Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO!! Cendawan Bakal Jadi Eksport Penting Negara! @IsmailSabri60 #Dsis

Posted: 26 Jun 2014 07:41 AM PDT


Cendawan satu nama yg tak asing bagi kita, tapi tak ramai yg tahu bahawa cendawan juga merupakan industri tanaman yang boleh menghasilkan sumber kewangan yang sangat baik. Malah cendawan juga telah dipatenkan dalam tin juga kering untuk industri makanan.

Perbelanjaan membuka sebuah bangsal cendawan juga tidak memerlukan modal yang tinggi malah tanaman ini mudah ditanam dan dikutip mengikut kuatiti yang kita kehendaki.

Oleh itu MOA dibawah Menterinya Dato Sri Ismail Sabri mahu petani tempatan menceburi bidang ini secara serius dan pengeluaran cendawan dalam negara boleh ditambah dan menjadi sumber pertanian import dalam meningkatkan hasil import negara dalam bidang pertanian.

Kalau anda minat dengan pertanian dan mahu mencuba, cendawan merupakan tanaman yang sesuai. Amanah Ikhtiar juga sedang hebat membuat kursus untuk membantu orang kampung memahami tanaman dan seterusnya meningkatkan ekonomi kendiri.

#Dsis

PANASS!! RM2.8Billion Pelaburan Untuk Bina Medical Science di Kedah! @MukhrizMahathir #KedahSerataRata

Posted: 26 Jun 2014 02:12 AM PDT



Dalam Sidang Media YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah, memaklumkan bahawa sejumlah RM2.8 Billion untuk Medical Science City telah dilaburkan pelabur luar untuk membina bangunan asas tersebut. Manakala kerajaan negeri akan membantu dengan menyediakan prasarana yang lengkap.




Satu lagi projek dibawah kerajaan BN Kedah!

Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..


HOT!! China Sudah Mahu Beli 'Sarang Burung' dari Malaysia - @IsmailSabri60 #DSIS

Posted: 25 Jun 2014 11:12 PM PDT


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menghantar pegawai ke China bagi membincangkan isu pengeksportan sarang burung walit yang belum diproses ke negara itu.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu susulan kesediaan China membincangkan perkara tersebut yang dinyatakan oleh rakan sejawatannya dalam pertemuan mereka baru-baru ini.

"Kalau dulu mereka langsung tidak mahu bincang mengenai sarang yang belum diproses, tapi sekarang sudah setuju," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian di sini Isnin.

China sebelum ini memberi kelulusan kepada Malaysia bagi mengeksport sarang burung walit mentah bersih sejak Januari lalu, selepas beberapa siri perbincangan berikutan sekatan yang dikenakan ke atas negara ini.

Sekatan itu akibat laporan negatif media China mengenai kualiti sarang burung walit yang diimport dari Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata Malaysia sedang melihat beberapa negara sumber baharu untuk mengimport daging termasuk Sudan dan Somalia, berbanding bergantung kepada empat negara iaitu India, Australia, Thailand dan New Zealand pada masa ini.

Beliau berkata pada masa ini bekalan daging mencukupi namun langkah itu diambil untuk mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana negara, lebih-lebih lagi apabila ada ura-ura India akan mengurangkan eksport mereka pada masa depan.

"Kemboja juga merupakan negara baharu dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sedang berada di sana untuk membuat pemilihan lembu hidup bagi dibawa masuk ke Malaysia.

"Kita akan tengok kalau kita dapat pasaran baharu dengan harga dan kualiti yang lebih baik, kita akan kurangkan import dari India," katanya. – BERNAMA

HOT!! Kerajaan Negeri Kedah Tegas Banteras Penyalahgunaan Daun Ketum! @MukhrizMahathir #KedahSerataRata

Posted: 25 Jun 2014 09:12 PM PDT


Dalam Sidang Media YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah selepas mempengerusikan mensyuarat mingguan EXCO Kerajaan Negeri Kedah, YAB MB Kedah menegaskan akan mengambil tindakan tegas merampas tanah yang digunakan untuk buat penanaman pokok ketum.





Sesungguhnya jika Ketum yang tidak disalahguna dan ubahsuai. Ia bagus untuk kesihatan, tapi bila dicampur macam-macam hingga ia memudaratkan. Adalah wajib kerajaan negeri bertindak dan membendung perkara ini dari terus berlaku.


Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..


INFO! Litar Lumba Kedah, Bukti BN Janji DiTepati! @MukhrizMahathir #KedahSerataRata

Posted: 25 Jun 2014 06:12 PM PDT


Satu lagi janji PRU13 ditepati apabila YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah mengumumkan pembinaan Litar Lumba diatas sebidang tanah berkeluasan 50 ekar di Sungai Petani.

Pengumuman tersebut dibuat YAB Menteri Besar Kedah setelah selesai mempengerusikan mensyuarat EXCO di Wisma Darulaman




Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..

https://www.facebook.com/MukhrizMahathirFC
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...