UMNO Online - “21 Atau 38, Rekod Dunia Tetap Tercipta Di Kelantan” plus 9 more

UMNO Online - “21 Atau 38, Rekod Dunia Tetap Tercipta Di Kelantan” plus 9 more

Link to UMNO Online

21 Atau 38, Rekod Dunia Tetap Tercipta Di Kelantan

Posted: 11 Jun 2014 05:19 AM PDT

Penegsahan pasukan polis bahawa sebetulnya 21 orang terlibat dalam satu kejadian rogol membabitkan 2 remaja perempuan di Kelantan, bukan 38 seperti yang dilapurkan sebelum ini, masih tidak mengubah hakikat bahawa kejadian yang berlaku di negeri dengan gelaran Serambi Mekah itu layak masuk rekod dunia dalam kategori kejadian rogol paling ramai dari segi jumlah perogol.

Itupun kalau adalah kategori macam itu, harap ada lah sebab susah juga kalau jadi one of the kind - di Kelantan pulak tu.

Mengikut kajian penulis, kejadian rogol paling sadis di dunia sekarang berlaku di New Delhi India tahun lepas bila 5 orang lelaki merogol seorang wanita dalam sebuah bas di hadapan teman lelakinya sendiri.  Wanita itu akhirnya meninggal dunia dan kesemua perogol berjaya ditangkap dan sedang menunggu keputusan hukuman.

Yang paling hampir dengan kejadian di Kelantan (dari segi jumlah perogol dan mangsa) ialah kejadian berlaku di Houston Amerika Syarikat lebih 21 tahun dulu membabitkan 2 remaja perempuan berusia 14 tahun yang dirogol oleh enam lelaki.  Menurut abcnews, 5 dari 6 perogol tersebut dihukum mati.

Itu pun tak hampir mana sebab melibatkan 6 perogol berbanding di Kelantan sekarang, 21 orang didakwa terlibat!!  Kajian penulis lagi menunjukkan, hanya kejadian rogol beramai-ramai yang dilaporkan berlaku semasa zaman perang (Perang Dunia Kedua, Perang Balkan dan lain-lain) sahaja mengatasi rekod di Kelantan sekarang – jika semua terlibat disabitkan di Mahkamahlah.

Kejadian ini patut membuka mata PAS yang terlalu berbangga dengan pelbagai gelaran berbunyi arab yang dibubuh mereka sendiri kepada negeri tersebut untuk menunjukkan mereka berjaya menegakkan syiar Islam lebih dari orang lain, terutama UMNO.

Serambi Mekah ni hanya satu, Kelantan juga dikaitkan dengan konsep kepimpinan ulama (merujuk tradisi perlantikan Menteri Besar dari kalangan ulama) dan sebagainya.

Nampaknya, semua gelaran dan latar belakang Menteri Besar yang dibangga-banggakan sangat tu, tak mampu menghalang kejadian yang belum pernah berlaku di dunia ni dari berlaku di negeri yang PAS perintah.

Penulis yakin kalau kejadian ini berlaku di negeri yang BN perintah, macai-macai PAS dan media mereka tidak cukup tangan menulis untuk mengutuk.  Malah dalam kejadian ini pun UMNO dipersalahkan kerana berlaku di Ketereh, Parlimen yang UMNO menang dalam PRU13 yang lepas.

Yang dia tak tahu, 2 dari 3 DUN dalam parlimen Ketereh tu (Kaduk dan Melur) adalah dimenangi oleh PAS, hanya Kok Lanas sahaja yang dimenangi BN.

mykmu.net

Isu Rampasan Bible : Tiada Pendakwaan, Kes Ditutup – Peguam Negara

Posted: 11 Jun 2014 04:38 AM PDT

PUTRAJAYA, 11 Jun – Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa tiada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Januari lalu dan kes itu ditutup.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan hari ini berkata, berhubung kitab-kitab yang dirampas, pihak JAIS diminta untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang.

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara telah meneliti fakta dan keterangan dalam kertas siasatan berhubung rampasan buku-buku tersebut.

Ia memutuskan buku-buku yang dirampas bukan merupakan tulisan yang diterbitkan di bawah seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan DiKalangan Orang Islam) 1988.

“Keterangan menunjukkan buku-buku yang dirampas adalah Bible dalam versi Bahasa Malaysia dan Alkitab Berita Baik adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian.

