UMNO Online - “Artikel 11 & Islam Di Negeri Selangor : Bila Ulama’ Menjual Agama…” plus 9 more

UMNO Online - “Artikel 11 & Islam Di Negeri Selangor : Bila Ulama’ Menjual Agama…” plus 9 more

Link to UMNO Online

Artikel 11 & Islam Di Negeri Selangor : Bila Ulama’ Menjual Agama…

Posted: 26 Jun 2014 04:51 AM PDT

Berikut adalah yang tertulis di dalam Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 11. Kebebasan Beragama:

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—

(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat;        dan

(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang- undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral."

Mari pula kita lihat Perkara 11. (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan TERTAKLUK KEPADA FASAL (4) MENGEMBANGKANNYA. Fasal (4) dalam perkara yang sama dengan jelas menyebut "Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang- undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam."

Perlembagaan Malaysia bukan sahaja merupakan tulang belakang kepada undang-undang Malaysia, tetapi ia juga disertai dengan pengurniaan hak asasi kepada mana-mana individu di Malaysia.

Namun, setiap hak yang diberikan tidaklah bersifat "total" dimana, ada undang-undang yang mengawalnya supaya hak yang diberikan tidak dimanipulasi dan dirosakkan oleh pihak-pihak yang berkempentingan di negara ini. Kita perlu ingat Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan bukannya bersifat anarki.

Apabila dinyatakan bahawa kebebasan untuk beragama di Malaysia adalah hak milik semua rakyat. Tidak kira agama apa pun. Namun begitu, hak untuk memilih agama di kalangan orang Islam di Malaysia adalah terhad.

Ini kerana orang Islam di Malaysia tertakluk kepada perundangan Syariah dan juga perundangan Sivil. Namun perkara ini tidak pernah dipertikaikan oleh orang Islam itu sendiri, tetapi dipertikaikan oleh orang bukan Islam yang ingin mengembangkan ajaran mereka kepada orang Islam/Melayu di Malaysia.

Artikel 11 (4) memberikan kuasa kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa agama untuk menyekat penyebaran agama lain kepada orang Islam. Bidang kuasa ini diberikan kepada institusi atau jabatan agama bagi setiap negeri. Ia selaras dengan perlembagaan Malaysia dan tidak menganggu gugat kepentingan agama lain di negara ini.

Baru-baru ini terdapat beberapa isu yang menjadi pertikaian di antara orang Islam, orang bukan Islam dan juga institusi keagamaan di Malaysia. Perkara yang saya ingin ulaskan di sini adalah tindakan MAIS & JAIS terhadap rampasan bible di Malaysia.

Untuk pengetahuan umum MAIS dan JAIS bergerak dengan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan di Malaysia. MenurutEnakmen 1, Tahun 1988, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembahan di Kalangan Orang Islam 1988) jelas menunjukkan bahawa tindakan JAIS adalah bersesuaian dengan undang-undang di Malaysia.

Di dalam enakmen negeri tersebut dinyatakan bahawa larangan tertentu seperti mengajak, menyebar, memberi penerangan dan menggunakan ayat-ayat tertentu (seperti kalimah Allah) oleh bukan Islam adalah tidak boleh dan melanggar undang-undang. Oleh itu tindakan JAIS adalah bersesuaian dengan enakmen tersebut dan juga mengikut Artikel 11 Perlembagaan Malaysia.

Apa yang menjadi masalah besar ialah, apabila sebahagian dari mereka yang tidak berpuas hati mengatakan JAIS telah melangkaui tugas mereka sebagai penguatkuasa agama Islam dengan melaksanakan tindakan kepada orang bukan Islam.

Ya, orang bukan Islam tidak tertakluk kepada undang-undang Syariah, tetapi apabila terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam, adalah dalam bidang kuasa JAIS atau mana-mana jabatan agama Islam untuk bertindak.

