House PK

House PK


PANAS BERAPI DARI JAKARTA-PART 5

Posted: 23 Jun 2014 01:25 AM PDT


Tadi ketika aku keluar untuk ronda meronda-ronda Jakarta dan ketika melewati kawasan Kemayoran aku ternampak satu bangunan besar berkubah biru lambang salibnya besar dan tertulis perkataan ALLAH.

Darah aku dah menyirap wa cakap lu.Selama ni aku hanya dengar cerita orang.Kali ni aku nampak sendiri.Itu pasal aku terbakar.Aku minta pak supir yang mengemudi mobilku putar kembali.Aku nak ambil gambar untuk share dengan korang.Kau orang lihatlah sendiri.Pasti korang terbakarkan ?

Mengikut pak supir aku benda-benda ini semua terjadi di zaman Gus Dur.Dialah yang membenarkan orang kristian guna kalimah ALLAH. Bagi orang cina guna nama cina dan bercakap bahasa cina.Dulu zaman Sukarno,Suharto dan BJ Habibie semua itu tak berlaku.Zaman Gus Dur semuanya jahanam. Sebab itu dia disanjung oleh oleh bangsa dan agama lain.Orang indonesia kata dia disanjung sebagai bapak pluralisme.

Itulah pemimpin ulama yang dikatakan suci muci sehingga orang Indonesia meleleh air liur dan memilih dia sebagai presiden.

Korang tengoklah kat Malaysia sekarang.PErjuangan PAS sama ja dengan Gus Dur.ITu semua penipu yang guna agama untuk kepentingan kuasa mereka.Udah-udahlah melayu oiii,sampai bila korang nak kena tipu dengan pemimpin yang berwajah alim ?


DARI JAKARTA-PART 4

Posted: 22 Jun 2014 08:24 PM PDT


Aku dah kembali ke Jakarta dari Bandung dan Bogor. Malam tadi aku beli beberapa koran Indonesia untuk melihat perkembangan pilihanraya mereka. Rata-rata koran di muka depan berita Jokowi-Probowo dan berita piala dunia.

Apa yang menarik perhatian dalam koran mereka adalah tentang perang media sosial dalam pilihanraya mereka kali ini. Mengikut laporan paper itu banyak akaun robot yang muncul sejak kebelakangan ini untuk mendukung calon pilihan mereka. 

Wowwwww lebih kurang di Malaysia juga ya. 

Aku lihat cara Probowo kempen sebiji cara PKR kempen. Asyik main sentimen selamatkan Indonesia, tawar bulan bintang dan Probowo pandai berlakon untuk tarik simpati pengundi. Manakala Jokowi pula banyak bercakap dan berjanji yang realiti.

Aku tengok TV malam tadi ada penganalisis politik Indonesia kata jika Probowo menang Indonesia akan menghadapi masalah dengan dunia luar kerana dia bermasalah. Permohonan visa dia ke beberapa negara pernah ditolak. US juga menolak visa dia. Kali terakhir di tolak tahun 2012. Dia dikatakan melanggar hak asasi manusia. 

Hari ini hari terkakhir aku di Jakarta. Esok pagi aku pulang. So hari ini aku nak jalan puas-puas keliling Jakarta untuk melihat kempen mereka. 


DARI JAKARTA-PART 3

Posted: 22 Jun 2014 07:30 PM PDT


Semalam aku naik keretapi dari Jakarta ke Bandung. Perjlanan memakan masa 3.5 jam. Aku ingatkan keretapi kat indon teruk.Rupanya superb wa cakap lu. Kelas eksekutif aku bayar 110 ribu = RM 32. Siap ada stewardess lagi.

Kalau di Jakarta aku perhatikan kempen pemilihan presiden dikuasai oleh Jokowi dan Jusuf Kalla. Tapi di Bandung pula keadaannya 50-50 antara Jokowi-Probowo.

Dah 2 hari aku perhatikan siaran TV kat sini kebanyakkan semua menyebelahi Jokowi.Masalah surat layang,tabloid haram dan fitnah dalam kempen sama macam kat Malaysia juga.Takdenya sepertinya yang anwar al jub kata perjalanan pilihanraya kat sini lebih baik daripada Malaysia.Cara mereka memfitnah di sini aku perhatikan sama sebiji cara PKR memfitnah.

Kejap lagi aku nak bertolak dari Bandung ke Bogor dan balik ke Jakarta. Nanti aku kongsi lagi apa-apa yang menarik dengan korang ya.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...