“Jabatan Peguam Negara juga turut mengambil kira keterangan Kementerian Dalam Negeri bahawa buku-buku tersebut tidak dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan tidak melibatkan isu keselamatan negara,” katanya.

Berhubung kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minggu lepas yang menyebut jabatan itu masih belum membuat sebarang keputusan mengenai isu tersebut selepas enam bulan, Abdul Gani menjelaskan kertas siasatan dirujuk pada kali pertama ke pejabat itu pada 6 Feb lalu.

Pejabat berkenaan memberi nasihat supaya kertas siasatan dilengkapkan dan dirujuk kembali pada 20 Feb.

Beliau berkata pihak JAIS selanjutnya telah mengemukakan semula kertas siasatan tersebut pada 25 Feb.

JAIS dinasihatkan supaya merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri sebelum merujuk semula kertas siasatan tersebut kepada Jabatan Peguam Negara.

“Pada 5 Jun 2014, pihak JAIS sekali lagi mengemukakan kertas siasatan tersebut kepada Jabatan Peguam Negara untuk nasihat pejabat ini,” katanya.

Dosa Bagi DAP Kalau Mereka Ungkap Perkataan Maaf

Posted: 11 Jun 2014 03:59 AM PDT

KLUANG, 11  Jun – Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md Jais Sarday berkata keceluparan mulut pemimpin DAP yang suka menggunakan kata-kata kesat berbaur penghinaan bukanlah baru berlaku kerana ianya telah berlaku sejak dahulu lagi dan kini ianya 'diwarisi' oleh pemimpin pelapis mereka.

Malah jelas beliau lagi sudah tercatat dalam sejarah sejak dahulu dan sampai bila-bilapun DAP seperti berdosa jika mereka mengungkapkan perkataan maaf .

"Antara kata-kata kesat ungkapan pemimpin DAP adalah menggelarkan kakitangan MPPP sebagai kucing kurap, menggelar MB Perak sebagai 'hitam metalik' dan menghina kakitangan awam makan rasuah.

"Tidak pernah sekalipun mereka mohon maaf kepada rakyat Malaysia dan terbaru Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, Pulau Pinang, RSN menggelar pemimpin UMNO sebagai celaka.

"Perkara ini sudah menjadi darah daging mereka. Setiap kali mereka membangkitkan kemarahan rakyat mereka akan menuding kesalahan terhadap pihak lain terutamanya UMNO dan Kerajaan. Tujuan mereka hanya satu iaitu mahu membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan dan UMNO," jelasnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, DAP terlalu percaya kononnya parti mereka kebal dan mereka boleh memanipulasi undang-undang untuk mempertahankan diri daripada dikenakan tindakan.

“Tetapi mereka harus ingat bahawa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Suatu hari pasti mereka akan tersungkur kerana terlalu mengamalkan politik kotor dan ianya akan memakan diri mereka sendiri”, ujarnya. - MediaUMNO

Terengganu Bentuk Jawatankuasa Khas Agih Rumah Kepada Rakyat

Posted: 11 Jun 2014 03:40 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 11 Jun – Kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyelesaikan isu perumahan dan pengagihan rumah mampu milik dan kos rendah tidak lama lagi.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata jawatankuasa yang diketuai Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Osman Muda itu diberi masa sebulan untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan isu perumahan yang kritikal di kalangan rakyat negeri ini.

Katanya pengagihan rumah mampu milik dan kos rendah yang sudah siap dibina akan dilakukan antaranya termasuk projek perumahan di Manir, Hulu Terengganu.

“Sehingga kini, urusan temuduga sedang dijalankan bagi pemohon yang layak dan pengagihan dibuat dengan seadilnya bagi memuaskan hati semua pihak yang terlibat.

“Kita akan meneruskan semua manifesto yang telah dimulakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan fokus utama termasuklah isu perumahan iaitu 1Rumah 1Keluarga ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu pada pilihan raya umum ke-13, sebanyak 10,000 unit rumah dijanjikan akan dibina untuk tempoh lima tahun akan datang.

Mengulas perkara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri turut menimbang cadangan pemilikan rumah kepada rakyat negeri ini yang masih belum berkahwin sebagai usaha memberi peluang kepada golongan berkenaan memiliki rumah sendiri.