Penterjemahan apa-apa kitab keagamaan ke dalam bahasa Melayu secara umumnya tidak salah. Namun begitu, apabila ada unsur penyebaran kitab atau tulisan atau risalah secara terbuka kepada orang Islam, ia merupakan kesalahan. Ditambah lagi dengan pengunaan kalimah Allah di dalam kitab agama lain selain Islam. Dari sudut perundangan perkara ini sememangnya satu kesalahan dan ia di bawah penguatkuasaan pihak yang berwajib untuk menangani perkara ini.

Kita juga perlu melihat natijah utama kenapa perlunya naskah-naskah keagamaan tertentu diterjemah kepada bahasa majoriti umat Islam di Malaysia. Kesimpulannya adalah untuk memastikan bahawa isi kandungan kitab keagamaan itu dibaca oleh orang Islam. Ya, memang mereka katakan bahawa ianya untuk kegunaan Bumiputera yang bukan Islam di Semenanjung Malaysia.

Persoalannya, berapa ramai orang Bumiputera yang menjadi penganut agama lain selain Islam di Semenanjung amnya, dan Negeri Selangor khususnya. Alasan demi alasan dikeluarkan oleh golongan ini untuk meng"halal"kan tindakan mereka menyebarkan agama kepada orang Melayu/Islam di Malaysia.

Namun, kita sebagai umat Islam terus berdiam diri dan ada pula yang menyalahkan JAIS & MAIS dalam isu rampasan kitab yang dilakukan tidak lama dahulu. Yang peliknya semalam, 4 wakil rakyat dari PARTI YANG PALING ISLAM SEKALI DALAM MALAYSIA, telah bertindak menekan Kerajaan Negeri Selangor, Kesultanan Selangor, MAIS & JAIS untuk dihadkan kuasanya.

Mungkin wakil rakyat ini lupa bahawa sedang sibuk mereka berpolitik dan menikmati hasil kutipan tabung TIN MILO, mereka telah gadaikan maruah agama mereka kerana kepentingan politik.

Buat apa bercakap pasal mempertahankan hudud sedangkan akidah umat Islam pun tidak mereka sanggup bela. "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah SWT berfirman kepada mereka: "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)." (HR Tirmidzi)

Dan apa yang dikatakan oleh Rasulullah telah terjadi di masa kita, di negara kita. Masihkah kita buta dan mengikut kata "pejuang palsu Islam" ini?

Jika dahulu sebelum dapat memerintah negeri Selangor, mereka janjikan orang Islam dengan kebajikan, keIslaman dan SYURGA kini tidak lagi. Hatta, kilang ARAK yang dikatakan akan tumbang sekiranya mereka memerintah itupun masih berdiri megah. Jangan kita lupa ada diantara 4 wakil rakyat yang menentang JAIS telah pun melawat dan bersuka ria di kilang tersebut.

Apa yang boleh kita katakan sekarang terutamanya para pengundi kerajaan Pakar Rompak (PR) adalah PADAN MUKA KITA. Ini adalah hasilnya daripada perjuangan RAKYAT yang dicanang mereka. Inilah REFORMASI/UBAH ala mereka. Agama dijual, bangsa tergadai.

isuhot.com

Perlantikan Kabinet : Jangan Biar Emosi Menentukan Hujah

Posted: 26 Jun 2014 04:37 AM PDT

Keputusan yang dibuat oleh Najib Razak dengan melantik pemimpin-pemimpin dari parti komponen seperti MCA dan Gerakan sememangnya tepat, pada hemat penulis.

Bukan sekadar retorik, permuafakatan Barisan Nasional dalam perkongsian kuasa dizahirkan dengan perlantikan ini, sungguhpun ia mendapat komentar-komentar negatif dari orang-orang Melayu, yang menyifatkan kedua-dua parti komponen ini tidak berhak untuk diangkat ke barisan Kabinet.

Alasannya adalah prestasi parti komponen itu pada PRU yang lepas. Andai ini hujah kita, bagaimana perlu kita justifikasi kepada diri sendiri tentang sumbangan besar kedua-dua parti komponen tersebut pada PRU 1999 yang membawa kepada kemenangan BN tatkala gelora reformasi melanda jalanraya-jalanraya seluruh negara yang menyaksikan penurunan undi Melayu kepada BN?

