Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Bila Bangsa Tak Sedar Diri Cabuli Hak Agama Lain!! #StupidJasonLo

Posted: 10 Jun 2014 06:12 AM PDT


Dikala umat islam masih tercari-cari dan keliru sedikit tentang isu halal haram coklat Cadbury, muncul isu baru yang menyinggung perasaan umat islam di negara ini. Tindakan Jason Lo memuatnaik status persoalan mengenai perkataan Islam didalam Kad Pengenalan di laman sosial "twiter" mengundang kemarahan banyak pihak sejak malam semalam.

"Twitter" milik Jason Lo menjadi sasaran kemarahan umat islam di Malaysia apabila status berbentuk persoalan yang dimuatnaik jelas menunjukkan beliau cuba mempertikaikan perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.

Rata-rata mereka yang memberi komen menuntut Jason Lo supaya menarik balik persoalan yang dilontarkan dan meminta maaf secara terbuka kerana telah menguris hati dan perasaan umat islam di negara ini.

Disamping itu ada juga individu yang mengesa pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya dengan mengunakan peruntukan undang-undang sedia ada keatas Jason Lo kerana telah menggangu gugat keharmonian antara agama dengan menaikkan status kontroversi berkenaan.

Diharapkan ada sessuatu tindakan yang positif diambil oleh pihak berkuasa keatas kenyataan Jason Lo agar menjadi pengajaran kepada pihak lain supaya tidak mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di negara ini.- SGB

Komen:
Dulu Mc ni salah seorang peminat hasil karya Jason.. sebab karyanya yang agak santai dan moden lain dari yang lain. Tapi bila tengok perangai buruknya macam ni, tak sensitif terhadap kaum lain dan agak kurang ajar. Mc percaya, bukan Mc sorang peminat yang akan menyampah padanya, mungkin jutaan lagi pun akan buat benda yang sama.

Tak sokong Islam ke, tak suka melayu ke, cuba la sensitif dengan kaum lain dan agama lain. Sebab kami ni, walaupun tak suka hangpa, tapi kami sabar dan menjaga hati perasaan kaum lain.

Rasanya itulah kelemahan melayu.. suka jaga hati orang.. akhirnya hati sendiri yang sakit.


McTheory:
Kononnya jangan letak Islam takpa.. sebab yakin diri tu Islam.. kalau kira macam tu, baik jangan letak nama anak nanti.. sebab dah tentu ko dah tahu anak ko yang mana satu kann?

HOT!! Sayu dan Hiba Menyebabkan Jemaah Malaysia Menangis!! @NajibRazak @AzeezPutera

Posted: 10 Jun 2014 02:15 AM PDT



Sebanyak 121 jemaah umrah yang terkandas di Madinah sejak lapan hari lepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Flynas, petang Isnin.

Tinjauan mendapati kesemua jemaah umrah berkenaan yang tiba pada 6.10 petang, gembira dan lega kerana selamat tiba di tanah air.

Yanti Saliza Ibrahim, 34, pegawai di sebuah bank berkata beliau pergi menunaikan umrah bersama empat anggota keluarga termasuk ibu mertuanya sejak 21 Mei lepas.

"Saya mengikuti pakej umrah ini melalui Koperasi Proton, syarikat adik saya bekerja..saya difahamkan, agensi umrah ini telah berurusan dengan koperasi sejak tahun lepas.

"Keluarga saya telah mengikuti kursus umrah dan kami diberitahu ada individu tertentu yang akan taja perbelanjaan selebihnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ruang menunggu KLIA di sini, pada Isnin.



"Saya ingat tidak dapat lagi kembali ketanah air, Malaysia". Itu adalah ungkapan kata-kata yang terpacul dari mulut salah seorang jemaah sambil menangis ditenangkan oleh DS Azeez Rahim.




Jika tiada pertolongan dari Biro Kebajikan UMNO Malaysia sudah tentu jemaah seramai 121 orang ini masih terkandas di tanah suci. 