Sebelum ini, keutamaan memiliki rumah diberi kepada mereka yang sudah berkeluarga dengan pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.

EPF Well Managed, Records Higher Than Targetted Revenue – PAC

Posted: 11 Jun 2014 03:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 11 – The Employees Provident Fund (EPF) practices a high corporate governance and has achieved a revenue that exceeds the target as a result of the various investments made locally and abroad.

The Chairman of the Public Accounts Committee (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed said that in the first quarter of this year, the EPF recorded gross revenue of RM8.834 billion, an increase of 58 percent compared to the RM5.604 billion recorded in the corresponding period of last year.

He said the revenue was accrued from profits derived from the various forms of investment made by the EPF in the real estate sector, equity and bond including from abroad.

“This shows that the EPF performed very well as it had exceeded expectation,” he told reporters after chairing the PAC meeting together with the EPF at Parliament House, here today.

The meeting was called to seek clarification from the EPF on the management of the agency and the investment made especially in real estate abroad.

In April, the Auditor-General’s Report 2013 Series 1 which was tabled in Parliament had stated that the performance of the EPF in real estate investment in 2013 was good with revenue exceeding the target.

To date, EPF’s total investment in the country amounted to RM468.36 billion while investments abroad amounted to RM118.3 billion.

Muslims Must Have Confidence In Jakim And Health Ministry On Vaccine Issue – Imam

Posted: 11 Jun 2014 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 11 – Muslims in the country must have confidence in the capability of the Malaysian Islamic Development Department (Jakim) and the Health Ministry in determining the law on vaccination.

Executive Committee member of the Islamic Medical Association of Malaysia (Imam) Dr Ahmad Faidhi Mohd Zaini said these authorities had the credibility and responsibility in screening, controlling and managing issues pertaining to permissibility or otherwise in the consumption of food or medicine.

“In the matter of halal or non-halal, as Muslims in Malaysia, we must have good faith and we are fortunate that there are authorities such as the Health Ministry and Jakim to screen such issues and we should place our trust in them,” he said in the talk programme ‘Ala Carte Pagi’ produced by Bernama Radio24 entitled ‘Fiqh Perubatan’ (Medical Fiqh), here today.

In this context, Dr Ahmad Faidhi said Muslims should not be extremely concerned about the halal status on the consumption of vaccines because Jakim and the Health Ministry had been given the responsibility to determine the ingredients contained in the vaccines for consumption by Muslims.

Kerajaan DAP Pulau Pinang Model Terbaik Bela Nasib Rakyat Miskin

Posted: 11 Jun 2014 03:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Ahli Mjalis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata negeri Pulau Pinang adalah model terbaik kerajaan negeri yang benar-benar membela nasib rakyat yang kurang berkemampuan.

Jelas beliau sudahlah rumah kos rendah sampai sekarang tidak kelihatan, para peniaga kecil-kecilan diganggu periuk nasi mereka kini nelayan pantai Jelutong pula terpaksa menanggung derita apabila menerima notis pengosongan.

Ini kerana tambah beliau nelayan di kawasan itu telah dihalau tanpa ada sebarang perbincangan atau diberi jaminan berhubung kelangsungan mata pencarian mereka.

"Saya memandang serius perkara ini. Seharusnya perlu ada perbincangan dan juga pampasan yang sepatutnya diberikan kepada para nelayan ini. Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang ini seakan tidak menghargai dan menghormati hak asasi golongan nelayan ini.

"Mereka adalah antara kumpulan yang dilihat terjejas dengan adanya tindakan seumpama ini kerana inilah mata pencarian mereka. Sepatutnya kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil tindakan berkhemah dengan berbincang. Dan apakah tindakan altenatif sekiranya mereka ini diarah berpindah. Di manakah penempatan mereka seterusnya.

"Kalau ianya berlaku di negeri kerajaan BN, sudah tentu kita akan mengambil perhatian yang sangat serius dengan memberi pampasan serta alternatif lain agar mereka boleh terus mencari nafkah. Kita sama sekali tidak akan berlaku kejam dan zalim terhadap rakyat ," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Irmohizam yang juga merupakan  Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim apa yang terjadi ini sepatutnya membuka mata banyak pihak khususnya kepada rakyat secara keseluruhan.