Seni politik adalah tentang permainan nombor, dan hakikat masa kini menyaksikan tidak boleh tidak, mana-mana pihak untuk menyisihkan sesuatu kaum, dalam keinginan memenangi hati pengundi sewaktu pilihanraya, selain memenuhi aspirasi berbilang kaum di bumi tercinta ini. Apatah lagi dalam permuafakatan Barisan Nasional, yang terbukti membawa kemajuan dan menjaga keharmonian rakyat.

Sebelum emosi menentukan hujah, adalah bijaksana untuk anda melihat taburan pengundi, terutamanya di Lembah Klang. Selangor, sebagai contoh, tidak mungkin akan dimenangi oleh mana-mana parti politik sekiranya bertindak untuk meminggirkan satu-satu kaum.

Sebelum emosi menentukan hujah, adalah bijaksana untuk anda melihat taburan pengundi, terutamanya di Lembah Klang. Selangor, sebagai contoh, tidak mungkin akan dimenangi oleh mana-mana parti politik sekiranya bertindak untuk meminggirkan satu-satu kaum.

Apatah lagi, jika melibatkan kaum Melayu atau Cina. Oleh yang demikian, usul membawa hudud oleh UMNO Selangor jelas tidak popular dalam sudut berpolitik kerana jelas masyarakat Tiong Hua belum bersedia untuk menerima hudud melainkan orang Melayu (yang majoritinya Islam) bersatu. Politic is a game of number. Itu asas dan dasar penulis berpendapat sedemikan.

Bagi penulis, perlantikan ke Kabinet ini adalah adil dan rasional. Ramai pemerhati politik melihat keadaan "tidak layak" pemimpin Cina atas kapasiti keputusan PRU yang lepas. Namun, Najib Razak terus bersifat "gentleman" atas permuafakan BN, yang memilih untuk terus mengekalkan tradisi menghormati teras Barisan Nasional.

Andai wujud desakan dari masyarakat Cina agar pemimpin mereka diberi jawatan-jawatan menteri utama seperti Menteri Pelajaran, mereka harus membuktikan bahawa sokongan masyarakat Tiong Hua kepada parti-parti kembali seperti dulu.

Keputusan yang dibuat oleh Najib Razak jelas membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum sekalipun, kerana semangat setiakawan bersedia untuk susah dan senang bersama.

Najib Razak sendiri bersedia untuk dikritik oleh orang-orang Melayu atas keputusan tersebut. Malah, sebelum ini kepercayaan Najib Razak pernah dikhianati oleh Waythamoorthy. Najib Razak masih belum berputus asa untuk meneruskan semangat Barisan Nasional. Maka, amat perlu untuk mereka yang dilantik bekerja kuat untuk menjayakan aspirasi kerajaan, disamping meraih semula sokongan terhadap parti masing-masing.

Dalam masyarakat berbilang kaum dan taburan penduduk terkini di Malaysia, keadaan sebelum ini di mana MCA enggan menjawat sebarang jawatan di dalam Kabinet adalah "tidak sihat" kepada senario politik negara.

Dengan perlantikan ini, status "tidak sihat" ini berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Ameen Latif

80,000 Rumah Akan Dibina Elak Peminggiran Melayu Bandar

Posted: 26 Jun 2014 03:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Sejumlah 80,000 unit rumah akan dibina di Wilayah Persekutuan dalam tempoh lima tahun bagi membantu mengatasi masalah peminggiran Melayu di bandar, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan berkata ia melalui Program Pembinaan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dan Program Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) untuk mengelak fenomena peminggiran Melayu Bandar.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 50,000 unit akan dibina di Kuala Lumpur, 20,000 unit di Putrajaya dan 10,000 unit di Labuan dalam tempoh lima tahun,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani di persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Yahaya ingin mengetahui adakah kerajaan menetapkan dasar untuk mengelakkan fenomena peminggiran Melayu Bandar, terutama apabila dilihat kebanyakan pembinaan petempatan di bandar-bandar besar melibatkan pembinaan kondominium mewah dan rumah kos berskala tinggi.

