UMNO Online - “Alahai…..Pas Selangor Pun Tak Yakin Dengan Hudud!!!” plus 9 more

UMNO Online - “Alahai…..Pas Selangor Pun Tak Yakin Dengan Hudud!!!” plus 9 more

Link to UMNO Online

Alahai…..Pas Selangor Pun Tak Yakin Dengan Hudud!!!

Posted: 17 Jun 2014 04:36 AM PDT

Heh! Nampak sangat RETORIKnya puak – puak Parti Angguk Saja ni. Setakat cakap je macam bagus, tapi buat kerja semuanya hamPAS belaka.
 
Kalau kat atas pentas ceramah, bercerita pasal orang lain bukan main lagi diorang. Sampai tahap sanggup mengkafirkan orang Islam sesama sendiri.
 
Bila orang lain tolak perlaksanaan Hudud, diorang boleh labelkan orang tu sebagai JAHIL dan KAFIR. Tapi hakikatnya, diorang sendiri pun tak yakin dengan Hudud.
 
Kata Pesuruhjaya PAS Selangor, diorang terpaksa tunggu PAS Kelantan laksanakan dulu Hukum Hudud tu supaya dapat dilihat oleh rakyat secara umum.

 “Kita mahu rakyat melihat keberkesanan pelaksanaan Syariah di Kelantan terlebih dahulu. Terlampau banyak salah faham tentang pelaksanaan Syariah.

“Bagi hukum Hudud atau dengan lebih tepat lagi Kanun Jenayah Syariah, perancangannya adalah ia dilaksanakan di Kelantan dahulu. Lebih 20 tahun sejak Kelantan meluluskan enakmen dan melaksanakan penerangan. Mereka telah bersedia.

“Diharapkan dgn pelaksanaan Syariah di Kelantan akan dapat mengubah persepsi rakyat terhadap hukum Islam,” ujarnya menerusi aplikasi ‘WhatApp’ kepada Antarapos.

Sekiranya PAS yakin dengan Hudud, kenapa pulak diorang perlu menunggu hasil keberkesanan perlaksanaan Hukum tersebut di Kelantan terlebih dahulu?
 
Kenapa diorang tak cadangkan terus agar perkara itu dilaksanakan dikawasan dimana mereka memerintah pada ketika ini? Kan nampak sangat RETORIKnya diorang ni.
 
Sekadar menjadikan alasan kononnya rakyat sendiri tak faham dan tak dapat melihat keberkesanan perlaksanaan Hukum tersebut adalah sesuatu yang memualkan.
 
Jika mereka benar – benar yakin dengan Hukum Islam tu, diorang tak payah nak tunggu tempat lain buat dulu. Diorang tak perlu nak tunggu Kelantan laksanakan Hukum tu.
 
Sebaliknya, diorang perlu ambik inisiatif sendiri yang dilihat lebih Pro Aktif dalam mencadangkan perkara tersebut dibuat. Kalau setakat pandai bagi alasan tak tentu arah, baik tak payah banyak cakap. Buang masa je sebenarnya!!!
semuthitam80.blogspot.com

National Education Blueprint Initiatives Show Encouraging Results – Muhyiddin

Posted: 17 Jun 2014 04:23 AM PDT

PUTRAJAYA, June 17  - Two initiatives related to access – pre-school enrolment and vocational education transformation – were among the initiatives implemented last year under the Malaysia National Education Blueprint (PPPM) 2013-2025, with encouraging success.

When tabling the PPPM Annual Report 2013, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said two initiatives on equity, the District Transformation Programme and Inclusive Education Programme, also showed encouraging achievements.

Muhyiddin, who is also Education Minister, described the PPPM annual report as an important document which should be referred to for improved actions.

He said out of the 25 initiatives implemented last year, there were those that showed encouraging results, with certain initiatives achieving some of the Key Performance Indicators (KPI), while others required more focus and attention.

“Whatever the achievements, they should serve as a guide for the ministry in drawing up better strategies and approaches,” he said at the launch held at the Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Precinct 11 (1) hall, here, today.

Also present were Deputy Education Ministers Datuk Mary Yap Kain Ching and P. Kamalanathan, and director-general of Education Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.

On the quality aspect emphasised in the first wave, Muhyiddin said six initiatives had achieved the KPI, namely high-level thinking skills (KBAT), literacy and numeracy (LINUS), proficiency of English Language teachers (ProELT), transformation of teacher education institutes, school leadership charter and parents’ suggestions.

He said two initiatives with regard to efficiency, namely, Ministry Transformation and Basic Infrastructure Enhancement, also achieved the KPI.

