Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! PRK Pulak di Terengganu? Pas Mula Pasang Lagu Raya? - Ustaz Kazim #PasHinaHudud

Posted: 11 Jun 2014 07:12 AM PDT


Lagu raya apa pulak yang Pas pasang ni??




Ustaz Kazim kata ini petanda ... macam lagu raya. Bila tidak raya, tidak dengar lagu raya.

Hudud lagu bila nak musim pilihanraya. Tambahan pula ada dengar desas desus akan ada pilihanraya kecil di Kuala Terengganu kerana ada berita baru tersebar.

Kuala Terengganu 10 Jun - Parlimen P036 Kuala Terengganu bakal menyaksikan pilihanraya sekali setelah Ahli Parlimennya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diistiharkan muflis oleh sebuah mahkamah disini hari ini.

Pada pilihanraya umum ke 13 lalu Raja Bahrin bertanding atas tiket parti PAS menewaskan calon BN Mohd Zubir Embong dan calon bebas Maimum Yusof dengan majoriti 10785 undi.

Apakah lepas ni Pas akan pasang balik rekod-rekod lama untuk menghidupkan semua 'hudud Pas' tu?



HOT!! Di Tuduh Dera Suami, Abby Abadi Luah Perasaan di Instagram? #DeraSuami

Posted: 11 Jun 2014 04:02 AM PDT


DERA BEKAS SUAMI - APA KATA ABBY MELALUI INSTAGRAM?

Mc pun taktau cerita sebenar, tapi bila perkara ni dah terdedah pada public, masing-masing nak mempertahankan diri. Kat bawah ni, luahan perasaan Abby bila dituduh dera bekas suaminya. Ganas hang noo Abby.. he he.. Cerita Abby dera bekas suaminya boleh klik SINI

Assalamualaikum....... Selamat Petang! ALHAMDULLILLAH......... Syukur pd ALLAH. Berdasarkan kenyataan dr Farhan kepada media di mahkamah tadi, ini penjelasan Sy. Sy tiada saksi disini. Hanya ALLAH SWT Maha Mengetahui semua ini...... Terkejut Sy baca kenyataan2 yg dibuat ini. Sehabis baik Sy tutup 'semua' cerita yg tak perlu org luar tahu sepanjang kami bersama sbg suami isteri, walaupun berbagai andaian dibuat berdasarkan kenyataan biasa Sy sebelum ini.... hari ini Muhammad Noor Farhan Che Bakar dengan jayanya mereka2 cerita utk tutup cerita yg sebenarnya. Anak3 Sy, bibik Sy, kawan2 terdekat Sy pun tak sangka yg Farhan cakap dia didera.....Walhal sebelum ini kalaupun ada bergaduh situ sana sini, tp semuanya baik2 saja. Biasalah hidup rumahtangga kan? Dah tentu ada pasang surutnya.... Sy ada msg dia cakap pasal kenyataan ini, tp dia tak jawab pula... Sy berani je nk berdepan. Jumpakan lagi senang cerita. Kenapa mesti buat kenyataan yg secara tak sedar membuka aib sendiri? Yg kenyataan dia, Sy minta duit, tak bagi Sy marah.. yg tu palsu. Amboiii! Banyaknya duit dia yer... Kata Sy baling kunci motor? Pegang kunci motor pun Sy tak pernah....... Kenapa mcm tu @cintaku_hanya_padamu yer? Setiap kali ada yg tak kena, gaduh.. bukan nk selesaikan. larikan diri... Tak balik2. Sy ajak bincang... taknak..... alih2 utk yg terakhir kali ni keluar cerita begini? Ingat ALLAH tak ni? Sejujurnya 'cerita rekaan' ini tak terjangka dek akal Sy.........Hampir 95% cerita itu di reka semata2 nk selamatkan diri dia. ALLAHUAKHBAR....Mohon ALLAH SWT jaga dia. Tak sangka cubaan dia mengaibkan sy sejauh ni............ ALHAMDULLILLAH.... Satu saja dari Sy: Untuk Sahabat2 diluar sana, Anda buleh baca, buleh dengar je apa yg dia kata... tp percaya jangan. Sebab dia mmg dah terbiasa MENIPU. Jangan tokok tambah cerita Sahabat... kalau taktahu lebih baik diam saja k........Tak selesai lagi. Banyak episod lagi ni...... Tunggu tindakan seterusnya di Mahkamah nanti. Sy terima takdir ini sebagai 'ujian' utk Sy. Wat lek Wat Peace je k 😊✌💪

Bawah ni pulak dialog luahan perasaan Abby dengan peminatnya di IG.

41 MINIT LALU - abby_abadi112 Assalamualaikum. Sy buleh buka cerita dr mula utk sahihkan semua ni.... skrg siapa yg mulakan? Farhan kan? So jangan salahkan sy..... Kalau betul sy mendera mental & fizikal dia... tak akan adalah gmbr2 kebahagian yg sy kongsikan di IG ni... dekat IG dia pun buleh tgk sendiri........ dari situ buleh fikir siapa yg memburukkan siapa skrg ni... pasal cakar tu? Sy tak dengar cerita lagi... taktahu dia cerita apa... nk sy baca dulu ye... sabar

34 MINIT LALU - abby_abadi112 Nk tutup 'cerita dia' burukkan sy pulak.. alahai... baik dah sy ni x cerita punca pergaduhan ni.. bukan sekali dalam 11 bulan ni... berkali2.. sy diamkan je... skrg dia mula, sy sambut jer..