Pelantikan Wakil MCA, Gerakan Lengkapkan Konsep Perkongsian Kuasa BN

Posted: 26 Jun 2014 02:39 AM PDT

PETALING JAYA, 26 Jun – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelantikan semula wakil MCA dan Gerakan dalam jemaah menteri melengkapkan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata pelantikan lima pemimpin MCA dan seorang dari Gerakan itu juga akan menghakis tanggapan masyarakat Cina kononnya kerajaan meminggirkan suara parti yang mewakili kaum itu.

“Cuma konsep perkongsian kuasa yang diamalkan sejak sekian lama itu terbantut seketika dengan keputusan MCA untuk tidak menyertai kerajaan selepas pilihan raya umum lalu.

“Namun, dengan keputusan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam akan memastikan tiada lagi pihak yang mendakwa tidak ada penambahbaikan dalam membawa suara masyarakat Cina dalam kerajaan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan I-Kad untuk pelajar antarabangsa di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Peljaran kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Semalam, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik sebagai Menteri Pengangkutan manakala Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong turut dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, manakala tiga naib presiden MCA iaitu Datuk Lee Chee Leong dilantik memegang jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun selaku Timbalan Menteri Pemmbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata pelantikan itu merupakan satu cabaran kepada mereka untuk bekerja lebih keras memperkukuh kedudukan MCA dan Gerakan dalam memperjuangkan nasib masyarakat Cina dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Ini permulaan yang baik, dan masyarakat Cina harus ambil isyarat bahawa suara mereka kini boleh diketengahkan melalui parti politik sehingga ke peringkat tertinggi kerajaan, termasuk perdana menteri dengan pelantikan tersebut, katanya.

Berhubung saiz kabinet yang dianggap besar, Muhyiddin berkata perkara itu tidak dapat dielakkan kerana sebelum ini wakil MCA dan Gerakan tidak berada dalam barisan kerajaan.

“Isu kabinet yang besar tidak dapat dielak, cuma saya berharap menteri dan timbalan menteri yang dilantik dapat bekerja keras bagi melepasi tahap keupayaan melalui sumbangan yang disasarkan rakyat,” katanya.

Berhubung isu kontrak pemberian projek pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang didakwa Pengarah Strategik PKR sebagai tidak telus, Muhyiddin berkata Kabinet dalam mesyuaratnya semalam telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar untuk memberi penjelasan segera bagi menjawab tuduhan itu.

“Walaupun pihak UiTM telah mengeluarkan kenyataan penjelasan tetapi jemaah menteri putuskan supaya Wahid Omar beri penjelasan terperinci, mungkin ada perkara yang tidak difahami Rafizi tentang konsep, asas atau model yang digunakan dalam projek itu,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi, yang juga anggota Parlimen Pandan mendakwa Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajudin Abdul Rahman mempunyai pegangan minoriti dalam konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Tapah, Perak, mengulangi perkara sama bahawa setiap konsesi syarikat yang membangunkan cawangan universiti itu mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO.

TalentCorp Aims To Attract Over 1,000 Malaysians To Return This Year

Posted: 26 Jun 2014 02:24 AM PDT

GEORGE TOWN, June 26 – Talent Corporation Malaysia Bhd(TalentCorp), through its Returning Expert Programme (REP) is targeting to attract more than 1,000 Malaysian talents to return to Malaysia this year.

Its chief executive officer, Johan Mahmood Merican said 900 Malaysian talents returned to Malaysia last year.

He said most of these talents were from the oil and gas, finance, electronics and electrical (E&E), and healthcare sectors.

“We are not just chasing numbers. In fact, in April we had revised our Returning Expert Programme because we very much believe in having the right incentive for the right talent. For example, we reduced the car incentive from two cars to one car. We have also tightened our criteria.