Last year, Muhyiddin said, an initiative on unity, the Student Integration for Unity Plan (RIMUP) was also implemented.

He also noted that in 2013, the pre-school enrolment achievement was at 81.7 per cent (793,269 pupils) among children aged 4+ and 5+ compared to 80.05 per cent in 2012.

“This is encouraging, as a result of the various efforts taken by the government including providing incentives like the opening of 8,883 pre-school classes to accommodate 192,173 pupils (24.2 per cent).

“If enough attention is given to the pre-school enrolment rate, the ministry is confident of achieving 100 per cent enrolment across all levels by 2020,” he said.

On the Vocational Education Transformation initiatives, he said the number of students in the field was raised to 20 per cent through the cooperation and involvement of the private sector in providing the facilities.

“The changes in the national education landscape will make vocational education the main choice of students and their parents like what is happening in the developed countries.”

On the District Transformation Programme, Muhyiddin said the programme pioneered in Sabah and Kedah was to improve schools’ performance and to narrow the achievement gap between rural and urban schools.

He said the programme had positive outcomes for the national examinations (UPSR, PMR and SPM) with the most improved results achieved by the two states, in fact, their best since 10 years ago.

“The gap between rural and urban schools in Sabah and Kedah has become narrower and their achievement is much better than the national average. “We are proud of this achievement and its gives the ministry the strength to extend the District Transformation Programme to the whole country from next year,” he said.

Muhyiddin said the ministry had also learned lessons and gained experience from the implementation of the PPPM 2013 initiatives to double the efforts.

For instance, he said, the achievement of some schools in the Programme for International Student Assessment (PISA) 2012 which was comparable to that of the best schools in the world could set an example to other Malaysian schools to strive for excellence.

He said experience from the initiatives also showed that goals and meticulous planning were critical in achieving success.

“Support and cooperation from the stakeholders, especially parents is much needed. I feel proud to hear that a group of trainers comprising parents is helping the ministry to garner support from parents to make the National Education Blueprint 2013-2025 a success.

“I urge leaders at all levels and all stakeholders to help make this blueprint a priority, an agenda and a wish come true,” he said.

Sidang DUN Tolak Soalan ‘Presiden PKR’ … Perkara Yang Cukup Memalukan

Posted: 17 Jun 2014 03:03 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 Jun – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya Datuk Ismail Kijo berkata adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila kesemua soalan yang dikemukakan oleh ADUN Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ditolak Speaker DUN, Hannah Yeoh setelah dikatakan tidak prosedur mengemukakan soalan yang betul.

Jelas beliau perkara tersebut sepatutnya tidak berlaku dan tidak boleh diterima  lebih-lebih lagi Wan Azizah merupakan Presiden PKR.

"Bagi saya ini cukup memalukan dan tempiasnya sudah pasti terkena kepada ahli-ahli PKR itu sendiri. Bayangkan Presiden sebuah parti dikatakan tidak tahu mengenai perkara tersebut.

"Alasan sesiapa pun boleh bagi alasan malah jika dikatakan perkara tersebut terlepas pandang pun ianya adalah tidak sepatutnya berlaku kerana itu adalah perkara asas dan inilah yang menghairankan kita.

"Macam mana nak uruskan negara dan macam mana mahu menguruskan kepentingan rakyat sedangkan perkara sedemikian boleh berlaku. Memalukan…cukup memalukan," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menimbulkan persoalan apakah Wan Azizah mengambil sikap lepas tangan dalam soal tersebut.

"Saya timbulkan perkara ini memandangkan beliau seorang yang cukup berpengalaman. Bukankah sebelum ini pernah menjadi Ahli Parlimen. Takkan beliau tidak jenguk kepada soal-soal tersebut.

"Wan Azizah bukannya orang baru dalam perkara sebegini. Nampak seolah-olah perkara berkenaan tidak diambil serius. Dalam situasi ini siapakah yang rugi dan siapakah yang terkena tempiasnya," soal beliau.

Penguatkuasaan Perlu Dipertingkatkan Tangani Perokok Remaja

Posted: 17 Jun 2014 01:59 AM PDT

NILAI, 17 Jun – Penguatkuasaan perlu dipertingkatkan lagi bagi membendung perokok di kalangan remaja di negara ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu, beliau berkata, penjualan rokok di kedai harus diperketatkan supaya tidak dijual kepada remaja dan mereka yang di bawah umur.

