Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Bertudung Tapi Hati Umpama Pelacur Jalanan!! #BusukHati

Posted: 18 Jun 2014 03:28 AM PDT


Tak guna kalau kita bertudung tapi dalaman penuh dengan sifat dengki dan iris-hati. Itulah yang sering terjadi pada ahli parlimen Pas. Seringkali berfikir yang bukan-bukan terhadap program yang kerajaan jayakan.

Contoh macam ahli parlimen Rantau Panjang ni, dulunya Ketua Muslimah Pas, sekarang Mc tak pasti adakah masih ketua. Jika masih ketua, patutlah anak bawahannya berperangai teruk, sebab ketua pun buruk benar perangainya!

Baca artikel dibawah,

Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff disifatkan "berniat jahat" oleh Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kerana bertanya sama ada program Permata Negara bertujuan menaikkan nama isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Yang berhormat pakaian nampak macam Islam tapi mulutnya…," kata Shahidan tidak menghabiskan ayat beliau ketika menjawab soalan tambahan Siti Zailah dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawap lisan di Dewan Rakyat, Parlimen, Rabu.

"Saya berdoa semoga Allah membuka hatimu agar jadi lebih mulia," kata Shahidan yang juga ahli Parlimen Arau.

Siti Zailah dalam soalannya membangkitkan kenapa kerajaan tidak memperkukuh dan memperkasakan agensi pendidikan kanak-kanak sedia ada seperti KEMAS dan Tadika, sebaliknya memilih untuk menumpukan kepada pembangunan institusi baru iaitu Permata yang dinaungi Rosmah.

"Adakah ini agenda untuk menaikkan nama isteri perdana menteri?" soal Siti Zaleha dalam sesi berkenaan.

Shahidan juga sempat membacakan sepotong ayat suci Al-Quran beserta dengan maksudnya sekali yang berbunyi "Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu buruk sangka dan jangan kamu mengintai keburukan orang" yang bertujuan menasihati Siti Zaleha sebelum menjawap soalan ahli Parlimen PAS.

"Tidak. Permata tidak menaikkan nama Rosmah, Permata menaikkan nama negara.
"Program Permata cukup mulia, isteri perdana menteri tidak menerima gaji untuk mengabdikan diri kepada negara.

"Tidak baik kita buruk sangka kepada orang yang mengabdikan diri kepada negara," kata Shahidan.

Beliau turut menyeru PAS dan PKR untuk menggunapakai kurikulum Permata dalam pendidikan kanak-kanak kerana kurikulum berkenaan diiktiraf di peringkat antarabangsa.-bnbbc.my

INFO! Kementerian Pertanian dan Asas Tani Bantu Petani yang dilanda bencana alam! @IsmailSabri60 #Dsis

Posted: 17 Jun 2014 10:43 PM PDT


Hari ni Dato Sri Ismail Sabri turun ke Kedah untuk menyalurkan bantuan kepada petani dan mengajar petani untuk menyediakan langkah pemulihan selepas bencana.

Sejumlah RM2,136,216.74 peruntukan bantuan diberikan pada petani seramai 1,165 orang dikawasan PPK LPP yang teelibat dengan bencana kemarau.

Bantuan juga diberikan pada PPK MADA yang terjejas akibat banjir hingga memusnahkan tanaman dengan yang berjumlah RM1,750,778.832 kepada 1137 orang petani.

Masalah tanah Jerlus juga melibatkan 715 petani, malah MOA tetap memberikan bantuan dengan peruntukan sejumlah RM2,724,264.50.

Bantuan diberikan untuk meringankan beban petani yang terjejas punca pendapatan akubat bencana alam yang berlaku. Sememangnya bantuan ini tidak mampu mengantikan semua kerugian, namun ia sebagai tanda kerajaan mengambil berat terhadap rakyat.

kerajaan tidak harapkan terima kasih, cuma cukuplah bersyukur dengan apa yang diberi, kerana apa yang kita perolehi hari ini, sebenarnya lebih baik dari sesetengah orang yang benar-benar memerlukan.



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...