“We recognise that incentives really should go to quality talents who can really contribute. We are not just looking at quantity but also quality,” he told reporters at the Northern Region Women’s Summit 2014, here, today.

The REP, administered by TalentCorp since January 2011, facilitates the return of experienced Malaysian talents, particularly those with expertise related to the National Key Economic Areas in the country’s EconomicTransformation Programme.

Meanwhile, Johan said most companies received well the work-life integration and family-friendly workplace concept which could retain women in the workforce.

"We are pleased to welcome private sector partnerships in advocating gender diversity and work-life practices. We are optimistic that more can be achieved with employers coming together to collaborate on various initiatives to retain women in the workforce,” he said.

The Summit also provides an avenue for career women and managers who advocate workplace diversity to network, engage, share and deliberate on ideas to help them progress in their career, through a panel discussion and breakout session with top human resource leaders in the country.

Kawasan Carian Baharu MH370 Beralih Jauh Ke Selatan Di Selatan Launtan Hindi

Posted: 26 Jun 2014 01:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kawasan pencarian baharu bagi pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang telah hilang 111 hari, hari ini, akan beralih jauh ke selatan di selatan Lautan Hindi, satu usaha yang akan dimuktamadkan dalam masa setahun.

Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss berkata kawasan carian yang diperhalusi adalah kira-kira 60,000 kilometer persegi di sepanjang apa yang dikenali sebagai kawasan ‘arka ketujuh’ (lokasi terakhir pesawat berkomunikasi dengan satelit), yang dipercayai oleh pakar dan pihak berkuasa sebagai tempat berakhirnya Penerbangan MH370.

Ia adalah kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 yang dalam penerbangan ke Beijing dengan 239 orang bersama 12 anak kapal, berkomunikasi kali terakhir dengan satelit Inmarsat sebelum ia hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Operasi pencarian itu akan diketuai Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), kata Truss dalam sidang akhbar di Canberra hari ini yang disiarkan secara langsung.

Menjelaskan berhubung bagaimana kawasan carian baharu itu diperoleh, beliau menjelaskan para pakar telah menganalisis lebih lanjut data komunikasi satelit – maklumat yang pada mulanya tidak berkemampuan untuk mengesan sebuah pesawat – dan melaksanakan pengiraan yang sangat rumit.

“Kawasan keutamaan baharu masih ditumpukan di arka ketujuh di mana pesawat itu berhubung kali terakhir dengan satelit namun kami kini mengalih perhatian kami ke sebuah kawasan yang jauh di selatan di sepanjang arka itu berdasarkan kepada pengiraan ini,” katanya.

Truss menjelaskan pada masa ini kajian ‘bathymetric’ atau pemetaan dasar laut di kawasan pencarian baharu dijalankan oleh kapal Zhu Kezhen dari China dan  Fugro Equator yang diikat kontrak oleh Australia.

Operasi bermula “satu atau dua minggu lalu”, katanya sambil memberitahu ia akan siap dalam tempoh tiga bulan.

“Pencarian secara komprehensif di dasar laut akan bermula Ogos selepas kajian bathymetric selesai, dan ia dijangka selesai dalam masa 12 bulan,” kata Truss.

Beliau berkata kedalaman kawasan carian baharu itu adalah sekitar tiga hingga lima kilometer.

Sementara itu, ketua pesuruhjaya ATSB Martin Dolan menyatakan bahawa MH370 mungkin “diterbangkan secara autopilot” sebelum pesawat itu kehabisan bahan bakar dan laluan penerbangan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Dolan berkata ATSB juga akan menggunakan khidmat kepakaran pertubuhan bagi menjalankan pencarian di dasar laut.

Beliau berkata antara peralatan yang diperlukan bagi misi itu ialah ‘towed sonar’, kenderaan autonomus dasar laut, yang dipasang dengan sonar dan juga peralatan imejan optik dengan resolusi yang sesuai untuk mengenal pasti pesawat atau kawasan serpihan.

