House PK

House PK


SURAT TERBUKA BERCILI KEPADA HASSAN MALEK - KENA BACA SEBAB TERPAKSA!

Posted: 26 Jun 2014 05:00 PM PDT

DATO' SRI HASAN BIN MALEK
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
ARAS 13 (MENARA) NO 13 PERSIARAN PERDANA, PRESINT 12
62623 PUTRAJAYA.

26.JUN.2014

PER: CADANGAN RASIONALISASI SUBSIDI BAHAN API


Assalamualaikum WBT

Dato' Sri,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato'Sri kerana masih dikekalkan dalam Kabinet Malaysia walaupun sebelum ini terdapat banyak khabar angin yang menyatakan Dato' Sri akan digugurkan.

Pengekalan Dato' Sri dalam kabinet membuktikan Perdana Menteri mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Dato' Sri dalam menjalankan tugas-tugas sebagai menteri yang berkenaan.

Dato' Sri, tujuan saya menulis surat ini bukannya mempunyai agenda yang tersurat atau tersirat, sebaliknya menyambut permintaan Dato' Sri yang meminta pihak-pihak yang mempunyai cadangan berhubung program rasionalisasi subsidi minyak.

Sebagai seorang ahli UMNO yang bergiat aktif di media cyber saya merasa terpanggil untuk mengemukakan cadangan saya tanpa melibatkan sebarang kepentingan kepada saya. Atas sebab itu saya menghantar surat ini secara terbuka. Jika saya menghantarnya secara senyap-senyap saya bimbang akan dituduh menghantar kertas kerja atau projek yang akan melibatkan kepentingan kepada saya.

Dato' Sri, laporan muka depan Utusan Malaysia 25.06.2014 memaparkan berita penyeledupan diesel turun 30 peratus. Tahniah diucapkan kepada KPDNKK atas usaha mereka menyelamatkan wang negara daripada mengalir kepada orang asing.

Namun persoalannya di sini, adakah penguatkuasaan hanya dilakukan secara bermusim sahaja ? Isu ini bukan baru. Ianya sudah berlarutan sekian lama. Saban tahun rakyat dihidangkan dengan cerita penyelewengan subsidi bahan api. Tapi sampai bilakah ianya akan berakhir ?

Adakah pegawai-pegawai penguatkuasa tidak menjalankan tugas mereka selama ini ? Apabila isu timbul dan SPRM mengamuk barulah penguatkuasa mula tegas. Jika dalam sebulan dua ini penyeludupan dapat dikurangkan 30 peratus, bayangkan jika penguatkuasa bertegas sejak beberapa tahun lepas, tidakkah ianya telah mencapai tahap lebih dari 90 % sekarang ? Berapa billion wang negara telah dapat diselamatkan ? Kegagalan ini berlaku kerana tidak ada ketegasan dan kejujuran pihak berkenaan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Sekarang ini rakyat dikhabarkan tentang program rasionalisasi subsidi minyak yang baru bakal diperkenalkan kerajaan untuk memastikan hanya golongan sasar yang benar-benar perlu sahaja dapat menikmati subsidi berkenaan.

Mengikut laporan Utusan Malaysia 25.06.2014 di muka surat 12, tahun 2013 kerajaan mengagihkan 18.6 bilion liter minyak bersubsidi. Namun didapati 6 bilion liter daripadanya digunakan oleh orang asing.

Masalah utama yang menyumbangkan kepada peningkatan subsidi minyak sekarang 3 perkara.

1. Penyeludupan

2. Kenderaan asing

3. Kenderaan mewah yang menggunakan minyak bersubsidi.

Pihak yang terlibat dengan 3 masalah ini bukannya terlalu besar jika nak dibandingkan dengan jumlah rakyat Malaysia yang benar-benar layak mendapat subsidi kerajaan.

Kita difahamkan untuk mengatasi masalah-masalah ini kerajaan melalaui KPDNKK sedang mempertimbangkan beberapa cadangan. Antaranya memperkenalkan sistem belian minyak bersubsidi melalui MyKad, Kad Pintar, Kad Minyak 1Malaysia, Kad Subsidi, biometrik dan kupon atau tunai.

Apabila salah satu cadangan ini diterima pakai ianya akan menyusahkan puluhan juta rakyat dan kos untuk melaksanakannya juga tinggi kerana ianya melibatkan puluhan juta rakyat.

Lain yang bengkak lain yang bernanah. Masalah yang kita hadapi sekarang adalah dengan hanya beberapa kerat pihak yang menyalahgunakan subsidi minyak. Kenapa pula kita perlu susahkan puluhan juta yang lain yang tidak bersalah ? Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getahnya.

Jika kita mempunyai pilihan untuk menyusahkan sedikit pihak dan mengeluarkan belanja yang sedikit, mengapa perlu kita menyusahkan banyak pihak dan perlu mengeluarkan belanja yang banyak ?