Bagi Seripah Tahar, 57, yang berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang berkata beliau tidak berpuas hati dengan pengurusan agensi umrah itu.

Seripah mendakwa sejak hari pertama dia menunaikan umrah pada 21 Mei lepas, tiada seorang pun mutawif yang kelihatan daripada agensi umrah terbabit yang menyertai rombongan mereka.

Katanya beliau membawa kaum keluarganya termasuk anak dan menantunya mengikuti umrah itu kerana harganya yang murah.

Sementara itu, Mohd Nor Akmal Omar, 50, berkata beliau berterima kasih dengan Biro Kebajikan Umno kerana menguruskan kepulangan beliau dan rombongan umrahnya yang terkandas sejak 2 Jun lepas.

"Kami rasa terhutang budi kepada Ustaz Muiz daripada Kedutaan Malaysia di Makkah yang banyak membantu menguruskan keperluan kami sejak kami terkandas serta memberitahu perkembangan semasa mengenai perkara ini," katanya yang bekerja sebagai penyelia Proton.

Pesara kerajaan, Abdul Ramis Abdul Rahim, 60, berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang pula berkata biarlah pihak berwajib sahaja yang mengambil tindakan ke atas agensi umrah berkenaan.

"Bukan urusan kami untuk ambil tindakan, biarlah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sahaja yang uruskan," katanya yang mengerjakan umrah bersama empat anggota keluarganya.


McTheory:
Terima Kasih Tok Azeez.. tapi agensi yang terlibat perlu dihukum sekerasnya..

INFO!! Apabila Dua Negeri bergabung Ekonomi? #JalinanKedah siri #KedahKeJohor @MukhrizMahathir @KhaledNordin

Posted: 09 Jun 2014 10:12 PM PDT


YAB MB Dato Seri Hj Mukhriz tiba di Johor, disambut oleh YB SS Johor, Dato Hj Ismail Karim.


Dato Seri Hj Mukhriz membawa rombongan Kedah ke Johor utk membincangkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negeri.

Sebenarnya ini siri kedua negeri Kedah ke negeri lain untuk menjalinkan hubungan ekonomi dan sosial. Siri pertama Kedah ke Melaka.

Program kerjasama antara kedua kerajaan yang akan berlangsung selama 3 hari ini, memberi peluang utk berbincang mengenai kesefahaman diantara kedua negeri dari pelbagai sudut.



Turut dibawa 50 orang usahawan muda Kedah yang terpilih dalam usaha memperkenalkan produk Kedah ke negeri lain.

Satu usaha mencari pelabur yang baik dari kerajaan negeri Kedah.

Terima kasih negeri Johor kerana sudi sertai program Jalinan Transformasi ini.

P/s: Program ini masih lagi berjalan di Johor..

HOT!! Gambar Kilang Pemproses BIHUN Paling Kotor dan Jijik! (Jangan Muntah)

Posted: 09 Jun 2014 07:32 PM PDT



Jangan terkejut tengok gambar dibawah, jangan muntah kalau pernah makan benda yang Mc tunjuk ni. Harus dan wajib sebarkan perkara ni.









Dibawah cerita-cerita mengenai BIHUN yang PATUT kita tahu!

1.Kilang Bihun Beras Indah (KBBI) syarikat cina dimana sebelum ini telah ditarik lesen perniagaannya pada 2007 kerana beroperasi tanpa logo halal jakim serta beroperasi didalam kandang babi dimana berita ini telah keluar di buletin utama TV3. Tempat itu juga telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya kerana kilang ini hanya untuk mengaut keuntungan terus-terusan dengan beroperasi secara tidak halal, kotor dan jijik. KBBI akhirnya ditutup selama 2 tahun dan kini telah pandai pandai beroperasi semula dengan menggunakan nama syarikat yang baru iaitu daripada KBBI ditukar kepada KBB Resources.