“Saya tahu banyak kedai yang tidak kisah langsung dan sanggup menjual kepada remaja yang di bawah umur. Di samping itu, penguatkuasaan dari segi rokok yang diseludup (secara haram) di mana ini masih lagi menjadi masalah besar. Saya difahamkan berbilion ringgit cukai tidak dapat dikutip kerana rokok diseludup.

“Rokok seludup ini didapati dijual di kedai dan warung yang tidak mempunyai lesen. Oleh kerana rokok seludup ini dijual pada harga yang murah maka ia menjadi tarikan kepada remaja,” katanya selepas merasmikan karnival kerjaya berfokuskan sektor 2014 anjuran TalentCorp Malaysia di Universiti Nilai di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp Malaysia Johan Mahmood Merican dan Naib Canselor Universiti Nilai Prof Datuk Megat Burhainuddin Megat Abdul Rahman.

Beliau mengulas laporan kajian Kementerian Kesihatan semalam yang mendapati 23 peratus remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun di negara ini merokok dengan jumlah perokok dalam kalangan gadis remaja meningkat pada kadar yang amat membimbangkan.

Menurut menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, terdapat kira-kira 500,000 remaja merokok di negara ini, dengan membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli rokok setiap hari.

Tabiat merokok dalam kalangan remaja jika tidak dibendung akan menjejaskan matlamat kerajaan untuk mengurangkan kadar perokok remaja kepada 16 peratus menjelang 2025.

Khairy berkata angka yang besar itu adalah satu kebimbangan sebab ia member kesan negatif kepada gejala sosial dan kesihatan.

“Pada pandangan saya selain daripada kesedaran dan pendidikan, penguatkuasaan perlu ditingkatkan lagi dalam menangani perkara ini,” katanya.

Mengenai karnival kerjaya itu, Khairy berkata beliau sentiasa menyokong karnival kerjaya yang dibuat oleh TalentCorp Malaysia sebab ini adalah cara terbaik mendedahkan mahasiswa kepada dunia kerjaya dan membuat persiapan sewajarnya.

“Usaha ini juga merupakan cara terbaik untuk kita wujudkan landasan supaya mahasiswa dapat melihat sendiri apa yang dikehendaki sektor swasta. Sebab banyak yang kita dengar siswazah tidak mendapat kerja yang sesuai dengan kelayakan mereka,” katanya.

Program Matrikulasi, STPM Diiktiraf Universiti Luar Negara

Posted: 17 Jun 2014 01:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Kualiti program pengajian Matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah setaraf dan diiktiraf beberapa universiti di luar negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berkata proses penyamataraan kelayakan bagi program matrikulasi dan STPM telah dilaksanakan secara bersepadu oleh kementerian bagi mengekalkan standard dan kualiti kedua-dua program itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) mengenai perbezaan taraf kelayakan program matrikulasi dan STPM pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Katanya sehingga kini terdapat sebanyak 227 lepasan matrikulasi sedang menyambung pengajian mereka di universiti luar negara.

“Kelayakan lepasan matrikulasi juga buat masa ini diterima oleh beberapa universiti di luar negara contohnya di United Kingdom ada 10 universiti antaranya University of Manchaster dan King’s College of London, di Australia pula University of Sydney, di Indonesia dan New Zealand juga.

“STPM pula diiktiraf banyak universiti di peringkat antarabangsa terutamanya di negara Komanwel dan di Amerika Syarikat dan Ireland juga…kebanyakan univeriti menganggap keputusan STPM ini sama taraf dengan A level malah ia dipantau oleh wakil daripada taksiran Cambridge untuk kekalkan kualiti dan piawaian,” katanya.

Sementara itu menjawab soalan asal Sim berkenaan jumlah pelajar yang Berjaya diterima masuk ke program matrikulasi mengikut kaum, Kamalanathan berkata berdasarkan pengambilan tahun lepas sebanyak 24,249 pelajar telah memasuki program itu.

Daripada jumlah itu sebanyak 21,814 pelajar bumiputera dan 2,345 pelajar bukan bumiputera terdiri 1,142 pelajar India, 1,212 pelajar Cina dan 81 pelajar dari kaum lain, jelasnya.

Hanya 38 Syarikat Berdaftar Benar Keluar Visa Umrah – Nazri Aziz

Posted: 17 Jun 2014 01:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Hanya 38 syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan yang berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi dibenarkan mengeluarkan visa umrah, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata senarai 38 syarikat pengelola umrah yang dibenarkan kerajaan Arab Saudi boleh didapati di laman sesawang kementeriannya.

“Hanya syarikat-syarikat ini diberi kuasa untuk berurusan tentang visa umrah ini.