Dato' Sri , masalah GST tidak selesai lagi. Apabila GST berjalan nanti pasti seribu satu lagi masalah akan timbul dan tidak terkecuali sabotaj juga akan turut menjadi satu masalah yang bakal dihadapi kerajaan kelak. Kenapa pula kita nak tambah kesusahan dan kekeliruan rakyat dengan melaksanakan program rasionalisasi subsidi minyak yang baru ? Kenapa kita nak cari masalah untuk memberi ruang kepada musuh memanipulasi keadaan ? Bukankah lebih baik kita selesaikan satu persatu dengan lancar dulu ?

Untuk mengatasi masalah penyalahgunaan subsidi minyak oleh tiga pihak itu beberapa langkah lain boleh dilaksanakan yang tidak perlu menyusahkan puluhan juta rakyat yang lain.

Masalah penyeludupan boleh dikurang atau diselesaikan dengan kaedah penguatkuasaan berterusan yang sedang dilaksanakan sekarang. Asalkan pegawai-pegawai penguatkuasa tegas dan jujur dalam melaksanakan tugas. Apabila mereka jujur dan tegas dalam menjalankan tugas dan dapat menyelamatkan wang negara, tugas dan peranan mereka perlu dihargai. Apa salahnya jika kejayaan mereka diiktiraf oleh kerajaan dengan pelbagai cara. Seperti kenaikan pangkat, kenaikan gaji, insentif khas, penganugerahan pingat dan sebagainya.

Salah satu kaedah yang boleh dilakukan dan untuk memudahkan kerja-kerja pendakwaan oleh penguatkuasa adalah dengan cara membezakan minyak bersubsidi dengan minyak tanpa subsidi. Ianya perlu dilakukan di depoh. Minyak ini boleh dibezakan dengan kaedah 'tagging'. Indonesia juga sedang merancang untuk melakukan perkara ini. Dato' Sri boleh membaca perkara berkenaan di http://www.bphmigas.go.id/new/en/news/bph-migas-will-apply-tagging-system-for-fuel/

Bagi masalah kenderaan asing dan kenderaan mewah yang menggunakan minyak bersubsidi, ianya boleh diselesaikan melalui pam-pam khas di stesen minyak dan komisyen jualan kepada operator stesen dinaikkan.

Sekarang ini komisyen jualan yang diperolehi oleh operator stesen adalah RM 0.11 per liter samada untuk RON95 atau RON97. Jadi apa mereka peduli jika kenderaan jenis apa sekalipun mengisi minyak RON95. Sebab komisyen mereka sama. Dengan menaikkan komisyen jualan mereka untuk RON97 pasti mereka tidak akan membenarkan kenderaan asing atau mewah mengisi minyak RON95. Dengan peningkatan komisyen itu juga dapat mereka gunakan untuk menggaji kakitangan tambahan atau keselamatan untuk melaksanakan tugas memeriksa kenderaan yang layak dapat subsidi atau tidak.

Begitu juga dengan diesel. Sekarang operator stesen memperolehi komisyen jualan RM 0.06 per liter. Semua stesen minyak di negara kita sekarang hanya ada satu jenis diesel sahaja iaitu diesel bersubsidi. Subsidi yang dikeluarkan kerajaan pula adalah RM0.74 per liter. Kenderaan mana-mana negara sekalipun dapat menikmati diesel subsidi ini.

Untuk mengatasi masalah ini pam diesel tanpa harga subsidi perlu diwujudkan di stesen-stesen minyak untuk kenderaan asing dan kenderaan mewah. Dan komisyen jualan untuk operator stesen juga lebih tinggi daripada komisyen diesel bersubsidi.

Ada juga rakyat negara kita yang menggunakan kenderaan jenama mewah tetapi ianya sudah berusia belasan atau puluhan tahun. Untuk golongan ini mereka perlu memohon dan diberikan kad subsidi khas untuk mereka layak mendapat minyak bersubsidi. Jumlah mereka pun bukannya ramai sangat.

Untuk memudahkan kerja-kerja menyaring kenderaan yang layak mendapat minyak bersubsidi atau tidak di stesen-stesen minyak ianya boleh dilakukan dengan melihat cukai jalan. Perlu ada perbezaan cukai jalan antara kenderaan yang layak mendapat minyak bersubsidi atau tidak layak.

Mana-mana operator stesen yang melanggar peraturan itu perlu dikenakan tindakan tegas dengan serta merta. Pam mereka perlu disita sehingga perbicaraan selesai. Tiada amaran pertama, amaran kedua atau ketiga. Tindakan perlu tegas agar ianya menjadi pengajaran kepada operator-operator stesen lain.

