Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Permata Untuk Bantu Rakyat, Bukan Untuk Popular Diri! @NajibRazak

Posted: 19 Jun 2014 06:12 AM PDT


Tak guna kalau kita bertudung tapi dalaman penuh dengan sifat dengki dan iris-hati. Itulah yang sering terjadi pada ahli parlimen Pas. Seringkali berfikir yang bukan-bukan terhadap program yang kerajaan jayakan.

Contoh macam ahli parlimen Rantau Panjang ni, dulunya Ketua Muslimah Pas, sekarang Mc tak pasti adakah masih ketua. Jika masih ketua, patutlah anak bawahannya berperangai teruk, sebab ketua pun buruk benar perangainya!

Cuba tengok video dibawah,




Apakah selama ini program Permata tidak membantu rakyat Malaysia? Atau Pas yang buta?




Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff disifatkan "berniat jahat" oleh Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kerana bertanya sama ada program Permata Negara bertujuan menaikkan nama isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Yang berhormat pakaian nampak macam Islam tapi mulutnya…," kata Shahidan tidak menghabiskan ayat beliau ketika menjawab soalan tambahan Siti Zailah dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawap lisan di Dewan Rakyat, Parlimen, Rabu.

"Saya berdoa semoga Allah membuka hatimu agar jadi lebih mulia," kata Shahidan yang juga ahli Parlimen Arau.

Siti Zailah dalam soalannya membangkitkan kenapa kerajaan tidak memperkukuh dan memperkasakan agensi pendidikan kanak-kanak sedia ada seperti KEMAS dan Tadika, sebaliknya memilih untuk menumpukan kepada pembangunan institusi baru iaitu Permata yang dinaungi Rosmah.

"Adakah ini agenda untuk menaikkan nama isteri perdana menteri?" soal Siti Zaleha dalam sesi berkenaan.

Shahidan juga sempat membacakan sepotong ayat suci Al-Quran beserta dengan maksudnya sekali yang berbunyi "Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu buruk sangka dan jangan kamu mengintai keburukan orang" yang bertujuan menasihati Siti Zaleha sebelum menjawap soalan ahli Parlimen PAS.

"Tidak. Permata tidak menaikkan nama Rosmah, Permata menaikkan nama negara.
"Program Permata cukup mulia, isteri perdana menteri tidak menerima gaji untuk mengabdikan diri kepada negara.

"Tidak baik kita buruk sangka kepada orang yang mengabdikan diri kepada negara," kata Shahidan.

Beliau turut menyeru PAS dan PKR untuk menggunapakai kurikulum Permata dalam pendidikan kanak-kanak kerana kurikulum berkenaan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

McTheory:
Puak ni memang.. buta perut, buta hati..

HOT!! Gambar Terbaru Nik Aziz Masuk Hospital!

Posted: 19 Jun 2014 03:21 AM PDT


Sebelum ini tersebar, gambar Nik Aziz tak pakai baju dalam hospital, ketika sedang dirawat. Kalau tak salah Mc, itu gambar lama. Gambar dulu, cuma dimainkan semula. Tapi yang Mc baru dapat ni kalau mengikut info, memang gambar Nik Aziz yang terbaru. Tak nampak uzur sangat masih cerah muka tu.



Cuma sebagai muslim, kita mendoakan Nik Aziz supaya cepat sembuh.. rasanya ini dah kali keempat Mc doakan Nik Aziz supaya cepat sembuh. Bila pulak kita nak dengar orang Pas doakan orang UMNO yang baik-baik ya?

Geng jangan lupa LIKE page MukhrizMahathir FC klik link bawah ni..

INFO! Akibat Pencerobohan Laut Dalam 'SUPER' diwujudkan!! @IsmailSabri60 #Dsis

Posted: 19 Jun 2014 02:13 AM PDT


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah melakukan satu lagi usaha dan inisiatif di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam usaha membendung pemasalahan di kawasan penempatan nelayan dan perairan Negara. Lantas hari ini menterinya, Dato' Sri Ismail Sabri telah merasmikan skuad Sukarelawan Perikanan (SUPER) di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung.

Penubuhan skuad (SUPER) adalah sebagai salah satu usaha bagi menangani masalah pelanggaran undang-undang laut atau masalah sosial di kawasan penempatan nelayan menjadi keutamaan kerajaan supaya ia dibendung daripada menjadi besar.

