Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Bila Tun Dr Mahathir Sindir Lagi Puak Pakatan!!

Posted: 27 Jun 2014 06:12 AM PDT


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed menyifatkan demokrasi sukar dilaksanakan dengan jayanya selagi pihak yang kalah dalam pilihanraya tidak menerima kemenangan pihak lawan.

Menurutnya, kerajaan pilihan rakyat mestilah dihormati bukannya dijatuhkan.

"Negara Arab tidak pernah diperintah secara demokratik. Sistem mereka ialah raja atau pemimpin berkuasa penuh. Sebab itu sukar bagi mereka menerima hasil pilihanraya.


"Selagi mereka tidak sanggup kalah dalam pilihanraya, selama itulah demokrasi tidak akan berjaya di negara mereka. Jika negara Arab ingin menjadi demokratik, pilihan rakyat melalui undi mestilah dihormati," katanya yang dipetik melalui tulisannya di blog Chedet, hari ini.

Jelasnya, demokrasi tidak mudah untuk diamalkan ekoran terlalu banyak syarat yang perlu dilaksanakan.

"Syarat terbesar ialah institusi pentadbiran yang ada mestilah terima pemerintahan parti yang menang. Sewaktu pilihanraya, anggota pemerintahan bebas mengundi sesiapa saja. Tapi setelah kerajaan didirikan, mereka hendaklah setia kepada kerajaan pilihan rakyat.

"Syarat ini dikenakan kepada pasukan polis dan tentera. Sebagai badan profesional dalam menjalankan tugas, kesetiaan mereka adalah kepada kerajaan pilihan rakyat," katanya.

Tegasnya, perebutan kuasa oleh pasukan bersenjata bukan sahaja menjadikan negara itu tidak demokratik malah tidak stabil.

Malah katanya, demonstrasi besar-besaran dan lain-lain tindakan ganas menghalang pemerintah sehingga akhirnya kerajaan jatuh akan sia-sia ekoran ia mengakibatkan ketidakstabilan negara dan ekonomi.

"Di negara maju dan demokratik, yang kalah terima kekalahan dan terima kedudukan sebagai pembangkang. Mereka menunggu pilihanraya akan datang untuk bertanding sekali lagi. Mereka mungkin berjaya, mungkin tidak tetapi keputusan pilihanraya dihormati," katanya.


Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..


HOT!! Punca Kenapa Kerajaan Negeri Kedah Haramkan 'Ketum' @MukhrizMahathir #KedahSerataRata

Posted: 27 Jun 2014 12:12 AM PDT


Ada orang marah bila kerajaan negeri Kedah nak haramkan tanaman ketum dan menyokong kerajaan pusat supaya ketum diletakan bawah akta dadah.

Ketum ni ada baik, dan ada buruk. Sama sebijik kesnya macam dadah dalam ubat yang kita dok ambik tu. Jika kita ambil dalam dos atau pengambilan yang betul, ianya jadi ubat. Jika diambil berlebihan dan dicampur dengan bahan-bahan lain, ianya dah jadi LAIN.

Itu yang kerajaan takut, bila ianya disalahguna.

Kenapa dulu boleh sekarang ni tak boleh? Dulu orang-orang tua, atau pekebun, hanya rebus 2,3 helai ambil air minum untuk tambah tenaga. Tu pun dibuang urat-urat yang boleh memabukkan.
Ada yang minum untuk ubat kencing manis.

Tapi sekarang ni, depa bukan nak hilangkan mabuk, tapi tambah lagi bahan lain untuk mabuk dan pening sekali. Malah ada belia dan budak sekolah ketagih minum, seolah-olah ketum dah jadi dadah baru dalam kehidupan orang melayu.

Kesannya pun lebih kurang macam dadah juga. Hingga ada yang tak mampu nak berjalan, meracau tak boleh tidur, gelisah dan lembik terus bila takdak ketum ni. Belum lagi kisah campur dengan ubat nyamuk, ubat batuk dan bahan-bahan lain yang terlarang.

Sebab tu kerajaan negeri mahu kuatkuasakan akta dan mahu ianya dicegah sebelum parah. Sebab yang buruk lagi banyak dari baik.


Sekarang ni dikampung-kampung ada yang sanggup buang tanaman lain dan tanam pokok ketum hingga 7 atau 8 ekar. Sebab permintaan ketum tinggi. Kalau yang beli untuk kesihatan dan buat kerja takpa.

Ini yang beli, untuk mabuk dan pening sebab campur macam-macam.

Punca dari sinilah yang kerajaan harus bertindak. Sebab kalau tak bertindak dan ianya kritikal. orang akan salahkan kerajaan juga.

Baik bertindak awal, sebelum ia parah.