Kempen-kempen kesedaran yang kreatif juga perlu diadakan dan berterusan untuk menyedarkan orang ramai tentang subsidi minyak yang mereka nikmati. Saya pernah lihat di Indonesia beberapa tahun lepas kain-kain rentang dengan ayat-ayat yang meruntum jiwa untuk menyedarkan rakyat mereka tentang subsidi minyak.

Yang penting penguatkuasaan jangan bermusim dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Dato' Sri, laporan Utusan Malaysia 25.06.2014 menyiarkan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr. Mohd Puad Zakarshi yang meminta kerajaan menolak penglibatan syarikat asing dalam program rasionalisasi subsidi ini. Dr. Mohd Puad mempunyai asas yang kukuh dalam kenyataan itu.

Apabila seorang ahli MT UMNO yang membuat kenyataan begitu, ianya telah memberi isyarat kepada rakyat bahawa syarikat asing tersebut telah hampir pasti akan dipilih. Jika perkara yang masih samar-samar atau khabar angina masakan seorang pemimpin tinggi UMNO berani membuat kenyataan sebegitu secara terbuka ?

Dato' Sri, usia Dato' Sri sama dengan usia UMNO. Sama-sama dilahirkan pada tahun 1946. Jadi saya yakin Dato Sri lebih menyayangi UMNO lebih daripada orang lain sayang. Sudah tentu Dato' Sri tidak mahu melihat UMNO rebah dan terkulai layu. Tetapi ada kalanya kuasa dan kedudukan boleh melalaikan kita. Ibu bapa pun manusia sanggup abaikan kerana kuasa dan kedudukan. Tetapi saya yakin Dato' Seri tidak tergolong dalam jenis itu

Sebagai orang penuh dengan pengalaman Dato' Sri buatlah yang terbaik untuk parti dan kerajaan Dato' Sri sendiri. Buatlah perkara yang tidak menimbulkan kemarahan rakyat. Jika kita berpeluang menyusahkan sedikit pihak, pilihlah jalan itu. Jangan kita mencari musuh dengan memilih jalan untuk menyusahkan banyak pihak.

Saya akhiri warkah ini dengan ungkapan ampun dan maaf kepada Dato' Sri sekiranya ada mana-mana perkataan atau bahasa dalam surat ini yang mengguris hati Dato' Sri. Maafkan saya

Sekian

Yang Benar

M.Faisal R. Ahmad

Shah Alam Selangor

Facebook- Sheikh Faisal

House PK: Aku suka cadangan mamat ni. Apa dia cakap memang betul. Aku tak berniat la nak kondem Hassan Malek, aku doa siang malam semoga kita mempunyai Menteri yang cerdik. Semoga doa aku dikabulkan. Apa pandangan korang tentang isu ini? Bagi la pendapat takyah la nak maki hamun ok..peace

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEGUAM YANG TELAH BERJAYA MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH!

Posted: 26 Jun 2014 08:14 AM PDT

Sejak balik Jakarta ni, aku letih sikit la, sebab itu aku tak dapat update blog aku sangat. Walau isu ada banyak aku masih tak dapat nak tulis rangkuman perjalanan aku ke Jakarta ni. Sabar sikit ya, kasi aku masa sikit tau. Ada satu email yang diahnatr oleh seorang hamba Allah kepada ak yang aku nak share dengan korang. Jom baca


Salam,

Saya mengikuti Blog saudara dan ulasan para bloggers berkaitan Kes
Kalimah Allah diMahkamah Persekutuan pada 23/6/2014. Justeru, satu
perkara yang saya ingin kongsikan adalah semangat para peguam yang kebanyakan agak muda
yang mewakili Majlis Majlis Agama Islam Negeri Selangor, Johor,
Melaka, Wilayah Persekutuan, Kedah dan Terengganu. 

Semangat dan kesatuan mereka yang dalam menentang para peguam Kristian yang lebih
senior dengan diketuai oleh Dato Zainul Rijal Abu Bakar, Hanif Khatri,
Mubasyir Mansur adalah lambang para pejuang agama Allah yang patut
dijadikan contoh kepada anak-anak muda Islam kita. 

Saya mendoakan saudara terus berjuang dalam bidang penulisan blog dan akan wujud lagi
ramai profesional yang berjiwa pejuang seperti di dalam kes Kalimah
Allah ini. 

Saya berkesempatan merakamkan gambar pasukan peguam Majlis
Agama ini di Istana Kehakiman semalam untuk dikongsi para pembaca
tuan.

Terima kasih jua.

HOUSE PK: Terima kasih sahabat ku iaitu pembaca setia blog parpukari aka House PK ni, Insya'allah kita akan terus pertahankan kalimah Allah ni dan aku personally nak ucapkan terima kasih kepada semua peguam yang telah mempertahankan Kalimah Allah ni. Hanya Allah yang boleh balas jasa baik kalian.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...