Antara aktiviti – aktiviti yang melanggar peraturan dan undang- undang Negara di laut ialah :

1. Penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel / petrol subsidi.
2. Perlanggaran zon- zon perikanan seperti pencerobohan bot pukat tunda di Zon A.
3. Pengunaan alat- alat menangkap ikan yang boleh memusnahkan sumber- sumber perikanan yang dilarang oleh undang- undang Negara.
4. Mengawal pencemaran laut seperti pembuangan sampah sarap, minyak dan lain- lain kumbahan kedalam laut.
5. Mengawal penebangan pokok seperti kayu bakau yang menjadi penampang kepada hakisan pantai.
6. Pencerobohan nelayan asing.
7. Kehadiran pendatang tanpa izin melalui jalan laut.
8. Menjaga sumber perikanan di kawasan masing- masing.
9. Penyeludupan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah dan lain- lain barang- barang kawalan ke Negara asing dan juga ke Negara ini.


Menerusi inisiatif ini, sepertimana fungsi RELA yang lain, (SUPER) berfungsi:

a) Memastikan keselamatan setempat
b) Memastikan keamanan setempat
c) Memastikan kesejahteraan masyarakat setempat
d) Memastikan keharmonian setempat

Penubuhan (SUPER) di Pulau Pinang akan menjadi titik tolak dalam usaha menangani isu jenayah di laut mahupun pemasalahan di penempatan nelayan. Buat permulaan seramai lebih kurang 600 orang telah pun berdaftar untuk menjadi anggota (SUPER).

Mereka telah memenuhi syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh pihak RELA seperti Warganegara Malaysia, sihat tubuh badan dan berumur 17 tahun keatas. Ia melibatkan kawasan- kawasan seperti yang berikut:

i) Kawasan perairan Pulau Pinang
ii) Kawasan perairan SeberangPerai

TERKINI!! Kemalangan Ngeri Bas Rempuh Penunggang Motor Setelah Masuk Jalan Bertentangan!

Posted: 18 Jun 2014 11:01 PM PDT


Bas menghala ke tol Batu Tiga, Shah Alam. Mungkin pemanduan terlalu laju lalu hilang kawalan merempuh 2 buah kereta, sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh laluan motor. Dilaporkan beberapa orang mati ditempat kejadian, dan masih ada yang dibawah bas.. Inanillah..

Ngerinya.. semoga kita dan keluarga kita dijauhkan dari perkara sebegini.

Al-Fatihah pada yang terlibat dalam kemalangan ngeri ini.



Geng jangan lupa LIKE page MukhrizMahathir FC klik link bawah ni..

HOT!! Perhatian Kepada Pelajar Lepasan Universiti yang Menganggur!! #HanyaDiKedah

Posted: 18 Jun 2014 09:36 PM PDT



Bantuan Latihan Untuk Pelajar Universiti yang menganggur.. SKIM LATIHAN 1 Malaysia #SL1M disediakan untuk membantu anda.

Untuk keterangan lanjut boleh klik video kat bawah ni..



Punya la baik kerajaan, menganggur pun tolong bagi latihan dan kerja. Kami dulu.. kena cari sendiri tau.. jangan harap laa..

Geng jangan lupa LIKE page MukhrizMahathir FC klik link bawah ni..

HOT!! Lagi Peringatan Pada @cmLimGuanEng Jangan Campur Urusan #Kedah!! #HanyaDiKedah

Posted: 18 Jun 2014 06:28 PM PDT




Siapa Guan Eng nak letak syarat jika kerajaan Pusat bina lapangan terbang di Kedah ? Tanah di Kulim milik bapak Guan Eng kah? Itu persoalan pertama untuk Guan Eng jawab.

Kedah tak perlu mendengar syarat syarat daripada sesiapa sahaja.Sebaliknya Pulau Pinang yang perlu dengar nasihat Kedah kerana P.Pinang masih lagi tanah jajahan Kedah.

Semalam, Guan Eng dalam satu kenyataannya bersetuju dengan cadangan pembinaan lapangan terbang di Kedah tetapi meletakan syarat supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dinaiktaraf.

Yang peliknya, adakah Guan Eng tidak tahu bahawa LTABL sedang dinaik taraf oleh kerajaan pusat berjumlah RM 250 juta.



Tapi malangnya, Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Guan Eng tidak mempedulikan infrastuktur di sekitar kawasan lapangan terbang kerana kawasan berkenaan akan tengelam tatkala hujan lebat.

Dalam pada itu Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail memberi peringatan supaya menghentikan gelagat 'kiasu' yang tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin nombor satu kerajaan negeri.

Sikap 'kiasu' Guan Eng dilihat semakin menjadi-jadi sejak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan cadangan mahu membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kulim.

"Sejak itu, nampak sangat dia (Guan Eng) tidak senang duduk. Saya sendiri pun tak faham sebab apa dia jadi begitu kalau bukan kerana 'kiasu'. Orang 'kiasu' ni memang macam tu, tak boleh tengok orang senang. Dalam kata lain, dia cemburu atau iri hati.

