Unsur Politik Dalam Pemberian Rm500 Kepada Pekebun Kecil Getah – Shafie

Posted: 14 Jun 2014 01:13 AM PDT

RAUB, 14 Jun – Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan bantuan sara hidup RM500 untuk pekebun kecil getah merupakan tanggungjawab sosial kerajaan berikutan penurunan harga getah di pasaran.

Katanya langkah itu bertujuan meringankan beban yang ditanggung kira-kira 270,000 pekebun kecil getah di negara ini.

“Tidak ada unsur-unsur politik dalam soal-soal pemberian sara hidup seperti yang didakwa oleh pembangkang yang hanya semata-mata untuk mencari kepentingan peribadi.

“Kerajaan mempunyai mekanisme tertentu untuk menangani masalah hidup rakyat khususnya pekebun kecil di luar bandar berikutan penurunan harga komoditi getah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepengggunaan Negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata kerajaan juga sedang meneliti perkembangan harga getah dunia bagi merangka beberapa rancangan untuk membantu pekebun kecil.

“Kerajaan akan memberi bantuan sagu hati dalam masa terdekat ini berasaskan kategori penoreh, pemilik kebun getah dan penoreh yang bukan pemilik kebun,” katanya. -MediaUMNO

5,000 Rumah Prima Dan Cawangan Upsi Dibina Di Teluk Intan – Najib

Posted: 13 Jun 2014 11:22 PM PDT

TELUK INTAN, 14 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa inisiatif bagi pembangunan Teluk Intan termasuk pembinaan 5,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sebagai memenuhi manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi projek pembangunan di kawasan berkenaan.

“BN adalah sebuah parti yang berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa BN menetapi janji dan membawa harapan kepada penduduk kawasan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat dan pelancaran PR1MA Teluk Intan di sini.

Bagi projek PR1MA, Najib berkata sebagai permulaan, sebanyak 1,000 unit rumah akan dibina di kawasan itu.

Projek PR1MA Teluk Intan secara keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 202 hektar.

Projek PR1MA di Teluk Intan melibatkan kerjasama antara Perbadanan PR1MA Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Koperasi Pegawai-pegawai Melayu Malaysia Bhd (MOCCIS).

Bagi penubuhan cawangan UPSI, Najib berkata kampus berkenaan akan menempatkan 1,000 guru yang akan dilatih dalam bidang vokasional dan teknikal.

“Kawasan Teluk Intan akan mendapat kesan yang begitu baik (dengan pembinaan cawangan UPSI)…. (cawangan) itu akan cuba siap tiga hingga empat tahun akan datang,” katanya.

Selain peruntukan RM5 juta itu, beliau berkata sebagai bakal menteri, Anggota Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong akan turut menerima peruntukan khas yang dapat digunakan untuk kepentingan penduduk kawasan itu.

Katanya semua peruntukan yang disalurkan adalah untuk memenuhi permintaan penduduk Teluk Intan.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada pengundi Teluk Intan kerana menyokong BN sehingga membawa kepada kemenangan Mah pada PRK Parlimen itu, 31 Mei lepas selepas menewaskan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.

“Saya datang untuk memastikan janji-janji (BN) ditunaikan. Saya nak ucap setinggi-tinggi perhargaan kepada pengundi yang menyokong BN.

“Saya tidak sedap duduk kalau saya tidak turun hari ini untuk berjumpa rakyat Teluk Intan,” katanya.

Beliau berkata kemenangan itu membuktikan pengundi yakin BN adalah parti yang menepati janji dan membawa harapan baharu kepada penduduk kawasan itu.

“Kita menang kerana kebolehpercayaan rakyat terhadap BN meningkat. Ramai yang merasakan bahawa jika BN diberi peluang akan berlaku perubahan persekitaran dari segi pembangunan sosio-ekonomi di kawasan itu,” katanya. -MediaUMNO

Agong Consents To Putrajaya Floria Given Royal Status

Posted: 13 Jun 2014 11:09 PM PDT

PUTRAJAYA, June 14 – The Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, today consented to the Putrajaya Flower and Garden Festival be given royal status.

With that, Tuanku Abdul Halim, when opening the event at Pesisiran Tasik Presint 4 here today, declared open the Putrajaya Royal Floria Festival, thename to be used for the festival from this year onwards.

The king, accompanied by the Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, was at the venue of the festival for two hours, during which the royal couple visited the exhibition booths there, as well as the Royal Park, the Cat Park and the Floral Pavilion.

Also present were Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor and Putrajaya Corporation (PPj) president Tan Sri Dr Aseh Che Mat.

With the theme ‘Begonia-Mesmerizing Colours’, the festival, which is an annual event, displays 400,000 species of plants and flowers. It is now in its seventh year.

The nine-day festival, organised by PPj, ends on June 22. It involves the participation of 37 international landscape designers and florists, including from the United States of America, Singapore and Taiwan.

Meanwhile, Aseh, when met by reporters, said with the festival now accorded the royal status, it was now on par with some of the international flower festivals, like the Royal Chelsea Flower Show.

The Putrajaya Royal Floria is opened to the public from 9 am to 10.30 pm (Monday to Thursday) and from 9 am to midnight (Friday to Sunday). The entrance fee is RM3 for an adult and RM1 for children aged between seven and 12 years-old. -MediaUMNO

Muhyiddin Mahu Polis Terus Bendung Kegiatan Militan

Posted: 13 Jun 2014 11:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Malaysia tidak akan memandang ringan mana-mana percubaan untuk mencabar kedaulatan dan keselamatan negara.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa khususnya polis meneruskan usaha mencegah kegiatan militan daripada berleluasa di negara ini, dan mengelak daripada berulangnya peristiwa berdarah di Lahad Datu, Sabah.

“Berdasarkan peristiwa Lahad Datu kita tak boleh izinkan mana-mana pihak menceroboh atau buat sesuatu yang boleh menimbulkan masalah. Apatah lagi yang berbentuk terrorism.

“Kita tak akan biarkan. Kalau polis dah ambil tindakan dan menyiasat, itu kita serah kepada pihak berkuasa untuk teruskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Amal Bukit Damansara di Pusat Komuniti Bukit Damansara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah semalam dalam operasi khas Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman selepas disyaki terbabit dengan kegiatan militan.

Suspek ditahan bersama dua lagi individu, dengan seorang daripadanya merupakan anggota kanan sel militan yang disyaki telah menjalankan latihan ketenteraan di kem milik Kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina sejak 22 April lalu.

Pihak TLDM hari ini mengesahkan penahanan anggotanya yang berpangkat Laskar Kanan.

“Bagi negara, (penahanan) ini penting. Saya tak kira siapa, sama ada dia pegawai kerajaan, asalkan ada bukti kukuh bahawa mereka terlibat dalam kegiatan ini dan ada buktinya, tindakan pihak berkuasa perlu diambil dan tak boleh dipandang ringan,” tegas Muhyiddin. – MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...