2.Pemilik kilang bihun KKB Resources ini sebenarnya adalah pemilik yang sama bagi menternak babi. Mungkin tidak menjadi kesalahan jika ada lesen untuk menternak babi, cuma yang menjadi kesalahan adalah pemilik cina menggunakan kilang yang sama untuk membuat bihun dan menternak babi dalam masa yang sama.

3.Dan kandang ternak babi serta kilang bihun ini berkongsi saluran yang sama iaitu seperti pagar, longkang , saluran air bumbung dan juga sistem kumbahan. Penduduk di sekitar telah mengadu tentang pencemaran bau yang busuk dan tidak menyenangkan dimana jarak antara kilang babi/bihun dengan kawasan penduduk adalah sejauh 2 KM tetapi bau masih juga sampai tusuk ke hidung penduduk dikawasan tersebut. Sejauh lebih 2 km bau busuk dari pusat ternakan babi tersebut boleh dihidu. Ada beberapa orang penduduk kawasan telah terjejas kesihatannya kerana setiap hari menghidu bau busuk dari kilang babi/bihun ini.

4.Kini syarikat KBBI yang lama telah ditutup dan menukar lokasi kilang dengan menggunakan nama syarikat baru iaitu KBB Resources kini beroperasi seperti biasa dengan menggunakan jenama bihun yang sama. Antara nama syarikat bihun yang didaftarkan tetapi adalah pemilik yang sama adalah:

-KBB Resources Berhad

-Kilang Bihun Bersatu Sdn Bhd

-Kilang Bihun Bersatu (East Malaysia) Sdn Bhd

-Kilang Bihun Bersatu Beras Indah Sdn Bhd

-Bersatu Noodles Industries Sdn

-Twenty-Twenty Food Industry Sdn Bhd

-Rasayang Food Industries Sdn Bhd

5.Kesemua pemegang saham cina ini sangat pandai kerana telah appointed chairman Melayu untuk menipu bahawa syarikat ini milik Melayu. Chairman yang dibayar ini adalah Dato' Sri Dr. Erwan Bin Dato' Haji Mohd Tahir yang memegang jawatan Chairman sebagai stakeholder, tetapi dia tidak memegang apa apa peratus pemegang saham yakni shareholder di syarikat itu. Pemegang saham majoriti yang menguasai syarikat ini adalah cina iaitu:

-Chin Seak Huat

-Loh Choon Khiang

-See Toh Kean Yaw

-Khor Wooi Lip

*sumber rujukan dibawah

6.Antara jenama bihun dari syarikat KBB Resources ini adalah:

-Bihun Jati

-Bihun Cik Siti

-Bihun Silat

-Bihun Masjid

-Bihun Fatima

-Bihun Rumah Melayu

-Bihun Bersatu Melayu

-Bihun Kampung

-Bihun Kampung Halus

-Bihun Kampung Brownrice

-Bihun Kampung Twenty Twenty

-Bihun Laksa Kampung Kasar

-Bihun Kapal Layar

-Bihun Penang Laksa

-Bihun Ecobrown

-Bihun Serama Mas

-Bihun Serama

-Bihun Eka

-Bihun Eka cap Laksa Beras

-Bihun Eka cap Laksa Bihun

-Bihun Eka cap Bersatu Rumah Melayu

-Bihun Eka cap Rumah Melayu

-Bihun Eka cap Beehon Eknomi

-Bihun Eka cap Burung Layang Layang

-Bihun Eka cap Naga Dua

-Bihun Eka cap Beras Layang Layang

-Bihun Eka cap Masjid

-Bihun Eka cap AAA

-Bihun Eka cap Beehon

-Bihun Eka cap Fatima

-Bihun Eka cap Bihun Wangi

-Laksa Kampung Kasar

-Laksa Kampung Halus

-Laksa Silat Kasar

-Laksa Silat Halus


Sebagai gantian belilah bihun Melayu:

Sokong Bihun Melayu Jati Bumiputera Islam:

1.Faiza

2.HPA

3.Jasmine

4.Beras Era


(Info dapat dari whatapps)
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...