"Sebab itu dia bantah kita bawa permohonan kepada Kerajaan Pusat untuk bina lapangan terbang antarabangsa di Kulim," katanya.

Istilah 'kiasu' mengikut dialek Hokkien bermaksud takut kalah.

Ku Abdul Rahman berkata, cadangan Kedah mahu bina lapangan terbang antarabangsa di Kulim sama sekali tidak akan menjejaskan Pulau Pinang yang mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL).

"Ini kerana mengikut kajian, LTABL akan capai tahap tepu atau kapasiti maksimum dalam tempoh dua tahun lagi dan jumlah kargo pula kian menurun setiap tahun. Ertinya zon utara memerlukan sebuah lapangan antarabangsa yang baru.

"Persoalannya di mana?

Dengan keadaan lalu lintas yang begitu sesak di Pulau Pinang walaupun sudah ada jambatan kedua dan masalah tanah yang terhad, kita kira yang paling sesuai adalah di Kulim.

Walaupun dia (Guan Eng) sebut Pulau Pinang paling banyak dapat FDI (Foreign Direct Investment atau Pelaburan Langsung Asing) tahun lalu, apa salahnya kalau kita nak majukan Kulim?.

"Kita sudah ada Taman Teknologi Tinggi di Kulim yang kita boleh tawarkan lebih banyak kemudahan kepada pelabur dengan adanya lapangan terbang antarabangsa. Ini usaha kita, apa pula masalah dia?," katanya.

Ku Abdul Rahman berkata, pencapaianekonomi Kedah pada masa ini juga sudah mengatasi Pulau Pinang berdasarkan jumlah pelaburan pada suku pertama 2014 di mana negeri itu berada pada kedudukan kedua tertinggi dengan nilai pelaburan sebanyak RM4 bilion di bawah Sarawak yang mendapat pelaburan RM7.3 bilion.

"Pulau Pinang hanya berada di tempat kelima dengan pelaburan RM831 juta, apa yang dia nak angkat diri sangat?," katanya.

Menurutnya, Pulau Pinang juga tidak seharusnya berasa terancam jika cadangan pembinaan lapangan terbang itu direalisasikan kerana LTABL akan kekal dengan kedudukan sebagai pintu masuk utama pelancong ke negeri itu.

"Pelancong asing memang ramai ke Pulau Pinang dan tak akan terjejas. Saya yakin," katanya.

Mengenai lokasi, Ku Abdul Rahman berkata, nampak jelas sikap 'kiasu' Guan Eng yang menuntut LTABL dinaik taraf termasuk penambahan landasan malah bersedia menambak laut untuk mengatasi masalah tapak yang terhad.

"Mengapa perlu tambak laut sedangkan kita di Kedah tidak ada masalah itu. Tambak laut memerlukan kos lebih tinggi sedangkan manfaat penggunaannya mungkin hanya meningkat sedikit.

Di Kulim, tak perlu semua itu (tambak laut) sedangkan kita akan dapat lapangan terbang baru yang boleh memangkin peningkatan ekonomi berlipat kali ganda bagi zon utara termasuk Pulau Pinang sendiri.

"Soal tapak kita tak ada masalah kerana kita ada ladang kelapa sawit seluas lebih 6,000 hektar untuk tujuan itu. Tak perlu tambak laut yang boleh menjejaskan alam sekitar," tegasnya.

Katanya, Guan Eng tidak perlu masuk campur apa lagi meletak syarat kerana soal kelulusan bukan di tangan beliau tetapi Kerajaan Pusat.

"Apa perlu dia sebut pasal syarat? Itu menunjukkan dia takut dengan bayang-bayang sendiri sedangkan kita bukan nak berlawan dengan dia pun. Kita fikirkan kepentingan negara, bukan Kedah semata-mata macam dia yang hanya fikir hal Pulau Pinang.

"Kita yakin lapangan terbang baru ini boleh bawa manfaat besar bukan kepada Kedah saja tetapi Perak dan Pulau Pinang ," katanya. Ku Abdul Rahman turut menempelak sikap Guan Eng yang menurut beliau, bukan daripada jenis jiran yang baik.

"Kalau dia jiran yang baik, dia tak akan masuk campur dalam urusan rumah tangga orang. Kita nak bawa kebaikan kepada rakyat, mengapa dia nak bantah?

Dia lupakah selama ini kita (Kedah) sudah banyak berkorban untuk dia, korbankan hasil balak kita untuk jaga empangan pastikan dapat terus hantar air ke Pulau Pinang.

"Mereka tak bayar pun sedangkan di negeri lain, semua kena bayar. Pahang hantar ke Selangor kena bayar, Melaka pun bayar kepada Johor. Singapura juga bayar kepada Johor," tegasnya.

Geng jangan lupa LIKE page MukhrizMahathir FC klik link bawah ni..

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...