Misi pencarian yang disertai pelbagai negara dikerah, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluaskan ke Selat Melaka dan Laut Andaman sebelum pasukan mencari beralih tumpuan ke kawasan perairan di barat Australia di Selatan Lautan Hindi, separuh jalan ke Antartika.

Pada 29 Mei, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) menolak kawasan sekitar isyarat akustik dikesan di Selatan Lautan Hindi pada awal April sebagai tempat berakhirnya MH370.

Pawagam Mainkan Lagu Negaraku Sempena Sambutan Kemerdekaan Tahun Ini

Posted: 26 Jun 2014 01:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Sempena sambutan kemerdekaan tahun ini, semua pawagam di seluruh negara akan sekali lagi memainkan lagu kebangsaan ‘Negaraku’ sebelum tayangan filem, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata langkah yang diperkenalkan tahun lepas itu mendapat respons positif pengunjung dan pengusaha pawagam sendiri serta dilihat berjaya menyemai dan memupuk semangat cintakan negara terutama dalam kalangan generasi muda.

“Ia akan diteruskan selama seminggu sebelum 31 Ogos,” katanya selepas merasmikan pertandingan ‘Celcom Escape Merdeka Video Contest’ di sini hari ini.

Pada 16 Ogos tahun lepas, Ahmad Shabery mencadangkan supaya lagu Negaraku dimainkan sebelum tayangan filem di pawagam seluruh negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara.

Ahmad Shabery berkata sambutan hari kemerdekaan perlu dilihat sebagai satu acara ‘bersama’ dan tidak hanya dilabel program yang perlu digerakkan oleh kerajaan semata-mata.

Ahmad Shabery berkata pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan, syarikat korporat serta orang awam sendiri perlu sama-sama mengambil bahagian dalam memupuk, menyemai dan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.

“Kita mahu semua pihak melihat sambutan kemerdekaan ini sebagai satu penjemaan yang perlu dirai dan dijayakan oleh semua lapisan masyarakat tanpa perlu tunggu sambutan rasmi anjuran agensi kerajaan,” katanya.

Mengambil contoh inisiatif yang dijalankan syarikat telekomunikasi Celcom, Ahmad Shabery berkata usaha itu perlu dicontohi pihak lain untuk member nafas baharu terhadap sambutan kemerdekaan setiap tahun.

Pada masa sama, beliau menekankan supaya sambutan kemerdekaan perlu dilihat sebagai satu program yang bersifat berterusan dan tidak hanya tertumpu kepada bulan tertentu iaitu Ogos.

“Sambutan merdeka perlu dilihat sebagai satu movement yang menjadi manifestasi kepada ideologi yang perlu diraikan secara berterusan supaya kita lebih menghargai sejarah kemerdekaan itu sendiri,” jelasnya.

Ahli Perlu Terjemahkan Enam Resipi Perkukuhkan Parti Dalam Perjuangan UMNO

Posted: 26 Jun 2014 01:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Pensyarah Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr. Hanafiah Harun menyifatkan enam formula yang dikemukakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak  sebagai resepi memperkukuhkan UMNO akan berhasil sekiranya ahli-ahli dan kepimpinan UMNO benar-benar menghayati enam formula tersebut sebagai prinsip perjuangan di dalam parti.

Menurut beliau, UMNO tanpa syak akan menjadi lebih kukuh dan kuat sekiranya enam formula yang digariskan oleh Presiden parti, dapat diterjemahkan di semua peringkat baik di cawangan, bahagian mahupun di peringkat pusat.

"Kita boleh lihat hari ini, budaya mengharapkan habuan di dalam UMNO kini semakin menular dan perkara ini mesti segera diperbetulkan. Kita tak boleh mengajar ahli-ahli UMNO bergerak dan berjuang dengan meletakkan ganjaran peribadi sebagai tujuan utama.

"Jika kita selusuri  sikap pejuang-pejuang Melayu terdahulu yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara, mereka ini mengorbankan keringat, harta bahkan nyawa tanpa memikirkan apa faedah untuk diri mereka.