“Oleh itu, apa yang kita lakukan untuk melindungi mereka yang berhajat untuk menunaikan umrah ialah meminta mereka terus melawat laman sesawang kementerian dan melihat nama syarikat yang dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Bung Mokhtar ingin tahu langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menghalang berlakunya kes penipuan visa umrah.

“Mereka yang ingin membeli pakej umrah perlu memeriksa laman kementerian dan sekiranya nama syarikat itu tidak ada dalam senarai 38 syarikat, janganlah beli pakej itu.

“Orang ramai perlu berhati-hati. Selalunya, pakej umrah berharga RM4,500 (secara purata), dan adanya syarikat menawarkan di bawah RM3,000, ini bermaksud menipu. Ini kerana tidak cukup untuk membiayai perjalanan,” katanya.

Mengulas mengenai kes penipuan pakej umrah, Mohamed Nazri berkata mangsa masih boleh membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menuntut balik wang mereka.

Katanya dari tahun 2009 sehingga Mei tahun ini, sebanyak sembilan kes penipuan umrah direkodkan, membabitkan lapan buah syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan yang berlesen, dan sebuah syarikat pengendalian pelancongan yang tidak berlesen.

Kesemua kes ini melibatkan 3,611 mangsa dengan anggaran kerugian sebanyak RM14.1 juta.

El Nino : Kerajaan Sudah Sedia Pastikan Bekalan Makanan Tidak Terjejas

Posted: 17 Jun 2014 01:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Kerajaan sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya fenomena El Nino terutama dalam memastikan bekalan makanan tidak terjejas, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

“Dari segi bekalan beras, tanaman padi kita telah sediakan dengan pengairan dan sesetengah tempat penanaman (padi) kalau perlu tube well kita akan sediakan dan kita lakukan tindakan sebegini supaya ia tidak jejaskan pengairan di kawasan padi berkenaan.

“Semoga pengeluaran hasil padi dan beras tidak terjejas dan kalau terjejas pun kita waktu ini ada simpanan stok untuk lebih kurang 45 hari namun ia boleh ditingkatkan kepada empat hingga enam bulan bergantung kepada kuantiti yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai peranan dan inisiatif kerajaan dalam menjamin bekalan makanan asas mencukupi jika fenomena El Nino melanda negara, pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengenai bekalan sayur pula, Tajuddin menjelaskan ia dijangka tidak terjejas kerana kebanyakan daripadanya ditanam di kawasan tanah tinggi yang memiliki sumber air bawah tanah yang banyak.

Menjelaskan mengenai bekalan ayam daging, beliau berkata: “ia tiada masalah kerana kita mengeluarkan daging ayam lebih daripada keperluan kita hari ini contohnya pada musim perayaan kira-kira 1.7 juta hingga dua juta ayam dikeluarkan setiap hari…telur juga tiada masalah”.

El Nino boleh mengakibatkan kemarau panjang sehingga enam bulan diramal melanda negara ini mulai bulan ini.

Kerajaan Perlu Pelbagai Hasil Untuk Kurangkan Defisit Fiskal Negara – Najib

Posted: 17 Jun 2014 01:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Kerajaan perlu mempelbagaikan hasil bagi mengurangkan defisit fiskal negara kepada 3.5 peratus tahun ini dalam usaha  merealisasikan bajet seimbang menjelang 2020.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan di Facebook hari ini, berkata perbelanjaan mampan merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) 10 tahun kerajaan, yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Kita sudah berada pada kedudukan yang tepat untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi berikutan pelaburan yang direalisasikan tumbuh lima kali sejak 2009.

“Sebelum Program Transformasi Ekonomi, pelaburan yang menjadi kenyataan pada tahap 3.1 peratus dan angka itu meningkat kepada 15.3 peratus hari ini,” katanya dalam catatan itu.

Najib merujuk artikel oleh The Wall Street Journal pada 15 Jun bertajuk ‘Malaysia on track to cut deficit, raise incomes, official says’.

Menurut artikel itu, ekonomi Malaysia berkembang kukuh, dengan keluaran negara kasar dijangka tumbuh 5.5 peratus tahun ini, namun beban hutang masih menjadi masalah.

Artikel itu memetik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang berkata kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan defisit bajet dengan mengurangkan subsidi bahan api dan tenaga, dan pada masa yang sama meningkatkan pertumbuhan ekonomi bagi menambah hasil kerajaan.

441 Ogranisasi Tandatangani Ikrar Integriti Bersama SPRM

Posted: 17 Jun 2014 12:04 AM PDT

PUTRAJAYA, 17 Jun -  Sebanyak 441 organisasi termasuk syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan, agensi kerajaan serta tiga kementerian menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak April 2010. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali berkata tiga buah kementerian tersebut ialah Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Sumber Manusia (KSM).

