Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO!! Temubual Eksklusif Bersama Dato Seri Hj @MukhrizMahathir Setahun Menjadi Kerajaan negeri Kedah! #HanyaDiKedah #MBmesraRakyat

Posted: 16 Jun 2014 06:05 AM PDT



Temubual eksklusif Dato Seri Haji Mukhriz bersama TV1, selama 1 tahun beliau menjadi Menteri Besar Kedah, apa yang telah beliau laksanakan, apa perancangan beliau, kemana beliau hendak membawa negeri Kedah, negeri yang lebih dikenali sebagai negeri jelapang padi.

Mc percaya ramai yang nak tahu kann?

Boleh layan video dibawah,




Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..

INFO!! Kisah Sebenar Penjelasan Cadangan Lapangan Terbang Antarabangsa di Kedah! Ds @MukhrizMahathir

Posted: 16 Jun 2014 02:21 AM PDT



Kerajaan Negeri sudah mengemukakan cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baru di Kulim kepada Kerajaan Persekutuan dalam usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini dan negeri-negeri di utara tanah air.

Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, cadangan pembinaan lapangan terbang tersebut yang bakal beroperasi untuk kargo dan penumpang telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, YAB. Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini.

Katanya, lokasi lapangan terbang tersebut dikenal pasti berdekatan dengan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) membabitkan tanah seluas 6000 hektar.

"Kerajaan Negeri melihat bahawa permintaan pengangkutan udara ini semakin meningkat kerana kemudahan lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang akan menjadi semakin terhad pada masa depan kerana keperluan kargo dan penumpang yang bertambah.

"Kita tahu bahawa Pulau Pinang mempunyai bidang tanah yang agak terhad, jadi lapangan terbang itu tidak boleh dibesarkan lagi.

"Tawaran Kedah kepada Kerajaan Persekutuan adalah tanah yang luas dan mampu menampung dua landasan lapangan terbang bertujuan untuk operasi kargo dan penumpang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Peningkatan Kerjaya dan Sukan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu Kali Ke-14 di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini.


Kedah kini mempunyai dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri juga yakin projek tersebut akan menjadi pencetus kepada pertumbuhan ekonomi di zon utara bukan sahaja membabitkan negeri ini, malah sektor industri di Selatan Thailand.

"Cadangan tersebut masih dalam peringkat awal. Saya telah menulis surat kepada Perdana Menteri mengenainya dan selepas ini, kita akan berbincang dengan Kerajaan Persekutuan termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan.

"Kawasan yang dikenal pasti adalah melibatkan Kulim yang bersempadan dengan Sungai Petani. Ini bukan hanya mampu merancakkan ekonomi Kedah, malah juga negeri lain termasuk Pulau Pinang," ujarnya.

Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..

HOT!! BTN Nak Cari IKON Patriotik atau IKON Kroni BTN? @RazaliIbrahim

Posted: 15 Jun 2014 07:08 PM PDT

Cari IKON contoh macam ni..

Program Aku IKON Patriotik dianjurkan oleh BTN dengan kerjasama Media Prima. Objektifnya program IP (Ikon Politik) ini bertujuan untuk mencari ikon dari setiap negeri untuk diketengahkan sebagai Ikon Patriotik negara.

Namun ada perkara buruk berlaku, ianya amat dikesalkan oleh kami kerana berlaku kronisme didalam saringan akhir.

Kronisme yg di maksud itu ialah, sorang staff BTN turut mengambil bahagian malah turut terpilih dalam saringan akhir. Tidakkah ini melibatkan conflict of interest? Bolehkah penganjur memberi jaminan tidak akan berlaku keputsan berat sebelah?




Itu belum lagi disebut peserta-peseta yang menggunakan pengaruh pengarah BTN negeri masing-masing, adakah peserta dipilih berdasarkan hubungan baik dengan BTN bukannya berdasarkan pengetahuan tentang dalam negara dan patriotik? Cuba kita soal kebanyakkan peserta dalam saringan akhir ini, tahukah mereka siapa itu Raja Chulan, siapa orang mencipta bendera malaysia, siapa pengasas petronas, apa itu perlembagaan persekutuan?

Persoalan yang bermain di kepala saya..adakah mereka menyertai Ikon Patriotik ini tertarik dengan pengisiannya atau dengan habuannya?

Relevankah mereka yang telah berumur 30 tahun keatas menyertai IP? Seharusnya peluang patut diberikan kepada golongan yang lebih muda. bukan pada mereka yang berpangkat pegawai HEPA dan sebagainya.

Kita perlu create ikon muda, bukan ikon tua.. Lihat pembangkang..ada ka ikon yang tua? Bengap!!

Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...