Dengan ini aku menyokong tindakan kerajaan yang mahu mencegah, merampas dan menyokong ketum diletak bawah akta dadah. Jika perlu, buat satu sijil pelepasan dari hospital yang orang ini dibenarkan ambil air ketum dalam kuantiti yang dibenarkan.

Boleh macam tu?


Komen-komen yang menyokong kerajaan haramkan ketum.


Video Dato Seri Haji Mukhriz Mahathir mahu ketum dicegah dan dirampas,



Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..

HOT!! Dap Gunakan Pelacur Bertudung Untuk Jual Melayu? #Dapigs

Posted: 26 Jun 2014 07:04 PM PDT


Satu info yang agak menarik, selepas gagal dalam cubaan pertama membodohkan melayu di PRK Teluk Intan. Nampaknya Dap terus merancang strategi untuk menarik sokongan anak muda melayu dengan melacurkan gadis bertudung yang cun melecun.

Selepas PAP bukan lagi salah sebuah parti politk berdaftar di Malaysia, seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew yang merupakan Ahli Parlimen Bangsar, Devan Nair bersama-sama seorang pendatang dari China yang baru mendapat kerakyatan, Chen Man Hin, telah menubuhkan DAP yang menggunakan kesemua Perlembagaan PAP pada tahun 1965.

Menariknya, Dyana Sofya bercakap retorik tentang pemimpin anak muda yang seharusnya diberikan peluang memimpin kerana golongan tersebut dikatakan mempunyai visi dan misi yang baru. Malah katanya lagi, golongan itulah yang akan menghapuskan kepimpinan sedia ada di mana korupsi dan penyelewengan berlaku secara meluas.

Retoriknya, Dyana Sofya menyatakan Pakatan Rakyat sangat yakin dengan golongan ini walaupun hakikatnya, pemimpin-pemimpin dari golongan muda dalam Pakatan Rakyat sebenarnya hanyalah dipergunakan untuk melakukan kerja-kerja rencam, manakala segala keputusan dibuat oleh golongan tua seperti yang berlaku di dalam DAP.




Dari tahun 1965 sehingga kini, Lim Kit Siang masih lagi merajai DAP walaupun pemimpin-pemimpin parti lain bersilih ganti. Lim Kit Siang merupakan antara ahli Parlimen paling lama di Malaysia. Dan di tangan Lim Kit Siang juga, ramai pemimpin muda yang dilihat mampu mencabar anaknya, Lim Kit Siang telah dibunuh, dicantas dan diterajang keluar dari DAP seperti Lee Lam Thye dan pemimpin-pemimpin Melayu DAP pada tahun-tahun 70-an sehingga 80-an.

Majlis anjuran Rocketkini.com untuk berinteraksi secara terus dengan golongan muda. Majoriti yang hadir terdiri daripada blogger-blogger tempatan.Ucapan dan dialog yang diperbincangkan tidak menyentuh keperibadian pemimpin kerajaan tetapi lebih terarah untuk menukar kerajaan sekarang ini serta memberi peluang kepada golongan muda bagi mengubah landskap politik MALAYSIA.

Sesuatu yang menarik ialah, dalam majlis tersebut, Dyana Sofya LANGSUNG TIDAK BERPENGETAHUAN untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan mengenai isu politik semasa dan terpaksa dibantu oleh blogger-blogger pro DAP-Pakatan untuk menjawab. Tidak keterlaluan jikalau dikatakan, kehadirannya hanyalah sekadar untuk menarik golongan muda menyertai DAP.

Majlis diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh blogger dan wartawan bebas yang dikenali.

Program yang diadakan ini diaturkan oleh Democratic Action Party Socialist Youth (DAPSY) untuk menonjolkan DYANA SOFEA sebagai politik anak muda yang berani dengan cabaran kontroversi kerana telah tiba masanya politik negara di pandang dari sudut anak muda.

Sesuatu yang pasti dan telah dipelajari oleh DAP ialah, selain Dyana Sofya, mereka perlu merekrut gadis-gadis Melayu bertudung yang berwajah cantik sebagai jurucakap mereka. Dalam majlis tersebut, seorang gadis bernama SYEFURA OTHMAN (berbaju dan bertudung merah) telah diperagakan dan bakal dijadikan bidak untuk menarik lebih banyak sokongan golongan muda Melayu kepada DAP.

Baca selanjutnya di The Selangor Chronicle

Pelik dengan anak gadis melayu yang menyokong Dap. Kalau difikirkan dengan tiada sebab pun melayu perlu menyokong Dap. Tak ada kebaikan atau janji yang Dap buat untuk membantu anak muda melayu.

Tetapi ianya tersangat pelik bila masih ada yang gatal nak sokong. Entah apa difikirkan, atau mereka ini disogok dengan wang untuk membunuh agama dan bangsa sendiri?


McTheory:
Pelik.. ini dah terkutuk lebih dari pelacur..


Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...