"Namun, lantaran perjuangan orang Melayu di dalam UMNO yang ikhlas demi agama, bangsa dan negara, kita hari ini sebagai anak cucu mendapat kemakmuran dan kesenangan yang mana ada sesetengah pejuang kita dulu tidak sempat menikmatinya.

"Jadi, bagi saya apa yang dikatakan oleh presiden UMNO berhubung enam formula dalam usaha mengukuhkan parti ini sebenarnya kembali merujuk kepada semangat dan keikhlasan di dalam perjuangan yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Melayu terdahulu," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau, budaya cantas mencantas serta menutup peluang bagi golongan yang berkelayakan khususnya di kalangan anak muda untuk memegang jawatan di dalam UMNO perlu diakhiri dengan segera.

"Ahli-ahli UMNO, terutama yang memegang jawatan baik diperingkat cawangan mahupun bahagian, perlu lebih bersikap terbuka dan berpegang teguh dengan prinsip  mendahulukan perjuangan agama, bangsa dan negara daripada kepentingan diri sendiri.

"Maka, jika perjuangan agama, bangsa dan tanahair itu didahulukan melebihi kepentingan peribadi,  maka jawatan ini bukanlah satu perkara utama yang mahu direbutkan. Bahkan, jika kita menghayati enam formula tersebut, saya yakin tidak akan ada perebutan jawatan kerana pemimpin UMNO akan lebih bersikap terbuka dan sanggup memberikan laluan kepada mereka yang berkelayakan demi memantapkan lagi perjuangan parti.

"Maka di situ akan hilanglah segala penyakit hasad dengki, khianat, dendam dan sebagainya  yang selama ini menjadi racun perosak di dalam UMNO, sebaliknya akan digantikan dengan sikap taat kepada pemimpin, setia kepada perjuangan parti, berani untuk berubah, mempunyai semangat setiakawan yang tinggi, bijak dalam membuat keputusan serta ikhlas dalam perjuangan. " jelasnya.

Sekiranya enam formula itu mampu diterjemahkan oleh setiap ahli dan kepimpinan di dalam UMNO, maka beliau yakin UMNO akan menjadi lebih utuh dan kukuh pada masa akan datang untuk terus relevan sebagai parti pemerintah di negara ini.

"Ahli-ahli UMNO mesti bersatu minda, sikap dan perjuangan demi untuk menambahkan kekuatan yang sedia ada ini. Kita tidak boleh lagi meneruskan budaya pecah belah dan berpuak-puak di dalam UMNO. Musuh bukan di kalangan kita sendiri, tetapi kita kini sedang menghadapi ancaman musuh di luar lingkungan kita.

"Perteguhkan iman dalam diri, mantapkan jati diri kita sebagai orang Melayu, pertajamkan ilmu agar kita tidak mudah diperbodoh dan diperkotak katikkan serta pelihara dan perkukuhkan ukhwah sesama kita, insyaAllah UMNO akan bertambah kukuh dan kuat dalam menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa yang akan datang," akhiri beliau.-MediaUMNO

Najib Mahu Peneroka Felda Terokai Pasaran Antarabangsa

Posted: 26 Jun 2014 12:43 AM PDT

MERSING, 26 Jun – Peneroka Felda perlu memandang dunia sebagai pentas untuk memasarkan produk mereka dan tidak lagi bergantung kepada pasaran tempatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Untuk mencapai tahap antarabangsa itu, beliau meminta peneroka Felda menggunakan teknologi tinggi, inovasi dan kreativiti dalam penghasilan produk-produk mereka.

“Felda tidak lagi boleh berada dalam lingkungan terbatas seperti dahulu tetapi perlu bergerak ke depan untuk menguasai pasaran antarabangsa menerusi penggunaan teknologi dan inovasi,” katanya ketika merasmikan “Sentuhan Kasih”, program terbaru Felda di Felda Tenggaroh 3 di sini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Menurut Najib, Felda tidak lagi boleh bergantung kepada pembukaan tanah besar-besaran tetapi perlu beralih kepada teknologi untuk produktiviti produk yang lebih tinggi membabitkan kawasan tanah lebih kecil.