“DAP sering melakukan apa sahaja yang mereka suka tanpa mengira kesannya kepada rakyat. Tuduhan mereka bahawa kerajaan pusat zalim dan tidak membela nasib rakyat sebenarnya menggambarkan parti mereka sendiri.

"Ini baru negeri Pulau Pinang. Bayangkan sekiranya mereka memerintah negara ini. Sepatutnya rakyat di Pulau Pinang bangkit untuk menyedarkan keangkuhan kerajaan DAP ini. Kita tidak mahu nasi menjadi bubur nanti baru mahu menyesal," jelasnya lagi. -MediaUMNO

Penoreh Getah Bakal Nikmati Bantuan RM500 – Uggah

Posted: 11 Jun 2014 01:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Jun  - Kerajaan hari ini mengumumkan penoreh getah di seluruh negara bakal menikmati bantuan RM500, seperti yang pernah diberikan kepada pekebun kecil komoditi itu sebelum ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata bantuan itu bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung penoreh getah yang turut terjejas dengan kejatuhan harga komoditi itu di pasaran.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan seramai 260,000 pekebun kecil getah seluruh negara tahun ini yang terjejas pendapatan mereka ekoran kejatuhan harga getah, diberi Bantuan Sara Hidup Pekebun Kecil (SHPK) RM500 seorang secara sekali bayar.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan berapakah jumlah keseluruhan bantuan yang diperuntukkan dan bila ia akan diagihkan.

“Perkara ini (isu penoreh getah) telah pun dibincangkan di Kabinet dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun mengarahkan bantuan kepada penoreh getah. Bantuan yang sama (seperti pekebun kecil),” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Othman Abdul (BN-Pendang) yang ingin tahu apakah langkah yang diambil kerajaan untuk membantu penoreh getah ekoran kejatuhan harga komoditi itu.

Uggah juga berkata kementerian mencadangkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) diberi kuasa untuk menentukan harga diskaun bagi komoditi itu supaya ianya lebih berpatutan.

Beliau berkata cadangan itu juga untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam rantaian pemasaran sedia ada dan membantu meringankan bebanan pekebun kecil.

Katanya, cadangan berkenaan juga akan mengelakkan kewujudan pelbagai eksploitasi daripada orang tengah dalam rantaian pemasaran.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang meminta kerajaan mengkaji semula rantaian pemasaran supaya nasib penoreh lebih terbela berikutan kejatuhan harga getah.

Selain itu berhubung penetapan harga lantai getah, Uggah yang juga Anggota Parlimen Betong berkata kerajaan sedang mempertimbangkan satu mekanisme yang sesuai untuk membantu pekebun kecil getah menangani kesan kejatuhan harga.

Beliau berkata mekanisme itu akan menetapkan satu paras harga sesuai dan munasabah supaya golongan itu memperolehi pendapatan berpatutan.

Peruntukan Anggaran Perbelanjaan Tambahan Tidak Jejas Defisit Fiskal – Ahmad Maslan

Posted: 11 Jun 2014 01:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Jun  - Peruntukan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2014 bernilai RM4.612 bilion tidak akan menjejaskan deficit fiskal 3.5 peratus negara yang ditetapkan bagi tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata jumlah itu termasuk tambahan peruntukan bagi subsidi, emolumen dan beberapa keperluan mendesak lain.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014 bagi memohon perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan bagi bacaan kali kedua di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Daripada jumlah RM4.612 bilion, sebanyak RM4.112 bilion ialah untuk membiayai Perbelanjaan Bekalan yang termasuk dalam Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014, dan bakinya sebanyak RM500 juta bagi tambahan Perbelanjaan Tanggungan, katanya.

“Tambahan peruntukan ini diperlukan untuk menampung perbelanjaan mendesak iaitu subsidi (RM1,000 juta), keperluan emolumen (RM2,093 juta), pencen, elaun bersara, rawatan pesara awam dan angkatan tentera (RM797 juta), dan RM722 juta bagi keperluan lain, antaranya penyelenggaran kos operasi dan utiliti,” jelas beliau.

Daripada tambahan peruntukan sebanyak RM4.112 bilion, Ahmad Maslan menjelaskan RM3.082 bilion akan melibatkan sebahagian besar untuk pembayaran tuntutan subsidi bahan api tahun ini, serta menampung kekurangan peruntukan emolumen yang didahulukan bagi pembayaran imbuhan tahunan kakitangan awam tahun lepas, yang dibayar pada Januari.

