Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! #MBmesraRakyat Bakal Riuh Rendahkan Daerah #Baling! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

Posted: 20 Jun 2014 10:52 AM PDT


Masa dinanti nanti sudah tiba! Program Mesra Rakyat aka #MBmesraRakyat akan tiba ke daerah Baling esok. YAB Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir akan turun bersama rakyat Baling didalam pelbagai program yang telah diaturkan oleh daerah Baling.

Ada program bersama rakyat, ada kenduri rakyat, ada program bersama Ulamak tempatan, kakitangan kerajaan, ahli-ahli politik dan pelbagai lagi.

Acara kemuncak ialah, bermalam dirumah keluarga angkat dan beramah mesra serta turun ke kampung kampung dalam daerah Baling pada 21-22 Jun ini.

YAB MB Kedah tidak keseorangan, beliau bersama Exco-Exco kerajaan negeri akan turut serta bersama rakyat untuk mengetahui denyut nadi dan kehidupan yang rakyat hadapi.


Ini bukan program kosong atau syok sendiri. Ini cara YAB DSMM mendekati rakyat disetiap pelusuk negeri Kedah. Turun ke padang bertanyakan khabar, bersua muka saling kenal-mengenal, malah rakyat boleh mengadu terus kepada beliau, tanpa ada jurang atau birokrasi.



Kepada warga Baling sudahkah anda bersedia untuk berjumpa dengan pemimpin kesayangan anda??


McTheory:
Jangan lupa bawa hp untuk berselfie, bukan senang nak berselfie dengan MB Kedah cekk oii... paling penting jangan lupa, hashtag #MBmesraRakyat


Geng jangan lupa LIKE page MukhrizMahathir FC klik link bawah ni..

INFO!! Nelayan Bakal Jadi Pekerjaan Terpenting di negara? @IsmailSabri60 #Dsis

Posted: 20 Jun 2014 12:12 AM PDT



Tanpa kita sedari, sektor perikanan sebenarnya penting bagi negara. Kerana ia merupakan sektor kerja dan bekalan utama negara. Malah sektor ini pernah menjadi sektor utama dalam penjanaan bekalan makanan.

Dikebanyakkan negara membangun, perikanan membangun sebagai salah satu sektor yang penting ketika kurun kedua kurun ke-20. Diakhir tahun 1990an, sektor perikanan telah menjadi antara sumber terpenting membekal makanan, pekerjaan dan tukaran asing dan situasi ini akan berterusan. Manakala bagi banyak negara membangun perikanan boleh dianggap sebagai faktor penting melonjak nilai tambah bagi aktiviti sesebuah negara termasuk melonjakkan ekonomi sesebuah negara.

Pada dekad yang lepas, penggunaan perkapita perikanan telah melonjak secara global seiring dengan perkembangan ekonomi dunia. Bagaimanapun, perkembangan ini tidak akan berterusan selamamya. Ada batasan terhadap sumber perikanan termasuk ikan dan makanan laut lain. Sejajar dengan perkembangan keperluan manusia terhadap makanan laut ia telah berkembang daripada hanya sekadar keperluan makanan kepada manusia kepada makanan "masakan khusus". Bagi negara-negara maju, makanan laut masih merupakan makanan utama. Ia merupakan sumbangan utama kepada banyak negara terutama ketika pertengahan tahun 1990an, sumber berasaskan makanan laut menyumbang lebih daripada 50% kepada populasi di 34 negara.



Dalam menjangkakan pengeluaran perikanan dunia terutama bagi tangkapan ikan liar dan akuakultur bakal mencecah rekod baru pada tahun 2013, secara totalnya 160 juta tan berbanding hanya 157 juta tan pada tahun 2012. Peratusan produk perikanan yang didagangkan di pasaran antarabangsa sangat siknifikan sekitar 37% pada tahun 2013 menjadikan sektor perikanan adalah salah satu sektor diperingkat globalisasi dan merupakan satu perusahaan dinamik dalam dunia pengeluaran makanan laut dan perikanan. Di Malaysia sahaja, pengeluaran perikanan pada tahun 2013 berjumlah 1.74 juta tan metrik bernilai RM10.6 billion (USD3.30 billion). Jumlah nilai perdagangan ikan dan produk berkaitan perikanan berjumlah RM5.9 billion (USD1.84 billion). Ini menyumbangkan 1.3% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Di bawah Polisi Agro-Makanan Kebangsaan (2011-2020), kerajaan Malaysia telah menetapkan cita-cita mahu mensasarkan 2.00 juta tan metrikikan dihasilkan menjelang tahun 2020. Dasar Agro-Makanan Kebangsaan 10 tahun ini telah diluluskan oleh Kabinet Malaysia pada 28 September 2011 bagi menggantikan Dasar Pertanian Negara. Dengan dasar baru ini bakal memberi jaminan bahawa bekalan makanan yang selamat kepada pengguna di negara ini.