Najib berkata, di bawah program “Sentuhan Kasih”, Felda akan bekerjasama dengan beberapa syarikat seperti Iris Corporation Berhad untuk mengaplikasikan teknologi tinggi dalam bidang pertanian bagi dipraktikkan oleh peneroka.

Katanya antara projek pertanian yang sedang diusahakan di bawah program terbabit adalah penanaman buahan-buahan seperti Rock Melon, sayur-sayuran, ternakan ikan air tawar dan ternakan ayam kampung.

Perdana Menteri berkata di bawah program itu, Felda turut bekerjasama dengan sebuah syarikat daripada Korea Selatan menternak ikan Sturgeon bagi menghasilkan “Caviar” untuk pasaran antarabangsa.

Beliau berkata penternakan ikan Sturgeon adalah unik dan memiliki potensi besar.

Najib berkata, beliau memberitahu Presiden Rusia Vladimir Putin mengenai program ternakan ikan Sturgeon dan penghasilan Caviar di Malaysia ketika bertemu pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

“Presiden Putin secara bergurau memberitahu usaha Malaysia itu (ternak ikan Sturgeon dan hasilkan Caviar) akan memecahkan dominasi sejak sekian lama Rusia dalam industri itu,” katanya.

Sementara itu, Mohd Isa dalam ucapannya berkata, program Sentuhan Kasih merupakan projek pertanian bersepadu yang menggunakan teknologi moden dan melibatkan generasi baharu peneroka Felda.

Katanya program itu melibatkan tiga komponen utama iaitu pembangunan rumah berkualiti dan selesa, pertanian bersepadu berteknologi moden dan komponen infrastruktur moden.

Bermula Oktober tahun lepas, katanya, sebanyak 100 peserta telah melapor diri untuk menyertai program Sentuhan Kasih bertempat di Felda Tenggaroh 3 dan program itu akan diperluaskan ke 12 wilayah Felda seluruh negara.

Menurutnya, menerusi kerjasama dengan Iris Corporation, perpindahan kepakaran dan teknologi dijangka dapat dilakukan dalam tempoh tiga tahun.

Quality Theses As Models For Country – Muhyiddin

Posted: 26 Jun 2014 12:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 26 – Quality theses can inspire new ideas and theories and used as models for the country’s administration and development plans, according to Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Our Masters’ Degree and Doctor of Philosophy (PhD) graduates have produced thousands of quality theses, which should not be ignored but used as references and guidelines for researchers,” he said at the ‘Best Thesis Award’ presentation organised by Yayasan Nurul Yaqeenan, and launch of a book, ‘Transformasi Pemikiran Sarwajagat (Jilid Kedua) here today.

The Education Minister said graduates’ endeavour and contribution in academic research should be recognised.

Muhyiddin who is Yayasan Nurul Yaqeen chairman, said the foundation felt called to introduce the award for best thesis as part of Malaysia’s efforts to become a knowledgeable nation.

He said the ‘Anugerah Tesis Terbaik Nurul Yaqeen’ was unique, as the main condition for the theses to be selected is that the research were based on Islamic universal view or ‘al-tasawwur al-Islami’.

“But this does not mean that the research thesis is only confined to Islamic studies. Research in science and technology, social science and humanities are also considered, as long as they contain characteristics of the Islamic universal view,” he said.

Meanwhile, Nurul Izzah Md Rodzi from Universiti Sains Malaysia (USM) won the award for the master’s degree category and received RM10,000 cash for her thesis, ‘Sikap Pewaris Terhadap Pentadbiran Harta Pusaka’.

The PhD category was won by Dr Adibah Abdul Latiff from Universiti Teknologi Malaysia (UTM), who also received RM15,000 cash for her thesis, ‘Pembangunan Instrumen Penilaian Akhlak Pelajar Di Institusi Pengajian Tinggi Awam’.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...