24 MINIT LALU - abby_abadi112 Jap2 @aynaacloset dia kata sy ugut minta duit?

23 MINIT LALU - abby_abadi112 Sy bertahan.... tak nak aibkan dia.. sy x cerita apapun ttg sbb terjadi sampai bercerai berai ni... alih2 dia cabar pulak... zaman sekarang ni klau diam org agak2 sendiri jd sy akan cari jalan terbaik utk semua ni.... Tunggu & sabar ye

P/s: Tragik betul kisah hidup Abby ni.. tapi pada sapa yang mengenali Abby.. rasanya tahu siapa yang salah.

McTheory:
Apakah ini kifarah yang dipulangkan ada manusia yang berlakon baik? 

HOT!! Punca Abby Abadi Bercerai Sebab Dera Suami? #BiarBetul??

Posted: 11 Jun 2014 12:03 AM PDT


Abby disyaki suaminya?

Biar betul ni? fuhhh.. Ustazah mee segera paling alim dialam semesta dera laki sendiri?  Tak takut masuk neraka ke Ustazah? Bukan Mc kata tapi sumber dari satu page ni.. baca kat bawah la ek..


HLIVE! menyiarkan sekeping gambar di laman Instagram mereka membayangkan yang Abby Abadi mendera Noor Farhan yang kini bekas suaminya secara mental & fizikal.  
Apa cerita? http://rtky.co/1oM2Cya


Kalau betul.. patut la bercerai..

Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sah bercerai talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah melalui SMS yang dihantar Muhammad Noor Farhan, Mei lalu.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membuat keputusan itu selepas meneliti semua dokumen & mendengar keterangan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, cerai pertama pada Januari lalu yang dihantar Muhammad Noor Farhan melalui SMS kepada rakannya, mahkamah tidak mensabitkan jatuh talak berikutan SMS itu adalah lafaz yang tidak sah kerana tidak memenuhi rukun dan syarat sah talak.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand setelah berkenalan selama dua minggu. (rtky/m)


Iskk Iskk.. apa dah jadi ni?? 

HOT!! Apabila #JalinanKedah Ds @MukhrizMahathir dan @KhaledNordin Bergabung! #KedahKeJohor #HanyaDiKedah

Posted: 10 Jun 2014 07:42 PM PDT


Gabungan hebat dari kedua negeri utara dan selatan. Walaupun berbeza sektor namun kerjasama ini bakal menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Kerajaan Kedah berminat untuk bekerjasama dengan kerajaan Johor khususnya dalam pembangunan sektor perdagangan dan pelancongan.

Menteri Besarnya Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata sektor perdagangan yang menumpukan pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta pelancongan dilihat berpotensi besar untuk ditinjau bagi memberi manfaat kepada rakyat.

"Kami mempunyai agenda untuk memperkenalkan produk Kedah ke Johor dan dalam masa yang sama membawa masuk produk Johor ke Kedah," katanya kepada pemberita selepas taklimat pembangunan 'Jalinan Transformasi' antara kerajaan Johor dan Kedah, di sini Selasa.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Rombongan kerajaan Kedah dalam lawatan dua hari ke negeri ini turut disertai 60 delegasi termasuk Setiausaha Kerajaan Kedah Datuk Mohd Puat Mohd Ali, exco kerajaan dan ketua jabatan.

Mukhriz berkata kejayaan Johor dalam membangunkan sektor pelancongan domestik dan bertaraf antarabangsa boleh dijadikan panduan kepada Kedah dalam meningkatkan sektor yang sama.

Beliau berkata selain Langkawi, terdapat pelbagai produk dan ikon pelancongan di negeri itu yang boleh dipromosikan kepada pelancong khususnya rakyat Johor.

Rakyat Kedah pula katanya sudah tentu berminat untuk melihat pelbagai tarikan di Johor terutamanya taman tema Legoland dan taman tema keluarga Puteri Harbour.


Menurut Mukhriz sebelum Johor, program jalinan seumpama itu dilaksanakan kerajaan Kedah dengan Melaka pada Februari lepas.

"Lawatan ini juga bertujuan untuk mempelajari pengalaman Johor dalam membangunkan pelbagai bidang lain termasuk pengeluaran dan perkhidmatan serta minyak dan gas selain mengeratkan hubungan silaturahim sedia ada," katanya, dan menambah kerajaan Kedah lebih selesa melakukan lawatan ke negeri-negeri sebelum ke luar negara.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata pihaknya mengalu-alukan kunjungan kerajaan Kedah dan percaya kerjasama kedua-dua kerajaan negeri juga sudah terjalin sejak zaman dahulu lagi terutamanya dalam perdagangan.

"Ini adalah permulaan untuk kita berkongsi pengalaman. Kedah kaya dengan sektor pertanian seperti padi manakala Johor merupakan pengeluar makanan berasaskan tanaman," katanya.



Hebat idea Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir.. namun sambutan dan layanan Dato Seri Khaled Nordin kepada delegasi Kedah juga cukup sempurna.

Kedua-duanya pemimpin besar dalam negara kita. Tahniah!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...