Kerajaan percaya dengan bantuan yang diberikan kita mampu mencapainya. Namun, mampukah kita menyahut cabaran dan cita-cita kerajaan itu?

Doa dan usaha.. Insyallah kita akan berjaya!


Geng jangan lupa LIKE page MukhrizMahathir FC klik link bawah ni..

HOT!! Bila Azwan Ali Panggil Adibah Noor 'DinaSour' .. huhu.. #gila!

Posted: 19 Jun 2014 09:07 PM PDT


Siapa la tak kenal si Azwan Ali ni kan? Pengacara propa mulut laser yang menyakitkan hati orang. Lani, dah tak laku masuk TV, dia dok laser kat twitter la pulak.

Status Twitter Azwan Ali sememangnya sering menjadi perhatian ramai. Saban hari, ada sahaja isu yang diketengahkan oleh pengacara tersebut.

Namun, beberapa status yang dimuatnaik oleh Azwan menarik perhatian kami. Malah, ia dipercayai dibalas semula dengan sindiran sinis oleh Adibah Noor.

Ha..Kalau anda memang Twitter freak dan rajin follow artis, sudah pasti anda pun dapat menghidu perkara yang sama. Tapi apa yang berlaku sebenarnya?


Antara status 'panas' Twitter Azwan Ali

Apa sudah jadi? Tak tahu daripada mana puncanya, suasana hangat ini dikatakan bermula apabila kedua mereka menghadiri sebuah majlis rancangan Ramadhan di RTM.

Adibah Noor juga dilihat seakan-akan tidak mengalah dan membalas status Twitter tersebut dengan sindiran yang tidak kurang pedasnya.


Ha.. berlawan kata sinis nampak. Ada tak sesiapa kat sini dapat agak ataupun nak teka apa sebenarnya punca 'perang dingin' antara dua bintang terkemuka ini?

Tentu ada salah faham di set, kemudian diluahkan pula di twitter. he he he..

Tapi sesiapa pun akan menyampah dengan Azwan Ali tu.. diva pala angguk dia.


Geng jangan lupa LIKE page MukhrizMahathir FC klik link bawah ni..

HOT!! #AORfestival cetusan rasa orang muda kepada anda! @MukhrizMahathir @AORfestival

Posted: 19 Jun 2014 08:46 PM PDT





Apa sebenarnya AOR festival??

AOR Festival ni cetusan idea sekumpulan anak-anak muda yang berasal Kedah yang ingin mempromosikan Kedah dari perspektif yang berbeza daripada kebiasaan. AOR ialah singkatan untuk Bandaraya Alor Setar. Penganjur ingin mengetengahkan jenama-jenama pakaian' underground', bakat-bakat kreatif dalam bidang seni kreatif seperti kaligrafi, muzik akustik, kesukarelawanan dan keusahawanan dari kalangan anak-anak muda Kedah yang sudah berjaya di peringkat antarabangsa, tempatan ataupun yang baru mula bertapak.

Festival AOR 1.0 secara kecil kecilan telah diadakan bulan lepas dan berjaya menarik hampir 2 ribu pengunjung yang kebanyakanya adalah anak anak muda.

Esok AOR festival akan bermula pukul 3 petang berdekatan dengan Balai Seni, Alor Setar. Rugi tak datang dan melihat kelainan idea anak muda.

Malah YAB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah akan hadir membuat perasmian program pada hari Jumaat, 20hb Jun 2014, jam 5 petang.

Jom beramai-ramai.. jangan menyesal kalau takmai.


Geng jangan lupa LIKE page MukhrizMahathir FC klik link bawah ni..

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...