“Sebanyak RM634.1 bilion pula untuk menampung kos pembayaran konsesi bagi enam buah kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan keperluan tambahan bagi menampung kenaikan harga kontrak susulan daripada pelaksanaan Perintah Gaji Minimum.

“Ia juga untuk pertambahan kuantiti kontrak bagi perkhidmatan pembersihan kawasan dan kawalan keselamatan. Sebanyak RM208.9 juta diperuntukan untuk keperluan pembayaran bonus kepada kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri,” katanya.

Ahmad Maslan berkata sebanyak RM88 juta adalah untuk menampung pembayaran rawatan pesara awam Persekutuan dan Angkatan Tentera Malaysia, dan RM72.2 juta untuk perbelanjaan melaksanakan program jaminan bekalan dan pengedaran agromakanan bagi menangani kesan kenaikan harga barang.

Menurutnya, RM26.7 juta diperuntukkan bagi menampung keperluan pencalonan Malaysia sebagai Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu dan perbelanjaan pembukaan Pejabat Perwakilan baharu.

Kertas Putih Lahad Datu Diumum Selepas Siasatan Selesai – Hishammuddin

Posted: 10 Jun 2014 11:58 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Jun -  Kertas putih bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di sebalik insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah pada Mac tahun lepas, akan diumum selepas siasatan pihak berkuasa selesai.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa maklumat lengkap siasatan dan pengalaman yang berlaku di kawasan pantai Timur Sabah itu turut membabitkan beberapa pihak berkepentingan termasuk negara jiran Filipina.

“Berhubung kait dengan maklumat dan apa yang kita kenal pasti daripada siasatan dan pengalaman kita di Lahad Datu tahun lepas, melalui kertas putih dan apabila telah lengkap, saya yakin tiada sebab ia tidak diumumkan kepada orang ramai.

“Ia perlu dilakukan dengan teliti kerana melibatkan ancaman dalam dunia tanpa sempadan sekarang," katanya menjawab soalan tambahan Tian Chua (PKR-Batu) yang ingin tahu mengenai perkembangan terkini kertas putih tentang insiden pencerobohan di Lahad Datu pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Pada 3 Mac tahun lepas, beberapa wakil pembangkang menggesa kerajaan supaya memanggil sidang khas Parlimen dan mengeluarkan kertas putih serta membuat penjelasan berhubung insiden pertempuran pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) berkenaan langkah kerajaan dalam memastikan fungsi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) benar-benar menjamin keselamatan Sabah daripada pencerobohan berikutan beberapa insiden penculikan, Hishammuddin berkata pendekatan kawalan keselamatan kedua-duanya perlu diteliti semula.

Katanya perlu diingat penubuhan Esscom dan Esszone adalah untuk mengawal keselamatan dan kedaulatan negara khususnya daripada ancaman pengganas yang bersifat insurgensi seperti yang berlaku di Lahad Datu pada Mac tahun lepas.

Hishammuddin menjelaskan bahawa kedua-dua Esscom dan Esszone sebenarnya bukan diformasikan untuk menangani ancaman bersifat jenayah seperti penyeludupan, pemerdagangan orang dan penculikan.

“Setiap jenayah berkenaan, ada pendekatan yang tersendiri untuk menanganinya…sebab itu bila ada ancaman insurgensi Mac tahun lepas, sedikit sebanyak dengan wujudnya Esszone dan Esscom ia membantu kita memastikan setakat ini pencerobohan (insurgensi) tidak berulang.

“Namun insiden jenayah penculikan memerlukan kita memikirkan semula pendekatan Esszone dan Esscom dan sebab itulah kita mengumumkan cara bagaimana hendak menangani jenayah ini seperti penggunaan pelantar minyak dan pulau-pulau tertentu untuk pemantauan, mengerah kapal-kapal tertentu, meneliti semula undang-undang, serta mewartakan laluan-laluan khusus,” katanya.

Kepada soalan Ahmad Fauzi mengenai kewajaran sistem penggiliran komander yang akan megetuai Esscom dan Esszone seperti diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam, beliau berkata perkara itu masih belum dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami akan fikirkan dari segi tempoh dan cara penggiliran itu tetapi kita tunggu sampai ia dibentangkan ke Majlis Keselamatan untuk diputuskan bersama dan diumumkan secara sah,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...