“Sambutan daripada agensi serta kementerian amat menggalakkan dan memuaskan, selepas menandatangani CIP kita akan memantau pelaksanaan setiap agensi,” katanya di sini Selasa.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menandatangani CIP bersama KSM yang diwakili Ketua Setiausahanya, Datuk Saripuddin Kasim sambil disaksikan Menterinya, Datuk Seri Richard Riot Jaem serta Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

CIP merupakan suatu komitmen bagi mendukung prinsip pencegahan rasuah oleh syarikat korporat di Malaysia. Sesebuah syarikat yang menandatangani CIP ini akan berikrar bahawa syarikat mereka tidak akan terlibat dalam sebarang jenayah rasuah.

Sementara itu, Riot berkata kementeriannya sememangnya sudah mempunyai sebuah unit integriti dalaman yang terdiri daripada beberapa pegawai kementerian untuk memantau salah laku kakitangannya.

“Menyedari hakikat bahawa peperangan terhadap gejala rasuah merupakan sesuatu yang sukar, ingin saya nyatakan bahawa kementerian akan memberi komitmen sepenuhnya terhadap pembudayaan integriti,” katanya.

Beliau juga menyeru agar semua kontraktor atau pembekal yang berurusan dengan kementerian supaya menjalankan urus niaga secara berintegriti dalam memberikan perkhidmatan atau perbekalan yang berkualiti.

Kerajaan Selangor Didesak Ganti Semula Tanah Rezab Melayu Yang Ditukar Hak Milik

Posted: 16 Jun 2014 11:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Jun –UMNO Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri  Selangor yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), supaya menggantikan semula tanah rezab Melayu berjumlah  3.960.77 ekar daripada 10,265.38 ekar  yang telah diberi hak milik kepada bukan Melayu, seperti mana yang telah didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 semalam.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Abdul Shukur Idrus berkata, tanah rezab Melayu ini adalah perkara yang termaktub di dalam undang-undang dan perlembagaan negara dan oleh itu, kerajaan negeri Selangor wajib menggantikan semula dengan tanah yang mempunyai keluasan yang sama, sepertimana keluasan tanah  yang telah ditukar hak milik itu.

"UMNO Selangor mendesak agar kerajaan negeri menggantikan semula tanah rezab Melayu yang telah ditukar hak milik itu dengan keluasan yang sama. Namun, sehingga ke hari ini, tidak ada sebarang  pun kenyataan dari kerajaan negeri berhubung perkara tersebut.

"Sekiranya kerajaan negeri gagal atau sengaja tidak mahu menggantikan semula tanah rezab tersebut, maka bagi saya, kerajaan Selangor yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengkhianati amanah orang Melayu dan juga telah melanggar undang-undang dan perlembagaan negara," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Semalam  laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan seluas 9.74 hektar tanah rizab Melayu di Selangor telah diberi hak milik kepada orang bukan Melayu. Menurut laporan tersebut, semakan terhadap 129 carian rasmi kepada dokumen hak milik mendapati ia melibatkan 18 (13.9%) hak milik tanah di daerah Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Justeru itu kata beliau lagi, UMNO Selangor tidak akan berdiam diri dalam isu ini dan akan terus mendesak  kerajaan Selangor  sehinggalah mereka mengganti semula tanah rezab Melayu yang telah ditukar hak milik itu.

"Perlu diingat, bahawa perbuatan menukar hak milik tanah rezab Melayu ini kepada bukan Melayu telah  menyebabkan kepentingan orang Melayu terhadap tanah rizab Melayu terjejas dan keluasan tanah rizab Melayu yang boleh diberi milik kepada orang Melayu akan semakin berkurangan.

"Jika kerajaan Selangor tidak mengendahkan desakan kami, maka kita tidak akan teragak-agak untuk merujuk perkara ini berdasarkan undang-undang negara,  di mana kemungkinan tindakan selanjutnya akan diambil berdasarkan peruntukan dan perlembagaan undang-undang yang telah ditetapkan.

"UMNO Selangor  dengan sedaya upaya akan cuba untuk memastikan kerajaan Selangor yang diterajui oleh PKR hari ini, menggantikan semula tanah rezab Melayu yang telah mereka berikan hak milik kepada bukan Melayu itu, agar kepentingan dan hak keistimewaan bangsa Melayu terus terpelihara berdasarkan undang-undang dan perlembagaan di negara ini," akhiri beliau.-MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...